Anda di halaman 1dari 20

Tamadun Hwang

Ho

Pengenalan
Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500
tahun dahulu.
Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.
Tamadun ini berkembang pesat pada zaman
Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027
SM).
Bandar utama yang muncul ialah
Anyang , Changan dan Loyang.Anyang
telah dijadikan ibu negeri Dinasti
Shang.

Proses Pembentukan
Pembinaan tamadun ini berasaskan
peranan Hwang Ho yang telah
menyuburkan kawasan sekitarnya.
Keadaan ini menarik penduduk untuk
tinggal menetap dan membina
petampatan awal di kawasan tersebut.
Penduduk di kawasan ini menjalankan
aktiviti pertanian dan penternakan
binatang selain mengumpul hasil hutan
dan memburu.
Perkembangan petempatan awal ini telah
melahirkan beberapa buah bandar di

Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang


Ho ialah Anyang.
Bandar ini merupakan pusat kerajaan
Dinasti Shang.
Pembentukan Dinasti Shang telah membawa
banyak lagi kemajuan, khususnya dalam usaha
perluasan wilayah dan penyebaran budaya
ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.
Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar
hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

Ciri-ciri Tamadun Hwang


Ho
Anyang merupakan salah satu contoh negara
kota damal tamadun Hwang Ho dan Anyang
terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat
pentadbiran.
Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan
pembesar dan golongan agama juga tinggal di
kawasan bandar.
Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk
mrnghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi
oleh perkampungan yang didiami oleh
masyarakat petani.

Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan teratas


dalam organisasi sosial masyarakat Shang yang diterajui
oleh raja.
Lapisan bawahan terdiri daripada:
Golongan petani
membentuk sebahagian besar penduduk
mendiami di kawasan luar bandar (di sekeliling negara
kota)
Golongan artisan
Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang muncul
pada zaman Dinasti Shang

Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata perisai dan


hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta alat
untuk upacara keagamaan.

Senjata Gangsa
Perisai Gangsa
Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan
kerana mereka mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.
Hamba merupakan golongan yang paling bawah dalam
masyrakat Shang. Dalam Dinasti Shang, perhambaan
merupakan ciri yang paling penting.
Golongan tentera membantu golongan pembesar
mempertahankan masyarakat. Golongan ini terdiri daripada:
-Tentera yang menggunakan kereta kuda.
-Tentera berjalan kaki.

Golongan petani merupakan tonggak ekonomi dan


pentadbiran kerana mereka menghasilkan bahan makanan
dan memenuhi keperluan golongan atasan.
Ada di kalangan golongan petani yang berkemahiran
khususnya dalam teknologi gangsa dan barangan tembikar
pula menjadi golongan artisan:
Hamba-Mereka menghasilkan pelbagai barangan tembaga
seperti senjata, barang tembikar dan bekas minuman serta
makanan
-Hasil mereka biasanya hanya mampu dimiliki golongan
pembesar.
Hamba pula berfungi sebagai tentera paksaan, buruh paksa
dan bahan korban upacara penyembahan.

Kerajaan yang wujud adalah berbentuk dinasti


dengan pemerintahan beraja.
Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi,
sosial, agama. Mereka berkuasa mutlak dan
menetap di pusat pentadbiran.
Pengganti raja biasanya dilantik daripada
kalangan anak atau saudara lelaki raja.
Raja tidak dianggap tuhan tetapi sebagai
pemerintah yang mendapat mandat (kuasa
pemerintahan) daripada tuhan.
Pemerintah yang adil akan mendapat madat.

Raja yang memerintah dengan adil akan dapat


mewujudkan kerajaan yang makmur dan rakyat
akan menikmati kesejahteraan hidup.
Sebaliknya, pemerintah yang kejam atau lemah
akan kehilangan mandat. Contohnya,
pemerintahan Shang kehilangan mandat akibat
kezaliman mereka.
Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
membantu raja dalam urusan pentadbiran.

- Golongan ini bertanggungjawab untuk


mentadbir wilayah masing-masing.
- Mereka berhak mewujudkan sistem
pentadbiran mereka sendiri. Contohnya
sistem pungutan cukai, undang-undang dan
pertahanan.

Sistem yang sama dilaksanakan semasa


zaman Dinasti Chou.
- Raja dibantu oleh ketua menteri enam
badan.
Badan ini menguruskan hal pertanian,
tentera, kerja awam, upacara agama,
undang-undang dan hal ehwal monarki.
- Pada peringkat wilayah, pentadbiran
dikendalikan oleh pembesar-pembesar
feudal.
Raja telah membahagikan pemilikan tanah
kepada pembesar ini.

Raja-raja Dinasti Chou cuba mengikat


pembesar mereka melalui :
- Ikrar taat setia.
- Memberikan hadiah seperti kereta
kuda, senjata gangsa, hamba dan
binatang
- Tanggungjawab melindungi raja dan
memberi bantuan ketenteraan semasa
perang.
Pembesar juga bertanggungjawab
sebagai ketua agama untuk
melaksanakan upacara pengorbanan.

Kepercayaan Hwang Ho
Masyarakat Hwang Ho mengamalkan pelbagai
jenis kepercayaan.
Antaranya ialah animisme dan politeisme serta
pemujaan roh nenek moyang. Mereka juga
menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan
bumi (tu).
Mereka juga menyembah biasanya diketuai oleh
golongan bomoh dan melibatkan permainan
muzik, tarian atau upacara korban.
Masyarakat Shang juga mempercayai ramalan
menggunakan tulang oracle ( tulang binatang )
yang berfungsi meramalkan sesuatu keadaan.

Amalan penilikan tulang nujum ( oracle )


memainkan peranan peranan mewujudkan
sistem tulisan awal di China.
Rekahan pada tulang-tulang tersebut memberi
idea untuk mencipta tulisan.Bentuk tulisan yang
disebut ideogram telah dicipta.
Sistem tulisan ini berbentuk simbol.
Pada asalnya, tulisan ini mempunyai gambar
seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
Lama-kelamaan tulisan ini berubah menjadi lebih
kompleks seperti hari ini.

Oracle

Sumbangan Tamadun Hwang Ho


Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang,
pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan
pertanian.
Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan
kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir.
Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin
oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk
mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
*Sistem Pengairan

Selain itu, pembangunan dalam sektor


pertanian ini juga membawa kepada kemajuan
dalam teknologi pembajakan serta penciptaan
cangkul dan sabit.
Pada zaman ini juga petani juga mula
menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Perubahan juga berlaku secara evolusi
apabila petani China mula menggantikan alat
pertanian yang dibuat daripada kayu dengan
yang dibuat daripada besi.

Sistem tulisan ideogram yang berkembang


secara evolusi masih digunakan
masyarakat Cina kini.
Tulisan tersebut digunakan dalam bidang
penulisan dan percetakan serta diajar
kepada anak-anak Cina di sekolah Cina.
Tulisan ini juga digunakan orang Korea dan
Jepun.

Unsur pemujaan roh nenek moyang masih


diamalkan oleh masyarakat Cina kini.
Namun pengorbanan manusia dalam
pemujaan roh telah digantikan dengan
amalan pemberian seperti makanan, duit
kertas dan barangan perhiasan.
Falsafah Cina yang melibatkan konsep Yin
dan Yang serta amalan Feng Hsui masih
kuat mempengaruhi masyarakat Cina kini.

Sistem kalendar telah diperkenalkan pada


zaman pemerintahan Dinasti Shang :
- Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360
hari dalam setahun.
- Raja dapat menentukan musim menanam
dan menuai.
- Kalendar ini digunakan untuk upacara
perkahwinan, pemburuan dan
pengkebumian.

Falsafah perang yang diperkenalkan Sun Tzu


dalam karyanya yang berjudul The Art of
War, mempengaruhi taktik peperangan dan
pemikiran strategik sehingga kini.
Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai
bahasa dan diaplikasikan dalam pelbagai
aspek kehidupan dan urusan perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai