Anda di halaman 1dari 28

KEMURUNGAN & BUNUH

DIRI
Semester Pertama
Diploma Kaunseling Lepas Ijazah
Fakulti Sultan Hassanal Bolkiah Insttitute of Education
(4223) Psikologi Tingkah Laku Manusia

Di sediakan oleh:
Dk Batrisya Adeewana Bte Pg Hj Serudin
09P0002
ISI KANDUNGAN
1) Pendahuluan
2) Definasi Kemurungan
3) Perspektif Kemurungan
4) Jenis-jenis Kemurungan
5) “Severity of depression”
6) Definasi Bunuh Diri
7) Contoh Jenis bunuh diri dari pelbagai sudut menurut budaya, bangsa dan agama.
8) Simptom Kemurungan dan bunuh diri.
9) Kaunselor mestilah
10) Rumusan
11) Soal Jawab
12) Penutup: Terima Kasih
PENDAHULUAN 1

Sebagai kaunselor, kita perlu mengetahui tentang KEMURUNGAN & BUNUH DIRI
dengan mendalam, bukan setakat mengetahui kemurungan itu merasa sangat sedih dan
bunuh diri itu menghabisi nyawa diri sendiri dengan apa jua cara sekalipun.

Kebanyakan kita tidak mengambil serius atau bertapa pentingnya untuk berwaspada
apabila kita menghadapi seseorang yang berkeadaan murung atau stress atau tertekan.

SIAPA YANG PERNAH MENGALAMI KEMURUNGAN ATAU MENGETAHUI


ORANG LAIN YANG MENGALAMI KEMURUNGAN?

SIAPA YANG TAHU TEMPOH BIASANYA KEMURUNGAN BERLAKU?


PENDAHULUAN 2

Sebenarnya tiada tempoh.

Kebanyakan pesakit kemurungan tidak akan berjumpa para kaunselor atau psikiatris
kerana ada kalanya mereka mengganggap kemurungan itu adalah perkara biasa dan
tidak perlu pertolongan yang khusus. Malahan mereka pun tidak menyedari bahawa
mereka mengalami penyakit kemurungan.

Orang munkin tahu tentang stress atau tertekan tetapi apabila di desebut kemurungan,
saya pasti ada juga yang tidak tahu apa erti nya yang sebenar.
DEFINASI 1

Rita L.Atkinson et al 1996 menyatakan perasaan kecelaruan (mood disorder)


terbahagi kepada dua iaitu depressive disorder dan bipolar disorder (Juga di kenali
sebagai manic depression). Depressive disorder adalah seseorang individu yang
mengalami kemurungan sekali atau lebih pada masa-masa yang tertentu tanpa ada
sejarah manic episodes.

Bipolar disorder, pula di mana seseorang individu bersilih ganti mengalami situasi
di antara masa kemurungan dan masa sangat riang, selalunya kembali kepada
mood normal di antara kedua mood yang extrim tersebut. Walau bagaimana pun,
Manic episodes tanpa sejarah kemurungan adalah jarang sekali terjadi.
DEFINASI 2

Kemurungan adalah suatu keadaan di mana seseorang mengalami kesedihan yang


teramat sangat dan berpanjangan (Claire Wallerstein, 2003) Kemurungan di tahap
teruk boleh membuat seseorang tidak dapat berfungsi sebagai manusia secara
lazim. Hari-hari nya akan sentiasa di lalui dengan tangisan dan apabila sampai ke
tahap tiada air mata untuk di tangisi, seseorang itu akan merasakan tiada guna
untuk hidup lagi. Dan bermulalah timbulnya perasaan ingin mati demi mengahiri
penderitaan yang di alaminya.

Patros dan Shamoo 1989, dalam buku mereka menulis bahawa menurut Friedman
et al, 1984 dorongan yang lazim untuk membunuh diri adalah kemurungan.
DEFINASI 3

Walau bagaimana pun ada juga kemurungan yang tidak berlaku berpanjangan tetapi di
dalam sekelip mata seseorang boleh mengalami stress yang menyebabkan kesedihan
yang sangat tidak terkawal lalu ia pun membunuh diri untuk tidak merasa kesedihan
lagi. Bunuh diri adalah menghabisi nyawa dengan apa jua cara walaupun sampai ke
tahap membayar orang lain untuk membunuh diri nya sendiri. Manusia yang
berkeinginan bunuh diri tetapi atas sebab-sebab tertentu tidak dapat melakukannya
sendiri lalu menyuruh atau membayar orang lain untuk melakukannya.

Kemurungan bermula dari perasaan tertekan atau kesedihan yang tidak terkawal.
Belum ada penjelasan yang nyata tentang tahap-tahap kemurungan tetapi yang pasti
terdapat beberapa jenis kemurungan yang sudah di kenal pasti terjadi di kalangan
manusia.
PERSPEKTIF KEMURUNGAN
1
Walaupun belum ada yang pasti apa sebenarnya penyebab kemurungan,di kalangan manusia,
di sini saya akan menjelaskan beberapa perspektif tentang kemurungan.

Perspektif Psikoanalitik:
Menurut Rita et al 1996 Perspektif Psikoanalitik mengangap kemurungan adalah reaksi
di sebabkan oleh kehilangan. Apa jua penyebab kehilangan tersebut sama ada
kehilangan orang yang di sayang, kehilangan status, kehilangan bantuan moral akan
membuat individu yang murung mengimbas kembali ketakutan akibat kehilangan yang
pernah di alami semasa dulu.

Contoh:
Seorang wanita yang di mana ayah nya yang bengis dan agresif atau kaki pukul telah
menceraikan ibunya semasa kecil. Kini apabila wanita tersebut telah berkahwin dan
mempunyai suami yang sama tabiatnya iaitu bengis, agresif dan kaki pukul. Perasaan
marah pada suami memang ada tetapi oleh di sebabkan rasa takut di cerai, maka wanita
tersebut memendam rasa dan menyalahkan pula diri nya sendiri.
PERSPEKTIF KEMURUNGAN
2

(Barnes & Prosen, 1985, Roy 1981) Dalam Rita et al 1996 menyatakan bahawa
kebanyakan orang yang condrong kepada kemurungan adalah lebih kepada mereka
yang telah kehilangan ibu atau bapa semasa di awal kehidupan.

Walau bagai manapun jua (Tennant, Smith, Bebbington & Hurry) dalam Rita et al 1996
menyatakan tidak semestinya orang yang kehilangan semasa kecil akan mengalami
masalah emosi bila meningkat dewasa.
PERSPEKTIF KEMURUNGAN
3

Perspektif Biologikal:

Dalam Rita et al 1996, menurut kajian (McGuffin et al, 1991) bipolar disorder
berbandingkan dengan depressive disorder adalah lebih berkaitan kepada facktor
genetik. Kadar kesejajaran diantara kembar seiras iaitu 53% berbandingkan dengan
kembar tidak seiras, 28% untuk mengalami kemurungan.

Selain dari itu, menurut Rita et al 1996, penggunaan dadah atau ubat seperti Reserpine
yang di gunakan untuk pengobatan pesakit darah tinggi boleh menyebabkan
kemurungan kerana dadah tersebut mengandungi bahan yang boleh menyebabkan
pengurangan serotonin dan norepinephrine di dalam otak kita.

Serotonin dan norepinephrine adalah neurotransmitter yang beperanan penting kerana


ia mempengaruhi mood kita.
PERSPEKTIF KEMURUNGAN
Perspektif Tingkah laku:

(Lewinsohn et al, 1980, Lewinsohn et al 1985) dalam Rita et al 1996 menyatakan dari
sudut teori pembelajaran menganggap sebab utama kemurungan adalah kurangnya sifat
‘positive reinforcement’ dan / atau mempunyai banyak pengalaman yang
mengecewakan.

Dalam erti kata lain, hilang nya tempat bergantung atau hilangnya kekuatan diri boleh
menyebabkan kemurungan. Seperti kehilangan anggota badan (buta), kehilangan
pekerjaan atau kehilangan orang yang di kasihi. Mereka yang mudah menjadi murung
adalah mereka yang kurang kebolehan dalam sosial untuk mendapatkan ‘positive
reinforcement’serta tidak pandai mengendali masalah secara effektif.

www. Wiki. Answers.com menerangkan bahawa positive reinforcement ialah apabila


‘imbalan di beri kepada setiap tugasan yang telah di laksanakan’ sebagai upah atau
hadiah berupa pendorong.
PERSPEKTIF KEMURUNGAN

Perspektif Tingkah laku:

Contoh:
Seseorang anggota tentera yang telah menjadi buta lalu tidak lagi mampu bekerja dan
menyara keluarganya lalu ia nya menjadi murung, tidak aktif dan condrong kepada
menagih simpati serta perhatian dari keluarga dan kawan dengan cara menangis,
mengadu dan mengkritik diri sendiri dan bercakap ingin mati kerana sudah merasakan
putus asa.
PERSPEKTIF KEMURUNGAN
4

Perspektif kognitif:

Pandangan Teori kognitif terhadap kemurungan fokus kepada anggapan seseorang


individu terhadap dirinya sendiri dan dunia, dan bukan tehadap perbuatan individu
tersebut. (Aaron Beck 1976, Beck 1991; Beck, Rush, Shaw & Emery, 1979) dalam Rita
et al 1996 menyatakan bahawa seringkali klien menilai kejadian dari sudut negatif dan
mengeritik diri sendiri.

Contoh:
Seorang anak yang menggangap dirinya pembawa sial kerana di anggap oleh keluarga
nya sendiri bahawa dia tidak lain hanya menyusahkan keluarganya saja.
JENIS-JENIS KEMURUNGAN
1) Reaktif : Paling biasa terjadi di sebabkan oleh trauma dan berkemungkinan pulih
dengan segera.

2) Endogenous: Faktor yang kurang jelas, tidak dapat membiasakan diri dengan
kehidupan seharian. Mungkin faktor genetik.

3) Bipolar: Penyakit kemurungan dan mania.

4) Jenis kemurungan yang ada: Major depression, Dysthymic disorder, cyclothymic


disorder, Unipolar disorder, manic depression, psychotic depression dan
sebagainya.
“SEVERITY OF DEPRESSION”

1) Mild depression
2) Moderate depression
3) Severe depression
BUNUH DIRI

Definasi:

Bunuh diri sentiasa di kaitkan dengan kemurungan. Pemahaman terhadap bunuh diri
pun sama pentingnya dengan kemurungan. Wallerstein 2003 berpendapat bahawa
bunuh diri itu sangat kompleks dan orang membunuh diri bukan semata-mata di
sebabkan oleh cuma satu masaalah atau perasaan. Terdapat bermacam-macam faktor
mengapa manusia membunuh diri mereka sendiri.
PENGERTIAN BUNUH DIRI 1

Dari sudut budaya, bangsa dan agama:

Menurut Pinguet, di dalam “Voluntary death in Japan” yang di terjemahkan oleh


Morris 1993, bahawa Orang Jepun menganggap Hara-Kiri iaitu pembunuhan diri
sendiri sejak kurun ke 16 bagi samurai serta pilot kamikaze semasa Perang Dunia
Kedua adalah perbuatan yang beretika di mana ia nya adalah satu cara untuk membaik
pulih keadaan dunia yang di landa konflik dan untuk menebus kekalahan.

Wallerstein 2003 ada menyatakan ritual bunuh diri iaitu mengikut agama hindu di
mana seorang wanita hindu di harap ikut serta suaminya yang telah mati dengan cara
melemparkan dirinya ke dalam api yang menyala yang membakar jasad suaminya
tersebut. Ritual ini telah di ban pada tahun 1829.
PENGERTIAN BUNUH DIRI 3

Dari sudut budaya, bangsa dan agama:

Mungkin dulu, pendapat saya tentang membunuh diri adalah jalan yang paling mudah
untuk menyelesaikan masalah yang di rasakan tiada penyelesaian. Kini saya beranggap
membunuh diri adalah MASALAH yang tidak akan pernah selesai kerana dalam
agama islam, sesiapa yang membunuh diri akan di kira murtad iaitu terkeluar dari
agama islam.

Bagi orang murtad, maka nerakalah tempatnya untuk selamanya. Setiap masalah pasti
ada penyelesaiannya. Di sebalik musibah sudah tentu ada hikmahnya. Akan tetapi, bagi
penderita kemurungan yang kronik, mereka tidak akan berfikiran secara waras malah
akan mengambil jalan singkat dan mudah iaitu dengan membunuh diri.
SIMPTOM KEMURUNGAN:
(E.C.M.P)

Emosi / Emotional (rasa/feel bersedih, moody),

Kognitif / connitive (Pemikiran Negatif iaitu rasa bersalah dan tidak berharga macam
sampah dan sering berfikiran untuk cepat mati),

Motivasi / Motivation (Berkelakuan pasif, tiada aktiviti serta banyak diam)

Fisikal / Physical (Perubahan dalam permakanan iaitu terlalu kurang atau terlalu
banyak makan, tidur yang tidak menentu iaitu terlalu kurang atau terlebih tidur,
keletihan dan kurang bertenaga), Kelembapan fisikal dan juga mental.
SIMPTOM KEMURUNGAN:
(E.C.M.P)

Tidak semestinya kesemua simptom harus ada untuk mengenal pasti seseorang itu
mengalami kemurungan. Jika semakin banyak simptom utama yang ada, maka semakin
tinggi lah tahap kemurungan pada individu tersebut.

Adalah di peringatkan bahawa menurut kajian Rosenthal dan Rosenthal 1984 yang di
nyatakan oleh Patros dan Shamoo 1989, kajian mengenai 16 orang budak pra-sekolah
yang berumur di antara 2.5 ke 5 tahun, 3 diantara mereka pernah membuat percubaan
membunuh sekali percubaan dan yang 13 lagi telah membuat beberpa kali cubaan. Ini
menunjukkan bahawa usia bukan faktor penghalang individu membunuh diri.
KAUNSELOR MESTILAH 1:

Mendalami dan membuat kajian tentang kemurungan dan bunuh diri dan sentiasa
menambah ilmu pengetahuan agar kaedah yang terbaru dapat di gunakan untuk
membantu klien.

Mengenal pasti tanda atau simptom kemurungan yang ada. Kadangkala kaunselor
sendiri pun boleh tidak sedar bahawa kliennya mengalami kemurungan yang kronik
sehinggalah terjadinya perkara yang tidak di ingini.

Mengambil serius dengan perkara berkaitan dengan kemurungan. Walaupun klien


tersebut kanak-kanak berusia 3 tahun. Usia bukan faktor menghalang dari pada
seseorang individu mengalami kemurungan.

Apabila salah satu simptom kemurungan di kenal pasti pada seseorang, sebagai
kaunselor hendaklah berusaha untuk membantu klien belajar menangani masalah atau
isu itu dengan cara kaunseling atau apa jua cara sekalipun agar individu itu berjaya di
selamatkan.
KAUNSELOR MESTILAH 2:

Mengambil serius apabila ada terdapat klien atau orang yang mengutarakan untuk
membunuh diri walaupun pada masa itu klien atau orang itu menyatakannya secara
berseloroh.

Memberitahu kepada pihak-pihak yang tertentu apabila klien mengutarakan untuk


membunuh diri. Jika klien itu seorang penuntut, hendaklah di beritahu kepada penjaga
atau ibu bapa dan guru agar mereka berwaspada. Jika klien tersebut seorang dewasa,
hendaklah memaklumkan kepada ketua Jabatan dan juga keluarga terdekat.

Tidak ada cara yang tertentu bagi menyelesaikan masalah kemurungan dan bunuh diri
tetapi sebaik-baik penyelesaian adalah dengan kembali ke jalan Allah. Bagi mereka
yang menganut bukan agama islam adalah juga di sarankan untuk mencuba kaedah
islam. Insya Allah akan pasti berhasil. Yang penting bagi kaunselor adalah untuk tidak
sekali kali putus asa menolong orang yang mengalami kemurungan atau apa-apa jua
masalah.
KAUNSELOR MESTILAH 3:

Berwaspada kerana Kaunselor kadangkala beranggapan bahawa masalah klien adalah


mudah di selesaikan. Apa bila seseorang penderita kemurungan berubah menjadi
periang secara tiba-tiba, hendaklah berhati-hati dan berwaspada kerana besar
kemungkinan klien tersebut akan melakukan perkara yang drastik.

Mempasti kan dengan betul bahawa klien yang pernah mengalami kemurungan akan
dapat mengendali pelbagai ujian yang bakal menimpa sebelum mengahiri proses
kaunseling. Kerana di khuatiri seandainya berlaku ‘relapse’ atau kekambuhan penyakit
kemurungan.

Mengetahui pelbagai contoh kesan sampingan akibat kemurungan: Timbulnya


penyakit kronik-darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, stroke, HIV, ketagihan dan
lain-lain. Menjadi beban
KAUNSELOR MESTILAH 4:

Jika klien mengalami kemurungan bipolar atau manic depression, adalah di sarankan
kepada kaunselor untuk merefer klien tersebut ke klinik pakar psikiatris.

Perlu di ingatkan kepada semua bakal kaunselor, jangan sekali-kali mengatakan anda
tahu apa yang di rasakan oleh klien. Walaupun hakikatnya isu yang timbul pernah di
alami oleh Kaunselor seperti putus cinta. Kerana walaupun kita semua mungkin pernah
mengalami putus cinta tapi ia bukan bererti kita tahu apa yang telah di lalui oleh klien
tersebut. Tahap penerimaan seseorang terhadap setiap perkara yang berlaku ada lah
berlainan. Contoh : Seorang lelaki yang berkali-kali bercinta dan akhirnya putus juga,
setiap pengalaman kisah percintaan yang di lalui nya sudah pasti berbeza dari satu dan
yang lain.
KAUNSELOR MESTILAH 4:

Mengetahui tentang akibat dari kemurungan:

Faktor kesihatan: Mengetahui pelbagai contoh kesan sampingan akibat kemurungan:


Timbulnya penyakit kronik-darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, stroke, HIV,
ketagihan dan lain-lain.

Faktor Kewangan: Seorang yang dalam keadaan murung yang kronik tidak akan dapat
melakukan apa-apa jua kerja atau menjaga atau mengurus dirinya sendiri . Seseorang
akan menjadi dependent atau bergantung kepada orang lain.

Faktor sosial: Seorang yang mengalami kemurungan akan tersisih dari keluarga dan
teman. Naluri manusia tidak akan menghampiri orang yang murung kerana mereka
sering di persalahkan.
RUMUSAN:

Kemurungan adalah satu penyakit yang sama bahaya nya dengan penyakit-penyakit
kritikal yang lain seperti cancer, stroke dan sebagainya. Penyakit kemurungan yang
kronik boleh juga mengakibat kan seseorang individu itu mendapat penyakit sakit
jantung, darah tinggi, kencing manis, gila dan juga kematian seandainya penyakit
tersebut tidak di kawal atau di obati.

Oleh itu, pastikanlah agar kita sebagai kaunselor sentiasa berwaspada dan berhati-hati
apabila mendapat klien yang ada unsur-unsur kemurungan.
SOAL JAWAB:
PENUTUP

SEKIAN TERIMA KASIH