Anda di halaman 1dari 18

RUANG

(SPACE)
Created by:
cgazmi.gmail.com
Ruang

• Jarak diantara atau sekeliling objek

• Ruang melibatkan pesepsi jarak dalam persekitaran dan


perkaitannya pada kerja seni, senibina dan rekabentuk.

• Ruang melibatkan pesepsi pada kedudukan dua dimensi dan tiga


dimensi.

• Rupa 2 dimensi atau 3 dimensi ditakrifkan sebagai elemen visual


yang tidak mempunyai sempadan dan sambungan yang tidak
terbatas dari ruang kawasan sesuatu objek.
Ruang

• Ruang digunakan sebagai suatu cara untuk menerangkan


bahagian dalaman atau jarak diantara suatu titik yang belum
begitu pasti.

• Ruang mempunyai ketebalan, kedalaman dan juga panjang serta


lebar.

• Ruang tidak boleh ditafsir, ruang digunakan untuk mengisi


kekosongan. Ia bersambung, pasti dan sentiasa terkini.

• Visual kadang kala dirujuk sebagai ruang seni kerana kebanyakan


seni jenis ini disusun dalam ruang.
Ruang

2.5.1 Sifat fizikal ruang

• Ruang boleh dikategorikan kepada jenis yang berbeza:

1. Ruang dua dimensi

- Kita mendefinasikan ruang dua


dimensi sebagai permukaan
yang rata dan hanya
mempunyai lebar dan panjang
sahaja.

- Satu plan yang menggunakan


panjang dan lebar, juga
Ruang dalam ilusi dua dimensi dikenali sebagai format plan.
Ruang

- Ianya tidak mempunyai kedalaman, tetapi dengan menggunakan


monocular cause, ianya akan memperlihatkan ilusi sesuatu
objek itu diatas permukaan gambar.

Rajah 2 dimensi yang kelihatan


pada ruang tengah yang ditentukan
berdasarkan kedalaman yang boleh
ditembusi oleh objek itu.

Ruang tengah
Ruang

• Semenjak berabad-abad lamanya, jurureka telah menghasilkan


banyak cara untuk menunjukkan ruang dalam format 2 dimensi.
Antara caranya ialah:

1. Saiz dan Skala – saiz dan skala menentukan jarak


ruang.

2. Satah – dengan menggunakan satah suasana ruang


dan kedalaman boleh dihasilkan.

3. Pertindihan – apabila sesuatu objek melindungi


sebahagian objek yang lain, kita tahu daripada
pengalaman kita bahawa objek tersebut mesti berada di
hadapannya. Oleh itu pertindihan objek akan
mewujudkan ilusi ruang.
Ruang

4. Perspektif – ini melibatkan kesan cahaya dan atmosfera


alam ruang sebenar. Cahaya boleh digunakan untuk
menambahkan lagi bentuk secara tiga dimensi. Selain
daripada itu, ia juga berkaitan dengan hubungan antara
ton dan keamatan.

5. Ton – kontras dari segi ton warna biasanya tidak akan


menghasilkan ruang dengan sendirinya, tetapi boleh
disusun untuk mewujudkan ilusi ruang.
Ruang

2. Ruang tiga dimensi

- Ruang tiga dimensi ialah objek sebenar yang mengandungi


isipadu dan jisim pada permukaannya. Ia mempunyai
hubungan dengan ruang dalam empat cara iaitu:

• Menduduki ruang.
• Merentangi atau bergerak malalui ruang.
• Mengelilingi atau merangkumi ruang.
• Berkait antara satu sama lain di dalam ruang.

- Ruang tiga dimensi juga menerangkan keadaan tanpa


sempadan atau had dalam sebarang arah, yang mengandungi
panjang, lebar dan kedalaman.
Ruang

- Makanisma ini digambarkan oleh penglihatan dua belah mata


dalam keadaan sebenar (binocular).

Ruang dalam ilusi tiga dimensi


Ruang tiga dimensi ruang
dalaman.
Ruang

2.5.2 Ketetapan dalam saiz


 
• Ketetapan dalam saiz melibatkan kemampuan fikiran atau persepsi
ketetapan pada figura atau bentuk walaupun berlaku perubahan di
dalam imej retina.

• Sebagai contoh, bila pelihat berada rapat atau jauh daripada objek,
saiz retina akan bertambah ataupun berkurang. Walaupun berlaku
perubahan di dalam proses psikologi, pelihat masih melihat objek
tertentu tidak berubah dari segi saiz, rupa dan kecerahan.

• Persepsi mengenai ketetapan dalam saiz tidak boleh digunakan jika


melibatkan jarak yang jauh (extreme distance). Daripada jauh, figura
dan bentuk kelihatan tidak normal saiznya. Ini adalah kerana
hubungannya dengan persekitaran. Selain daripada itu, jarak di
antara pelihat dengan figura atau bentuk juga berbeza.
Ruang

Saiz akan berubah apabila terdapat


ruang pemisah diantaranya
Ruang

2.5.3 Ketetapan dalam rupa


• Ketetapan dalam rupa adalah
fenomena dimana penglihatan
terhadap rupa bagi satu objek tidak
berubah walaupun imej sebenar yang
dilihat oleh retina mata adalah
berlainan.

• Sebagai contoh, jika syiling


dipusingkan kelihatan tersembunyi
Bulatan yang kerana kecondongannya kepada garis
diputar melawan penglihatan pelihat. Pelihat masih
bentuk plan mengangapnya sebagai bulatan
kelihatan bujur walaupun ia akan kelihatan seperti
disebabkan
bujur.
adanya ruang.
Ruang

2.5.4 Ton atau value sebagai ruang

• Kecerahan dan kegelapan pada visual


pesepsi dipisahkan kepada warna atau
croma, dan value atau acroma

• Posisi dan oriantasi figura dan bentuk


berkaitan dengan sumber cahaya yang
bersesuaian dalam aturan value yang
berbeza dalam ruang visual

Komposisi visual • Melalui perubahan pada value, jarak,


menggunakan ruang ruang, volume dan jisim boleh
yang dibena menghasilkan gambaran tiga dimensi
menggunakan croma.
Ruang

2.5.5 Aplikasi ruang dalam senireka


 
• Aplikasi ruang dalam senireka adalah berkaitan dengan susunan
rekaletak itu sendiri.

SUMMER

Susunan yang lemah. Elemen yang


tiada kaitan dalam ruang menganggu
kerana membuat susunan berkecamuk.
SALE
Ruang

SUMMER
SALE

Susunan yang lemah diperbaiki dengan


susunan yang baik. Komposisi yang baik adalah
teratur. Lihat rajah di sebelah. Pembaca tidak
meninggalkan maklumat sehingga membaca
keseluruhan rekaletak. Ini adalah satu
kemajuan.
Ruang

• Untuk memahami ruang jurureka mesti berkemampuan


memanipulasikan jarak di antara unit (elemen) yang ditempatkan.
Begitu juga dengan rekabentuk bahan bercetak, sesetengah elemen
mesti lebih besar berbanding dengan yang lain, atau elemen
mungkin bertindan. Kombinasi elemen akan menghasilkan impressi
jarak.

Advance Retreat

Lakaran di bahagian kiri mengandungi taip dihadapan petak


empatsegi. Lakaran disebelah kanan pula mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan.
Bentuk

• Objek tiga dimensi yang mempunyai nilai kecekungan atau


kecembungan yang tertentu.
• Bentuk adalah satu kawasan yang
menonjol keluar daripada ruang. Bentuk
mengisi ruang dan menetap di
dalamnya.

• Bentuk terhasil akibat perbezaan dari


segi ton, warna, garisan, jalinan, saiz
atau bahan.

• Contohnya garisan dapat digunakan bagi


menghasilkan bentuk. Disamping itu
bentuk juga mempunyai perhubungan
Bentuk asas geometrik.
yang rapat kesan bayangan dan cahaya.
Bentuk

• Bentuk boleh dihuraikan dari segi fungsi, strukturnya, bahan, kaedah


menghasilkannya, kualiti emosi dan gaya. Bentuk ada yang nampak
berat dan ringan, ada yang mempunyai rupa tertentu dan ada yang
bebas.

Bentuk sebuah kereta. Lukisan objek tiga dimensi di dalam


komputer.

Anda mungkin juga menyukai