Anda di halaman 1dari 21

SJH 3093E

~PENGENALAN KEPADA PENTAKSIRAN~

DEFINISI
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspekaspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil
program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia
pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira
semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat
sesuatu keputusan dengan tepat. Pentaksiran, pengujian,
pengukuran dan penilaian adalah beberapakonsep penting
dalam dunia pendidikan.Sering kali istilah ini digunakan secara
bertukar ganti. Secara khususnya, keempat-empat istilah
berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan keempatempatnya mempunyai perbezaan.

PENTAKSIRAN
Mengikut David Payne dalam bukunya Applied Educational
Assessment Edisi ke-2 (2003), pentaksiran ialah integrasi proses
mengumpul maklumat, mengintepretasikan maklumat atau
memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan
berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.
Pentaksiran = pengukuran + penilaian + penngujian
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar
dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti
pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui


beberapa ciri seperti ;
Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang
pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan
kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah.
Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung
tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan,
dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.
Kekomprehensifan merujuk kepada kandungan instrumen
yang mempunyai item yang mewakili semua objektif dalam
mata pelajaran tersebut.

PENILAIAN
Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat secara
bersistem tentang sesuatu diikuti dengan proses
memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu.
Menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur.
Contoh:
Asri mendapat markah 92% dalam ujian matematik (ukuran)
Asri seorang murid yang cemerlang dalam subjek matematik
(penilaian)

PENGUKURAN
Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat
dengan cara mengukur menggunakan instrumen
sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan.
Proses pengukuran berakhir dengan maklumat
berbentuk kuantitatif seperti:
Markah mentah
Peratus markah mentah
Persentil (peratusan kedudukan seseorang berbanding kedudukan orang
lain)
Agregat
Pangkat atau band

Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan


menggunakan instrumen atau pun tidak.
Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa
digunakan ialah:
Ujian
Soal selidik
Kuiz
Senarai semak
Tanpa instrumen, pengukuran boleh dibuat dengan cara anggaran,
tafsiran, agakan, taakulan dan pemerhatian.
Walau bagaimanapun, ukuran yang diperoleh tanpa menggunakan
instrumen tentunya kurang tepat dan kurang boleh dipercayai kerana
seringkali berubah-ubah.
Contohnya, dapatkah kita mengira berat murid tanpa menggunakan
penimbang?

PENGUJIAN
Satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat
pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang.
Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada
segala aspek tingkah laku seseorang individu.
Suatu alat yang bersistem bagi membuat perbandingan prestasi
atau tingkah laku di antara dua atau beberapa individu.
Menurut cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik
untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu
dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor atau satu
sistem yang berkategori.

Misalnya markah 80/100 bagi ujian pencapaian sesuatu mata


pelajaran. Markah adalah suatu ukuran.
Raminah haji sabran (1991): ujian adalah satu cara untuk
mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid
dalam keadaan yang dikawala atau ditentukan. Maklumat
yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk
membuat penilaian atau pengadilan.

KONSEP

Pentaksiran
Penilaian
Pengukuran

Pengujian

Pentaksiran ialah satu proses pengumpulan


maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh
pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.
Penilaian dianggap sebagai proses membuat
pertimbangan atau keputusan dalam memberikan
nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda
atau perkara
pengukuran merupakan penentuan status atau
tahap pelajar.
ujian bukan satu konsep tetapi satu alat untuk
pengukuran

Kepentingan
Pentaksiran
Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment
for learning) - bertujuan supaya dapat
membantu guru mengenalpasti tahap
pembelajaran pelajar dan keberkesanan
pengajaran guru. Oleh itu, ini akan membantu
guru mengubahsuai aktiviti pembelajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah mengikut
kesesuaian dan keperluan pelajar.

Tujuan pentaksiran di sini ada kaitan dengan


tindakan susulan selepas pembelajaran sama
ada untuk guru sendiri mahupun bagi guru
membantu pelajar

Pentaksiran sebagai pembelajaran


(assessment as learning) - bertujuan
memberi ruang kepada pelajar untuk
mengetahui tahap pencapaian masingmasing. Pentaksiran sebagai
pembelajaran memberi fokus terhadap
peranan pelajar sebagai penghubung
yang kritikal di antara pentaksiran dan
pembelajaran
.

Di sini peranan guru amat penting sebagai


fasilitator dalam membimbing pelajar
menggunakan pentaksiran sebagai
proses penilaian pencapaian peranan
pelajar.

Kepentingan pentaksiran kepada


pembelajaran (assessment to learning) tujuan mengenal pasti pengetahuan yang
diperolehi, dilakukan dan diterjemahkan
dalam bentuk tingkahlaku oleh pelajar.
tujuan pentaksiran ini berkaitan dengan
matlamat dan hasil pembelajaran.

Pentaksiran dalam pendidikan bersifat


lebih menyeluruh kerana pentaksiran
yang dilakukan melibatkan pelajar dan
juga organisasi yang terlibat termasuk
kurikulum yang digunakan.

Guru boleh menggunakan


maklumat yang diperolehi
untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran
guru dan pembelajaran
pelajar.
Penilaian juga amat berguna
bagi tujuan bimbingan dan
kaunseling. Ini amat penting
bagi membantu
meningkatkan motivasi
pelajar.
Tujuan penilaian bagi
peperiksaan seperti UPSR,
PMR dan SPM adalah untuk
menunjukkan pencapaian
pelajar mengikut gred
standard piawaian bagi
seluruh negara.

Keputusan yang diperolehi


daripada penilaian dapat
dijadikan asas pemilihan
strategi pembelajaran dan
pengajaran oleh guru

Kepenting
an
Penilaian
Penilaian di akhir tempoh
pengajian pula bertujuan
untuk memberikan gred
keseluruhan bagi seseorang
pelajar

Keputusan ujian penilaian


dapat digunakan oleh guru
untuk mendapatkan
maklumbalas tentang
penguasaan pelajar terhadap
pengetahuan dan kemahiran
yang
telah diajar.
Membantu
guru
mengubahsuai teknik
pembelajaran dan
pengajaran supaya
bersesuaian dengan
keperluan pelajar. Melalui
penilaian juga guru akan
dapat mengenalpasti pelajar
yang lebih cepat/cerdas,
yang memerlukan aktiviti
pengayaan dan juga pelajar
yang lambat/lemah yang
memerlukan pemulihan.

Penilaia
n
formatif

Jenis-jenis
Penilaian

Penilaia
n
sumatif

Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan.


Ianya dibuat di sepanjang pembelajaran dan pengajaran.
penilaian formatif dibuat bagi menguji pencapaian pelajar
mengikut perkembangan topik-topik dalam sukatan pelajaran.
penilaian formatif boleh dibuat selepas guru selesai mengajar
sesuatu topik bagi menilai perkembangan pelajar terhadap topiktopik yang telah diajar.
Maklumat daripada penilaian formatif boleh digunakan untuk
memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat di akhir pengajaran
seperti ujian penggal, ujian pertengahan tahun ataupun ujian
akhir tahun
Penilaian sumatif bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar pada
akhir penggal, pertengahan tahun ataupun akhir tahun
Penilaian sumatif digunakan untuk membuat perbandingan dalam
kalangan pelajar serta memberikan tahap tertentu kepada pelajar.
Penilaian seperti UPSR dan PMR juga bertujuan untuk memberikan
gred kepada pelajar.
tujuan memberi pengiktirafan seperti sijil dan hadiah.

Beberapa prosedur perlu diambil kira bagi memastikan


keberkesanan penilaian
Penilaia
Penilaia
n
n
sumatif
formatif
Menentukan topik pengajaran
Menentukan aspek dan tahap
penguasaan
Menghubung kaitkan elemenelemen dalam tajuk

Membentuk Jadual Spesifikasi


Ujian (JSU)
Membina soalan
Mengumpul soalan secara
sistematik

Membina soalan ujian

Menguji soalan melalui kajian rintis

Mencadangkan tindakan susulan

Menyiapkan skema pemarkahan

Klasifikasi ujian
Ujian rujukan norma

untuk membandingkan pencapaian


antara pelajar ataupun kumpulan
pelajar.
URN juga digunakan untuk
menentukan pencapaian sama ada
lulus, sederhana atau cemerlang.
Ini akan memudahkan tujuan
pengiktirafan seperti penganugerahan
sijil dan hadiah.
bagi memastikan tujuan ini tercapai,
tahap kesukaran soalan perlu dikawal.
Cakupan kandungan pembelajaran
Kamidin,
Dr lebih
(IPG KBL)
bagiTiwi
tujuan
URN
luas.

Ujian rujukan standard

Ujian rujukan kriteria

Matlamat URK bukan untuk membandingkan


pencapaian pelajar dengan pelajar lain, tetapi
ditumpukan kepada membandingkan pencapaian pelajar
dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut
dapat dikuasai pelajar atau tidak.
matlamat URK ialah untuk penambahbaikan pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian
ujian ini dibina berpandukan kepada kriteria atau
tingkahlaku yang ditetapkan.
Ujian juga lebih terperinci dan meliputi kandungan
pelajaran tertentu sahaja. Kandungan atau kriteria
tersebut menjadi standard prestasi yang perlu dicapai
oleh pelajar dalam URK
Berbeza dengan URN, URK menumpukan kepada tajuktajuk yang lebih khusus. URK berbentuk tidak formal

Ujian rujukan standard diwujudkan bagi tujuan


melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran
dengan menerangkan tentang kemajuan murid
dalam pembelajaran dengan mrujuk standard.
ujian rujukan standard memerlukan satu standard
prestasi yang boleh menjadi panduan kepada
semua pelaksana.
Standard ialah suatu pernyataan tentang sesuatu
domain merujuk kepada tanda aras tertentu.
Standard juga merupakan pernyataan bersifat
generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran.

Standard prestasi yang menjadi rujukan dalam ujian rujukan standard ialah
seperti dalam Jadual 1.4.
Tahap
Pencapaian

Pernyataan Standard

6
5

Tahu, Faham, dan Boleh buat dengan beradap Mithali


Tahu, Faham, dan Boleh buat dengan beradap Terpuji

4
3
2
1

Tahu, Faham dan Boleh buat dengan beradap


Tahu, Faham dan Boleh buat
Tahu dan Faham
Tahu

JENIS-JENIS
UJIAN

Ujian
Kecerdasan

Ujian
Pencapaian

Ujian
Prestasi

JENIS-JENIS
UJIAN

Ujian
Personaliti

Ujian
Diagnostik

Ujian
Bakat

Ujian
Pencapaian

Ujian
Kecerdasan

Ujian Prestasi

Ujian pencapaian digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa pelajar
ujian pencapaian dibina oleh guru atau kumpulan guru bagi mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk
yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
Ujian ini juga digunakan bagi memastikan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenalpasti masalah
yang dihadapi pelajar bagi tajuk-tajuk yang telah diuji.
mengukur perbezaan tingkah laku manusia secara sistematik.
Kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan satu organisma menyesuaikan diri dengan persekitarannya (Mokhtar
Ismail, 2009)
ujian kecerdasan ialah ujian yang mengukur kebolehan mental seseorang pelajar, contoh: ujian Binet
Ujian prestasi ialah ujian yang mengukur kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi
objek yang konkrit.
Ujian prestasi menguji kemahiran pelajar menggunakan sesuatu alat yang konkrit seperti gambar dan radas, dan tidak
semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa atau ujian pensel- kertas
Misalnya seorang guru Pendidikan Jasmani ingin mengukur kebolehan pelajar menggunakan kayu hoki.

Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar, guru dan institusi agar program pemulihan dapat
dijalankan bagi menanganinya
Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan tajuk pengajaran yang tepat serta
sesuai dengan kumpulan-kumpulan tertentu
Ujian diagnostik boleh dilaksanakan melalui ujian formal seperti ujian pensel-kertas ataupun secara soal jawab, inventori dan pemerhatian
tugasan dari masa ke semasa.
ujian diagnostik ialah ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar

Ujian Bakat

Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.
Ujian bakat bertujuan untuk memberi maklumat asas tentang telahan prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
Menurut Mokhtar Ismail (2009), terdapat dua cara ujian bakat dijalankan iaitu kaedah komposit dan kaedah penentu
Misalnya Ujian Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (UKELP) bertujuan untuk mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu
mengikut kebolehannya.

Ujian Personaliti

ujian personaliti bagi mengenali pelajarnya dengan lebih dekat.


Ini akan memudahkan guru membuat pilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut personaliti pelajar ataupun
melaksanakan tindakan pemulihan bagi pelajar tertentu.
ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personaliti pelajar.

PENILAIAN DALAM
MATAPELAJARAN SEJARAH
(1) pemahaman
tentang idea

(2) konsep fakta

(3) nilai dalam mata


pelajaran Sejarah

Mengkaji idea di sebalik


kewujudan sesuatu peristiwa
Pelajar harus diberi peluang
untuk memahami sesuatu
kejadian
dalam
sejarah.
Misalnya, mengapa singapura
keluar daripada malaysia.
Aspek yang ditekankan adalah
pelajar memahami proses, sebab
dan akibat mengapa singapura
keluar dari malaysia.

Elemen konsep fakta memang tidak


dapat lari daripada mata pelajaran
Sejarah. Ini kerana dalam mata
pelajaran Sejarah banyak fakta
seperti tarikh, individu, peristiwa
yang telah berlaku. Fakta- fakta
dalam Sejarah tidak boleh diubah.

Nilai dalam sesuatu peristiwa


Sejarah juga perlu difahami oleh
pelajar
Ini bermakna, di setiap sesuatu
peristiwa Sejarah, pelajar perlu diberi
ruang dan peluang untuk
mempelajari nilai di sebalik peristiwa
tersebut.