Anda di halaman 1dari 15

Proposal

Penulisan
Sejarah
Nama: Sim Hui Tene

Kursus: Penulisan Sejarah (SJH 3103)

1.1 Tajuk Kajian


Sejarah Perkembangan Ekonomi di
Daerah Sebuyau Pada Tahun 1970-2010

1.2 Permasalahan Kajian


Oleh sebab kebanyakan penulis dan sejarawan jarang membuat
kajian berkaitan dengan sejarah di kawasan-kawasan terpencil,
dengan itu saya telah mengambil kesempatan ini untuk membuat
penyelidikan di pekan Sebuyau di mana ia merupakan salah sebuah
kawasan terpencil dan kawasan pedalaman yang jarang didengari
oleh masyarakat. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan
belum ada penyelidikan yang telah dilakukan oleh pihak lain.
Dengan itu, saya membuat kajian ini supaya dapat memberi
maklumat dan dijadikan sebagai bahan rujukan bagi pihak yang
ingin mengenali lebih mendalam mengenai perkembangan ekonomi
di pekan Sebuyau pada tahun 1987-2010.

1.3 Tinjauan Kajian Lepas

Dalam meneliti tinjauan kajian lepas mengenai penulisan saya, saya


mendapati bahawa terdapat beberapa bahan yang berkaitan dengan
penulisan saya ini iaitu buku Sejarah Bangsa orang Cina di Sri Aman
yang ditulis oleh Sim Seng Lik. Buku ini telah menceritakan sejarah asal
usul, bagaimana nama Sebuyau dibentuk dan latar belakang ekonomi
di daerah Sebuyau.

Namun terdapat juga sedikit maklumat yang berkaitan dengan tajuk


saya berlandaskan bahan internet. Saya telah mendapat maklumat
berkaitan dengan sumbangan yang diberikan oleh kerajaan terhadap
penduduk setempat
telah di Sebuyau.

dalam mengusahakan

kegiatan ekonomi yang

Selain itu, saya juga telah mendapat maklumat dari


keratan

akhbar.

Dalam

Utusan

Online

telah

menyatakan pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang telah


dijalankan oleh penduduk setempat sebagai contoh,
pengusahaan burung walet, penternakan ikan keli,
pengusahaan obor-obor dan juga kegiatan kuari.

1.4 Objektif Kajian

Melalui kajian ini akan dapat memberi impak kepada orang lain
mengenai

pemahaman

berkaitan

dengan

latar

belakang

ekonomi Sebuyau dan kesan hasil daripada kegiatan ekonomi


terhadap penghuni setempat.
Seterusnya kita juga akan mendedahkan kepada para pembaca
kepada perkembangan-perkembangan ekonomi di pekan
Sebuyau iaitu dari segi kegiatan pertanian, perikanan,
perindustrian, penternakan dan juga perlombongan. Secara
tidak langsung, kita juga akan dapat mengenal pasti kesan
perkembangan ataupun perubahan kegiatan ekonomi terhadap
penduduk setempat.

Selepas mengkaji perkembangan ekonomi di


pekan Sebuyau secara menyeluruh, kita akan
dapat menyedari bahawa di sebalik pekan yang
kecil dan terpencil ini sebenarnya telah terdapat
pelbagai jenis kegiatan ekonomi yang telah
dijalankan oleh penduduk setempat sehingga
mampu mendorong kepada kemajuan dan
perkembangan pekan tersebut.

1.5 Skop dan Batasan Kajian


Skop Kajian ini dijalankan di daerah Sebuyau sekitar tahun
1987 sehingga 2014. Kajian ini telah menekankan latar
belakang kegiatan ekonomi yang telah dijalankan oleh
penduduk setempat di daerah Sebuyau dan juga
perkembangan ekonomi di daerah kecil Sebuyau pada
tahun 1987 sehingga 2014. Bukan itu sahaja, kajian ini
juga menumpukan kesan yang telah dibawa terhadap
penduduk setempat hasil daripada kegiatan ekonomi
yang telah dijalankan.

1.6 Metodologi Kajian


1. Kaedah Kajian Lapangan
Saya akan melawat ke kawasan kajian tersebut untuk
mendapatkan bahan dan maklumat.
2. Kaedah kajian perpustakaan
Saya telah mencari maklumat yang berkaitan melalui
akhbar, majalah dan buku-buku yang terdapat di
perpustakaan mengenai pekembangan ekonomi di
daerah Sebuyau.

3. Kaedah temu bual


Melalui kaedah ini, saya telah menemu bual dengan beberapa
orang tempatan yang mengetahui tentang kegiatan ekonomi yang
telah dijalankan oleh penduduk setempat dan sumbangan yang
telah

diberikan

oleh

kerajaan

dalam

membantu

memperkembangkan lagi penglibatan penduduk Sebuyau untuk


menceburi dalam kegiatan ekonomi Sebuyau.
4. Pembacaan karya ilmiah
Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak
menyumbang kepada hasil kajian saya.

1.7 Signifikan Kajian


dijadikan sebagai satu justifikasi perkembangan ekonomi dan
kesan kegiatan ekonomi terhadap penduduk setempat.
Selain itu, kegiatan seperti kegiatan pertanian, perindustrian,
perlombongan,

penternakan

dan

juga

perikanan

boleh

menunjukkan usaha penduduk setempat di pekan Sebuyau


dalam menyumbang kepada kejayaan sesebuah daerah kecil.

Hasil

kajian

ini

digunakan

untuk

memperkemaskan

perancangan perkembangan ekonomi Sebuyau pada masa


hadapan.

1.8 Pembahagian Bab


Bab1: Proposal Penulisan Sejarah
1.1-1.7
Bab2: Latar belakang ekonomi Sebuyau 19872007
2.0 Pengenalan
2.1 Asal usul sejarah Sebuyau
2.2 Latar belakang ekonomi Sebuyau
2.3 Kesan ekonomi terhadap penduduk
Sebuyau
2.4 Kesimpulan

Bab 3: Perkembangan ekonomi Sebuyau 2000-2010


3.0 Pengenalan
3.1 Pertanian
3.2 Penternakan
3.3 Perindustrian
3.4 Perikanan
3.5 Perlombongan
3.6 Kesan ekonomi terhadap penduduk
Sebuyau
3.7 Kesimpulan
Bab 4 Penutup

1.9 Penutup
Proposal ini telah membuat perincian secara lanjut dan
teliti mengenai latar belakang perkembangan ekonomi
yang berlaku di daerah Sebuyau pada tahun 1987
sehingga 2014. Penduduk-penduduk Sebuyau yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa telah bersatu
padu dan berganding bahu di pekan kecil ini pada
tempoh masa tersebut dalam membantu memajukan
dan memperkembangkan ekonomi di Sebuyau sehingga
taraf kehidupan penduduk setempat dapat ditingkatkan.

Sekian, terima
kasih.