Anda di halaman 1dari 44

ISU-ISU MORAL

GLOBAL

PENDAHULUAN

Dalam tajuk ini kita akan membincangkan isuisu yang kebiasaannya berlaku di mana sahaja
dalam dunia ini.
Terdapat beberapa isu yang dibincang dengan
agak menyeluruh dan ada yang sebaliknya.
Bagi isu yang kurang penjelasan, anda
dikehendaki mengembangkannya melalui
bahan-bahan pembacaan lain dan buat
catatan untuk perbincangan bersemuka dalam
tutorial bersama tutor dan rakan-rakan kelas
anda.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas membaca dan menaakul


tajuk ini pelajar diharap dapat :
Menghurai

isu masalah moral global.


Membanding beza kes moral global di
dunia dan di Malaysia serta puncanya
Membincangkan cadangan-cadangan
untuk mengatasi atau memperbaiki

permasalahan isu moral global.

HOMOSEKSUAL

Ditakrifkan sebagai hubungan seksual antara


orang yang sejenis jantinanya, baik sesama
lelaki atau sesama wanita.
Istilah homoseks ini biasanya digunakan untuk
lelaki.
Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mengatakan :
Homoseksual adalah hubungan seks antara
dua orang yang sama jenis kelaminnya.
Manakala Dr. Ali Akbar mengemukakan bahawa
yang dimaksud dengan homoseksual adalah
mencari kepuasan seksual dengan jenis yang
sama.

Istilah lesbian diistilahkan bagi wanitawanita yang melakukan hubungan


seksual sesama wanita.

Lesbian ertinya para wanita lesbian ini


cenderung untuk mencintai sejenisnya
dan ia akan mendapatkan kepuasan seks
bila dilakukan dengan wanita, bukan
dengan lelaki.

SEBAB HOMOSEKSUAL

Pengalaman-pengalaman di masa
lampau tentang seks yang meninggalkan
kesan mendalam pada pemikirannya.
Salah didikan semasa kecil atau
perlakuan orang tua yang salah.
Pengaruh persekitaran
Peranan ibu bapa turut menyumbang
kepada penyelewengan sifat golongan
ini.
Mempunyai peribadi yang lemah dan
tidak yakin pada jantina sendiri.

KESAN HOMOSEKSUAL

Seorang gay tidak mempunyai keinginan


terhadap wanita.
Perasaan cinta antara sesama jenis membawa
kelainan jiwa yang menimbulkan suatu sikap
dan perilaku yang ganjil.
Berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan
seksual (STI's) jika mereka melakukan
hubungan seks tanpa perlindungan, terutama
AIDS mula sekali dikesan di kalangan lelaki
homoseksual yang mana perbuatan liwat
mudah dijangkiti virus HIV.

Mengakibatkan kerosakan pada saraf


otak, melemahkan akal dan
menghilangkan semangat kerja serta
mudah terjangkit berbagai penyakit
bahaya.
Berisiko tinggi untuk mendapat
penyakit mental (kemurungan /
membunuh diri ), penyalahgunaan
dadah dan pil khayal serta
menimbulkan masalah tingkah laku
yang serius.

AKIBAT PERLAKUAN HOMOSEKSUAL


Institusi

perkahwinan akan runtuh


Mendapat balasan azab diakhirat
Dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti sifilis
dan AIDS
Masyarakat tidak aman dan tenteram
Maruah diri, masyarakat dan agama tercemar
Dikhuatiri jangkitan penyakit kepada keturunan
Jiwa sentiasa tidak tenang/gangguan jiwa
Wujud pergaulan yang tidak bermoral / akhlak
jahat dalam masyarakat

PENGKLONAN

Pengklonan ialah proses menghasil dan


menyalin sesuatu makhluk yang baru dari
spesis makhluk yang sama dengannya melalui
proses pengembangan sel-sel tertentu melalui
kaedah tertentu.
Melibatkan klon manusia, binatang dan juga
tumbuh-tumbuhan.
Pengklonan adalah teknik menghasilkan
keturunan dengan kod genetik yang sama
dengan induknya pada makhluk tertentu, baik
berupa haiwan tumbuhan ataupun manusia.

ISU PENGKLONAN MANUSIA

Dilakukan dengan cara mengambil sel tubuh (sel


somatik) dari tubuh manusia misalnya sel kulit.
Inti sel yang mengandungi DNA (nukleusnya)
tubuh ini kemudian diambil dan ditanam pada sel
telur (ovum) wanita yang telah dikeluarkan inti
selnya.
Dengan bantuan sejenis cairan kimia khas dan
denyutan eletrik, inti sel dari tubuh itu disatukan
dengan ovum.
Denyutan eletrik kedua diberikan untuk
memulakan pembuahan atau percambahan sel.
Sel yang bercambah ini kemudian dipindahkan ke
dalam rahim seorang wanita agar ianya dapat
berkembang membentuk janin sempurna.

Setelah itu bayi yang berasal dari janin itu


dilahirkan secara tabie.
Keturunan yang terhasil ini akan
mempunyai kod genetik sama dengan
induknya iaitu orang yang menjadi sumber
inti sel tubuh yang telah ditanam pada sel
telur perempuan.
Anak yang dilahirkan akan mempunyai ciriciri yang berasal dari kedua induknya baik
lelaki mahupun wanita.
Anak tersebut merupakan keturunan yang
mempunyai kod genetik yang sama seperti
induknya.

Pengklonan embrio pula agak berbeza sedikit


berbanding dengan pengklonan organisma
tetapi mempunyai prinsip yang sama.
Pengklonan embrio membawa maksud
sebagai teknik membuat salinan embrio yang
sama sifatnya dengan embrio asal yang
terhasil samada dari persenyawaan buatan
(pengklonan atau tabung uji).
Ianya melibatkan embrio yang terhasil dari
persenyawaan itu diklonkan.
Embrio terhasil sebaik sahaja selepas
persenyawaan samada secara semulajadi
atau buatan berlaku.

Pada peringkat sel embrio bercambah menjadi


lapan unit sel, ianya diambil dan diasingkan
kepada lapan sel berasingan.
DNA dari sel yang diasingkan ini diekstrak dan
dimasukkan ke dalam lapan ovum yang telah
dikeluarkan nukleusnya untuk membentuk
lapan embrio baru dengan kod genetiknya
masing-masing sama seperti embrio asal.
Teknik pengklonan embrio ini amat penting
dalam kaedah penghasilan bayi tabung uji bagi
membekalkan embrio simpanan kerana
adakalanya teknik tabung uji ini tidak berjaya
kerana menghadapi masalah seperti embrio
tidak berkembang dan keguguran.

Maka dengan adanya embrio simpanan


ini akan memudahkan proses
memasukkan embrio simpanan ini
dilakukan lebih cepat dan mudah.

Maka sifat kandungan nukleus sel tubuh


itu tidak ubah seperti sel sperma lelaki
yang boleh disenyawakan dengan sel
telur wanita.

HUKUM PENGKLONAN

Menurut Islam, sekiranya tujuan pengklonan pada


tanaman dan ternakan adalah untuk memperbaiki
dan mengekalkan kualiti dan produktiviti menurut
syara' adalah boleh dilakukan serta mubah (makruh)
hukumnya menurut fatwa yang dikeluarkan oleh
seorang ulamak di Timur tengah iaitu Abdur Qadim
Zallum.
Seperti juga pengklonan embrio, hukumnya adalah
mubah asalkan embrio yang terhasil adalah berasal
dari sperma dan ovum pasangan yang sah ikatan
suami isteri dari segi syara' dan embrio ditanam pada
isterinya iaitu pemilik ovum. Islam memperbolehkan
sedemikian kerana proses seperti ini berupaya
memperbanyakkan embrio dan mampu menghasilkan
anak kembar.

Dalam pengklonan manusia, sungguhpun bertujuan


untuk memperbaiki kualiti keturunan dari segi
kecerdasan, kesihatan dan paras rupa maupun untuk
memperbanyakkan keturunan bagi sesuatu bangsa agar
bangsa atau negara menjadi lebih kuat hukumnya
adalah haram . Ia adalah sangat tidak bermoral, tidak
berakhlak. Hujah keharamannya adalah seperti
berikut:

1. Anak-anak yang terhasil dari proses pengklonan ini


adalah secara bukan fitrah manusia kerana Tuhan Allah
telah menetapkan proses untuk manusia menghasilkan
keturunan melalui firmanNya:
"dan bahawasanya dialah yang menciptakan
berpasang-pasangan lelaki dan perempuan dari air
mani apabila dipancarkan"

2. Pengklonan manusia ini mampu


menghilangkan nasab (garis keturunan)
kerana keturunan yang dilahirkan melalui
proses ini tidak jelas padahal Islam telah
mewajibkan pemeliharaan nasab.
Dirwayatkan dari Ibnu 'Abbas RA, yang
mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:

"Siapa sahaja yang menghubungkan nasab


kepada orang yang bukan ayahnya maka
dia akan mendapat laknat dari Allah , para
malaikat dan seluruh umat manusia."

Menghasilkan anak melalui proses


pengklonan akan mencegah banyak
perlaksanaan hukum syara' seperti hukum
tentang perkahwinan, nasab, nafkah,
kewajipan antara bapa dengan anak,
perawatan anak dan hubungan
kemahraman.

Pengklonan mencampur adukkan dan


menghilangkan nasab serta menyalahi
fitrah yang telah diciptakan oleh Allah
untuk manusia dalam masalah kelahiran
anak.

Bagi Islam, pengklonan manusia


merupakan suatu perbuatan keji dan
tidak bermoral lagi tidak berakhlak yang
akan dapat memporak-peranda struktur
kehidupan masyarakat.

Dengan demikian kelahiran dan


persenyawaan melalui pengklonan
manusia bukanlah termasuk fitrah
apalagi kalau prosesnya terjadi antara
lelaki dan perempuan tidak diikat
dengan akad nikah yang sah.

AIDS

AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan


Melawan Penyakit (Acquired Immune
Deficiency Syndrome) disebabkan oleh
HIV, iaitu virus Human Immunodeficiency
yang merosakkan sistem pertahanan
badan pesakit yang mempunyai AIDS.
Pesakit AIDS akan menjadi lemah kerana
badannya telah hilang keupayaan untuk
menentang semua jenis serangan
penyakit.
Akibatnya pesakit akan meninggal dunia.

TANDA JANGKITAN AIDS

Terlalu lemah dan lesu


Penurunan berat badan yang mendadak
Demam panas yang kerap
Peluh malam
Kelenjar limfa membengkak
Ruam kulit dan ulser pada permukaan
mukosa. Contoh: lapisan dalam mulut
Cirit-birit yang kronik
Batuk kronik
Hilang ingatan
Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

CARA HIV/AIDS DISEBARKAN:

Cara HIV/AIDS disebarkan adalah


melalui cecair badan:
Perhubungan seks tanpa kondom
Penerimaan darah yang tercemar
Perkongsian jarum suntikan dadah
Dari ibu ke anak semasa
mengandung atau pelahiran atau
menyusu

HIV/AIDS TIDAK BOLEH


DISEBARKAN
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar
melalui:

Perciuman atau berpeluk


Pergaulan harian di tempat awam seperti
di sekolah atau tempat kerja
Makan di restoran atau membeli-belah di
pasaraya
Berenang di kolam renang awam
Gigitan nyamuk

CETAK ROMPAK

Bermaksud penggunaan bahan yang


dilindungi undang-undang hakcipta tanpa
izin, maka mencabuli salah satu hak
eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti
hak untuk mengeluarkan semula atau
menjalankan karya yang dihakcipta, atau
menghasilkan karya derivatif yang
berasaskan karya yang dihakcipta itu.

Penyalinan tersebut dibuat dengan cara:


Menerbitkan semula sebahagian atau ke
semua hasil karya.
Membuat salinan kepada pelbagai bentuk
sama ada cara mengambil gambar,
membuat salinan seca ra elektronik atau
komputer, fotostat, rakaman video, rakaman
suara, menaip semula atau diubah kepada
PDF.
Menyalin kandungan bahan dan dijual
semula dengan tajuk yang berbeza.
Mengeluarkan bahan atau perkakas yang
menggunakan idea yang sama, dimana idea
tersebut telah dihakcipta.

Dari sudut undang-undang, cetak rompak


bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran
dan penggunaan produk harta intelek secara
haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi
harta intelek tersebut.
Kegiatan cetak rompak merupakan satu
kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987.
Harta intelek bermaksud sebarang produk dan
hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya
seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen
dan radio, perisian komputer serta rekabentuk
industri.
Semua harta intelek adalah dilindungi oleh
Akta Hakcipta 1987.

FAKTOR CETAK ROMPAK


Kurangnya kesedaran di kalangan
pengguna mengenai harta intelek.
Harga produk cetak rompak yang
jauh lebih murah daripada produk
tulen.
Salah guna teknologi seperti penulis
CD dan penulis DVD pada komputer
yang digunakan untuk tujuan cetak
rompak.

Kelonggaran dan penguatkuasaan


undang-undang .
Masyarakat kurang menyedari
kesan buruk yang berlaku ekoran
daripada perbuatan tersebut.
Harga produk atau barangan cetak
rompak yang jauh lebih murah
daripada barangan tulen.

LANGKAH MENGATASI
Penguatkuasaan undang-undang
Kampen kesedaran
Semua pihak memainkan
peranan
Menitikberatkan kualiti
pendidikan moral dan integriti

BUDAYA GOTHIC

Pada suatu masa dahulu Gothic lebih kepada medium


ideologi .
Gothic berasal dari VisiGoth yang merupakan nama
satu puak barbari dari Jerman iaitu puak yang
menghuru-harakan Kerajaan Rome ketika itu.
Ideologi tersebut berkembang secara sekular ke dunia
artistik,dengan penggayaan yang gelap dan suram dan
boleh dilihat pada senireka bangunan-bangunan
zaman pertengahan abad, seperti di Andalusia dan
Sepanyol.
Puak VisiGoth (Gothic) mula melebarkan ideologi
mereka ke seluruh benua Eropah dari Scandinavia
hingga ke Russia dan mereka juga bermigrasi ke
serata dunia dan meninggalkan ideologi seni mereka.

Maksud Gothic secara budaya bagi


pencinta Gothic adalah sebagai
gambaran depresi, marah, kelam,
benci, sedih, kecewa dan kegelapan.
Semua perasaan ini dijadikan sebagai
satu budaya, trenda dan musik.
Selain musik, orang akan merujuk
gothic kepada fesyen.
Kebiasaannya, golongan gothic atau kita
boleh panggil mereka goth dan selalu
memakai pakaian yang berwarna gelap
dan bercelak.

Ada pendapat menyatakan bahawa


gothic bukanlah sesuatu kepada
kepercayaan tetapi ianya merujuk
kepada budaya. Goth boleh
mengamalkan apa-apa jua agama atau
kepercayaan.
Tidak dinafikan segelintir gothini
tidak beragama dan menyembah syaitan
tapi tidak semua yang begitu.

PEGANGAN GOTHIC

Tidak memakai pakaian hitam


Tidak tunduk kepada syaitan
Mereka bukan iblis
Tidak membunuh
Tidak membenci sesama manusia
Tidak selalu tertekan
Selalu gembira
Kebiasaannya merupakan seorang yang
menarik
Merupakan manusia biasa

HAK ASASI MANUSIA

Dimaksudkan sebagaimana yang


dikatakan oleh Kofi Anan Bekas
Setiausaha PBB adalah asas kepada
kewujudan manusia dan kewujudan
bersama manusia.
Bersifat sejagat, tidak boleh
dibahagikan atau dipisahkan. Keduanya
saling bergantung.
Berteraskan prinsip hak asasi manusialah
kita membina kesucian meruah
manusia.

SENARAI HAK ASASI


Hak asasi Kanak-kanak
Hak asasi Wanita
Hak asasi Orang Kurang
Berupaya
Hak asasi Pengguna

HAK ASASI KANAK-KANAK

Hak asasi kanak-kanak sejagat telah digariskan


oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau
dikenali sebagai Children's Rights Convention
(CRC) pada tahun 1989.
Negara Malaysia telah terima pakai CRC kecuali
mengekalkan reservasi terhadap Fasal 1, 2, 7, 13,
14, 15, 28 (1) (a) dan 37. kerana bertentangan
dengan dasar, undang-undang dan amalan negara
kita (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia).
Menurut CRC, hak utama kanak-kanak yang harus
dilindungi adalah hak untuk hidup, hak
memperoleh perlindungan, hak berkembang dan
hak penyertaan.

Hak asasi kanak-kanak perlu dihormati


dan dilindungi dalam aspek yang
berikut:
Penjagaan
Pendidikan
Kemudahan

asas

Advokasi
Perundangan
Perkerjaan

dan kesejahteraan hidup


kanak-kanak.

HAK ASASI WANITA

Pada tahun 1989, kerajaan kita telah


menggubal Dasar Wanita Negara yang
mengiktirafkan hak-hak wanita.
Dasar yang digubal ini mendukung cita-cita
negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi
menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan,
kebebasan serta hak-hak asasi manusia.
Memberi panduan serta hala tuju dalam
semua aspek perancangan dan perlaksanaan
program pembangunan negara khususnya yang
melibatkan kaum wanita secara langsung
ataupun tidak tanpa diskrimanisi atau sebab
kejantinaannya.

HAK ASASI ORANG KURANG UPAYA

Menurut Akta Bagi Orang Yang Kurang Upaya


2002, kurang berupaya bererti `penghalangan
atau kekurangan upaya untuk melakukan
sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap
normal bagi orang biasa.'
Terdiri daripada individu yang mempunyai
kecacatan fizikal seperti kehilangan anggota,
buta, pekak, bisu dan lumpuh atau kecatatan
mental seperti celebral plasy, sindrom down
dan autisme.
Mempunyai hak dan kedudukan yang sama
seperti golongan yang lain.

HAK ASASI PENGGUNA

Hak untuk mendapatkan keperluan asas


Hak untuk mendapatkan keselamatan
Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk memilih
Hak untuk menyuarakan pendapat
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Hak untuk mendapatkan pendidikan
pengguna
Hak mendapatkan alam sekitar yang sihat
dan selamat.

Undang-undang perlindungan
pengguna dikawal oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna.
Undang-undang utama untuk
membela nasib pengguna teraniaya
ialah:

Undang-undang

kontrak
Undang-undang kecuaian
Undang-undang Jenayah
Undang-undang Kawalan Kredit

AKTA-AKTA PENGGUNA
Akta Sewa Beli (Pindaan), 1992
Akta Perihal Dagangan, 1972
Akta Hakcipta, 1987
Akta Kewangan, 1965
Akta Kawalan Harga, 1946
(Disemak 1973)
Akta Timbang dan Sukat, 1972

NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI


MANUSIA DALAM PENDIDIKAN MORAL
Bil Nilai berkaitan dengan
. diri dan masyarakat
dalam Kurikulum
Sekolah Rendah
1 Tanggungjawab terhadap
Masyarakat
2 Toleransi dalam
Masyarakat
3 Semangat Bermasyarakat

4 Peka terhadap Isu-isu


Sosial
5
-

Nilai berkaitan dengan Hak


Asasi Manusia dalam
Kurikulum Sekolah
Menengah
Melindungi Hak Kanakkanak
Menghormati Hak Wanita
Melindungi Hak Pekerja

Menghormati Hak Golongan


Kurang Berupaya
Melindungi Hak Pengguna