Anda di halaman 1dari 104

Unit 3

PERUBAHAN PANDANG DARAT FIZIKAL


 3.1 Luluhawa
 3.2 Gerakan Jisim
 3.3 Tindakan Air Mengalir dan Tindakan Ombak
 3.4 Kesan Tindakan Air Mengalir dan Tindakan
Ombak
 3.5 Pengaruh Kegiatan Manusia
3.1 Luluhawa
3. Tindakan ibun/fros  Pemecahan batuan akibat proses  Berlaku di kawasan beriklim
beku-cair air dalam batuan secara sejuk dan kawasan
berulang-ulang. pergunungan.

4.  Proses pemecahan batuan akibat  Berlaku di kawasan gurun


Penghabluran garam pembentukan hablur garam di panas terutamanya di
dalam rekahan dan rongga-rongga kawasan yang terdapat air
permukaan batuan. bawah tanah mengalir ke
permukaan bumi.
 Hablur garam akan tertinggal
dalam rongga-rongga batuan
selepas air tersejat.

 Apabila hablur garam semakin


besar, tekanan terhadap batuan di
sekelilingnya semakin kuat dan
memecahkan batuan.

5. Pelepasan tekanan  Proses pengurangan tekanan pada  Taman Negara Yosemite di


batuan- lapisan batuan atas California, Amerika Syarikat.
dihakis dan batuan igneus di
bawahnya terdedah di permukaan
bumi.
Kesan Perubahan suhu ekstrem
Pengelupasan
Pemecahan Bongkah
Penyepaian Berbutir
Pengelupasan di Ayres Rock, Australia
Kelupasan di Dealth Valley National Park
Basah-kering batuan
Tindakan ibun/fros
Penghabluran garam

Di Island of Paros, Greece


Pelepasan tekanan
Di Jalan Tioga, Yosemite National Park
HIDROLISIS
Proses tindak balas kimia antara mineral batuan dengan air.

Proses ini menyebabkan mineral asas menjadi lemah.

Ia bertindak terhadap mineral dalam batu granit seperti


feldspar dan mika dan seterusnya membentuk kaolin.

Berlaku di kawasan iklim tropika lembap seperti Malaysia.

Batu Granit + Air Kaolin


Kaolin
Church carving
PENGHIDRATAN

Proses mineral batuan menyerap air, mengembang,


dan menjadi mineral baru.

Mineral baru yang terbentuk adalah lemah.

Anhidrit + Air Gipsum


Anhidrit Gipsum
LARUTAN
Proses mineral menjadi cair apabila bercampur
dengan air.

Proses larutan lebih berkesan sekiranya air


mengandungi sedikit asid dan keadaan suhu
tinggi.

Contoh: Batu garam.


PENGOKSIDAAN
Proses tindak balas antara mineral batuan dengan
oksigen di udara.

Proses ini menghasilkan oksida yang berstruktur


lemah.

Misalnya, pengoksidaan besi menghasilkan


oksida besi manakala pengoksidaan aluminium
menghasilkan oksida aluminium.
PENGKARBONAN
Proses tindak balas antara batu kapur dengan asid karbonik.

Air hujan yang bercampur dengan karbon dioksida dalam

udara akan membentuk asid karbonik yang lemah.

Menghasilkan pandang darat kars yang mengandungi gua batu


kapur, stalagmit, stalaktit dan sebagainya.

Asid Karbonik + Batu Kapur Kalsium


Bikarbonat
Pandang Darat Kars di Kawasan Batu Kapur
Batu Caves
Gua Mulu
Stalaktit
stalagmit
LULUHAWA ORGANIK
Kegiatan manusia menyebabkan pemecahan batuan.
Contoh: Perlombongan batuan, pembinaan jalan raya dan
pembinaan terowong.

Akar-akar tumbuhan menyebabkan batuan retak dan


pecah apabila akarnya semakin besar.

Bakteria mengeluarkan cecair asid yang dapat


menguraikan mineral dalam batuan.
Perlombongan
Kesan luluhawa terhadap pandang darat

Luluhawa Mekanika Luluhawa Kimia Luluhawa Organik


 Pembentukan serpihan  Bangunan, monumen  Tindakan akar tumbuhan
batuan yang pelbagai dan akan memecahkan
saiz dan bentuk. menara berkarat serta batuan.
luntur warnanya.  Tindakan haiwan atau
 Pembentukan pandang  Menghasilkan mineral mikroorganisma
darat seperti talus dan baru seperti kaolin. menguraikan batuan
skri.  Menghasilkan pandang dengan merembeskan
darat kars. bahan kimia
 Menghasilkan sistem  Tindakan manusia
tanih yang subur. seperti
 Pembentukan pandang memotong cerun bukit
darat seperti gerbang laut mendedahkan batuan dan
dan gua laut di pinggir mempercepatkan proses
pantai. luluhawa.
 Merosakkan tembok
bangunan lama seperti A
Famosa di Melaka.
Talus

Talus
Gerbang Laut
Gua Laut
A Famosa
3.2 Gerakan Jisim
GERAKAN JISIM
 Pergerakan bongkah tanah, bahan regolit, tanih dan batu
menuruni cerun.

 Berlaku disebabkan oleh daya tarikan.

 Air hujan bertindak sebagai bahan pelicin.


Jenis Kadar Punca Pergerakan Kesan-kesan
Gerakan Pergerakan
Jisim

Kesotan tani Sangat • Gangguan aktiviti seperti tindakan Objek seperti


h perlahan air mengalir, tindakan ibun, dan tembok, pokok,
kegiatan binatang ternakan. tiang telefon di atas
tanih condong ke
• Proses kembang-kecut akan arah bawah cerun.
menganggu tanih dan
menyebabkan tanih menuruni
cerun akibat daya tarikan graviti.

Gelangsar ta Sederhana • Akibat tindakan fros, proses Permukaan cerun


nah panas-sejuk yang berselang-seli, yang berlekuk,
dan aktiviti salji. bonggol, teres, dan
permatang.
Gelongsoran Sangat pantas • Berlaku di cerun yang curam, Kerosakan jalan
tanah/tanah r yang terdedah kepada proses raya, nyawa
untuh luluhawa, hakisan dan air terkorban,
hujan. kemusnahan harta
benda seperti
• Berlaku apabila air yang rumah, bangunan,
banyak masuk ke dalam tanih dan kereta.
dan melicinkan satah
geliciran serta menambah
berat jisim tanah di lapisan
atas.

Aliran lumpu Sangat laju • Berlaku akibat hujan lebat, Lurah berbentuk
r tiada litupan tumbuhan, cerun ‘V’, kipas aluvium,
yang curam, jenis tanih yang mendapan di sistem
berzarah halus, dan kegiatan perparitan,
manusia. kerosakan harta
benda, dan
kehilangan nyawa.
Kesotan tanih
GELANGSAR TANAH
Tanah Runtuh
Aliran Lumpur

Kipas Aluvium
3.3 Tindakan air mengalir dan tindakan ombak
TINDAKAN AIR MENGALIR
Air hujan yang mengalir di atas permukaan bumi disebut aliran
permukaan.

Aliran permukaan melakukan hakisan lembar dengan membawa


bersama bahan-bahan yang dihakis dalam bentuk lapisan yang
nipis.

Hujan yang lebat berupaya mengorek dan membentuk lurah-lurah


kecil yang disebut hakisan ril.

Proses hakisan ril yang berterusan akan menyebabkan lurah-lurah


menjadi semakin lebar dan dalam, mengakibatkan berlakunya
hakisan galur.
HAKISAN LEMBAR
Hakisan Ril
Hakisan Galur
TINDAKAN HIDRAUL
Dilakukan oleh hempasan air sungai terhadap tebing dan
dasar sungai.

Hempasan air akan menggali keluar dan mencungkil


bahan-bahan batuan yang berstruktur longgar.

Tindakan ini sangat berkesan di kawasan air terjun


kerana hempasan air yang kuat berupaya untuk
menghakis dasar dan tebing lurah sungai.
GESERAN
Dilakukan oleh bahan-bahan yang dibawa dan diangkut
oleh air sungai seperti batu tongkol, batu kelikir, pasir,
kelodak, dan sebagaiya.

Bahan ini akan menggeser dinding dan dasar lurah


sungai semasa air mengalir.

Geseran sangat berkesan semasa berlaku banjir kerana


pertambahan bebanan sungai dan isipadu aliran air.
LAGAAN
Dilakukan oleh bahan-bahan yang diangkut oleh aliran
sungai apabila bahan-bahan tersebut berlaga sesama
sendiri.

Akibatnya bahan ini akan pecah dan menjadi lebih kecil.

Larutan
Berlaku apabila air sungai mengalir merentasi kawasan
batuan yang mengandungi mineral yang mudah larut.
Contoh: batu kapur dan batu garam.
Pengangkutan Sungai
Proses pemindahan bahan-bahan yang terhakis dari satu tempat ke
tempat yang lain
PEMENDAPAN SUNGAI
Berlaku apabila kemampuan dan kapasiti air sungai
berkurangan disebabkan oleh aliran yang sangat
perlahan.

Pemendapan biasanya berlaku di bahagian hilir atau


muara sungai dan juga di tebing cembung sungai

Bahan yang lebih berat dan besar seperti batu tongkol


akan dimendapkan dahulu manakala bahan yang lebih
kecil dan ringan seperti pasir dan lempung akan
dimendapkan kemudian.
HAKISAN OMBAK
Tindakan hidraul

Apabila ombak memukul pantai, air akan memasuki celah-


celah rekahan.

Udara yang terperangkap di dalam rekahan dimampatkan.

Apabila ombak mengundur, udara yang termampat di dalam


rekahan batuan akan dilepaskan.

Proses yang berterusan akan membesar dan mendalamkan lagi


rekahan dan retakan yang ada pada batuan.

Batuan akan pecah dan runtuh.


Lagaan

Berlaku apabila bahan yang dibawa oleh ombak berlaga


sesama sendiri dan pecah menjadi serpihan yang lebih
kecil.

Kikisan dan lelasan

Berlaku apabila bahan yang dibawa oleh ombak


menghentam, menggeser, dan melelaskan dinding dan
kaki cenuram laut semasa damparan ombak berlaku lalu
menyebabkan cenuram laut pecah dan roboh.
Larutan

Berlaku secara tindakan kimia di kawasan pinggir laut


yang terdiri daripada batuan yang mudah larut.

Misalnya, semasa ombak menghempas tebing batu


kapur, air laut akan melarutkan batu kapur dan
membawa bersama-samanya bahan yang dilarutkan ke
dalam laut sewaktu basuhan balik berlaku.
Pengangkutan ombak
Pergerakan damparan dan basuhan balik

pengangkutan ombak berlaku secara


zig-zag.
Pergerakan bahan di sepanjang garisan
pesisir disebut pengangkutan litoral
Bahan yang diangkut disebut hanyutan
litoral.
Basuhan balik akan mengangkut dan
menghanyutkan bahan-bahan yang lebih
halus dan ringan turun ke laut secara
bersudut tepat.
Damparan ombak akan mengangkut dan
memindahkan muatannya ke pantai
secara menyerong.
PEMENDAPAN OMBAK
Pemendapan berlaku sekiranya damparan lebih kuat
daripada basuhan balik.

Pemendapan ombak biasanya berlaku di kawasan pinggir


laut yang terlindung daripada tiupan angin.

Bahan-bahan yang lebih kasar akan dilonggokkan di


bahagian pantai yang lebih dalam sementara bahan-
bahan yang lebih halus diseret oleh basuhan balik dan
dimendapkan di bahagian pesisir gigi air.
3.4 kesan tindakan air mengalir
dan tindakan ombak

Kesan Tindakan Air


Mengalir dan Tindakan
Ombak

Kesan Kesan
Hakisan Pemendapan
KESAN TINDAKAN HAKISAN AIR
MENGALIR
Air mengalir di permukaan Air mengalir di alur

Menghasilkan bentuk bumi Melakukan hakisan tebing


alur kecil dan tonggak tanah. dan dasar lurah di sepanjang
Alur kecil berlaku di kawasan alirannya menuju ke muara
permukaan tanah yang kurang sungai.
tumbuhan. Menghasilkan bentuk muka
Tonggak tanah terbentuk di bumi seperti lurah ‘V’, air
kawasan yang terdiri daripada terjun, jeram, lubuk pusar,
batuan lembut dan batuan susuh bukit berpanca, dan
keras. likuan sungai.
Tanah yang lembut akan
terhakis dan meninggalkan
batuan keras seperti batu
tongkol.
LURAH ‘V’
Air mengalir dengan deras
di bahagian hulu sungai.
Hakisan menegak bertindak
di dasar alur dan
mendalamkan dasar sungai.
Akibat daripada hakisan itu,
terbentuklah lurah yang
sempit dengan tebing yang
sangat curam yang
dinamakan lurah ‘V’.
AIR TERJUN
Air terjun terbentuk di
kawasan yang mempunyai
lapisan batuan yang tersusun
secara mendatar antara batuan
keras dengan batuan lembut.
Lapisan batuan yang lembut
akan dihakis dengan lebih
cepat daripada batuan yang
keras.
Batuan yang keras
menghalang pergerakan air
dalam alur sungai dan
membentuk air terjun.
JERAM
Jeram terjadi apabila air
mengalir di kawasan yang
mempunyai lapisan batuan
keras dengan batuan lembut.
Hakisan sungai lebih giat di
bahagian batuan lembut.
Batuan keras yang tahan
hakisan akan tertonjol ke
atas dan mengakibatkan
aliran air tersekat lalu
mengalir secara lompatan
menuruni bonjolan yang
keras.
LUBUK PUSAR
Lubuk pusar ialah lekukan
di dasar sungai.
Tindakan air sungai yang
berpusar dan mengorek
serta melelaskan dasar
sungai, terutamanya pada
dasar air terjun,
menyebabkan terbentuknya
lubang periuk.

Lubuk Pusar
SUSUH BUKIT BERPANCA
Terdapat di kawasan yang
terdiri daripada batuan keras
dan batuan lembut.
Hakisan sungai berlaku giat
di batuan lembut dan
menghasilkan cenuram.
Hakisan sungai kurang giat
di tebing batuan keras dan
bahagian ini membentuk
susuh bukit.

Cenuram
LIKUAN SUNGAI
Belaku di kawasan lembah
sungai apabila aliran sungai
menjadi perlahan.
Di dalam liku, kesan
hakisan giat berlaku di
sebelah tebing luar liku dan
membentuk tebing yang
cekung dan curam.
Bahan yang terhakis akan
dimendapkan di sebelah
tebing dalam liku.
KESAN MENDAPAN TINDAKAN AIR
MENGALIR

Pemendapan sungai berlaku di bahagian hilir atau muara


sungai kerana air tidak berupaya lagi untuk
menggerakkan bahan-bahan yang diangkutnya
disebabkan oleh halaju air yang kian berkurangan.

Bentuk muka bumi terbentuk kesan daripada


pemendapan air mengalir ialah dataran banjir dan
tetambak, tasik ladam dan delta.
DATARAN BANJIR DAN
TETAMBAK

Terbentuk apabila air sungai


melimpahi tebing semasa
banjir dengan
memendapkan lumpur,
kelodak, aluvium, pasir,
kelikir, dan lempung.
Bahan-bahan yang
dimendapkan di belakang
tebing sungai akan
membentuk timbunan yang
disebut tetambak.
Tasik Ladam
DELTA

Delta ialah dataran


mendapan yang luas.
Ia terjadi akibat
penimbunan bahan-bahan
mendapan secara berterusan
di bahagian muara sungai.

Anda mungkin juga menyukai