Anda di halaman 1dari 16

Konsep Asas Falsafah &

Falsafah Pendidikan

Adakah anda mempunyai


soalan-soalan terhadap dunia
atau kehidupan?
Cuba catatkan soalan-soalan
ini.

Konsep Asas Falsafah


Konsep Falsafah:
Falsafah mengkaji kewujudan manusia,
hubungan antara manusia Dari perspektif
sains kognitif, sains tulen diibaratkan sebagai
pepohon, manakala falsafah diumpamakan
seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan
suburnya.
Falsafah satu landasan yang baik bagi cetusan
dan penjanaan idea baru dalam pelbagai bidang
dan disiplin ke arah perkembangan manusia.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984)


Falsafah ialah pertimbangan asas dan andaian
mengenai pertimbangan terhadap perkara yang
penting.
Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu
dan nilai.
Falsafah cenderung mengumpulkan rumusannya
kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem
pemikiran.
Falsafah ialah pendekatan yang rasional terhadap
sesuatu masalah atau persoalan.
Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang
komprehensif dan logikal mengenai asas-asas
pemikiran atas semua aktiviti manusia, khususnya
dalam bidang sains, seni, agama dan pendidikan.

Menurut Hu Jun (2003)


Falsafah adalah sesuatu disiplin, yang berlainan
dengan disiplin-disiplin seperti psikologi,
pedagogi, ekonomi, sosiologi, teologi dsbnya.
Falsafah diertikan sebagai perihal mencintai
kebijaksanaan. Semua usaha intelektual
manusia adalah kerana mencintai kebijaksana.
Falsafah bermula daripada rasa terkejut.
Mengikut Plato, rasa terkejut ini memotivasikan
manusia memikir dan ini ialah memulakan
aktiviti berfalsafah.
Tujuan utama falsafah ialah usaha memahami
kendiri individu.
Falsafah ialah panduan kesejahteraan hidup.

Apa itu Falsafah?


Secara keseluruhan, falsafah boleh dianggap
sebagai satu sistem idea yang komprehensif
mengenai fitrah manusia dan makna realiti di
mana kita berada.
Falsafah juga merupakan satu panduan hidup
kerana isu-isu yang difokuskan adalah bersifat
asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan
manusia, kebaikan, kecantikan, dan sebagainya.
Falsafah hidup kita memainkan peranan penting
bagi menentukan hala tuju kita dan cara kita
melayan orang lain.

Metafizik (ontologi): spekulatif, perkaitan sebab-akibat


Cth: Apa itu kebenaran? Siapa itu manusia?

Logik:
Membezakan
antara idea sah
dan yang
mengelirukan.
Cth: Apa itu
taakulan baik
atau kurang
baik?

Cabang-Cabang
Falsafah

Axiologi: etika
dan estetika
Cth: Apa itu
kebaikan? Apa itu
kecantikan?

Epistemologi: Ilmu dan


kepercayaan
Cth: Apa itu Ilmu? Apakah
sumber-sumber
pengetahuan?

Falsafah
Cabang-cabang falsafah:
Metafizik (Ontologi)
Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkaraperkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini
dan susunaturnya.
Soalan yang biasa diutarakan:
Apa itu kebenaran?
Adakah Tuhan wujud?
Siapa itu manusia?
Apakah itu hidup?
Apakah itu kebebasan manusia?

Axiologi:
Ia merangkumi 2 aspek: etika & estetika
Etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan
tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan
seseorang, sesuatu masyarakat & kehidupan.
Soalan yang cuba dijawab:
Apa itu kebaikan? Apa yang menentukan
sesuatu tingkahlaku itu betul?
Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?
Estetika: merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam
kesenian, alam sekeliling dan kehidupan. Ia tertumpu
kepada cita rasa dan sentimen.
Soalan yang cuba dijawab:
Apa itu kecantikan?
Bagaimana kita dapat menikmati
keindahan alam semulajadi?

Epistemologi:
Teori ilmu yang menkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
Berfokus kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu &
tuntutan ilmu.
Soalan yang is cuba menjawab: Apa itu ilmu? Apa yang
diketahui oleh manusia? Adakah ilmu itu statik atau
senantiasa berubah?
Logik:
Menerangkan hubungan antara idea-idea di samping
memberi alasan bagi jawapan yang diberi.
Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan
sebagai sah dan yang mengelirukan.

Pada pandangan anda, apa itu


Pendidikan?

Konsep Pendidikan
Kamus Pendidikan (1979):
Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang
bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan
tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang
memberi peluang kepada seseorang individu untuk
memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan
peribadi.
Dewey (tokoh pendidik Barat):
Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk
mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah
dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang
bersamaan dengan persekitaran sosial.
Yusuf al-Qardawi (1980):
Pendidikan
merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati,
dan rohani, jasmani, akhlak, & tingkahlaku. Ia bertujuan
untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat
yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan,
kemanisan & kepahitan.

Pandangan Islam terhadap


Pendidikan
Tokoh-tokoh Islam berpendapat bahawa
proses pendidikan merupakan penyatuan
semua ilmu pengetahuan di bawah alQuran yang menjadi teras pendidikan.
Pendidikan memainkan peranan ke arah
mewujudkan keseimbangan antara
potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Konsep Falsafah Pendidikan


Falsafah pendidikan adalah satu cara
pemikiran yang analitikal yang digunakan
untuk menjelaskan konsep-konsep asas
berhubung dengan pendidikan.

Mengapakah Pengetahuan Falsafah Pendidikan


Penting Bagi Seseorang Guru?
Ia membantu seseorang guru untuk memahami
asas-asas teoretikal berhubung dengan
pendidikan khususnya proses pengajaran &
pembelajaran. Pengetahuan ini akan
mempengaruhi amalannya sebagai seorang
guru.
Falsafah pendidikan membantu guru untuk
menilai what ought to be dan seterusnya
membantu memupuk jenis guru yang diidamkan
serta jenis murid yang ingin dibentuk.

Kesimpulan
Falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran
atau pandangan yang benar, rasional & bernas.
Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan
daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara
yang saintifik, sistematik & logikal.
Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti
kebenaran & memberi arah tuju atau pedoman
untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai