Anda di halaman 1dari 15

RUPA

(SHAPE)
Created by:
cgazmi.gmail.com
Rupa

• Ciri-ciri bagi satu satah dan ditentukan oleh konfigurasi kontor


garisan

• Rupa merupakan hasil pertemuan penghujungnya garisan dengan


titik permulaanya. Bila garisan menutupi sesuatu kawasan maka
lahirlah rupa.

• Dengan kata lain rupa adalah sifat bagi pengenalan terhadap satah
dan ditetapkan oleh tatarajah kontor garisan atau pinggir satu
satah. Ini bermakna cara bagaimana figura dan bentuk
dikenalpasti.

• Kebanyakan rupa mempunyai nama yang berdasarkan kepada


pinggir kontor, ciri-ciri fizikal dan kesatuan.
Rupa

• Rupa terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu:

1. Rupa geometri
Mempunyai sudut-sudut yang tepat. Rupanya kukuh dan kelihatan
kasar.

Contoh rupa geometrik seperti hexagon, tigasegi, empatsegi dan bulatan.


Rupa

2. Rupa organik
Mempunyai rupa yang lebih bebas dan tidak mempunyai sudut
yang tepat. Ia lebih berseni dan lembut.

Contoh rupa organik, tidak mempunyai sudut yang tepat


Rupa
2.4.2 Poligon
 
• Dari segi teori, poligon adalah susunan titik, bahagian garisan, dan
satah ruangan dalaman. Setiap titik mempersembahkan penjuru atau
vertex. Bahagian garisan adalah sebahagian daripada poligon
berdasarkan titik dan bahagian menyebabkan terjadinya rupa yang
khusus.

Kombinasi antara
segmen garisan dengan
rupa tertentu
menghasilkan poligon.
Rupa

PARALLELOGRAMS

SEGI EMPAT SEGI ROMBUS ROMBOID TRAPEZOID TRAPEZIUM


SAMA EMPAT
TEPAT

POLYGON BIASA

SEGITIGA SEGIEMPAT PENTAGON HEXAGON HEPTAGON OKTAGON


Rupa

2.4.4 Membahagikan imej dan objek ke


dalam rupa akromatik.
 
• Artis, arkitek dan jurureka kerapkali
menggunakan teknik visual bagi
membahagikan imej kepada nilai yang rata
menggunakan fotograf atau ilustrasi.

• Teknik ini menghasilkan penggayaan,


abstraksi, tetapi menetapkan ilusi
kedalaman dengan nilai ton akromatik dan
kromatik.

Imej Albert Einstein menggunakan titik,


Rupa garisan, dan rupa menghasilkan ton.
Rupa

2.4.5 Tranformasi rupa


 
• Kemampuan untuk melakukan tranformasi pada rupa adalah
kemahiran yang penting di dalam rekabentuk. Ia adalah satu
pendekatan kreatif yang dapat menyelesaikan beberapa masalah
visual.

• Tranformasi ini dilakukan menggunakan samada kaedah


penambahan ataupun pengurangan. Proses transformasi ini kerapkali
digunakan di dalam bidang rekabentuk produk, hasil seni dan struktur
senibina.

Contoh tranformasi rupa


 

Rupa

2.4.6 Rupa menetapkan struktur rekabentuk senibina dan pembahagian


ruang dalaman.

• Dalam senibina dan rekabentuk


ruang dalaman, rupa digunakan
untuk menentukan pinggir bagi
ruang tiga dimensi, membentuk
siling, dinding dan lantai bagi
banggunan dan bilik-bilik di dalam
bangunan.

Ruang yang ditentukan oleh rupa


yang boleh dilihat di bahagian siling,
lantai dan dinding.
Rupa

2.4.7 Konfigurasi rupa untuk menyokong struktur

• Elemen rupa boleh disusun untuk


memberi sokongan kepada strukutr
antara satu sama lain. Satu unit panel
sahaja tanpa ada sokongan tidak
mempunyai kestabilan. Dengan
menambahkan dan mencantumkan
panel ini setiap satunya akan
menyokong yang lain.

Panel axis menjadi tapak


sokongan kepada objek.
Rupa

 2.4.8 Rupa dan ilusi kedalaman


 
• Dalam komposisi visual adalah penting untuk difahami bagaimana
kedudukan rupa dalam ruang dua dimensi untuk mempersembahkan
ilusi bagi ruang dan kedalaman.

• Berbagai teknik dan prinsip boleh digunakan untuk menghasilkan ilusi


kedalaman di dalam lukisan dua dimensi, catan atau komposisi.

• Dengan menggunakan prinsip perspektif, ilusi bagi ruang tiga dimensi


dan ke dalam boleh dihasilkan pada satah gambar dua dimensi. Teknik
lain adalah penggunaan pelbagai saiz, lapisan ton atau perbezaan nilai
diantara eleman, warna ketebalan garisan.
Rupa

Penyusunan rupa yang berlapis


menghasilkan ilusi ruang tiga
dimensi di dalam format dua
dimensi.
Rupa

2.4.9  Rupa, kedalaman dan


pergerakan.
 
• Rupa yang ditetapkan secara selari
kepada satah gambar boleh disusun
untuk menghasilkan ilusi kedalaman
dan pergerakan dengan penggunaan
pertindihan, perubahan saiz dan
perbezaan dari segi ketebalan
garisan.

Komposisi rupa menghasilkan ilusi


kedalaman dan pergerakan.
Rupa

2.4.10 Aplikasi rupa di dalam rekabentuk grafik


 
• Di dalam rekabentuk grafik rupa digunakan bagi menghasilkan
lambang perniagaan atau symbol sesuatu syarikat. Contohnya bulatan
boleh digunakan sebagai bumi.

Contoh aplikasi rupa di dalam rekabentuk grafik.


Rupa

• Rupa simbolik
Dalam aplikasi rupa di dalam rekaan grafik rupa simbolik adalah
merupakan gambaran visual yang membawa makna yang tertentu
dalam sistem komunikasi.

Rupa ini membawa makna Simbol hati adalah rupa


bunyi atau pembesar suara simbolik yang memberikan
maksud cinta atau sayang

Anda mungkin juga menyukai