Anda di halaman 1dari 73

Skema Kertas Model 4

1(a) Takrifkan maksud siklon


tropika.
Siklor tropika ialah [ribut taufan yang bergerak secara
berputar] yang mempunyai [kelajuan tinggi melebihi 120
km/jam]. Siklon tropika terbentuk [di perairan (lautan)
tropika, iaitu antara garis lintang (5oU dan S hingga 35oU
dan S)].
Kunci Idea:
ribut taufan yang bergerak secara berputar = 1M
kelajuan tinggi melebihi 120 km/jam
= 1M
di perairan (lautan) tropika, iaitu antara garis lintang (5oU
dan S hingga 35oU dan S)
= 1M

1(b) Bagaimanakah siklon tropika


terjadi?
i.

Perubahan suhu lautan yang mendadak. Akibat


pemanasan yang tinggi dari haba matahari, arus lautan
juga menjadi panas. Hal ini menyebabkan jisim udara
yang panas mengembang lalu naik ke atas
mewujudkan sel tekanan udara yang rendah di
bawahnya. Berbanding dengan tekanan udara
sekeliling yang masih tinggi lagi, maka angin akan
bertiup masuk dengan kencangnya ke kawasan
tekanan udara rendah tersebut.

1(b) Bagaimanakah siklon tropika


terjadi?
ii. Daya putaran memusat. Dibantu oleh days putaran
memusat, maka pergerakan angin akan berputar,
melingkari satu pusat yang dipanggil sebagai "mata
siklon" yang terletak di tengah-tengah. Semakin ke
pusat, tekanan menjadi semakin rendah dan angin
semakin kencang bertiup. Keadaan udara di dalam
mata siklon adalah tenang dan huian tidak terbentuk.

1(c) Jelas mengapa siklon tropika


sangat aktif di kawasan perairan
tropika?
i.

Perairan/lautan tropika mendapat bekalan tenaga haba


yang banyak dari matahari ekoran daripada lokasinya
yang dekat dengan garisan khatulistiwa. Keadaan ini
menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami
aktiviti perolakan apabila suhu lautan tropika
meningkat.
ii. Kawasan perairan/lautan tropika merupakan lokasi/zon
pertemuan angin utama dunia (5`U dan S hingga 35'U
dan S) seperti angin timuran, angin baratan serta angin
monsun. Di zon pertemuan angin ini menyebabkan
kekacauan atmosfera yang mendorong berlakunya
ribut taufan atau siklon tropika.

1(d) Jelas dua kesan siklon tropika


terhadap aktiviti penduduk yang
tinggal di kawasan pinggir pantai
lautan pasifik.
i.

Aktiviti perikanan. Siklon tropika menyebabkan angin


kencang dan laut bergelora. Kesan luruan ribut/ombak
akan merosakkan kapal-kapal nelayan dan nelayan
sama sekali tidak boleh turun ke laut.
ii. Aktiviti pelancongan. Kesan luruan ribut/ ombak boleh
merosakkan infrastruktur pelancongan pantai seperti
resort, chalet, kemudahan snorkeling dan lain-lain.
Hujan lebat yang dibawa oleh siklon tropika boleh
menyebabkan banjir di kawasan pinggir pantai dan
menenggelamkan kawasan pelancongan.

1(d) Jelas dua kesan siklon tropika


terhadap aktiviti penduduk yang
tinggal di kawasan pinggir pantai
lautan pasifik.
iii. Menjejaskan aktiviti pengangkutan dan telekomunikasi.
Angin kencang (langkisau kuat) boleh menumbangkan
pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh
menyebabkan gangguan besar kepada penduduk.
Sistem dan jaringan telekomunikasi seperti talian
telefon juga turut rosak dan terputus.

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.

Aktiviti manusia sememangnya boleh


meningkatkan suhu di bandar sehingga
terjadinya pulau haba. Namun begitu,
terdapat juga aktiviti manusia yang boleh
menurunkan suhu di bandar. Antara aktiviti
manusia yang menyebabkan suhu di
bandar meningkat ialah:

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Aktiviti pembinaan bangunan konkrit dan jalan
bertar. Pembinaan bangunan konkrit dan jalan
bertar yang menyerap dan menyimpan haba
matahari pads waktu Siang dan membebaskannya
pads waktu malam sebagai haba pendam. Pada
masayang sama bangunan-bangunan tinggi juga
menyekat pengaliran keluar haba ke atmosfera
pads waktu malam. Keadaan ini menambahkan
kadar simpanan dan pengaliran haba dalam
atmosfera bandar lagi seterusnya menggalakkan
kejadian pulau haba.

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Aktiviti penebangan pokok. Pengurangan
kawasan hijau dalam bandar disebabkan aktiviti
penebangan pokok untuk digantikan dengan
bangunan konkrit. Tindakan ini mengurangkan
peratus kelembapan udara dalam bandar. Proses
transpirasi (perpeluhan) tumbuhan tidak berlaku
untuk membebaskan wap-wap air ke udara.
Kesannya, peratus kelembapan udara menjadi
rendah, dan udara menjadi kering (dry air) yang
seterusnya menggalakkan peningkatan suhu di
bandar lagi.

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Aktiviti pengangkutan dan perindustrian.
Pengangkutan dan perindustrian yang banyak
membebaskan gas-gas rumah hijau ke atmosfera
bandar seperti karbon dioksida, karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan lain-lain. Gasgas ini bersifat lutsinar kepada bahangan matahari
tetapi legap kepada bahangan bumi. Hal ini
menyebabkan kesan rumah hijau apabila
bahangan bumi terperangkap oleh gas-gas
pencemar berkenaan dan seterusnya suhu di
bandar akan meningkat.

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Pertambahan penduduk bandar. Kepadatan/
kesesakan penduduk dalam bandar akan
menambahkan sumber haba dalam bandar
menerusi metabolisms badan manusia.
Dianggarkan seorang manusia mengeluarkan haba
pada kadar 100 hingga 300 watt bergantung
kepada jenis kerja yang dilakukannya.
Pertambahan haba oleh manusia ini akan
menambahkan jumlah tenaga haba yang tersimpan
dalam bandar lagi.

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Namun begitu, tidak semua aktiviti
manusia di dalam bandar boleh
meningkatkan suhu. Terdapat pelbagai
aktiviti manusia yang boleh merendahkan
suhu di dalam bandar daripada terns
mengalami pulau haba. Antaranya ialah:

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Aktiviti penghijauan bandar (menanam
pokok). Pihak berkuasa tempatan (PBT) banyak
menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab
dalam bandar, di bahu jalan dan di laluan jalan
kaki. Di samping itu pemilik bangunan juga
menamam
pokok-pokok
sebagai
hiasan
landskapnya. Aktiviti ini akan menambahkan
kelembapan udara melalui proses transpirasi
tumbuhan dan mampu untuk menurunkan suhu di
dalam bandar.

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Aktiviti menambahkan badan air dalam
bandar. Penambahan kawasan badan air
dalam bandar seperti tasik/ kolam buatan
manusia dan taman tema air seperti Taman
Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur dan Taman
Tema Sunway Lagoon. Kewujudan badanbadan air mampu untuk menyejukkan udara
melalui proses sejatan di permukaan,
menambahkan
kelembapan
udara
dan
adakalanya dapat menurunkan hujan.

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Penggunaan pengangkutan awam. Aktiviti
manusia seperti penggunaan pengangkutan awam
contohnya LRT dan komuter, melaksanakan
kempen berkongsi kereta, kempen penjimatan
tenaga seperti kempen EARTH HOUR juga boleh
mengurangkan peningkatan suhu di bandar. Hai ini
demikian kerana aktiviti ini mampu untuk
mengurangkan fenomena kesan rumah hijau
apabila kadar perlepasan gas-gas rumah hijau ke
atmosfera bandar boleh dikurangkan.

2(a) Peningkatan suhu di bandar


dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan pernyataan ini.
Kesimpulannya, terdapat dua kesan daripada
aktiviti manusia di bandar. Ada aktiviti yang, boleh
meningkatkan suhu dan ada aktiviti yang boleh
menurunkan suhu di dalam bandar. Apa yang jelas
pada masa kini, aktiviti manusia yang boleh
menigkatkan suhu lebih besar berbanding dengan
aktiviti manusia yang boleh menurunkan suhu.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
PENDAHULUAN
Fenomena pulau haba boleh dikurangkan
melalui
penggabung
langkah
perundangan,
langkah pengurusan dan kempen sei a pendidikan
alam sekitar

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekililing
1974 seperti: Peraturan Udara Bersih 1978,
Peraturan Pelepasan Asap Daripada Enjin Diesel
1996, Akta dan Kawalan Pembakaran Terbuka dan
lain-lain.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Justeru, agensi pelaksana seperti Jabatan
Alam Sekitar, JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT)
mestilah
menjalankan
pemantauan
dan
pemeriksaan yang lebih kerap untuk memastikan
akta di atas dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Seterusnya
hukuman
seperti
dencla/kompaun, menyita premis, membatalkan
lesen operasi, penjara dan lain lain mesti
dilaksanakan dengan tegas dan adil kepada
manamana individu atau syarikat yang didapati
membebaskan bahan pencemar ke udara tanpa
kawalan.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar
atau program penghijauan bandar dengan
menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab
bandar seperti rizab jalan, rizab bangunan dan lainlain. Pokok-pokok peneduh ini mampu untuk
mengekalkan
udara
lembap
di
samping
menyederhanakan suhu sekitar.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Membina lebih banyak kawasan badan air
dalam bander yang mampu untuk bertindak
sebagai pulau sejuk bander seperti kawasan taman
terra air, tasik rekreasi den lain-lain seperti Taman
Tasik Titiwangsa den Sunway Lagoon.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Penggunaan sumber tenaga gentian yang
bersih den mesra alam seperti tenaga elektrik
hidro, tenaga solar, biomes den lain-lain dalam
aktiviti
pengangkutan,
perindustrian
dan
penggunaan isi rumah dalam bander bagi
menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti
banyak membebaskan gas-gas rumah hijau.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Mengurangkan penggunaan peralatan yang
banyak membebaskan kloroflourokarbon (CFC)
seperti alai pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat
semburan den sebagainya yang boleh menipiskan
lapisan ozon seterusnya mempengaruhi kemasukan
bahangan matahari ke bumi tanpa halangan.
Sebaliknya menggunakan peralatan yang telah
disahkan bersifat "mesra alam" (environmental
friendly).

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Penggunaan petroleum tanpa plumbum.
perlepasan asap dari industri den kenderaan
biasanya dikawal dengan menggunakan
petroleum dengan kandungan sulfur rendah.
Selain itu, melarang aktiviti pembakaran
terbuka sebaliknya menggalakkan amalan
3R.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Kempen penjimatan tenaga seperti kempen
Earth Hour oleh penduduk bandar. Mengurangkan
penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak
perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan
tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih
banyak gas-gas rumah hijau.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Kempen menggunakan sistem pengangkutan
awam seperti LRT, ERL, Komuter den kempen
berkongsi kereta.Termasuk juga kempen
penggunaan basikal di dalam bander den
mewujudkan zon khusus dalam bander yang tidak
boleh dimasuki oleh kenderaan diesel seperti lori,
bas, truck den lain- lain.

2(b) Bagaimanakah fenomena pulau


haba bandar boleh dikurangkan?
Pendidikan alam sekitar pula menerusi
mata pelajaran Geografi di peringkat sekolah
den IPT di samping memperkukuhkan
peranan badan bukan kerajaan NGO.

3(a) Berdasarkan jadual 1, lukis sebuah


graf bar untuk menunjukkan jumlah
discas Sungai Hulu dan Sungai
Hilir pada tahun 2013.

3(a) Berdasarkan jadual 1, lukis sebuah


graf bar untuk menunjukkan jumlah
discas Sungai Hulu dan Sungai
Hilir pada tahun 2013.
Item Pemarkahan

Markah

Tajuk yang betul


1
Skala tegak yang selaras dengan paksi
Petunjuk
1
Plotan bar:
1. Sungai Hulu
3
2. Sungai Hilir
3
Kebersihan den kesempurnaan
Markah
MAX 10

3(b) Berdasarkan graf yang anda lukis


itu, jelaskan pola perubahan discas
Sungai Hulu dan Sungai Hilir.
i.
ii.
iii.
iv.

v.

Kedua-dua sungai menunjukkan pola yang tidak sekata/tidak


seragam.
Keseluruhannya discas sungai Hulu lebih tinggi daripada discas
Sungai Hilir.
Discas maksima, bagi kedua-dua sungai berlaku pada bulan Julai.
laitu discas Sungai Hulu sebanyak (78 M3/seat) den Sungai Hilir
sebanyak (67 M3/seat)
Discas minima pula berbeza mengikut bulan. Bagi Sungai Hulu
discas minimanya ialah pada bulan Januari sebanyak (13
M3/seat) den Sungai Hilir berlaku pada bulan Disember, iaitu
sebanyak (672 M'/seat)
Kedua-dua sungai menunjukkan pole meningkat antara bulan
Januari hingga Julai den menurun semula selepas Julai hingga
Disember.

3(c) Bagaimanakah discas sungai


mempengaruhi aktiviti manusia.
PENDAHULUAN
Discas sungai atau luahan sungai ialah isi padu air yang
mengalir di tempat-tempat tertentu di dalam, alur sungai
dalam tempoh mesa tertentu. Discas sungai diukur dengan
hidrograf dalam unit m/saat.

3(c) Bagaimanakah discas sungai


mempengaruhi aktiviti manusia.

Penjanaan tenaga hidroelektrik. Isi padu air sungai


yang banyak den halajunya yang tinggi amat penting untuk
penjanaan sumber tenaga hidroelektrik. Kapasiti tenaga
hidro yang dibekalkan amat bergantung kepada isi padu air
sungai yang banyak untuk menjamin bekalan yang
berterusan walaupun pada musim kemarau. Justeru itu,
penjanaan tenaga dilakukan di kawasan lembangan sungai
yang besar seperti Sungai Kenyir di Terengganu dan
Sungai Temenggor di Perak.

3(c) Bagaimanakah discas sungai


mempengaruhi aktiviti manusia.

Mengairi kawasan pertanian. Isi padu air sungai yang


banyak dan berterusan juga mampu untuk mengairi
kawasan pertanian yang lugs dan tetap sepanjang masa
khususnya untuk tanaman padi sawah. Sebagai contoh,
Sungai Muda di Kedah dan Sungai Kemubu di Kelantan.
Kedua-dua sungai ini menjadi nadi kegiatan penanaman
padi sawah di negeri berkenaan.

3(c) Bagaimanakah discas sungai


mempengaruhi aktiviti manusia.

Aktiviti pengangkutan. Sistem pengangkutan air


seperti kapal, feri dan bot amat memerlukan isi padu air
sungai yang banyak untuk mudik hingga ke hulunya.
Sebagai contoh, Sungai Rajang di Sarawak. Pengangkutan
kayu balak juga dilakukan melalui sungai kerana kosnya
yang murah. Oleh itu, sungai yang besar dan isi padu
airnya yang tinggi sepanjang masa diperlukan seperti
Sungai Chao Phraya di Thailand.

3(c) Bagaimanakah discas sungai


mempengaruhi aktiviti manusia.

Aktiviti perindustrian. Industri pembuatan air mineral


(mineral water) juga memerlukan bekalan air sungai yang
banyak dan tetap sepanjang masa. Isi padu air sungai
yang banyak juga diguna untuk pembersihan
enjin/generator kilang- dan juga penyejukan enjin secara
berterusan.

3(c) Bagaimanakah discas sungai


mempengaruhi aktiviti manusia.

Bekalan air domestik. Isi padu air sungai yang banyak


menjamin bekalan air yang tetap kepada empangan untuk
disalurkan kepada pengguna.Kegunaan domestik seperti
memasak, minuman, membasuh, perniagaan makanan/
restoran, dobi, mencuci kenderaan dan lain-lain

3(c) Bagaimanakah discas sungai


mempengaruhi aktiviti manusia.

Lain-lain aktiviti. Aktiviti berakit dan berkayak bermula


dari hulu ke hilir sungai memerlukan isi padu air sungai
yang banyak sepanjang masa. Penternakan akuakultur;
ternakan ikan dalam sangkar di sungai juga memerlukan
isi padu air sungai yang banyak dan berterusan

4(a) Apakah yang dimaksudkan dengan


sektor ekonomi tertier?
Sektor ekonomi tender ialah [sektor perkhidmatan] yang tidak
mengeluarkan barangan. Sektor ini merupakan sektor ekonomi
[peringkat ke tiga] seperti [perkhidmatan perniagaan,
pelancongan, pengangkutan, perkhidmatan kerajaan, swasta]
dan lain-lain
Kunci Idea:
1. sektor perkhidmatan
=1M
2. peringkat ke tiga
=1M
3. perkhidmatan perniagaan, pelancongan, pengangkutan,
perkhidmatan kerajaan, swasta = 1 M (Mana-mana 2 contoh
diterima)

4(b) Bagaimanakah subsektor teknologi


maklumat dan komunikasi (ICT)
membantu perkembangan
ekonomi negara.
i. Perluasan pasaran dalam dan luar negara; meneroka
pasaran baharu dan kesan-kesan positif daripada
perluasan pasaran. ICT mempermudahkan kewujudan
rangkaian pemasaran, mengenal pasti kuasa bell
pengguna dalam sesebuah negara. Sebagai contoh,
perniagaan melalui on-line.
ii. Menjana sumber modal dalam negara; pelaburan luar
negara. ICT meningkatkan ketersampaian maklumat
mengenal potensi pelaburan, kemudahan untuk melabur
dan pemindahan kredit antara bank khususnya melalui
pekhidmatan e-banking.

4(b) Bagaimanakah subsektor teknologi


maklumat dan komunikasi (ICT)
membantu perkembangan
ekonomi negara.
iii. Menjana/ memperkembangkan sektor ekonomi lain
yang berkaitan; sektor primer, sekunder, kuartener dan
kuiner. ICT merentas semua sektor ekonomi, urusan
menjadi lebih mudah dan cepat yang dapat
menjimatkan masa dan kos.

4(c) Cadangkan tiga langkah untuk


mengurangkan kesan negatif
terhadap alam sekitar fizikal akibat
aktiviti pembinaan di Malaysia.
i. Langkah perundangan. Mengharamkan aktiviti pembinaan
bangunan seperti rumah kediaman di kawasan berrerun curam
yang berisiko tinggi. Penilaian EIA mestilah dipatuhi
sepenuhnya oleh pemaju projek perumahan. Hukuman yang
tegas seperti denda/kompaun yang tinggi, membatalkan lesen
operasi mestilah dilaksanakan kepada pemaju yang engkar.
ii. Langkah kestrukturan seperti membina benteng konkrit,
gabion, sistem longkang yang teratur di kawasan kaki cerun
yang telah dipotong untuk dibina jalan raya, lebuh raya dan
bangunan. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kesan
hakisan dan tanah runtuh akibat ketidakstabilan cerun apabila
dipotong dan diteres untuk dijadikan tapak bina bangunan.

4(c) Cadangkan tiga langkah untuk


mengurangkan kesan negatif
terhadap alam sekitar fizikal akibat
aktiviti pembinaan di Malaysia.
iii. Kaedah penyuburan cerun dengan cars menanam
rumput dan pokok buluh di kawasan bercerun yang telah
dipotong/ diteres untuk dibina lebuh raya dan
perumahan. Tanaman rumput dan buluh mampu untuk
mengelakkan hakisan larian air permukaan sekali gus
menguatkan struktur cerun.

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.

Memilih sebuah negara


dijangka Malaysia = 1 Markah

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.
Mengelakkan kesesakan dan tepu bina di bandar.
Kepadatan ruang di bandar; lokasi industri tidak sesuai lagi.
Mengelakkan saingan guna tanah, lebih untung untuk guna
tanah petempatan dan perniagaan berbanding dengan
perindustrian. Nilai hartanah di bandar mahal.

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.
Menjimatkan kos pengeluaran. Sinergi apabila industri
pembuatan berdekatan dengan industri memproses. Kos
pengangkutan bahan mentah ke kilang pembuatan boleh
dijimatkan. Kos buruh dan kos tapak lebih murah di
kawasan luar bandar

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.
Mengurangkan pencemaran. Konsentrasi pencemaran
di bandar boleh dikurangkan apabila sebahagian kilang
dilokasikan di luar bandar. Pencemaran air, udara, bunyi
dan bau khususnya kilang petrokimia.

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.
Mengimbangi pembangunan bandardengan luar bandar.
Industri sebagai pemangkin pembangunan setempat.
Kawasan bandar yang sudah maju diperlahankan manakala
kawasan luar bandar yang masih mundur dipercepatkan.

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.
Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk desa.
Industri pembuatan berintensif buruh diperlukan diluar
bandar untuk mencipta banyak peluang pekerjaan. Kadar
pengangguran luar bandar boleh dikurangkan; pendapatan
perkapita penduduk meningkat, taraf hidup dan kualiti hidup
bertambah baik. Mengelakkan migrasi ke bandar.

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.
Memajukan sumber berpotensi. Sumber bahan mentah
setempat boleh dimajukan kerana industri pembuatan
memerlukan bahan mentah tersebut. Contoh industri
pembuatan tayar memerlukan getah manakala industri
pembuatan minyak masak memerlukan minyak kelapa
sawit mentah. Sektor ekonomi huluan boleh berkembang
maju.

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.
Kesan pengganda - Memajukan Rantaian industri/
ekonomi yang berkaitan. Kesan pengganda; industri yang
berkaitan dengan pembuatan berkembang maju seperti
industri memproses, pembungkusan, pengangkutan dan
lain-lain. Menggalakkan lahirnya usahawan muda melalui
PKS yang menjadi vendoor kepada industri pembuatan
berskala besar.

5(a) Berdasarkan sebuah negara yang telah


anda kaji, jelaskan mengapa industri
pembuatan perlu diselerakkan dari
bandar ke luar bandar.
Mempercepatkan pembangunan kawasan. Industri
pembuatan mempercepatkan pembangunan infrastruktur,
khususnya rangkaian pengangkutan, bekalan air, elektrik
dan sistem telekomunikasi. Mempercepatkan
pembangunan bandar; kewujudan bandar baharu di
kawasan luar bandar yang berasaskan industri; Kemudahan
perbandaran disediakan dengan lengkap.

5(b) Huraikan kesan negatif aktiviti


industri pemprosesan terhadap
alam sekitar fizikal.
Pencemaran udara, jerebu dan hujan asid.
Perlepasanbahan-bahan pencemar udara (air
pollutions) seperti karbon dioksida, karbon
monoksida. hidrokarbon, gas sulfur dan lain-lain.
Pembebasan partikel terampai (PM10) seperti
asap, debu dan habuk boleh menyebabkan jerebu.
Proses kondensasi wap air dengan bahan
pencemar udara menyebabkan hujan asid.

5(b) Huraikan kesan negatif aktiviti


industri pemprosesan terhadap
alam sekitar fizikal.
Pemanasan setempat. Kewujudan bahan
pencemar di udara boleh memerangkap bahangan
bumf; dikaitkan dengan kesan rumah hijau (green
house effect). Haba yang dikeluarkan oleh
generator kilang juga menyebabkan pemanasan
setempat.

5(b) Huraikan kesan negatif aktiviti


industri pemprosesan terhadap
alam sekitar fizikal.
Pencemaran air. Perlepasan sisa toksik/
enfluen ke dalam sumbersumber air seperti
sungai, tasik, kolam dan laut. Kualiti air bersih
terjejas; kadar BOD meningkat, keasidan air
bertambah.

5(b) Huraikan kesan negatif aktiviti


industri pemprosesan terhadap
alam sekitar fizikal.
Kemusnahan ekosistem akuatik. Pelbagai
spesies hidupan air coati dan pupus seperti
ikan dan udang. Rantaian makanannya
terjejas, habitat dan lain-lain elemen ekosistem
akuatik mengalami kerosakan akibat
pencemaran air.

5(b) Huraikan kesan negatif aktiviti


industri pemprosesan terhadap
alam sekitar fizikal.
Pencemaran bunyi dan bau. Bunyi bising
datangnya dari generator kilang yang
beroperasi yang mengeluarkan getaran antara
60 70 dBA. Pencemaran bau datangnya
daripada hasil/sisa kilang yang berbau busuk
seperti sisa getah dan kelapa sawit.

5(b) Huraikan kesan negatif aktiviti


industri pemprosesan terhadap
alam sekitar fizikal.
Pencemaran sisa toksik berbahaya/
pencemaran tanih. Perlupusan sisa toksik oleh
kilang-kilang haram menyebabkan tanih
berasid. Amat merbahaya kepada cumber air
tanih apabila berlaku proses larut resap.

5(b) Huraikan kesan negatif aktiviti


industri pemprosesan terhadap
alam sekitar fizikal.
Pencemaran persekitaran/sampah-sarap.
Pembuangan sisa pepejal dari kilang
menyebabkan pencemaran sampah sarap.
Sebagai contoh pembuangan plastik, kotak,
sisa kayu, tandan kelapa sawit dan lain-lain.

6(a) Berdasarkan mana-mana sebuah pakatan


ekonomi serantau yang telah disertai oleh
Malaysia di rantau Asia Tenggara, jelaskan
faedah yang diperoleh Malaysia hasil daripada
penglibatannya dengan pakatan tersebut.
Menyatakan sebuah pakatan ekonomi yang dipilih

ASEAN, AFTA IMS-GT, IMT-GT dan EAGA-BIMP

6(a) Berdasarkan mana-mana sebuah pakatan


ekonomi serantau yang telah disertai oleh
Malaysia di rantau Asia Tenggara, jelaskan
faedah yang diperoleh Malaysia hasil daripada
penglibatannya dengan pakatan tersebut.
Perluasan pasaran ke negara anggota lain; melalui
pertambahan penduduk dan kuasa bell serantau.
Penembusan pasaran ke seluruh negara anggota.

6(a) Berdasarkan mana-mana sebuah pakatan


ekonomi serantau yang telah disertai oleh
Malaysia di rantau Asia Tenggara, jelaskan
faedah yang diperoleh Malaysia hasil daripada
penglibatannya dengan pakatan tersebut.
Meningkatkan aliran perdagangan antara Malaysia
dengan negara-negara yang berada di bawah pakatan
ekonomi yang terlibat. Melalui perjanjian FTA yang
mengurangkan sekatan dan tarif. Harga barangan menjadi
lebih murah. Contoh AFTA.

6(a) Berdasarkan mana-mana sebuah pakatan


ekonomi serantau yang telah disertai oleh
Malaysia di rantau Asia Tenggara, jelaskan
faedah yang diperoleh Malaysia hasil daripada
penglibatannya dengan pakatan tersebut.
Perkongsian pintar melalui R&D dan teknologi yang
boleh dimajukan secara bersama. Peningkatan teknologi
dalam negara boleh meningkatkan kualiti produk untuk
berdaya saing di pasaran antarabangsa.

6(a) Berdasarkan mana-mana sebuah pakatan


ekonomi serantau yang telah disertai oleh
Malaysia di rantau Asia Tenggara, jelaskan
faedah yang diperoleh Malaysia hasil daripada
penglibatannya dengan pakatan tersebut.
Pertambahan modal/dana dalam negara menerusi
konsep pelaburan silang atau pelaburan bersama antara
pihak kerajaan dan swasta pelbagai negara.

6(a) Berdasarkan mana-mana sebuah pakatan


ekonomi serantau yang telah disertai oleh
Malaysia di rantau Asia Tenggara, jelaskan
faedah yang diperoleh Malaysia hasil daripada
penglibatannya dengan pakatan tersebut.
Kesan positif dari pengaliran buruh dan tenaga
pakar/tenaga mahiri; menjadi lebih mudah dan telus.
Karenah birokrasi antara negara boleh dikurangkan.
Keperluan buruh dalam negara boleh dipenuhi.

6(a) Berdasarkan mana-mana sebuah pakatan


ekonomi serantau yang telah disertai oleh
Malaysia di rantau Asia Tenggara, jelaskan
faedah yang diperoleh Malaysia hasil daripada
penglibatannya dengan pakatan tersebut.
Mengurangkan kesan negatif globalisasi
ekonomi; terlalu bergantung kepada negara maju
khususnya USA dan Kesatuan Eropah (EU).

6(b) Huraikan isu dan masalah yang


dihadapi oleh pakatan ekonomi
serantau tersebut.

Perbezaan ekonomi antara negara anggota; jurang


ekonomi yang terlalu besar. Ada negara yang kaya dan ada
negara yang terlalu miskin. Contoh Singapura dan Brunei
(kaya) manakala Laos dan Myanmar (miskin). Kesannya,
sukar melaksanakan konsep AFTA.

6(b) Huraikan isu dan masalah yang


dihadapi oleh pakatan ekonomi
serantau tersebut.

Konflik politik wilayah dalam negara anggota seperti


tuntutan bertindih. Contoh Kepulauan Spratly, Pulau Sipadan
dan Ligitan, Pulau Batu Putih yang boleh menjejaskan
hubungan kejiranan antara negara anggota.

6(b) Huraikan isu dan masalah yang


dihadapi oleh pakatan ekonomi
serantau tersebut.

Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau;


masalah kekurangan modal, kekurangan kepakaran,
masalah birokrasi dan lain-lain. Kerjasama antara pihak
swasta antara negara juga kurang memberangsangkan.

6(b) Huraikan isu dan masalah yang


dihadapi oleh pakatan ekonomi
serantau tersebut.

Persaingan antara kepentingan negara dengan


kepentingan serantau. Kepentingan negara terpaksa
diutamakan berbanding dengan kepentingan serantau.

6(b) Huraikan isu dan masalah yang


dihadapi oleh pakatan ekonomi
serantau tersebut.

Masalah alam sekitar seperti; pencemaran rentas


sempadan, jerebu dan pencemaran Selat Melaka. Saling
tuding jari antara negara anggota misalnya antara Indonesia,
Singapura dan Malaysia.

6(b) Huraikan isu dan masalah yang


dihadapi oleh pakatan ekonomi
serantau tersebut.

Keselamatan serantau seperti pergolakan di Selatan


Thailand dan Selatan Filipina, etnik Rohingya di Myanmar
dan lain-lain yang boleh mengganggu keharmonian
serantau.