HUBUNGAN ETNIK
RAS
Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri
fizikal.
ETNISITI
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu
kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
ETNOSENTRISME
Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan
anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik
mereka jauh lebih baik dan hebat daripada
kelompok lain.
RASISME
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif
oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu
kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras
semata-mata.
PREJUDIS, STEREOTAIP &
DISKRIMINASI
PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok
etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat
yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara
terbuka.
STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan
tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu
kumpulan etnik.
DISKRIMINASI
Perbuatan membandingbezakan seseorang individu
atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata.
MASYARAKAT & BANGSA
MASYARAKAT
Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
BANGSA
Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau
kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.”
2. Melahirkan kebudayaan
Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan
sebaliknya.
Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi
berikutnya dengan proses penyesuaian.
4. Berinteraksi
Masyarakat berhubung dan bekerjasama di
antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi.
Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.
7. Pandangan Semesta
Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian
yang rapat dengan alam sekitar.