Anda di halaman 1dari 23

KEFAHAMAN PEMIMPIN

SEKOLAH TENTANG KONSEP


SEKOLAH BERKESAN DAN
PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

(BERITIN EMPAWI, IPK UM)


LATAR BELAKANG KAJIAN
• Kajian meninjau kefahaman pemimpin
sekolah terhadap konsep sekolah berkesan
atau keberkesanan sekolah.

• Kajian ini penting bagi pemimpin sekolah dalam


merangka program ke arah sekolah berkesan.

School can make a difference (Edmonds, 1979)


OBJEKTIF KAJIAN
1. Meninjau kefahaman pemimpin sekolah
tentang konsep sekolah berkesan dan
penambahbaikan sekolah
2. Mengenal pasti usaha yang dilakukan ke
arah sekolah berkesan
3. Mengenal pasti masalah dan cabaran
yang dihadapi oleh pihak sekolah.
SOALAN KAJIAN
1. Apakah kefahaman pemimpin sekolah tentang
konsep sekolah berkesan dan penambahbaikan
sekolah?
2. Apakah usaha-usaha yang dilakukan ke arah
sekolah berkesan?
3. Apakah masalah dan cabaran yang dihadapi
oleh pihak sekolah?
KAEDAH KAJIAN
• Kajian Kualitatif
• Temu bual berstruktur

SUBJEK KAJIAN
• 20 pengetua dan 3 penolong kanan
• Dipilih dari kalangan sekolah pengkaji sahaja
Soalan Temu bual berstruktur

1. Apakah yang anda faham mengenai


sekolah berkesan atau keberkesanan
sekolah?
2. Apakah usaha-usaha yang sekolah
lakukan untuk menjadi sekolah berkesan?
3. Apakah masalah-masalah dan cabaran
yang dihadapi ke arah keberkesanan
sekolah ini?
Dapatan Kajian
1. Apakah kefahaman pemimpin sekolah tentang konsep
sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?
Bil Kefahaman pemimpin sekolah

1 Pencapaian akademik cemerlang


2 Pelajar berdisiplin
3 Iklim sekolah kondusif
4 Mencapai misi dan visi sekolah
5 Hubungan baik dengan komuniti
6 Menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan
7 Kepimpinan sekolah yang profesional
1. Pencapaian akademik cemerlang
“... pada saya orang menilai keberkesanan sekolah itu
kepada pencapaian akademik semata-mata. Pada
persepsi ibu bapa apabila dilihat sekolah berkesan ianya
menunjukkan pencapaian akademik, so core-business
kita lebih kepada kecemerlangan pencapaian
akademiklah...”
(R1, Baris 13-15)

“...macam keluar keputusan SPM, sekolah tu ramai


dapat 10A maka sekolah tu berkesan...”
(R2, Baris 3-5)
2. Pelajar berdisiplin
“Pada saya keberkesanan tu kita tengok juga pada
disiplin pelajar, kokurikulum dan juga sahsiah”
(R7, Baris 12-13)

“…tapi bagi sayalah keberkesanan tu lebih kepada


sahsiah diaorang. Kalau semua A pun, sahsiah tak
bagus, you pergi kerja tak guna juga…”
(R15, Baris17-18)
3. Iklim sekolah kondusif
“Keberkesanan sekolah merujuk kepada iklim yang
dibina….iklim sekolah yang kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran”
(R3, Baris 21-22)

“ Kita boleh nampak fizikal sekolah selesa…


kondusiflah untuk pelajar-pelajar dari segala
sudut”
(R20, Baris 9-10)
4. Mencapai misi dan visi sekolah
“Bagi saya sekolah berkesan adalah sekolah yang
berjaya mencapai visi yang telah ditetapkan”
(R10, Baris 1-2)

5. Hubungan baik dengan komuniti


“…hubungan baik dengan ibu bapa, masyarakat
setempat dan agensi-agensi kerajaan…”
(R11, Baris 3-5)
6. Menepati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
“ sekolah yang mampu memberikan pendidikan dengan
tujuan untuk menghasilkan pelajar yang seimbang dari
jasmani, emosi, rohani dan intelek”
(R3, Baris 3 – 5)
2. Apakah usaha-usaha yang dilakukan ke arah
sekolah berkesan?
Bil Usaha-usaha

1 Memastikan P&P berkualiti


2 Penyeliaan
3 Menekankan program –program akademik
4 Eratkan hubungan dengan pihak luar /komuniti
5 Kawal disiplin pelajar
6 Program perkembangan staf
7 Menyediakan prasarana yang mencukupi
8 Perkongsian idea antara guru
1. Memastikan P&P berkualiti
“ tidak semestinya mereka perlu menghadiri kursus untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi memadai
dengan bertukar-tukar idea dan teknik mengajar yang
dirasakan berkesan untuk perkongsian seperti program Mentor
Mentee”
(R2, Baris 34 – 37)

2. Penyeliaan
“untuk memantau P&P sudah tentu…sebenarnya
pengetua harus meletakkan peratusan dalam
pengurusan sekolah itu 70% adalah pemantauan P&P”
(R1, Baris 30-31)
3. Menekankan program akademik
“setakat ni sekolah dah mula kelas bimbingan PIBG…
lepas tu kelas bimbingan asrama…selain tu program
motivasi kita dah start awal….kita dah rancang teknik
jawab soalan, kelas super…”
(R7, Baris 41-43)

4. Eratkan hubungan dengan pihak luar


“ Sokongan dan komitmen ibu bapa seperti
membantu di dalam memberikan sumber kewangan
untuk menjayakan program kecemerlangan pelajar”
(R2, Baris 51 – 54)
3. Apakah masalah-masalah dan cabaran yang
dihadapi ke arah keberkesanan sekolah ?
Bil Masalah dan cabaran
1 Komitmen guru yang kurang

2 Komitmen pelajar yang kurang

3 Masalah kewangan

4 Kekangan masa

5 Guru kurang jelas matlamat sekolah

6 Sokongan dari ibu bapa/komuniti kurang padu


1. Komitmen guru kurang.
“ kurang memberi kerjasama dalam
melaksanakan tugas ke arah sekolah
berkesan ini”
(R21, Baris 98 – 100)

2. Komitmen pelajar kurang


“ ...murid pula nampak tidak berminat untuk
belajar, ada kes ponteng, tidak menyiapkan
kerja rumah juga kalau kita lihat murid ini
kurang bermotivasi …dah tu tidak mempunyai
hala tuju yang jelas”
(R15, Baris 101-103)
3. Masalah Kewangan
“ segala program memerlukan sumber kewangan. Ada
kalanya guru terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk
menampung ketidakcukupan kewangan. Peruntukan
untuk P&P tidak mencukupi”
(R15, Baris 70 – 74)

4. Kekangan Masa
“terlalu banyak mesyuarat yang perlu dihadiri di PPD,
JPN yang menyebabkan kekangan masa untuk melihat
perkembangan sekolah secara menyeluruh”
(R3, Baris 54 - 55)
SEKOLAH BERKESAN

Kepimpinan
Kurikulum
Sekolah
Relevan
Berkesan

Sistem
Hubungan
Penilaian
Luar
Berkesan
Implikasi dan Perbincangan
Pemimpin sekolah perlu memahami dan menghayati konsep
sekolah berkesan sepenuhnya (kepimpinan profesional).
Pemahaman tentang keberkesanan sekolah perlu dikongsi
dalam kalangan warga sekolah (stake holder).
Budaya kerja secara kolaboratif amat penting ke arah sekolah
berkesan.
Sokongan dan komitmen padu dari seluruh warga sekolah dan
komuniti.
Pelbagai program ke arah keberkesanan sekolah dan
kecemerlangan pelajar dititikberatkan (berdasarkan
keperluan dan situasi sekolah itu sendiri).
Semua sekolah boleh melakukan penambahbaikan walaupun
sudah cemerlang.
Penambahbaikan bukan hanya terhad kepada akademik sahaja.
Cadangan Kajian
Kajian yang lebih menyeluruh dilakukan di peringkat
kebangsaan.
Kajian juga boleh dilakukan terhadap guru besar.
Kesimpulan
Pemimpin sekolah perlu faham konsep sekolah
berkesan
Penambahbaikan sekolah adalah satu proses yang
berterusan
Usaha ke arah sekolah berkesan harus melibatkan
semua pihak
Program yang dilaksanakan oleh sekolah adalah
berdasarkan keperluan sekolah sendiri
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai