Anda di halaman 1dari 33

sosiolinguistik

Mohd Jeffery Ibrahim


&
Harith Asraf Bin Lamdin

Sosiolinguistik

Sosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik.

Bidang ilmu adalah perpaduan Sosiologi dengan Linguistik.

Sosiolinguistik adalah ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun


teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan
dalam komunikasi seharian.

Maksud istillah masyarakat dalam ilmu Sosiolinguistik adalah mencakupi


kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar
mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor
sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasa.

Maksud istillah bahasa pula mencakupi gagasan seperti perbezaan bahasa


Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab, dll.

Kesemuanya diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi


dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika, dll.

Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak.

Bidang ini memberi pengertian umum, rasional dan empirikel serta bersifat
umum (Soekanto, 1982).

Linguistik memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem,


empirikel, kenyataan struktur, penggolongan dan rumus bahasa.

rasional,

Kita menilai orang bukan hanya dengan apa yang dituturkan oleh seseorang
tetapi juga bagaimana kedengarannya bahasa yang diucapkan.

Timbulnya kesedaran baru dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan


yang tidak boleh dipisahkan antara Perilaku Bahasa dan Perilaku Sosial
(Loveday, 1982).

Ahli linguistik Antropologi berpendapat bahawa Bahasa dan Kebudayaan


sebagai keseluruhan yang bersifat Monolitik (Satu) (Fishman, 1968).

. Bahasa itu hanya akan bermakna dan berfungsi


sekiranya digunakan dalam kehidupan seharian.
. Sosiologi bahasa membidangi faktor-faktor sosial seperti bahasa dialek, bahasa
pembakuan, perancangan bahasa, dll.

Sosiologi Bahasa pula mengkaji kesan Bahasa terhadap masyarakatnya.

Aspek-aspek ini terdiri daripada norma dan nilai masyarakat, harapan


masyarakat, suasana yang wujud dalam masyarakat, dll.

Dell Hymes (1962), bahasa yang digunakan seharian dalam perbicaraan


melalui telefon, bergurau, berbual kosong, dll dikenali sebagai Etngrafi
pertuturan (The Ethnography of Speaking).

Kesemua yang dibincangkan tadi dapat disimpulkan dalam 4 perkara:-

i. Ahli Sosiolinguistik percaya kenyataan sosial tidaklah boleh diselesaikan


melalui jadual ataupun statistik tetapi pada kenyataannya dibangunkan dalam
Proses Interaksi. Ahli Antropologi menganalisis cerita dongeng, cerita rakyat,
teka-teki dan upacara keagamaan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat
lama.

ii. Kajian juga dijalankan bagaimana norma-norma dan nilai-nilai sosial


mempengaruhi perilaku linguistik, seperti penyelidikan yang dilakukan oleh
Bernstein mengenai perbezaan gaya pertuturan Kelas Pertengahan dan Kelas
Atasan masyarakat Inggeris.

iii. Banyak indikator linguistik yang memberikan maklumat sosial bermula


daripada bahasa loghat, pemilihan kosa kata dan tatabahasa. Trudgil (1974),
menunjukkan perbezaan sosial orang Inggeris yang berasal dari Norway.

iv. Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik juga menjadi sasaran kajian
Sosiolinguistik. Lembaga seperti Academie Francaise secara rasmi
menentukan apa yang boleh diterima atau tidak dalam bahasa Peranchis.

Pemurnian bahasa Jerman sewaktu pemerintahan Nazi pernah diakukan


sebagai satu eksploitasi bahasa.

Bahasa Maori diajar kepada mereka yang berkulit putih di New Zealand.

Bahasa Rusia diajar di negara blok Timur Eropah.

Terdapat usaha untuk memasukkan bahasa pribumi ke dalam kurikulum


sekolah di negara-negara Afrika.

Indonesia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa Nasional Indonesia seperti


yang dinyatakan dalam Sumpah Pemuda (1928). Ini bertentangan dengan
hakikat bahawa bahasa Jawa atau Sunda mempunyai bilangan penutur yang
jauh lebih ramai daripada bahasa Melayu.

Aspek-Aspek Sosial dalam Bilingualisme dan Multilingualisme adalah juga


penting dalam kajian sosiolinguistik.

Kebanyakan kajian memberi tumpuan kepada kelompok-kelompok minoriti di


pelbagai negara.

Kajian lain juga melihat motivasi sosial dalam amalan meminjam perkataan
asing.

Konferens pertama Sosiolinguistik berlangsung di University of California di


Los Angeles pada tahun 1964.

Salah satu hasil daripada konferens dirumuskan oleh Dittmar (1976).


i. Identiti Sosial Penutur
ii. Identiti Sosial Pendengar dalam komunikasi
iii.Lingkungan
perbicaraan berlaku.

sosial

tempat

peristiwa

iv. Analisis terhadap dialek-dialek sosial.

v. Penilaian sosial yang berbeza oleh penutur.

vi. Tingkatan ragam linguistik.

vii. Penerapan praktikal daripada penyelidikan


sosiolinguistik.

. Dalam Budaya Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digunakan dengan
meluasnya.
. Masyarakat Majmuk di Malaysia menggunakan kedua-dua bahasa tersebut
sebagai alat komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai situasi secara rasmi
dan tidak rasmi.

Peranan Bahasa dalam Masyarakat


Pelbagai Budaya
Pengenalan

Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya dan


membimbing murid-muridnya.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri


daripada pelbagai etnik.

guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang diajar terutama


faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaada
perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa

Penggunaan bahasa sangat berkait rapat dengan latar belakang


murid terutama budaya di mana murid itu dibesarkan dan menjalani
kehidupannya.

Peranan Bahasa dalam Masyarakat


Pelbagai Budaya

Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan.

Manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa dan mengemukakan


pandangan melalui pertuturan.

Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam kehidupan


sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan.

Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila


digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan
budaya yang pelbagai dan kompleks.

Peranan Bahasa dalam Masyarakat


Pelbagai Budaya

Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan,


fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu
realiti budaya.

Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan


pengalaman yang dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta
pengalaman yang baharu

Peranan Bahasa dalam Masyarakat


Pelbagai Budaya
Apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik?

Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju


bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan
manusia dengan bahasa

Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa


ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan
bahasa

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat


Malaysia

Namun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang


masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri

Peranan Bahasa dalam Masyarakat


Pelbagai Budaya

Walau pun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi


bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di Malaysia, namun pelbagai
etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masingmasing tanpa
sebarang sekatan

Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa


Pengantar

Kepelbagaian bahasa serta budaya di Malaysia merupakan cabaran


terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu padu.

Pemimpin Negara sejak zaman sebelum mencapai kemerdekaan lagi


telah nampak isu bahasa dan etnik ini.

Sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda


akan ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek
penggunaan bahasa kepada rakyat Tanah Melayu.

Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah


perkara mudah dan perlu diberi perhatian sewajarnya

Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa


Pengantar

Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada


sebuah Negara seperti Malaysia?

Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas


di sebuah kelas sekolah Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai
etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa. Seandainya,
murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama sebagai
bahasa pengantar, maka pasti guru berhadapan dengan masalah
untuk menyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan
memperoleh ilmu, apa lagi untuk menyatupadukan mereka.

Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa


Pengantar
Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada
perbezaan budaya dan perbezaan budaya yang ketara tidak akan
membawa perpaduan antara kaum atau etnik?

Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkan penggunaan


bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah
kebangsaan.
Pemansuhan sekolah vernacular Cina dan Tamil tetapi ditentang
kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan sekolah
Cina

Rentetan tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan


seterusnya pada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa penganta di sekolah.

Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul


Laporan Razak di mana perancangan pendidikan dirangka meliputi
semua kaum di Tanah Melayu dan ini merupakan asas
perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia

Laporan Rahman Talib 1960 adalah bukti betapa kerajaan


bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan yang
bersifat kebangsaan sebagai usaha menyatupadukan rakyat
Malaysia.

Akta 1961 termaktab Dasar Pendidikan Kebangsaan yang


menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid

Bahasa Ibunda
Akta pendidikan 1996

mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar tetapi turut


memperluaskan skop dan mengambil kira kepentingan etnik lain.

Pengajaran bahasa cina dan bahasa tamil di sekolah kebangsaan dengan


syarat terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid diperuntukan.

Peruntukan yang sama kepada penggunaan bahasa kaum asli dan bahasa asing
yang lain sekiranya terdapat permintaan ibu bapa sekurang-kurangnya 15
orang murid.

memberi peluang kepada semua etnik untuk mempelajari bahasa ibunda di


sekolah sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bahasa Kadazan-Dusun, bahasa Iban dan bahasa Semai antara bahasa etnik
yang turut dijadikan subjek di sekolah.

UPSI telah menawarkan latihan guru dalam bahasa Iban dan Kadazan-Dusun
pada peringkat sekolah menengah bagi merealisasikan hasrat kerajaan
menjaga keindahan bahasa ibunda etnik-etnik di Malaysia.

Bahasa Ibunda

Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus tersebut sebagai komponen


elektif dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Penawaran kursus-kursus ini adalah untuk mempertahankan variasi bahasa


ibunda di Malaysia.

Sistem pendidikan Negara mementingkan bahasa ibunda etnik berbanding


Negara-Negara lain yang kurang memberi terhadap pelbagai bahasa ibunda
milik etnik-etnik lain.

Peranan Guru dalam Aspek


Sosiolinguistik
Apa itu Sosiolinguistik??

Sosiolinguistik:

kajian tentang bahasa dan hubungannya dengan masyarakat.


Mengikut

Janet

Holmes,

ahli

sosiolinguistik

berminat

mengkaji bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat,


bagaimana bahasa berbeza dalam konteks sosial yang
berbeza, termasuk fungsi bahasa dan bagaimana bahasa
digunakan

untuk

melalui komunikasi.

menyampaikan

maksud-maksud

sosial

Sosiologi bahasa:

kajian tentang masyarakat dan kaitannya dengan bahasa.


Meliputi juga hal-hal di luar bahasa seperti perancangan
bahasa dan dasar bahasa. Kajian ini juga meliputi kajian
tentang norma penggunaan bahasa, atau pola penggunaan
bahasa sosial, termasuk sikap terhadap bahasa dari sudut
penerimaannya dalam masyarakat penutur yang lebih besar.

Linguistik:

kajian tentang bahasa yang meliputi kajian tentang bunyi hingga kepada
analisis bentuk pertuturan (sintaksis) dan tulisan. Bila dikaitkan dengan
masyarakat pengguna, bidang ini dikaitkan juga dengan kebolehan
manusia untuk berhubung, atau untuk melahirkan perasaan dan fikiran
(Edward Sapir). Jika dikaitkan dengan konsep bahasa sebagai alat
perhubungan, linguistik mengkaji struktur bahasa, kerana struktur
bahasa yang betul sahaja melahirkan fikiran yang betul (Ferdinand de
Saussure).

Peranan Guru dalam Aspek


Sosiolinguistik

Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati


diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di
samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan
budaya menurut etnik.

Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai


aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya.

Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di


dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

kegiatan kokurikulum adalah saluran terbaik untuk memartabatkan


Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang
kreatif, menyeronokkan serta memanfaatkan murid

Peranan Guru dalam Aspek


Sosiolinguistik

Bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di


Malaysia, guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etniketnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran

Contohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran


Bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam
pengajaran dan pembelajaran muzik, menggunakan tarian India dalam
Pendidikan Jasmani.

Kepelbagaian permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat


digunakan sebagai pendekatan Games based learning dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Peranan Guru dalam Aspek


Sosiolinguistik

Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur


budaya bukan sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang
tediri daripada pelbagai etnik, malahan ruang tersebut akan
mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik
rakan-rakan mereka.

Sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan


berkesan, setiap etnik tidak berasa tersisih, sebaliknya menjadikan
Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.