Anda di halaman 1dari 15

Pendemokrasian dapat didefinisikan sebagai

prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial


setiap individu yang menganggotai sesuatu
masyarakat.

Pendidikan pula dikaitkan dengan satu usaha


atau proses mendidik dan dididik yang dikatakan
berkait rapat dengan proses pengajaran dan
pembelajaran

Jadi pendemokrasian pendidikan dapat disimpulkan


sebagai persamaan hak yang sama rata bagi setiap
individu dalam proses P&P yang disediakan oleh
sistem pendidikan di sesebuah negara tanpa
wujudnya sebarang pendiskriminasian di semua
peringkat individu atau masyarakat.

Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan dapat


disimpulkan sebagai keupayaan dan kemampuan
sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan
peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan
sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu
untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Melibatkan pengurus/ pentadbir pendidikan,


masyarakat, guru dan pelajar.

1) Pengurus/Pentadbir

pendidikan :

Isu ini dijadikan asas dan sandaran dalam membuat


perancangan di mana matlamat yang ditetapkan
dapat dicapai.

2) Masyarakat :
memberi

kesedaran tentang kepentingan dan keperluan


pendidikan supaya dapat meningkatkan keprihatinan
mereka terhadap perkembangan terkini dan seterusnya
menimbulkan minat terhadap pendidikan.
Masyarakat juga dapat berkongsi idea dalam menangani
masalah pendidikan dan menjadi penyumbang kepada
maklum balas terhadap keberkesanan sistem pendidikan.

3) Guru :
Golongan

penting dalam menentukan kejayaan perlaksanaan


sesuatu perancangan.
Perlu memastikan setiap murid mendapat persamaan hak
yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang
bermutu.

4) Pelajar :
Memberi

kesedaran dalam jiwa pelajar tentang peluang


yang disediakan oleh sistem pendidikan negara.
Pelajar harus sedar bahawa pendidikan adalah untuk masa
depan mereka.

Isu pendemokrasian pendidikan di Malaysia


khususnya dari segi peluang dan mutu atau
kualiti pendidikan dapat dilihat dari beberapa
aspek pendekatan, perlaksanaan dan amalan
seperti berikut:

1) Sistem

Pendidikan :
Terdiri daripada beberapa peringkat pendidikan
iaitu peringkat rendah (6tahun), menengah
rendah (3tahun), menengah atas (2tahun),
tingkatan enam (2tahun) dan pendidikan tinggi.

Wujudnya

pendidikan swasta dan Sekolah Agama


Rakyat iaitu warisan dari Sistem Pondok sebagai
pilihan untuk mendapatkan pendidikan.
Golongan murid istimewa juga tidak diabaikan oleh
sistem pendidikan negara.
Langkah meningkatkan bilangan pelajar di
universiti juga memantapkan pendemokrasian
sistem. Di mana lebih ramai yang berpeluang untuk
mendapatkan peluang pendidikan.

2) Pendidikan Untuk Semua :


Sistem pendidikan negara tidak pernah
mengabaikan atau meminggirkan mana-mana
golongan masyarakat khususnya untuk mendapat
pendidikan.
Mewujudkan SPBT, RMT dan pemberian biasiswa
oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi
bagi mereka yang layak selain daripada pendidikan
percuma.
Namun begitu, masih ada sebilangan murid yang
tidak dapat meneruskan persekolahan akibat
desakan hidup keluarga. Jadi pelaksana sistem
pendidikan terutamanya di peringkat akar umbi
iaitu di sekolah-sekolah lebih peka dan memahami
tentang agenda pendemokrasian pendidikan.

3) Pendidikan Sarwajagat/ Sejagat :


Had umur bagi setiap individu untuk
mendapatkan pendidikan formal semakin
diperluaskan.
Sebagai contoh kini pelajar boleh meneruskan
pengajian ke tingkatan 4 walaupun keputusan
PMR yang diperolehi minimum. Perakuan ini
dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979.
Selain itu juga, terjadinya isu yang agak besar
yang menjadi cabaran dan harus ditangani
sistem pendidikan iaitu pertama, kesanggupan
pelajar yang memperolehi kelulusan yang
minimum itu sendiri untuk meneruskan
pelajaran dan kedua, masalah kualiti pelajar.

4) Kemudahan dan Infrastruktur :


Kemudahan-kemudahan untuk proses P&P, asrama,
Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar
yang berkualiti, dan sebagainya.
Untuk perkembangan pendidikan di luar bandar
asrama desa dibina di setiap daerah, dengan
keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman.
Dari segi kemudahan dan infrastruktur pendidikan
luar bandar, Malaysia boleh dikatakan di antara
negara membangun yang mencatat rekod yang
cemerlang.

5) Pendidikan Bertaraf Dunia :


Malaysia kini telah diakui dan boleh dikatakan di
antara negara membangun yang mencatat rekod
yang cemerlang dalam bidang pendidikan.
Untuk pendemokrasian, kita tidak seharusnya
melihat dari segi skop perbandingan antara bandar
dan luar bandar atau dalam negara semata-mata.
Skop perbandingan perlulah lebih luas dan lebih
global sebagai memenuhi cabaran semasa dan
matlamat serta tuntutan sistem pendidikan sebagai
wadah pembangunan negara bangsa yang maju.

6) Pendidikan Berkualiti :
Pendidikan berkualiti di semua merupakan ciri
utama yang akan menentukan taraf sesuatu sistem
pendidikan.
Untuk mencapainya, Kementerian Pendidikan perlu
menambahbaikkan sistem pendidikan, kurikulum,
profesion pendidikan, kemudahan fizikal dan
kelengkapan serta keefisienan pengurusan.
Kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan
perlu menerima pendidikan yang berkualiti tanpa
mengira tahap sosio-ekonomi, keadaan fizikal dan
tempat tinggal sekurang-kurangnya untuk tempoh
11 tahun.

7) Pendidikan Berterusan :
Pendemokrasian pendidikan perlu memastikan yang
sistem pendidikan memperluaskan peluang
pendidikan berterusan.
Di mana tanpa mengambil kira akan batas usia
individu, mereka masih disediakan peluang untuk
menyambung pendidikan.
Sebagai contoh kini kita dapat lihat pendidikan
jarak jauh diperluaskan dan menjadi agak biasa.
Diharapakan juga, dengan ciri istimewa peluang
yang disediakan dapat dijadikan wadah kepada
mereka yang berminat untuk meneruskan pelajaran
demi mempertingkatkan taraf pendidikan mereka.

8) Sekolah Asrama Penuh :


Satu usaha bagi pendemokrasian pendidikan di
mana menyediakan peluang pendidikan yang
lebih berkualiti khususnya pelajar yang
berpotensi dan cemerlang.