Anda di halaman 1dari 9

ASAS PENDIDIKAN MUZIK

MZU 3104
MOHAMAD SAIDI BIN ZAINAL AZIM
BM / PJ / MU
PENGENALAN
Kursus ini memberi pendedahan mengenai pandangan
ahli falsafah dan kepentingannya dalam pendidikan
muzik.
Di samping itu, perbincangan mengenai matlamat dan
fungsi muzik dalam pendidikan menekankan
kepentingan muzik itu sendiri.
Turut, membincangkan perihal implikasi falsafah, faktor-
faktor sosiologikal dan psikologi yang mempengaruhi
tingkahlaku muzikal dikaji dan domain-domain
pengajaran dan pembelajaran muzik dijelaskan dengan
lebih spesifik.
TAJUK 1
(ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN MUZIK)
PENGENALAN :
Dalam situasi bilik darjah pengajaran dan
pembelajaran pendidikan muzik, pendidik muzik
perlu memahami asas falsafah dalam membantunya
menjayakan P&P dengan lebih menarik dan berkesan.
Pemahaman yang jelas terhadap falsafah akan dapat
membantu pendidik muzik memahami isu asas dalam
dalam kehidupan sama ada dalam @ luar bilik darjah.
Falsafah pendidikan muzik ini membantu seorang
pendidik muzik lebih berkeyakinan dan
menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam
memahami situasi pelajar dan pembaharuan dalam
aspek pengajaran di dalam bilik darjah
Melalui pengetahuan dalam falsafah juga membantu
seseorang pendidik dalam membuat keputusan yang
memerlukan mereka berfikir secara mendalam bagi
mengelakkan kesan ke atas pelajarnya di masa
hadapan.
PANDANGAN ASAS FALSAFAH PESTALOZZI UNTUK
PENDIDIKAN MUZIK
PENGENALAN
Johann Henrich Pestalozzi ( 1746-1827) seorang yang
berbangsa Swiss yang mempengaruhi banyak rasional
dan prinsip asas untuk pendidikan muzik hampir
diseluruh dunia.
Dalam thaun 1809 prinsip Pestalozzi yang bertajuk “
Principle of the Pestalozzi System Of music “ telah
diperkanalkan di dunia.
6 PRINSIP PESTALOZZI
1. Mengajar bunyi sebelum tanda atau simbol (kaedah
hafalan sebelum catatan ) para pelajar didiedahkan
dengan nyanyian sebelum mempelajari notasi
muzik.
2. Kaedah discovery learning dipraktikkan dengan
memberi peluang pelajar menerokai bunyi, meniru
bunyi dan seterusnya membuat kesimpulan
berkaitan bunyi yang didengar samada bunyi
sekeliling atau bunyi yang diciptakan.
3. Pembelajaran mengikut peringkat yang sisitematik iaitu
memahirkan pelajar dengan aspek tertentu sebelum
bertukar ke aspek lain. Contohnya dalam aspek irama
setelah pelajar menguasai aspek ini barulah bertukar ke
aspek melodi dan seterusnya secara berperingkat.
4. Pembelajaran secara praktikal atau amali diberi
penekanan apabila pelajar menguasai aspek amali
tersebut aspek teori dan prinsip berkaitan didedahkan.
Pelajar digalakkan menghubungkaitkan amalan amali
dengan aspek teori dan prinsip.ini dinamakan
pembelajaran Heuristik.
5. Peluang latihan dan kajian berkaitan dengan elemen
muzik dipraktikkan melalui usaha sendiri dan
seharusnya mencukupi dan ini berkaitan
pendekatan berkonsep.
6. Nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental
diselaraskan dengan dan nyanyian solfa tidak
digalakan.