Anda di halaman 1dari 46

PELAKSANAAN

TEKNOLOGI
HIJAU

AHLI
KUMPULAN
NAMA

NO.MATRIK

SITI MAISARAH BINTI ABDUL

219072

KARIM
NORAIN BINTI JOHARI

219627

SYAZWANA BINTI SALLEH

220035

MUNIRAH HAYATI BINTI MOHD

220842

YUNUS
NOR HIDAYAH BINTI OTHMAN

221057

AISYAH BINTI CHE ISMAIL

221264

KONSEP
TEKNOLOGI
HIJAU

Teknologi Hijau merujuk kepada


pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam
semulajadi dan meminimumkan
atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.

MenurutKeTHHA,TeknologiHijaum
erujuk
pembangunandanaplikasiproduk,
peralatan
sertasistemuntukmemuliharaalam
sekitar
dansumbersemulajadi,dan
meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia

Sejarah Pengaplikasian Teknologi Hijau


Penggunaan teknologi hijau dikatakan bermula pada awal abad ke-20,
dengan penggunaan teksi berkuasa elektrik di Manhattan pada tahun
1980.
Kita kini menghadapi cabaran mencari penyelesaian untuk mengatasi
masalah penyusutan sumber semula jadi, perubahan iklim, bekalan
tenaga dan jaminan bekalan makanan.
Malaysia telah memulakan strategi untuk mengurangkan kesan alam
sekitar yang negatif dalam rantaian bekalan elektrik, dengan
memperkenalkan Dasar Tenaga Kebangsaan 1979 untuk memastikan
bekalan elektrik yang mencukupi, terjamin dan keberkesanan kos serta
untuk mempromosikan penggunaan tenaga yang cekap

Mempunyai
pembebasan gas
rumah hijau yang
rendah atau sifar

Meminimumkan
degradasi kualiti
persekitaran

Selamat untuk
digunakan

KRITERIA

Menyediakan
persekitaran yang
sihat dan lebih baik
untuk semua hidupan

Menjimatkan tenaga
dan sumber asli serta
menggalakkan
penggunaan sumber
yang boleh
diperbaharui

Teknologi Hijau Memfokuskan Kepada Empat Sektor


Utama
1. Sektor Tenaga
-Contoh: Penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga.
2. Sektor Bangunan
-Contoh: Pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan.
3. Sektor Air dan Pengurusan Sisa
-Contoh: Pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan
kumbahan, sisa pepejal dan lain-lain.
4. Sektor Pengangkutan
Contoh: Prasarana pengangkutan dan kenderaan

Peranan Kerajaan Malaysia Dalam


Perlaksanaan Teknologi Hijau

Perlaksanaan Teknologi Hijau masih di peringkat


yang awal dan perlahan.

Terdapat pelbagai dasar-dasar yang di gubal bagi


merancakkan pembangunan teknologi hijau dalam
pembinaan di Malaysia

Antaranya :
Dasar
Teknologi
Hijau

Dasar
Perumah
anNegara

Garis
Panduan
Perancan
gan
Kejiranan
Hijau

Green
Building
Index

Dasar Teknologi Hijau

Dasar Perumahan Negara

Merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi


kriteria-kriteria pemuliharaan.
4 tonggak dalam Dasar Teknologi Hijau Negara:
-

Tenaga

Alam sekitar

Ekonomi

Sosial

Teras 5: Pemampanan Sektor Perumahan


Antara perkara yang diberi penekanan :
-

Pelaksanaan pembangunan yang seimbang

Pembinaan rumah yang mesra alam dengan penggunaan


teknologi dan inovasi baru

-P

erlaksanaan konsep teknologi hijau dalam reka bentuk

bangunan,penggunaan bahan-bahan kitar semula.

Garis Panduan Perancangan


Kejiranan Hijau

Green Building Index Malaysia (GBI)

Bangunan perlu memenuhi ciri-ciri bangunan hijau adalah :

Penarafan bangunan hijau adalah berdasarkan kepada Indeks


Bangunan Hijau (Green Building Index (GBI) Malaysia).

Penggunaan tenaga secara cekap

6 kriteria utama yang digariskan dalam GBI :

Penggunaan bahan kitar semula untuk pembinaan bangunan

Kecekapan tenaga yang digunakan

Perancangan dan pengurusan bangunan yang mampan

Kualiti persekitaran dalaman bangunan

Penggunaan inovasi teknologi hijau

Perancangan dan pengurusan tapak yang mampan

Penghasilan suasana dalaman yang berkualiti dan selesa untuk


pengguna

Material dan sumber material yang digunakan untuk


pembinaan bangunan

Bangunan perlulah mencerminkan identiti dan budaya


masyarakat setempat.

Kecekapan penggunaan air

Inovasi dalam reka bentuk

TEKNOLOGI HIJAU
DALAM PEMBINAAN

TUJUAN PELAKSANAAN TEKNOLOGI


HIJAU
Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar
Memberi impak terhadap revolusi kehidupan
dengan meningkatnya kreativiti dan inovasi
dalam melindungi penghuni daripada
mengalami building sick
Saranan Perdana Menteri(Datuk Seri Najib)
Pelan induk industri pembinaan 2006-2015

CONTOH PEMBINAAN
BERKONSEPKAN TEKNOLOGI HIJAU
Menggunakan tingkap dan pintu kaca (dapat mengurangkan
penggunaan pencahayaan yang bersumberkan tenaga elektrik)

Tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik


Menjimatkan kerana tenaga ini boleh
diperbaharui

Penggunaan bahan kitar semula (mengurangkan pembaziran dan


pencemaran alam semula jadi)
Penggunaan cat berwarna merah(memantulkan haba lebih tinggi
berbanding warna gelap.)
Bukaan berlubang pada bangunan

Wisma Shell di Jalan Teknorat,


Cyberjaya, Selangor
Pengiktirafan emas Kepimpinan dalam
Rekaan Tenaga dan Alam Sekitar (LEED)
mengikut piawaian hijau Amerika Syarikat
(AS) pada Februari 2011.

Menggunakan bahan
kitar semula

Kolam bawah tanah

Projek lain yang menggunakan


teknologi hijau di Malaysia
Lampu jalan menerusi projek perintis pemasangan lampu
jalan berasaskan teknologi hijau.
Pembuatan kompos
Kemajuan teknologi hijau di Melaka

ISU DAN CABARAN


DALAM PELAKSANAAN
TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber
dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia.

Teknologi hijau ditakrifkan sebagai pengaplikasian ilmu pengetahuan dan


kemahiran untuk tujuan praktikal dalam pelbagai bidang kehidupan tanpa
mengakibatkan kepupusan sumber dan mencemarkan alam sekitar.

Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam
berbanding dengan teknologi sedia ada.

Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber


seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan
sesuatu produk

Kos Pelaksanaannya Yang Tinggi


Kos untuk melaksanakan teknologi hijau ni memerlukan modal yang tinggi.
Ini dapat dilihat dalam pembinaan rumah yang memgaplikasikan teknologi hijau

di mana 40% lebih tinggi berbanding rumah konvensional.


Konsep perumahan seperti ini meningkatkan kos projek kerana mereka
memerlukan modal pendahuluan yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, sistem panel solar tidak dilaksanakan oleh projek perumahan
kerana kos pemasangannya yang tinggi dan sukar mendapatkan bahan mampan
di Malaysia.
Harga bahan mampan seperti cat sebatian organik meruap yang rendah adalah
lebih tinggi daripada cat biasa.
Semua pemaju mensasarkan untuk memaksimumkan keuntungan dan tidak
bersedia untuk melabur lebih banyak wang untuk menjalankan konsep ini.
Walaupun perumahan mampan mampu menjimatkan kos jangka panjang, tetapi
pemaju tidak mendapat apa-apa manfaat daripadanya. Terlalu banyak kos
tambahan yang diperlukan dalam pembangunan projek perumahan mampan ini
seperti kos pembelian tekbologi yang lebih tinggi, kos keluk pembelajaran dan
kos dalam menggunakan tenaga kerja yang mahir.

Kekurangan Penguatkuasaan

Konsep perumahan seperti ini telah lama diperkenalkan di Malaysia. Tetapi pihak

pihak tertentu didalam industri pembinaan ini masih kurang tertumpu kepada
konsep ini.
Hal ini kerana dasar-dasar awam dan rangka kerja kawal selia yang tidak
menggalakkan dalam pembangunan perumahan mampan dalam sektor
pembinaan. Pihak berkuasa tempatan hanya menguatkuasakan pemaju untuk
memasang sistem penuaian air hujan di rumah berkembar dan kondominium
sahaja.
Walaupun kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan
pembangunan perumahan mampan, masih juga terdapat kekurangan
penguatkuasaan dan pemantauan undang-undang dan perundangan.
Walaupun indeks bangunan hijau telah diperkenalkan di Malaysia sebagai
penanda aras bagi kecekapan tenaga dan kriteria kemampanan, tetapi
kebanyakkan pemaju tetap enggan untuk merujuk kepada panduan tersebut dalam
pembangunan projek mereka.
Selain itu, sebahagian besar daripada pelan pembangunan mengambil tempoh
masa yang panjang untuk mendapatkan sesuatu kelulusan daripada majlis
tempatan. Ini menyebabkan pemaju keberatan untuk melaksanakan pembangunan
perumahan ini. Biasanya, proses untuk mendapatkan kelulusan pembangunan
mampan adalah rumit, oleh itu pemaju tidak sanggup utnul membazirkan masa dan
wang dalam melaksanakan konsep ini.

Kekurangan Kepakaran Teknologi


Para profesional pembinaan menghadapi banyak halangan untuk membangunkan
rumah mampan di malaysia. Salah satu halangan yang dihadapinya adalah tidak
mempunyai teknologi yang cukup.

Beberapan bahan untuk teknologi hijau adalah sukar untuk diperolehi di malaysia.
Sebagai contoh, teknologi yang digunakan untuk membina panel solar dan sistem air
kelabu perlu diimport dari negara luar. Ini meingkatkan kesukaran untuk
membangunakan perumahan mampan.

Selain itu, kekurangan kepakaran dalam reka bentuk yang mampan juga merupakan
salah satu kekangan yang terpaksa dihadapi. Perumahan lestari ini memerlukan satu
bidang sub-spesifikasi untuk arkitek dan jurutera. Kebanyakkan daripada mereka ini
kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut.

Oleh itu, pemahaman tentang konsep ini adalah terhad dan ia memerlukan masa
yang lebih lama untuk belajar dan merekabentuk rumah-rumah yang mampan.
Permasalahan daripada inilah yang menyebabkan kerencatan pelaksanaan
perumahan mampan di Malaysia ini.

Kurang Kesedaran Dan Kefahaman


Mengenai Pembangunan Lestari
Konsep perumahan mampan ini telah lama diperkenalkan di Malaysia, namun
begitu pembangunannya masih diperingkat awal.

Banyak pihak yang berkepentingan dalam industri pembinaan tidak menyedari


akan konsep ini. Di samping itu, dikalangan profesional pembinaan yang
mempunyai tahap kefahaman yang rendah mengenai topik dan faedah
kemampanan ini.

Ini kerana, hanya pemaju besar di kawasan bandar seperti Johor Bahru yang
mengambil pendekatan ke arah pelaksanaan yang berterusan dalam projekprojek perumahan mereka. Oleh kerana pemahaman yang terhad dan kekangan
bajet, banyak pemaju yang masih enggan untuk menggabungkan konsep ini
dalam projek-projek perumahan mereka.

Selain itu, satu lagi halangan adalah kesedaran yang rendah dalam kalangan
masyarakat dalam konsep mampan. Permintaan untuk perumahan mampan
adalah rendah kerana masyarakat masih lagi suka untuk membeli rumah
konvesional berikutan daripada harganya yang lebih murah. Mereka tidak
mengambil berat tentang manfaat daripada perumahan mampan dan tidak
bersedia untuk melakukan pembayaran yang lebih.

Inisiatif kerajaan dalam


pembangunan teknologi hijau

1. Skim Pembiayaan Teknologi Hijau


Diwujudkan untuk menggalakkan
pelaburan dalam teknologi hijau.
Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) ini
dengan dana berjumlah 3.5 bilion ringgit.
Dana ini membolehkan syarikat pengeluar
dan syarikat pengguna teknologi hijau
membuat pinjaman mudah dengan
Kerajaan menanggung subsidi 2 peratus
daripada jumlah kadar faedah dan jaminan
Kerajaan 60 peratus.

2. Low Carbon Cities Framework (LCCF)


Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau danAir (KeTTHA)
dengan kerjasama GreenTech Malaysia telah
memberi panduan kepada pihak berkuasa
tempatan, pemaju dan perancang bandar dalam
pembangunan bandar rendah karbon.
LCCF digunakan bagi mempromosikan aplikasi dan
pembangunan teknologi hijau dan membantu
memperkukuhkan dan mempertingkatkan
kemampanannya ke arah mewujudkan masyarakat
yang mengamalkan amalan hijau dan lestari
seterusnya menyumbang kepada pengurangan
pelepasan Greenhouse gas (GHG).

3. Electric Vehicle Masterplan


KeTTHA sedang mempromosikan
penggunaan kenderaan elektrik bagi
mengurangkan penggunaan bahan api
fosil termasuk diesel.
Kerjasama dengan pengeluar-pengeluar
kenderaan elektrik dijalin untuk
melaksanakan program rintis
kenderaan elektrik bagi kenderaan
penumpang.

4. Program MyHIJAU
Merupakan satu program bersepadu
bagi meningkatkan dan
membangunkan produk dan
perkhidmatan hijau di Malaysia.
Mengandungi empat sub program yang
akan merangkumi peringkat
pengeluaran produk sehingga peringkat
ia dipasarkan, iaitu MyHIJAU IKS &
Usahawan, MyHIJAU Pelabelan, MyHIJAU
Direktori dan MyHIJAU Perolehan.

5. Yayasan Hijau Malaysia


(YaHijau)
Yayasan Hijau Malaysia telah
ditubuhkan yang bertujuan untuk
mempromosikan dan meningkatkan
penyertaan badan korporat,
masyarakat dan orang awam terhadap
teknologi hijau.
Di dalam pembentangan bajet 2014 itu,
kerajaan akan menyediakan geran
pelancarannya sebanyak 15 juta ringgit
sebagai dana permulaan penubuhan

Kesan penggunaan
teknologi hijau

1. Peningkatan kualiti hidup rakyat dengan


jaminan kualiti alam sekitar yang lebih mapan
Mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula
dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita
laksanakan.
Contohnya;
i. Membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan
membeli botol-botol air.
ii. Menggelakkan penggunaan Styrofoam untuk bungkus
makanan. Bawa bekas sendiri.
iii. Bawa beg ketika membeli belah. Kurangkan penggunaan
beg plastik

2.Penjimatan tenaga.
Pengguna perlu mengutamakan pembelian peralatan elektrik
jenis cekap tenaga.
Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal
berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah
banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar.
Objektifnya termasuklah mengurangkan kadar penggunaan
tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan
ekonomi

3. Dapat mengurangkan kadar


pencemaran setempat.
Penggunaan kereta hybrid, kereta elektrik, dan minyak tanpa
plumbum mampu mengurangkan pembebasan karbon dioksida
Masih lagi kurang ekoran harganya yang lebih mahal berbanding enjin
biasa.
Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik dan bahan api bio juga
dapat mengurangkan kadar pencemaran.
Dengan adanya alternatif sebegini ianya dapat mengurangkan kadar
pembebasan gas karbon dioksida.
Apabila gas karbon dioksida berkurang, udara akan menjadi lebih
bersih dan segar

4. Pengurusan sisa pepejal yang mesra alam


Menggunakan kelebihan yang ada bagi menghasilkan tenaga
daripada hasil pertanian dan sisa buangan pertanian.
Cara ini secara tidak langsung akan menyokong penggunaan
konsep 'sisa sifar' (zero waste).
Penghasilan tenaga daripada sisa buangan pepejal mesti terus
ditingkatkan untuk kepentingan alam sekitar.
Contohnya daripada hampas kelapa boleh dijadikan makanan
haiwan dan najis haiwan boleh dijadikan baja.
Oleh itu produk baru seperti baja dan makanan haiwan dapat
dihasilkan melalui kaedah ini.

5. Sumber tenaga alternatif yg mesra alam.

Penggunaan tenaga semulajadi seperti matahari, air, angin dan


lain-lain.
Penghasilan tenaga baru seperti tenaga solar, tenaga hidro.
Sumber tenaga ini mesra alam dan tidak menjejaskan alam
sekitar.
Sumber tenaga fosil seperti petroleum, arang batu dapat
dikurangkan penggunaannya dan sekaligus dapat dijimatkan.

LANGKAH-LANGKAH
DALAM MENINGKATKAN
TEKNOLOGI HIJAU

1. Program kesedaran mengenai Kecekapan


Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui
Pelaksanaan program ini adalah melalui penubuhan Centre
for Education, Training and Research in Renewable Energy
and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains
Malaysia.
Program yang dijalankan ialah pameran program Kempen
Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap
Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan
Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi dan
sebagainya.
Membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharui dan
Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di
seluruh Malaysia bagi langkah menimbulkan kesedaran
murid sekolah di peringkat awal dalam teknologi hijau ini.

2. Program Energy Month di peringkat


kebangsaaan
Untuk meningkatkan kesedaran mengenai
Tenaga yang boleh diperbaharui dan
mempromosikan amalan kecekapan tenaga di
masyarakat dan sektor swasta.
Aktiviti yang di jalankan seperti ceramahceramah berkaitan Kecekapan Tenaga,
menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga
di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat
khabar dan menggunakan media massa untuk
menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.

3. Kempen Teknologi Hijau


Melibatkan stake-holders yang berkaitan
termasuklah masyarakat dan kerajaan, badan
bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain agensi yang
berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan
kesedaran dan pengetahuan semua pihak
mengenai kepentingan Teknologi Hijau .

4. Penggunaan produk mesra alam


Di Malaysia, konsep eko-inovasi telah diperkenalkan
iaitu menjurus kepada penggunaan teknologi yang
mesra alam dan amalan inovasi yang berteraskan
pembangunan mampan dalam penghasilan sesuatu
produk, proses ataupun sistem.

Di Eropah, produk yang menggunakan


konsep eko-inovasi ini akan diberikan tanda
piawaianEco-label bagi memudahkan
pengguna yang prihatin terhadap alam
sekitar memilih produk yang terhasil
daripada bahan mesra alam ini. Langkah
seperti ini juga boleh di laksanakan di
Malaysia.

KESIMPULAN
Dalam kajian teknologi hijau, skop yang dilihat adalah untuk
mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga
melalui kaedah atau amalan penjimatan tenaga.
Selain itu, diharapkan teknologi hijau dapat membantu
pertumbuhan dalam industri dan meningkatkan sumbangan
kepada ekonomi negara.
Meningkatkan keupayaan bagi penciptaan dan inovasi dalam
teknologi hijau, memastikan pembangunan mampan dan
memulihara alam sekitar dan akhirnya meningkatkan
kesedaran awam terhadap penggunaan teknologi hijau
dalam kehidupan melalui pendidikan.

Q&A

Anda mungkin juga menyukai