Anda di halaman 1dari 38

BAB 2

RANCANGAN
PEMASARAN

Rujukan:
Ismail Ab. Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah
Buyong (2005). Rancangan Perniagaan : Garis
Panduan dan Strategi Untuk Perniagaan Kecil
& Sederhana. Kuala Lumpur Pena Media .
ms 19-26 .
www.insken.gov.my/html/themes/mec_ins
/.pdf

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.1
Pengenalan
2.2 Pasaran sasaran
2.3 Trend dan saiz pasaran
2.4 Persaingan
2.5 Syer pemasaran
2.6 Strategi pemasaran
2.7 Belanjawan pemasaran
2.8 Masalah pemasaran

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.1 PENGENALAN
Pasar atau pasaran boleh ditakrifkan sebagai:
1. American Marketing Association mentakrifkan pasar
sebagai suatu keadaan di mana pembeli dan penjual
membuat keputusan yang membolehkan pemindahan
barang-barang dan perkhidmatan.
2. Pasaran adalah jumlah permintaan untuk sesuatu
barangan dan perkhidmatan
3. Pasar merupakan suatu kumpulan pembeli dan
penjual dalam sesuatu kawasan untuk sesuatu
keluaran di suatu peringkat dalam saluran
perdagangan dan pada sesuatu masa yang tertentu.

2.RANCANGAN PEMASARAN
2.1 PENGENALAN
Pasar atau pasaran boleh ditakrifkan sebagai:
4. Pasar adalah suatu kawasan yang di
dalamnya:
i) Terdapat permintaan untuk barang-barang
dan perkhidmatan
ii) Terdapat kuasa-kuasa penawaran dan
permintaan yang bergerak untuk menetapkan
harga.
iii) Berlaku pertukaran barangan atau
perkhidmatan

2.1

Pengenalan

a. Definisi Pemasaran:

Persatuan Pemasaran Amerika (AAM):


Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke
atas harga, promosi dan pengedaran terhadap
barangan atau perkhidmatan supaya proses
pertukaran dapat dilakukan yang mana akan
memenuhi kepuasan individu dan mencapai
objektif organisasi.

Definisi Pemasaran:
Phillip Kotler (1996):
Pemasaran ialah satu proses sosial
ataupun pengurusan di mana individu
ataupun kumpulan memperoleh apa
yang dikehendaki dan diperlukan
sama ada dengan menciptanya sendiri
ataupun melalui pertukaran produk
atau nilai dengan atau pihak yang
lain.

b. Konsep Asas Dalam


Pemasaran:
1.
2.
3.
4.

Keperluan, Kehendak, Permintaan


Produk/ servis/ perkhidmatan
Nilai, kepuasan, kualiti
Pertukaran, urus niaga,
perhubungan
5. Pasaran
6. Pemasaran

b. Elemen/ Konsep Asas Dalam Pemasaran:


1. Keperluan
Manusia mempunyai keperluan yang sangat
kompleks, termasuk keperluan yang asas seperti
makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang.
Jika keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang
itu akan berusaha untuk mencari mendapatkan
keperluan tersebut atau mengurangkannya.
2. Kehendak
Kehendak manusia terbentuk dari persekitaran
budaya dan personality seseorang, dan ini adalah
terhasil dari keperluan asasnya.

b. Konsep Asas Dalam Pemasaran:


3. Permintaan
Bilamana kehendak dapat disokong oleh
kemampuan untuk memiliki, kehendak ini
dapat ditukarkan kepada permintaan.

b. Konsep Asas Dalam Pemasaran:


4. Pertukaran
Pertukaran merupakan satu aktiviti di mana satu
produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh satu
pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu
pihak yang lain dengan menepati syarat-syarat
berikut:
i. Dua pihak yang terlibat mempunyai barangan
yang berbeza.
ii. Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk
membuat pertukaran.
iii.Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara
satu sama lain.

5. Urus niaga
Apabila wujudnya pertukaran dua
barangan antara dua pihak, satu urus
niaga telah berlaku.

6. Perhubungan
Bagi tujuan memaksimumkan keuntungan urus
niaga jangka pendek, pemasar perlu membina
perhubungan ekonomi dan sosial dengan
pelanggan, pengedar, wakil penjual dan
pembekal yang amat berharga kepada pemasar
dengan menjanjikan dan menghasilkan secara
konsisten produk yang berkualiti tinggi,
perkhidmatan yang baik dengan harga yang
berpatutan.
Caranya: pembinaan perhubungan dua hala
atau bina rangkaian perhubungan yang baik
dengan pihak yang berkepentingan dan

7. Produk dan Perkhidmatan


Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan
kepada pengguna untuk perhatian, milikkan atau
kegunaan yang akan memenuhi sesuatu
keperluan atau kehendak.
Konsep produk tidak terhad kepada objek fizikal,
seperti kereta, rumah dan sebagainya tetapi apa
sahaja yang berupaya memuaskan keperluan
boleh dipanggil produk.
Selain daripada produk fizikal/ketara, produk juga
termasuklah perkhidmatan/servis seperti
perbankan, penerbangan, perhotelan,
menggunting rambut dan banyak lagi.
Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah
yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara

8. Nilai
Konsep nilai ini biasanya wujud berdasarkan kepada
persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu produk
atau servis yang ditawarkan.
Nilai yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan di
antara nilai yang pelanggan peroleh daripada memiliki
dan menggunakan sesuatu produk dan kos untuk
mendapatkan keluaran itu.
Sebagai contoh, seorang penumpang bas sanggup
membayar harga lebih untuk menaiki Eksekutif Coach
yang mempunyai tambang lebih mahal berbanding bas
ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang
ditawarkan oleh Eksekutif Coach lebih baik, lebih
terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding bas
ekspres biasa.

9. Kepuasan pelanggan :
Pelanggan akan merasa puas hati apabila
jangkaan menepati apa yang mereka jangkakan .
Contohnya pelanggan yang membeli sabun
pencuci pinggan akan merasa puas hati apabila
sabun pencuci pinggan tersebut dapat mencuci
pinggan yang berminyak dengan mudah.
Pelanggan yang berpuas hati akan membuat
pembelian yang berulang dan mereka akan
memberitahu pengguna lain tentang pengalaman
mereka menggunakan produk.
Perkara utama di sini ialah memadankan

10. Kualiti:
Pengurusan Kualiti Menyeluruh
(PKM), direka untuk terus
memperbaiki kualiti produk,
perkhidmatan dan proses
pemasaran.
Kualiti mempunyai kesan langsung
ke atas prestasi produk dan
seterusnya ke atas kepuasan
pelanggan.

11. Pasaran
Pasaran merupakan satu set atau himpunan bakal
pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli
sesuatu produk.
Adalah tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul
untuk bertukar produk antara mereka.
Contoh pasaran : pasaran komoditi, pasaran kewangan,
pasaran buruh dan sebagainya.
Pembeli mempunyai keperluan atau kehendak yang
boleh dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan.
Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang (yang
mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk
melibatkan diri dalam pertukaran dan sanggup untuk

12.Pemasaran
Adalah melibatkan aktiviti:
-.mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran
-.perhubungan untuk mewujudkan nilai dan memuaskan
keperluan dan kehendak.
-.pembentukan dan pertukaran produk atau nilai dengan
orang lain.
-.Aktiviti lain: pembangunan produk, penyelidikan,
komunikasi, pengagihan, penentuan harga dan
perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran.
Contoh:
Pengguna menjalankan pemasaran untuk mencari produk
yang diperlukan pada harga yang mereka mampu.
Agen pembelian syarikat menjalankan pemasaran apabila
berjaya mendapatkan penjual lalu agen membuat tawarmenawar untuk belian yang terbaik.

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.2 Sasaran Pasaran
Maksud: pengguna/ pelanggan
Usahawan perlu kenal pasti siapakah
sasaran pasaran iaitu orang yang akan
menggunakan barang / perkhidmatan yang
ditawarkan oleh usahawan.

Profil pelanggan:
1.Demografi umur, jantina,
pendapatan, pekerjaan, latar
belakang akademik, bilangan ahli
dalam keluarga
2.Psiko grafik keinginan, cita rasa,
ego, status

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.3

Trend dan saiz pasaran

Perlu buat analisis pemasaran sebelum


membuat rancangan pemasaran
Trend pasaran:
Iaitu perkembangan semasa industri/
perniagaan
Contoh:
-perniagaan berkembang/ menurun/ stabil.
- nyatakan statik
-Jalankan penyelidikan berterusan
-Kenal pasti perubahan cita rasa pelanggan

Saiz pasaran:
-Adalah jumlah keluasan pasaran /
potensi pasaran untuk kawasan
tertentu dalam tempoh setahun.
-Pertimbangan bagi menentukan saiz
pasaran:
-Tidak mengambil kira pembahagian
mengikut pesaing dalam pasaran yang
luas

Contoh menentukan saiz pasaran: Kedai Pakaian Lily Sdn.


Bhd.
Pasaran sasaran sekitar 50 km persegi dari lokasi premis
perniagaan.
Tiga kumpulan pembeli utama:
1. Wanita berkerjaya pembeli utama
2. 6000 keluarga yang menetap di kawasan sekitar premis
3. Pemborong pakaian wanita
Hasil kajian untuk pembelian sebulan:
i. Wanita berkerjaya = belian RM500 seminggu atau RM
2000 sebulan
ii. Keluarga
= belian RM200 seminggu atau RM
800 sebulan
iii. Pemborong
= belian RM 1000 seminggu atau
RM 4000 sebln

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.4 Persaingan
Usahawan perlu kenal pasti dari aspek:
i. Keadaan sebenar yang berlaku di pasaran
ii. Siapa tawarkan produk/ perkhidmatan sama
iii. Siapa tawarkan barang pengganti kepada
pelanggan sama
iv. Apakah kualiti, keupayaan pesaing, harga
jualan
v. Kekuatan dan kelemahan pesaing

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.5 Syer pasaran
iaitu anggaran (%) yang dibuat dalam mengenal pasti
bahagian/pasaran yang boleh dikuasai oleh
perniagaan seseorang usahawan.
Menggunakan konsep sharing of cake,.
Perniagaan yang mempunyai bahagian besar dikenali
adalah pemimpin pasaran atau market leader.

Contoh syer pasaran (perlu ambil


kira kekuatan dan kelemahan
pesaing):
Pesaing A : 39 % (market leader)
Pesaing B : 27 %
Pesaing C : 12 %
Pesaing D : 12 %
Perniagaan anda: 10%

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.6 Strategi pemasaran
-Iaitu terdiri daripada elemen produk, tempat,
harga dan promosi.
i.
ii.
iii.
iv.

Produk
Promosi
Tempat
Harga

i.
-.
-.
-.

Produk
nilai/ faedah barang dan perkhidmatan;
kualiti, reka bentuk, prestasi barang, ikut
standard;
- pembungkusan selamat, menarik, sesuai,
label yang lengkap
Menepati ciri-ciri asas untuk bezakan
produk sendiri dengan produk pesaing

i. Promosi
Objektif untuk memberitahu,
mengingatkan, memujuk pelanggan
untuk membeli.
strategi komunikasi 2 hala peniaga dan
pelanggan
-. untuk bertahu mesej dan maklum balas
-. Menyampaikan promosi dalam bentuk:
pengiklanan, jualan langsung, promosi
jualan dan publisiti

Cara tentukan objektif strategi promosi:


i. (AIDA) attention (perhatian), interest
(minat), desire (keinginan), action (tindakan
untuk membeli
ii. Tentukan sasaran pengguna kanak-kanak,
wanita, orang dewasa, lelaki
iii.Mereka bentuk mesej yang ingin disampaikan
utamakan kebersihan, kecantikan, jimat
masa
iv.Memilih media bagi saluran penyampaian
mesej elektronik, bercetak
v. Menyediakan kos promosi sebab ia
sebahagian daripada kos jualan
vi.Penilaian aktiviti promosi yang dijalankan

Tempat Pengedaran:
i. Tempat adalah penentu untuk sampaikan
produk
ii. Supaya pengguna dapat akses produk
iii.Tempat sesuai dengan kualiti dan kuantiti
barang
iv.Barang diedarkan menggunakan saluran
secara langsung (penjual > pengguna) atau
tidak langsung (penjual > pemborong >
pembeli)
v. Faktor pemilihan saluran pengedaran:
-. Saiz pasaran
-. Ciri-ciri produk
-. Strategi pemilihan orang tengah

Harga:
Iaitu nilai yang harus dibayar oleh pengguna
sebagai pulangan kepada barangan yang
ditawarkan oleh peniaga
Faktor menetapkan harga:
i . jumlah kos sebenar produk
ii. Nilai harga jual yang ditawarkan pesaing
iii. Menilai struktur diskaun yang akan
diberikan oleh peniaga
iv. Menilai tanggapan pengguna terhadap
produk kita dengan pesaing (jika produk
bagus- harga tinggi)

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.7 Belanjawan pemasaran
AKTIVITI
Papan tanda

BELANJA
ASET TETAP

BELANJA
BULANAN

3,000

Promosi

10,000

Urusniaga
harian
-Gaji
-Komisen
-Pengangkutan
Jumlah

LAIN-LAIN
BELANJA

5,000
5,000
5,000
3,000

15,000

10,000

2. RANCANGAN PEMASARAN
2.8 Masalah pemasaran
PengembanganIdea
IdeaKreatif
Kreatif
Pengembangan
MelakukanInovasi
Inovasi
Melakukan
MenyusunJadual
JadualWaktu
Waktu
Menyusun
MenyampaikanMaklumat
Maklumat
Menyampaikan
KerjasamaPasukan
PasukanYang
YangHandal
Handal
Kerjasama
MenyatukanPersepsi/
Persepsi/Tanggapan
Tanggapan
Menyatukan
FokusPada
PadaSasaran
Sasaran
Fokus
MenganalisisPerniagaan/Data
Perniagaan/Data
Menganalisis
MengelolaSumber
SumberManusia
Manusia
Mengelola
MembangunKomunikasi
Komunikasi
Membangun
MenyimpanMaklumat/Data
Maklumat/Data
Menyimpan
MenjalinHubungan
Hubungan
Menjalin
MeraihKejayaan/Untung
Kejayaan/Untung
Meraih
Entrepreneurship
Entrepreneurship

Tamat

SOALAN:
Rancangan pemasaran merupakan satu proses sistematik yang
melibatkan penilaian ke atas peluang dan sumber pemasaran,
menentukan objektif pemasaran dan membentuk rancangan untuk
pelaksanaan dan pengawalan pemasaran.
Anda dikehendaki:
1. Memilih satu jenis perniagaan yang akan diusahakan dan
menyediakan portfolio rancangan pemasaran dengan lengkap dan
kemas yang mengandungi:
a) Pengenalan
b) Pasaran Sasaran
c) Trend dan Saiz Pasaran
d) Persaingan
e) Syer Pasaran
f) Ramalan Jualan
g) Strategi Pemasaran
h) Belanjawan Pemasaran
i) Masalah Pemasaran

SOALAN TAMAT