Anda di halaman 1dari 19

HUBUNGAN MANUSIA

DENGAN ALAM
KUMPULAN 5
1. Nur Farah Hazwani Binti Adnan
2. Nur Natasha Nabila binti Baharom

2014638878
2014405932

3. Nur Azuraizzaty Binti Jamalikar

2014856872

4. Siti Nurazlinda binti Mohd Zakaria

2014225336

5. Ain Shamiera binti Norhadi

2014864816

KONSEP
Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan
berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau tidak
diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang
berbuat kebajikan.
Menurut Islam, environmentalisme berasaskan kepada ajaran
tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia,
alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras
hubungan antara manusia, alam dan tuhan.
Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau
pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak
manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan.
Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar
ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu
melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini
merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang
kebesaran dan kekuasaan Allah.

AL QURAN DAN HAKIKAT ALAM SEMESTER


Seperti yang kita fahami, sesungguhnya al-Quran merupakan panduan utama
bagi umat Islam untuk kita jadikan panduan hidup. Al-Quran juga merupakan
sumber utama untuk manusia mengetahui segala perkara yang telah, sedang dan
akan berlaku.
Oleh yang demikian, tidak mustahil mengapa Allah turut mencabar manusia
dengan firmanNya di dalam al-Quran yang berbunyi :
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di
segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri. Sehingga jelaslah bagi mereka alQuran itu adalah benar(Fussilat 41:53)
Allah swt akan memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap penjuru
dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian sains, supaya menjadi jelas
kepada manusia bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran. Penemuanpenemuan sains yang telah disentuh oleh al-Quran ratusan tahun sebelumnya
akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman yang akan
datang bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.

CIPTAAN PLANET BUMI DAN LANGIT


Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui
bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah
satu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.
Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.
Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? (al-Anbiya
21:30)
Melalui ayat al-Quran ini, jelas menunjukkan kepada kita
bahawa pada awal penciptaan alam cakerawala ini telah
berlakunya satu proses bahagi daripada satu unsur jirim yang
satu. Selain daripada itu, pada awal penciptaan alam ini juga,
pada awalnya adalah bersatu dan telah dipisahkan dengan
kudrat Allah s.w.t , antara satu sama lain melalui proses yang
menyerupai letupan. Ibnu Kathir di dalam tafsirnya yang
diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, mengatakan bahawa segala
jenis hidupan di alam ini dijadikan daripada air.

TEORI LETUPAN BESAR


The Big Bang Theory (Teori Ledakan Besar) merupakan teori dari ahli sains barat, iaitu
Einstein, yang mana telah menyatakan bahawa alam cakerawala yang ada hari ini
merupakan hasil daripada letupan dan daripada satu pusat. Selain daripada itu, teori ini
turut mengatakan bahawa pada akhir zaman semua bahan-bahan di alam semesta ini
akan bersatu semula di satu pusat yang sama atau dinamakan sebagai lubang hitam
(black hole) .
Allah s.w.t telah menggambarkan keadaan langit pada hari akhirat dalam firman-Nya yang
bermaksud:
(Ingatlah), hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat
catatan(al- Anbiya 21:104)
Keadaan langit pada hari akhirat itu digambarkan hampir sama dengan teori
menggulung langit, yang telah di bawa oleh ahli astronomi Barat. Teori Barat ini
menyatakan bahawa semua bahan di alam semesta akan kembali ke suatu pusat yang
sama bernama lubang hitam.
Teori Ledakan Besar yang disarankan oleh Abee Lemaitre pada tahun 1920M, ini secara
prinsipnya selaras dengan kenyataan yang terdapat di dalam al-Quran berkenaan dengan
kejadian bumi dan langit. Apabila diteliti dengan mendalam, terdapat perbezaan
pendapat di antara para ahli sains. Namun begitu, al-Quran telah menjelaskan berkenaan
dengan kejadian ini dengan terang dan tepat, yang mana telah termaktub di dalam AI
Quran.

KEPENTINGAN HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR


i. Manusia
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : Ingatlah, ketika Tuhanmu
berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seseorang khalifah di muka bumi.
Ayat ini menjelaskan peranan manusia di bumi ini sebagai khalifah yang akan
memakmurkan dan mentadbir alam. Bersesuaian dengan kejadian manusia yang
dicipta sebagai khalifah, Allah memperindahkan lagi kejadian manusia dengan
menganugerahkan nikmat akal bagi membezakannya dengan makhluk lain.
Berpandukan akal dan ajaran Islam yang syumul, manusia menjalankan
amanahnya sebagai khalifah di bumi yang tentunya besar dan berat. Dalam
masa yang sama ia bukan sahaja menyempurnakan tanggungjawabnya terhadap
Penciptanya sahaja, malah terhadap hubungannya dengan alam sekitar.
Keperluan manusia untuk hidup di bumi ini memerlukan kepada kehadiran dan
kewujudan komponen lain seperti tumbuhan, haiwan, air dan lain-lain.

ii. Tumbuhan
Tumbuhan meliputi 27.6% keluasan permukaan bumi, merupakan
komponen penting dalam menyeimbangi ekosistem di bumi. Fungsi
tumbuhan amat penting untuk menyerap karbon dioksida yang
dilepaskan oleh manusia dan haiwan. Di samping itu,
menganugerahkan satu elemen yang penting untuk kehidupan
komponen lain iaitu melepaskan oksigen ke udara yang hasilnya
akan digunakan oleh manusia dan haiwan untuk proses bernafas
(proses fotosintesis).
Tumbuhan juga berperanan sebagai pengukuh kepada struktur
tanah dari kejadian tanah runtuh, hakisan dan menyerap air hujan
yang seterusnya dapat mengurangkan kejadian banjir. Penanaman
dan penjagaan tumbuhan digalakkan oleh Islam dan pengusaha
akan mendapat pahala sedekah berdasarkan keterangan satu hadis.

iii. Haiwan
Selain berfungsi sebagai makanan, haiwan juga digunakan untuk
kepentingan manusia seperti membajak, menunggang, membawa
muatan dan lain-lain.
Penganiayaan terhadap binatang adalah dilarang sama sekali
berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud : Seseorang wanita telah
disiksa dan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh dia yang
telah mengurung seekor kucing sehingga mati kelaparan.
Kita juga hendaklah berlaku adil terhadap binatang peliharaan atau
binatang-binatang lain. Islam melarang sebarang aktiviti yang
menggunakan binatang sebagai objek bersukaria dan pemuasan nafsu
seperti berlawan sesame sendiri atau sasaran memanah.
Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir alam, manusia
perlu menjaga hubungannya dengan haiwan supaya tidak berlaku
kerosakan atau penganiayaan yang berleluasa terhadap kehidupan
fauna ini.

iv. Bumi (tanah)/ matahari/ langit dan lain-lain


Komponen-komponen ini dijadikan oleh Allah untuk kemudahan
manusia dan kegunaan komponen-komponen lain.
Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang terdapat pada alam
disebut di dalam al-Quran : Dan di antara tanda-tanda
kekuasaaannya diciptakan kamu dari tanah kemudian kamu
menjadi manusia yang berkembang biak.
Kemudian Allah menyatakan tentang kejadian langit dan bumi
yang padanya terdapat tanda-tanda serta pelbagai rahsia supaya
manusia dapat berfikir dan mengungkap segala rahsia kejadian
alam Ini merupakan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran
yang menerangkan tentang kejadian komponen ini dan fungsifungsinya

v. Air
Air berkepentingan untuk alam khususnya kepada
manusia itu sendiri untuk bersuci dan beribadat,
sebagai sumber minuman yang utama serta siraman
kepada tumbuh-tumbuhan.
Air tidak boleh disekat penggunaannya, ini adalah
merujuk keada sebuah hadith yang bermaksud : 3
perkara yang tidak boleh disekat penggunaannya
iaitu air, padang dan api. Sekatan ini adalah dengan
cara pengaliran dan pencemaran.

vi. Angin
Seterusnya Allah menerangkan fungsi kejadian angin
sebagaimana firmanNya yang bermaksud : Dan di antara
tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia mengirimkan
angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk
merasakan kepadamu sebahagian dari rahmatNya dan
supaya kapal dapat berlayar dengan perintahNya, mudahmudahan kamu bersyukur.

Islam menegaskan larangan segala bentuk pencemaran


berbentuk udara atau angin sama ada pencemaran bau
atau asap/ gas. Ini adalah kerana ia akan memberi kesan
yang buruk kepada sistem pernafasan manusia itu sendiri.

KESAN KEROSAKAN ALAM


PENCEMARAN UDARA
Manusia - Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia terutamanya
system pernafasan. Proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat
dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan
fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini
mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul
Tumbuhan - Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan
tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan
karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami
masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokokpokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil
keluarannya akan terancam
Ekologi Alam - Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan
setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan
larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana ia
akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah
sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan
menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh
kepada bumi

Atmosfera - Pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita.


Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah
mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan
tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang
membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara
meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan
meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra- ungu (ultraviolet) menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia

Haiwan - Haiwan juga akan turut terancam dan mati. Hal ini disebabkan partikelpartikel terampai seperti habuk,debu dan sebagainya akan memasuki ruang paruparu haiwan tersebut.Perkara ini akan menyebabkan haiwan akan sukar untuk
bernafas.Bukan itu sahaja,tumbuh-tumbuhan yang sudah tercemar akan
pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.

Penyusutan Lapisan Ozon - Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku


pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada
sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari
boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan
berlakunya pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini

PENCEMARAN AIR

EKOLOGI ALAM - Baja dan racun perosak kimia boleh membunuh berbagaibagai jenis hidupan air. Air yang tercemar ini menganggu hidupan seperti
ikan,udang,ketam,kerang dan sebagainya.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan di
makan oleh manusia akan membawa kesan buruk ke atas manusia seperti
manusia akan mendapat keracunan makanan da sebgainya.

MANUSIA - Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan
dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain.
Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. dimana antara
kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah
anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta
kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.

HAIWAN - Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada
organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut.
Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai
ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta
burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan
plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan
tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan.

PENCEMARAN TANAH
EKOLOGI ALAM - Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain
daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan
hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan
tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan
tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air,
menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan
menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan
salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Terdapat
dua kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah
penimbusan dan kaedah pembakaran. Walaupun sampah sarap dapat
dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini
namuntanpa pengawalan yang rapi, kedua-dua teknik ini juga
bolehmemberi masalah yang serius kepada alam sekitar.

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR


Kesihatan manusia terjamin. Kesan daripada pencemaran, manusia akan menghidap
pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia
memerlukan udara bersih untuk terus hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem
pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan
mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan
dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi
paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan
pelbagai penyakit.
Ekosistem yang stabil. Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia, alam
sekitar dan bumi. Kini, kesan daripada pencemaran alam sekitar,pelbagai masalah global
telah berlaku. Antaranya adalah pemanasan global. Peningkat suhu global dikatakan akan
menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan air laut dan
fenomena cuaca yang ekstrem. Kesan pemanasan global yang lain termasuklah
terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan kepupusan pelbagai jenis haiwan. Oleh
itu, alam sekitar harus dijaga dengan baik agar ekosistem yang stabil dapat diwujudkan.

Habitat hidupan darat dan air (akuatik) terpelihara. Hidupan darat


dan air sangat memerlukan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar
untuk terus hidup. Kebergantungan ini dipertanggungjawabkan kepada kita
untuk menjaga alam sekitar ini agar terpelihara. Sekiranya alam sekitar
tidak dijaga dengan baik dan berlaku pencemaran seperti kebakaran hutan,
haiwan akan mengalami kepupusan. Begitu juga dengan hidupan di air,
sekiranya pencemaran air berlaku, hidupan air ini akan mati dan seterusnya
akan mengalami kepupusan.
Mengelakkan kepupusan. Alam sekitar sangat penting kepada flora dan
fauna. Alam sekitar yang tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan
kepada seluruh spesies flora dan fauna.Namun begitu telah wujud
pencemaran yang menyebabkan kepupusan kepada pelbagai spesies
haiwan. Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan
menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak,
pencemaran organik serta peningkatan pencemaran air. Ia merupakan
pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Justeru itu,alam
sekitar harus dijaga dengan baik agar perkara ini dapat dibendung.

KESIMPULAN
Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah
s.w.t. dan menjadi bukti dalam memahami hakikat
kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.
Dalam usaha kita mengejar pembangunan jangan lah
kita lupa akan pentingnya alam sekitar kepada
seluruh kehidupan harian kita.
Perancangan yang teratur dapat mengelak daripada
berlakunya pencemaran di samping mengekalkan
khazanah yang tidak ternilai ini demi generasi akan
datang.

TAMAT
-Terima kasih-

Anda mungkin juga menyukai