Anda di halaman 1dari 28

Pemilihan Tajuk

Penyelidikan dan Pembangunan


(R & D)

Kelas Tingkatan 6 – 2010


SMK Kota Samarahan
PENDAHULUAN
Latarbelakang
Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk
penulisan yang sering digunakan untuk
mempersembahkan laporan/ kertas kerja/
projek kajian/ tesis/ disertasi sama ada
untuk dibentangkan di seminar/ kolokium/
simposium/ persidangan/penulisan untuk
diterbitkan di dalam jurnal/ buku/ majalah
ilmiah.
DEFINISI

Karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi


serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat
keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun
peninjauan yang memenuhi syarat berikut:
1. penulisannya berdasarkan hasil penelitian;
2. pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;
3. perbincangannya melibatkan masalah yang cuba
diselesaikan;
4. menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan
penulisan dan menyelesaikan masalah yang dibincangkan;
5. Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur,
jelas, ringkas, dan tepat sehingga tidak terbuka kepada
kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca
(Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah, Jakarta 1995)
Format Laporan Kajian
Halaman
Halaman Judul i
Isi kandungan ii
Abstrak iii
1.0 Pengenalan 1
1.1 Matlamat Kajian
1.2 Objektif Kajian
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Batasan Kajian
2.0 Sorotan Kajian 4
3.0 Metodologi Kajian 6
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Persampelan
3.3 Instrumentasi
3.4 Prosedur Kajian
3.5 Kaedah Analisis Data
4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 11
4.1 Demografi
4.2 .................
5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan 20
Rujukan 
Lampiran
Format Kertas Cadangan

Tajuk

1.0 Pengenalan
1.1 Matlamat Kajian
1.2 Objektif Kajian
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Batasan Kajian
2.0 Sorotan Kajian
3.0 Metodologi Kajian
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Persampelan
3.3 Instrumentasi
3.4 Prosedur Kajian
3.5 Kaedah Analisis Data
4.0 Jadual Kerja
5.0 Anggaran Kos Perbelanjaan
Rujukan 
Lampiran
Penggunaan Bahasa
Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa
yang formal dan tepat serta sesuai untuk
membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan
komunikatif.

Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila


dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi
memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat,
kesejajaran atau kemungkinan.
Perenggan
Untuk menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang
topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan :
1. Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka
• Pengantar
• Menarik minat dan perhatian pembaca
• Penyiapan fikiran pembaca kepada masalah yang akan dihuraikan
• Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan
2. Perenggan penghubung
• Mengandungi persoalan yang akan dikemukakan.
• Analisa masalah
• Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara
logik
3. Perengganpenutup
• Rumusan
• Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung
• Ringkas, padat dan pendek
Pemilihan Topik

Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok


pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu.

Dalam memilih topik perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut :


1. Topik tersebut ada manfaatnyaR &dan
D
layak dibahas;
2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis;
3. Topik tersebut dikenal baik oleh penulis;
4. Bahan pendukung penulisan dapat diperoleh dan cukup
memadai;
Pemilihan Tajuk
Pembatasan Topik Dengan Menggunakan Rajah Jam

Untuk membuat rajah jam, topik diletakkan dalam bulatan


tengah. Dari topik itu diturunkan beberapa topik kecil.

LAUT CINA SELATAN

ILMU KELAUTAN KANDUNGAN KIMIA AIR LAUT

LAUT DI MALAYSIA LAUT KEKAYAAN DI LAUT

PENCEMARAN LAUT LAUT SEBAGAI SUMBER TENAGA

PERANAN LAUT DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA


PEMILIHAN TAJUK

Cara lain untuk menemukan topik yang terbatas ialah dengan


jalan membuat rajah pohon.

LAUT

KEKAYAAN LAUT ILMU KELAUTAN


DI LAUT SEBAGAI
SUMBER TENAGA

FAUNA FLORA BAHAN GALIAN

IKAN UDANG TIRAM


PEMBATASAN TOPIK

pembatasan topik juga


digambarkan dengan piramida terbalik
LAUT

LAUT DI MALAYSIA

KEKAYAAN DI LAUT

FAUNA

NELAYAN
LAUT
DALAM
Tajuk
Setelah diperoleh topik yang sesuai maka
dalam pelaksanannya topik yang telah
dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu
tajuk

Topik ialah pembicaraan dalam


keseluruhan penulisan yang akan
dihuraikan sementara tajuk ialah nama
bagi sebuah penulisan
TAJUK
PERINGATAN:

1. Tajuk merupakan satu-satunya bahagian


tulisan seseorang yang dibaca oleh orang lain
2. Tajuk perlu menggambarkan maksud
keseluruhan topik perbicaraan
3. Tajuk biasanya tidak melebihi 12 patah
perkataan
4. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat
dan padat
5. Tajuk hendaknya tidak mengandung
singkatan atau akronim;
Contoh Tajuk
• Kebersihan Tandas Mempengaruhi Emosi
Pembelajaran Pelajar: Satu Kajian di SMK Kota
Samarahan (Tema: Kebersihan).
• Kesan Sistem Penjualan Di Kantin Terhadap
Tumpuan Pembelajaran Pelajar Tingkatan
Enam SMK Kota Samarahan (Kemudahan di
sekolah).
• Laluan Keluar/Masuk SMK Kota Samarahan:
Sumbangannya terhadap keberkesanan
Pengurusan Disiplin Pelajar.
SOROTAN KAJIAN
Setiap kegiatan ilmiah, khususnya penulisan ilmiah selalu
dimulai dengan melihat kajian-kajian yang lepas.

Literatur yang dicari dan dipelajari tentunya mengenai


subjek yang telah ditentukan sebagai topik penulisan.

International Federation of Library Association and


Institution mendefinisikan perpustakaan sebagai suatu
tempat yang mempunyai koleksi (buku dan terbitan cetak
atau noncetak, serta sumber informasi dalam komputer)
yang disusun secara sistematik untuk keperluan
penggunanya.
Format Rujukan

Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah


direkodkan dan selari dengan senarai rujukan
mengikut sistem penulisan rujukan seperti:

(i) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem


Harvard)
(ii) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman
(Sistem APA)
Rujukan Dalam Teks
Sistem Pengarang dan Tahun

(a) Meletakkan tahun penerbitan dalam


kurungan selepas nama pengarang yang
dirujuk.

contoh:
“Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan
dalam pelbagai bidang merupakan kekangan
utama untuk mengoptimumkan produktiviti”
Rujukan Dalam Teks
Sistem Pengarang dan Tahun

(b) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam


ayat, nama pengarang dan tahun perlu dituliskan
dalam kurungan pada akhir ayat

contoh:
“Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan
dengan satu keadah yang lebih berkesan untuk
mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).”
Rujukan Dalam Teks
Sistem Pengarang dan Tahun

(c) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan


oleh dua pengarang, nama kedua-dua pengarang
tersebut perlu ditulis.

contoh:
“Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan
kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic
(1995).”
Rujukan Dalam Teks
Sistem Pengarang dan Tahun

(d) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan


oleh tiga pengarang atau lebih, hanya nama
pengarang pertama dan perkataan et. al perlu
ditulis.

contoh:
“Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan
pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan
jadual waktu untuk universiti.”
Rujukan Dalam Teks
Sistem Pengarang dan Tahun
(e) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk
dihasilkan oleh pengarang yang sama dan
diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c
dan seterusnya perlu digunakan untuk
membezakan sumber-sumber tersebut.
contoh:
Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng
(Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim,
1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c),
merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.
Bibliografi/ Rujukan
Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah
adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan
tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan
dalam bentuk bahan
Pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum
dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi.

Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai


dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan
dengan masalah yang sedang dibahas dalam
sesuatu penulisan
Bibliografi/ Rujukan

Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca


dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa
perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih
dahulu.

Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang


berpengalaman akan dapat mengira mutu
pembahasan suatu tulisan, karena tujuan utama
dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan
karya ilmiah tersebut.
Menulis Bahan Rujukan
BUKU
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). ”Wawasan
Pendidikan : Agenda Pengisian.” Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). “Pukal Latihan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber
Tambahan.” Kuala Lumpur: DBP.

ARTIKEL DALAM BUKU


Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools:
Reflections and Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. “School
Leadership and Management.” Boston: Allyn & Bacon. 73-
91.
Menulis Bahan Rujukan
ARTIKEL DALAM JURNAL
Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). “Assessing The
Intructional Management Behavior Of Principal.” The
Elementary School Journal, 86(2). 217-247.
TESIS
Chew Chee Wan (1993). ”Instructional Supervision For
Curriculum Implementation: A Case Study Of A School.”
Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.
BAHAN SUMBER YANG TIDAK DITERBITKAN
Salim Sulaiman (2000). ”Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja
Untuk Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan.” PPD Kulai,
Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.
Rumusan/ Kesimpulan
Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya
dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format
tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa
perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil
penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu,
perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas
hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan
pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan
telah diterima pakai oleh banyak pihak.
TUGAS GURU

Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan


menggunakan panduan penulisan ilmiah yang telah
didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar
untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan
satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti
dalam

KOLOKIUM PELAJAR TINGKATAN ENAM


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
DI SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI
MASING-MASING
.
Pemilihan Topik(Tema)
Bil TOPIK/TEMA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13

Anda mungkin juga menyukai