Anda di halaman 1dari 15

Aliran

Pemikiran
Rasionalisme

Apa itu rasionalisme?


Perkataan rasionalisme berasal daripada
perkataan ratio yang membawa maksud
reason atau sebab.
Pemikiran aliran rasionalis menekankan nilai
seperti kebenaran, kegunaan dan mempunyai
logiknya sendiri.
Ahli falsafah menekankan penaakulan dan
pemikiran sebagai faktor utama dalam
pemikiran aliran rasionalis.

Golongan rasionalis mempunyai pandangan


bahawa kita mengetahui sesuatu hasil
daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita
berupaya menemui kebenaran dengan
dirinya sendiri.
Pengetahuan yang diperolehi dengan cara
membandingkan idea dengan idea-idea
yang lain.
Pengetahuan itu diperoleh daripada konsepkonsep,prinsip-prinsip dan hukum-hukum,
bukan daripada deria fizikal sahaja.

Pengalaman yang diperoleh melalui


pancaindera seperti penglihatan,
pendengaran, sentuhan bau dan rasa hanya
merupakan bahan mentah pengetahuan.
Pengalaman ini akan disusun dalam
pemikiran kita untuk membentuk satu
sistem yang bermakna sebelum menjadi
pengetahuan.

Selain itu, manusia juga berupaya untuk


mengetahui dengan pasti, pelbagai
kebenaran mengenai bumi yang tidak
dapat diberikan oleh pancaindera sematamata.
Contoh: Ali lebih berat daripada Abu dan
Abu lebih berat daripada Ah Meng, maka
Ali lebih nerat daripada Ah Meng.

Contoh:
Amin telah menyiapkan kerja kursus bagi subjek
Pendidikan Moral dengan baik tetapi markah
yang diperolehnya adalah rendah. Amin yang
menunjukkan aliran pemikiran rasionalis
mungkin berkata,
Apakah sebab tugasan saya diberikan markah yang rendah? Adakah tulisan

saya kurang elok? Adakah gambar yang saya gunakan itu kurang elok? Elok
saya tanya pensyarah supaya saya tidak mengulangi kesalahan itu pada
masa akan datang.

Aliran pemikiran Amin ternayata bergantung


kepada penaakulan dan dengan itu pemikirannya
adalah waras dan rasional. Pemikiran tersebut
menghasilkan tindakan yang rasional juga.

Ciri-Ciri Pemikiran
Rasionalisme

Rasionalisme menekankan fikiran sebagai sumber utama


pengetahuan manusia

Akal pemegang autoriti terakhir bagi penentuan


kebenarannya.

Sikap atau pemikiran yang mempercayai bahawa


kepercayaan agama seharusnya ditolak jika ia didirikan
tanpa asas rasional.

Setiap benda hanya boleh dijelaskan melalui satu sistem


sahaja iaitu ketaakulan

Optimis bahwa kesejahteraan umat manusia akan ditunjang


oleh kemajuan sains dan teknologi.

Tokoh-Tokoh

Rene Descartes (1596-1650 )

Blaise Pascal ( 1623 - 1662 )

Nicolas Malebranchhe ( 1638 1775 )

B De Spinoza ( 1632 1677 )

G.W Leibniz ( 1646 1716 )

Rene Descartes (15961650 )

Seorang Katolik Roman Perancis

Mengkritik falsafah klasik dan berpegang


dengan ilmu Matematik yang hanya
meyakinkan.

Falsafah Descartes dibangunkan berdasarkan


suasana Zaman Renaissance dan latar belakang
peringkat awal falsafah moden.

Pandangan : Akal adalah asas dan panduan


bagi mencapai kebenaran

Bapa falsafah moden.

Hubungan antara rasionalisme


dengan moral/tingkah laku.

Segala tingkah laku moral adalah berasaskan


hasil pemikiran rasional yakni sentiasa
memikir sesuatu dengan waras dan logik.
Contoh: Aisyah melihat seorang nenek tua
hendak melintas jalan raya. Sebagai seorang
yang berfikiran rasionalis, Aisyah akan
menolong nenek tersebut kerana perkara
tersebut dirasakannya logik dan waras.

Rasionalis menitikberatkan penggunaan sebab yang


munasabah dalam membuat keputusan dan
melakukan sesuatu.
Rasionalis berpendapat bahawa walaupun
mematuhi peraturan moral itu penting sebagai
tabiat yang baik tetapi apabila seseorang itu
berupaya untuk berfikir secara kritikal, dia
hendaklah memastikan kerasionalan peraturan
tersebut.

Bagi seorang rasionalis, peraturan moral harus dikaji


menurut logik akal sebelum dia menerima atau
menolak prinsip atau peraturan moral tersebut.
Rasionalis juga berpendapat bahawa emosi atau
perasaan yang bersesuaian dengan sesuatu situasi
akan merangsang seseorang bertindak terhadap
keputusannya.
Pendidikan moral harus dapat mengembang aspek
autonomi moral iaitu berfikir dan bertindak sendiri
bukan secara bebas tetapi secara berdisiplin iaitu
secara waras/ objektif.

Kesan Positif Aliran


Pemikiran Rasionalisme
Keputusan yang dibuat secara rasional akan
memberi kebaikan kepada pihak-pihak yang
membuat keputusan tersebut.
Contoh: Ammar meminta Aiman untuk
membantunya membuat lukisan bagi subjek
Pendidikan Seni. Aiman secara tidak sengaja
menumpahkan cat ke atas lukisan Ammar. Ammar
berasa marah tetapi kerana dia berfikiran rasional,
dia mengambil keputusan untuk menegur Aiman
dengan cara yang baik daripada menengking dan
memarahinya.

Kesan negatif Aliran


Pemikiran Rasionalisme
Terlalu banyak mempersoalkan mengenai
perkara yang berlaku. Contohnya,
mempersoalkan arahan, peraturan dan lainlain.
Contoh: Ibu berpesan kepada Rina agar
tidak terlalu rapat dengan budak lelaki di
sekolah kerana mereka nakal. Rina
mendapati bahawa pesanan ibu tidak
rasional kerana baginya tidak semua budak
lelaki di sekolahnya adalah nakal.

Golongan rasionalis mungkin tidak mahu masuk campur


dan menjalankan sebarang tugas yang dirasakan tidak
munasabah atau tidak dapat diterima oleh logik akal
mereka.
Mereka juga mungkin tidak mahu untuk menjalankan
arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang
dirasakan tidak logik atau waras.
Contoh: Tentera laut tersebut dibuang kerja kerana tidak
mahu menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak
atasan iaitu membunuh orang yang tidak bersalah dalam
misi yang telah diberikan kepadanya. Bagi tentera
tersebut, misi tersebut tidak waras dan melanggar etika
moral hidupnya.

Anda mungkin juga menyukai