Anda di halaman 1dari 42

Bab 1

Pengenalan
Ekonomi

1.1 Definisi Ilmu Ekonomi


Kajian tentang perlakuan individu &
masyarakat dalam memperuntukkan &
mengagihkan faktor pengeluaran yang
terhad bagi menghasilkan barang &
perkhidmatan untuk memenuhi kehendak
yang tidak terhad.
Ekonomi

Mikroekonomi
Menganalisis secara terperinci & tersendiri
peranan setiap unit ekonomi dalam ekonomi
serta interaksi antara setiap unit ekonomi
dalam menjalankan kegiatan ekonomi.

Ekonomi

Makroekonomi
Menganalisis tentang kegiatan & interaksi
antara unit ekonomi, iaitu isi rumah, firma,
kerajaan & negara asing dalam menentukan
tingkat pencapaian ekonomi secara
keseluruhan (agregat) dalam sesebuah
ekonomi.
Ekonomi

1.2 Sumber Ekonomi


Juga dikenali sebagai faktor pengeluaran.
Suatu barang fizikal yang digunakan dalam
proses pengeluaran untuk menghasilkan barang
& perkhidmatan.
Bersifat kekurangan terhad, iaitu jumlahnya
tidak mencukupi untuk menghasilkan output bagi
memenuhi keperluan manusia yang tidak
terbatas.
Ekonomi

Buruh

Tanah
Sumber
Ekonomi
Modal

Pengusaha
(Usahawan)
Ekonomi

Tanah
Sumber asli/anugerah alam yang terdapat di
permukaan bumi & dalam perut bumi.
Penawaran tetap.
Ganjaran=Sewa

Ekonomi

Buruh
Sumbangan individu secara mental/fizikal dalam
proses pengeluaran.
Dibahagikan buruh mahir & buruh tidak mahir.
Merupakan input berubah.
Mudah berpindah.
Ganjaran=Upah/Gaji

Ekonomi

Modal
Dicipta oleh manusia untuk membantu firma
mengeluarkan barang & perkhidmatan.
Meliputi peralatan, mesin, jentera, bahan
mentah & pengangkutan.
Pembelian barang modal dikenali sebagai
pelaburan/pembentukan modal kasar.
Ganjaran=Bunga/Faedah/Dividen
Ekonomi

Pengusaha(Usahawan)
Individu yang menggabungkan sumber ekonomi
yang lain untuk mengeluarkan barang &
perkhidmatan.
Sanggup menanggung risiko.
Ganjaran=Untung.

Ekonomi

Teknologi

Memainkan peranan sebagai pemangkin kepada proses


pengeluaran.
Merangkumi ilmu pengetahuan yang memperbaiki proses
pengeluaran.
Faktor-faktor pengeluaran dapat digabungkan dengan lebih
cekap apabila adanya penggunaan ilmu pengetahuan ini.
Perkembangan teknologi dapat menambahkan kecekapan
firma, maka hal ini dapat menaikkan daya pengeluaran faktorfaktor pengeluaran lain.
Masa pengeluaran dapat lebih singkat dalam jumlah
pengeluaran sama/keluaran lebih banyak dalam masa yang
sama.

Ekonomi

1.3 Kehendak Manusia & Pengelasan Barang

Kehendakbarang & perkhidmatan yang ingin diperoleh


oleh individu untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa.
Barang yang perkhidmatan dihasilkan untuk memenuhi
kehendak individu yang tidak terbatas.
Barang+Perkhidamtan=Barangan.

Ekonomi

Jenis
Barang

Barang
Percuma

Barang
Pengguna/
Barang
Akhir

Barang
Awam &
Barang
Persendiri
an

Barang
Ekonomi

Barang
Modal

Barang
Perantara
an
Ekonomi

Barang Percuma

Barang yang merupakan anugerah semula jadi & boleh


diperoleh tanpa melibatkan kos.
Penawaran tidak terhad. Tidak mempunyai harga & kos
lepas.
Contoh: Udara, air hujan, sinaran matahari.

Barang Persendirian

Dibiayai oleh individu itu sendiri.


Tertakluk kepaa prinsip pengecualian.
Contoh: Kereta, rumah.
Ekonomi

Barang Awam

Barang yang tidak dapat dikecualikan daripada


menggunakannya & tidak bersaing.
Tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian.
Dibiayai secara tidak langsung oleh kerajaan melalui
pengenaan cukai daripada orang ramai.
Contoh: Perkhidmatan rumah api, lampu isyarat.

Ekonomi

Barang Ekonomi

Penawaran terhad.
Melibatkan harga & kos lepas.
Terbahagi kepada barang pengguna, barang perantaraan
& barang modal.

Barang pengguna

Dapat memberikan kepuasan secara langsung kepada


pengguna.
Contoh: barang tahan lama(kipas angin, radio), barang
tidak tahan lama(makanan)
Ekonomi

Barang modal

Digunakan (membantu) unutk menghasilkan barang lain.


Bukan untuk tujuan akhir.(Barang siap)
Contoh:Mesin yang digunakan untuk menghasilkan
keluaran.

Barang perantaraan

Digunakan sebagai input oleh firma lain dalam


menghasilkan barang/perkhidmatan lain.
Contoh: Tepung ialah barang perantaraan untuk
menghasilkan roti.
Ekonomi

1.4 Masalah Asas Ekonomi


Masalah Kekurangan, Pilihan & Kos Lepas
Kekurangankekurangan sumber ekonomi demi memenuhi
kehendak manusia yang tidak terhad.
Masalah kekurangan wujud akibat faktor pengeluaran yang
terbatas.
Masalah kekurangan menyebabkan timbulnya masalah
pilihan.
Manusia harus memilih antara barang&perkhidmatan yang
dikehendaki & membuat pilihan antara penggunaan
sekarang dengan masa depan.
Ekonomi

Masalah Kekurangan, Pilihan & Kos Lepas

Pengguna akan memilih supaya memaksimumkan kepuasan.


Pengeluar akan memilih supaya memaksimumkan
keuntungan.
Pilihan oleh masyarakat akan melibatkan kos lepas.
Kos lepasbarang kedua terbaik terpaksa dilepaskan
demi barangan terbaik.
Contoh:Andaikan Ali mempunyai wang sebanyak RM2,000
untuk membeli sama ada iPhone/Samsung. Sekiranya Ali
menggunakan wang tersebut untuk membeli iPhone, maka
kos lepas bagi iPhone ialah Samsung yang terpaksa
dilepaskan.
Ekonomi

Kekurangan

Masalah Kekurangan,
Pilihan & Kos Lepas

Pilihan

Kos Lepas

Ekonomi

Apakah yang
hendak dikeluarkan

Berapakah banyak
yang hendak
dikeluarkan

Masalah
Asas
Ekonomi
Bagaimanakah
Untuk siapakah
hendak
keluarkan
dikeluarkan
Ekonomi

Apakah yang hendak dikeluarkan

Pengeluar perlu membuat pilihan tentang jenis barangan


yang hendak dikeluarkan & jenis barang lain yang sanggup
dilepaskan.
Barang/Perkhidmatan yang dikeluarkan perlu merupakan
kehendak manusia & dapat memberi kepuasan kepada
manusia.
Pengeluar akan mengeluarkan barang yang mempunyai
permintaan agar dapat memperoleh keuntungan
maksimum.
Ekonomi

Berapakah yang hendak dikeluarkan

Pengeluar perlu melihat kepada jumlah permintaan dalam


masyarakat tersebut.
Jika barangan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi
dalam masyarakat, maka pengeluar akan mengeluarkan
lebih banyak keluaran, dan sebaliknya.
Pengeluar perlu membuat keputusan yang tepat supaya
tidak wujud lebihan/kurangan penawaran dalam pasaran.
Jumlah sesuatu barang/perkhidmatan bergantung pada
jumlah faktor pengeluaran yang diperuntukkan untuk
mengeluarkannya.
Ekonomi

Bagaimanakah hendak dikeluarkan


Masalah ini merujuk kepada teknik-teknik pengeluaran
untuk mengeluarkan barang & perkhidmatan yang hendak
dikeluarkan.
Pengeluar perlu menggabungkan faktor pengeluaran
secara berkesan untuk meghasilkan sesuatu keluaran.
Terdapat 2 teknik pengeluaran:
1. Kaedah pengeluaran berintensifkan buruh.
2. Kaedah pengeluaran berintensifkan modal.
Pengeluar akan memilih teknik pengeluaran berdasarkan
harga relatif antara faktor buruh dengan faktor modal.

Ekonomi

Bagaimanakah hendak dikeluarkan

Jika harga buruh secara relatif adalah lebih murah


berbanding dengan harga modal, maka pengeluar akan
memilih kaedah pengeluaran berintensifkan buruh, dan
sebaliknya.
Pengeluar harus memilih teknik pengeluaran yang paling
cekap/teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos
pengeluaran.

Ekonomi

Untuk siapakah keluarkan

Pengagihan barang & perkhidmatan kepada masyarakat.


Pengagihan barang & perkhidmatan bergantung kepada
agihan pendapatan, kemampuan & kuasa beli masyarakat
itu.
Biasanya pengeluar akan mengeluarkan barang untuk
golongan yang mampu membayarnya.
Ini bermakna golongan yang berpendapatan tinggi akan
menikmati jumlah barang yang lebih banyak, dan
sebaliknya.
Biasanya barang yang mahal akan diminta oleh golongan
berpendapatan tinggi, dan sebaliknya.
Ekonomi

1.5 Keluk Kemungkinan Pengeluaran(KKP)

Konsep KKP

Rajah yang menunjukkan had maksimum tingkat


pengeluaran yang dapat dicapai oleh masyarkat/negara
berasaskan faktor pengeluaran yang sedia ada & tingkat
harga tertentu.
Untuk tujuan analisis, kita andaikan bahawa:
1. Ekonomi hanya mengeluarkan 2 jenis barang, iaitu
makanan & pakaian.
2. Faktor pengeluaran tetap.
3. Tahap kemajuan teknologi tetap.
4. Ekonomi mencapai tahap kecekapan yang maksimum,
iaitu mencapai guna tenaga penuh.
Ekonomi

Contoh:
A

10

B
C
D
E

1
2
3
4

8
6
4
0

10

9B

Kombin Makan Pakai


asi
an
an
Pilihan (Unit) (Unit)
A

11

7
6
Pakaian (Unit)

5
4

3
2
1
0
0

E4

Makanan (Unit)

Ekonomi

Penjelasan

Titik A, B, C, D, E: Kombinasi keluaran maksimum yang


boleh dihasilkan semasa guna tenaga penuh.
Titik A: Semua faktor pengeluaran mengeluarkan pakaian
sahaja.
Titik E: Semua faktor pengeluaran mengeluarkan makanan
sahaja.
Titik F: Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap,
pembaziran, wujud masalah pengangguran.
Titik H: Kombinasi pengeluaran yang tidak dapat dicapai
dengan sumber & teknologi yang sedia ada.(kekurangan)
Ekonomi

Perkaitan antara KKP dengan Masalah Kekurangan,


Pilihan&kecekapan Ekonomi

Guna tenaga penuh ditunjukkan oleh sebarang kombinasi


yang berada di atas/pada KKP.
Pebaziran & pengangguran berlaku apabila masyarakat
menghasilkan barang dengan kombinasi yang berada di
dalam lingkungan KKP.
Kekurangan ditunjukkan oleh sebarang kombinasi yang
berada di luar KKP.
Pilihan ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang KKP.
Kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan KKP.
Ekonomi

Bentuk KKP
Garis Lurus

Cembung

Pakaian (Unit)

Pakaian (Unit)

Makanan (Unit)

Makanan (Unit)

Ekonomi

KKP cembung

Menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat.


Hukum kos lepas semakin meningkat menyatakan bahawa
semakin banyak sesuatu barang dihasilkan, maka semakin
banyak barang lain terpaksa dilepaskan untuk menambah
barang tersebut.
Ini wujud akibat sumber pengeluaran yang tidak sama
cekap.

KKP garis lurus

Menunjukkan kos lepas yang malar.


Kos lepas yang malar ini wujud akibat faktor-faktor
pengeluaran yang sama cekap digunakan.
Ekonomi

Pengiraan kos lepas yang meningkat melalui jadual

Catatan:
Y=Perubahan Barang Y(Barang yang hendak dikorbankan)
X=Perubahan Barang X(Barang yang hendak ditambah)

Ekonomi

Contoh:
Bara Barang
ng Penggu
Mod
na
al
(Unit)
(Unit
)

Kos lepas barang


modal (dalam
sebutan barang
pengguna) (Unit)

30

1
2
3

28
24
18

2
4
6

4
5

10
0

8
10

Ekonomi

Oleh sebab kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan KKP,


maka tanda negatif menunjukkan bentuk KKP yang
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan, iaitu kecerunan KKP
adalah negatif.
Pergerakan titik ke titik di sepanjang KKP akan melibatkan
kos lepas.
Jikapergerakan dari titik yang terletak di bawah KKP,
makan kos lepas tidak wujud kerana tambahan keluaran
dapat berlaku tanpa melepaskan barang lain.

Ekonomi

Kesan Perubahan Kuantiti Sumber & Teknologi


terhadap KKP

Pakaian (Unit)

Makanan (Unit)

Dalam jangka panjang, jumlah


faktor pengeluaran akan bertambah
& wujudnya kemajuan teknologi yang
akan menyebabkan KKP beralih ke
kanan, iaitu berlakunya
pertumbuhan ekonomi akiat
perkembangan teknologi &
peningkatan kuantiti sumber
ekonomi.
Ekonomi

Perkembangan Teknologi
Perkembangan teknologi
pengeluaran makanan

Perkembangan teknologi
pengeluaran pakaian

Pakaian (Unit)

Pakaian (Unit)

Makanan (Unit)

Makanan (Unit)

Ekonomi

Perkembangan teknologi
pengeluaran
makanan=pakaian

Perkembangan teknologi
pengeluaran
makanan>pakaian

Pakaian (Unit)

Pakaian (Unit)

Makanan (Unit)

Makanan (Unit)

Ekonomi

Perkembangan teknologi
pengeluaran
makanan<pakaian

Pakaian (Unit)

Makanan (Unit)

Ekonomi

Hubungan antara Pilihan Masa Ini dengan


Pertumbuhan Ekonomi
Kadar pertumbuhan ekonomi pada masa depan sesebuah
negara tergantung pada pilihan masyarakat pada masa ini.
Pilihan masyarakat pada masa ini(jangka pendek) akan
mempengaruhi corak pertumbuhan ekonomi pada masa
depan(jangka panjang).

Ekonomi

Andaikan Negara A & Negara B mempunyai pilihan yang


berbeza dalam menghasilkan barang modal & barang
pengguna.
Dengan menikmati barang modal yang lebih, ini bermakna
Negara A lebih mementingkan kebajikan dalam jangka
panjang.
A

Barang Modal (Unit)

Barang Pengguna (Unit)

Ekonomi

Hal ini demikian kerana Negara


A berupaya menghasilkan lebih
banyak barang pada masa
depan akibat perkembangan
teknologi/daya pengeluaran
yang lebih cepat berbanding
dengan Negara B yang lebih
mementingkan kepuasan masa
ini dengan menghasilkan lebih
banyak barang pengguna.
Kadar pertumbuhan ekonomi
Negara A lebih besar daripada
Negara B.

Barang Modal (Unit)

Barang Pengguna (Unit)

Ekonomi

Anda mungkin juga menyukai