Anda di halaman 1dari 23

 Mengisahkan tentang Tuanku Malim Deman bersembunyi

di bawah kawah memerhati tujuh puteri mandi.


 Tuanku Malim Deman ingin memikat tuan puteri ketujuh.
 Tuanku Malim Deman menyamar sebagai orang tua
hodoh dan mencuri baju layang tuan puteri.
 Tuanku Malim Deman berpakat dengan nenek kebayan.
 Tuan Puteri Bongsu mencari baju layangnya dan
bertemu dengan orang tua yang hodoh.
 Tuan Puteri Bongsu mengesyaki orang tua itu yang
mencurinya dan mengadu kepada nenek kebayan.
 Tuan Puteri jatuh hati apabila terpandang Tuanku
Malim Demam.
 Nenek kebayan terus melamarnya bagi pihak Tuanku
Malim Deman.
 Tuan Puteri Bongsu berkahwin dengan Tuanku Malim
Deman.
Ia bertemakan percintaan. Ini
dilihat bagaimana Tuanku Malim
Deman cuba memikat Tuan Puteri
Bongsu dengan mengambil baju
layangnya. Namun demikian, tuan
puteri akhirnya jatuh cinta apabila
terpandang wajah Tuanku Malim
Deman. Mereka kemudiannya
berkahwin.
 Kegigihan mencapai sesuatu.
-Tuanku Malim Deman bersungguh-sungguh
memikat Tuan Puteri Bongsu.
 Kebijaksanaan mencari helah.
-Tuanku Malim Deman bijak mencari helah untuk
memikat Tuan Puteri Bongsu.
 Mencari calon isteri.
-Tuanku Malim Deman berusaha mencari
calon isteri yang baik.
1. Tuanku Malim Deman
Tuanku Malim Deman merupakan
anakanda kepada Tuanku Gombang Malim
Dewa. Ia digambarkan Tuan Puteri Bongsu
sebagai terlalu elok dan kacak. Tuanku
Malim Deman gigih berusaha mendapatkan
tuan puteri itu dengan pelbagai helah.
Akhirnya usahanya berjaya.
1. Tuan Puteri Bongsu
Tuan Puteri Bongsu digambarkan amat
cantik. Tuanku Malim Deman amat
mencintai Tuan Puteri Bongsu apabila
dilihatnya kecantikan Tuan Puteri Bongsu.
Tuan Puteri Bongsu apabila diminta
mengahwini Tuanku Malim Deman terus
bersetuju dan patuh kepada permintaan
nenek kebayan.
1. Nenek Kebayan
Dia telah memberi tumpang tidur di
rumahnya kepada Tuanku Malim Deman
dan Tuan Puteri. Dia yang
bertanggungjawab mempertemukan
Tuanku Malim Deman dan Tuan Puteri
untuk berkahwin. Dia telah membantu
Tuanku Malim Deman untuk mencari akal
memikat Tuan Puteri Bongsu. Dia amat
bijak menggunakan pelbagai helah yang
akhirnya telah mempertemukan Tuanku
Malim Deman dan Tuan Puteri Bongsu.
 Latar tempat
Rumah nenek kebayan, di rumah ini Tuan
Puteri Bongsu pertama kali bertemu dengan
Tuanku Malim Deman. Taman, merupakan
tempat Tuan Puteri Bongsu dan kekandanya
bersiram. Sungai pula merupakan tempat
pengail tua (Malim Deman) memancing dan
berjumpa dengan Tuan Puteri Bongsu.
 Latar masa
Zaman Melayu Tradisional. Beberapa hari.
a. Hari Tuan Puteri Bongsu bersama
kekandanya mandi.
b. Tuan Puteri Bongsu bermalam di rumah
nenek kebayan.
c. Tuan Puteri Bongsu berkahwin dengan
Malim Deman.
 Latar masyarakat
Masyarakat raja dari negara kayangan.
Masyarakat biasa – nenek kebayan.
• Penggunaan puisi
a. Pantun
Ketika si pengail (Tuanku Malim
Deman) memberitahu tentang baju
yang telah dicurinya kepada Tuan
Puteri Bongsu.
“ Orang mengail berumpan lokan,
Sampan dikayuh terlalu laju;
Orang mengail dapat ikan,
Saya mengail dapat baju.”
Ayat panjang
Penggunaan ayat yang panjang dan
meleret-meleret merupakan bahasa Melayu
Klasik. Oleh kerana ia sebuah prosa
tradisional maka ia tidak boleh lari dari
keadaan ini.
• Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik ini dapat dilihat
daripada penggunaan perkataan yang
digunakan dalam cerita ini. Contohnya :
Hatta,maka, dan sebagainya.
Simile
Penggunaan unsur ini dapat dilihat kepada
beberapa ayat di dalam puisi iaitu:
“Pada fikiran nenek bertuah besarlah Tuan Puteri
dapat bersuamikan dia, laksana sesuai bagai cincin”.
• Hiperbola
Unsur ini dapat dilihat apabila menyatakan
perasaan Tuan Puteri apabila melihat wajah
Malim Deman lain. Iaitu :
… maka berdebarlah hati tuan puteri, melayang
roh semangatnya, jadilah rohnya kasih sayang
yang tiada dapat diperikan lagi.
Bahasa Arab
Cerita ini juga menggunakan unsur
bahasa Arab iaitu: Allah, Rasul, sabda, dan
roh.
• Bahasa Istana
Bahasa istana juga turut digunakan
dalam cerita ini. Contohnya : Bersiram,
santap beradat, takut dimurkai, ayahanda,
bonda, dan beta.
• Metafora
Unsur metafora juga digunakan dalam
cerita ini. Contohnya :
“Laksana sesuai bagai cincin.”
• TEKNIT PLOT
a. Pemerian. Di dalam prosa, kebanyakan
teknit plot untuk menceritakan jalan cerita
dalam bentuk peranan yang meleret-meleret
dan panjang.
b. Dialog. Unsur dialog jug digunakan di dalam
prosa ini. Ia bertujuan menambahkan keyakinan
kepada pembaca selain daripada dapat
mengurangkan rasa bosan pembaca.
• BINAAN PLOT
– Eksposisi
- Pengenalan watak Tuanku Malim Deman dan Tuan
Puteri Bongsu.
– Perkembangan
- Tuanku Malim Deman mencuri baju layang Tuan
Puteri.
- Tuan Puteri mancari baju layangnya.
– Konfliks
- Tuanku Malim Deman enggan mengaku mencuri
baju layang Tuan Puteri.
- Tuan Puteri mengadu pada Nenek Kebayan.
– Klimaks
- Tuan Puteri tertarik dengan Tuanku Malim
Deman.
– Peleraian
- Tuanku Malim Deman berkahwin dengan Tuan
Puteri.
• Hormat-menghormati
Kita mesti hormat-menghormati antara
satu sama lain. Ini yang berlaku kepada
Tuan Puteri Bongsu dan Tuanku Malim
Deman yang amat menghormati Nenek
Kebayan.
• Tanggungjawab
Sikap Nenek Kebayan yang berusaha
untuk menjodohkan Tuan Puteri Bongsu dan
Tuanku Malim Deman. Ini menunjuk Nenek
Kebayan ini seorang yang
bertanggungjawab.
• Berdikari
Usaha yang dilakukan oleh Tuanku Malim
Deman yang berusaha mendapatkan Tuan
Puteri Bongsu. Dia sanggup mencuri baju
layang Tuan Puteri Bongsu. Usaha itu
dilakukannya sendiri
• Kegigihan
Usaha yang telah dilakukan oleh Tuanku
Malim Deman untuk mendapatkan Tuan Puteri
Bongsu amat gigih. Ia menunjukkan dia
berusaha bersungguh-sungguh. Begitu juga,
Tuan Puteri Bongsu yang telah kehilangan
baju berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencari kembali baju yang hilang.
Berbudi bahasa
Nilai berbudi bahasa ini dapat kita lihat
pada watak Tuan Puteri Bongsu.
• Kesabaran
Nilai kesabaran dapat kita lihat pada
watak Tuan Puteri Bongsu yang bersabar
dengan sikap Tuanku Malim Deman yang tidak
mahu menyerahkan baju layangnya.
• Sikap saling bantu-membantu
Persolan ini dapat kita lihat pada watak
Nenek Kebayan yang membantu Tuanku
Malim Deman sehingga dia dapat bertemu
jodoh dengan Tuan Puteri Bongsu.
Kita hendaklah tabah menghadapi
sesuatu dugaan.

Kita hendaklah tabah menghadapi


sebarang kesulitan kerana di sebalik
kesukaran itu tersembunyi kebaikan di
sebaliknya. Sebagai contoh, Tuan Puteri
Bongsu menghadapi kesukaran mencari
kain layangnya akhirnya dia bertemu
jodoh dengan Malim Deman.
• Kita hendaklah mengamalkan
sikap bekerjasama.

Kita hendaklah mengamalkan sikap


bekerjasama dalam segala hal. Contohnya
Nenek Kebayan bekerjasama dengan
Tuanku Malim Deman untuk memikat Tuan
Puteri Bongsu. Akhirnya Tuanku Malim
Deman dapat berkahwin dengan Tuan
Puteri Bongsu.
– Kita hendaklah berbudi bahasa
dalam keadaan apa sekalipun.

Walau dalam keadaan bagaimana


sekalipun kita hendaklah sentiasa berbudi
bahasa. Hal ini dapat kita lihat pada watak
Tuan Puteri Bongsu yang tetap berbudi
bahasa walaupun si pengail itu menipu dan
mempermain-mainkannya.
– Kita hendaklah berusaha untuk
mencapai matlama kita.
Untuk mencapai cita-cita, kita
hendaklah berusaha sedaya upaya.
Hal ini dapat kita lihat pada watak
Tuanku Malim Deman yang berusaha
untuk mendapatkan Tuan Puteri
Bongsu. Berkat usahanya itu, dia
berjaya mengahwini Tuan Puteri
Bongsu itu.