Anda di halaman 1dari 10

UNIT 12

VHS -
Sistem Kawalan
Dram Servo &
Kapstan Servo
ASAS

• Servo AFC & APC yang mengawal motor silinder


drum untuk:
i. kawalan kelajuan tepat
ii. pemasaan yang sejajar (gelung fasa).
• Isyarat V sync diterima daripada isyarat
kepala kawalan apabila motor mencapai
kelajuan optima & kelajuan pita tetap.
• Isyarat ini dibandingkan dengan gelung
fasa untuk membuat pembetulan.
• Pembetulan fasa dilakukan dengan
memperlahankan atau mencepatkan kelajuan
motor.
• Pembetulan dibuat pada tiap-tiap kali imbasan
dilakukan.
Servo Dram
• Fungsi gelung kelajuan servo
• memutarkan silinder kepala video
• menggerakkan penjana frekuensi FG (frekuensi
generator)
• penjana denyut PG(Pulse Generator).
• FG mengeluarkan isyarat memancar, seterusnya
dibandingkan pada titik set pada op-amp bagi
mengekalkan kelajuan yang tetap melalui penguat pacuan
motor.
• Gelung servo fasa berfungsi membandingkan 2 isyarat
pemasaan semasa rakaman
• Isyarat video komposit dari isyarat penyegerakan pugak
dikesan oleh kepala kawalan. Isyarat dari penjana denyut
menunjukkan kedudukan penjajaran kepala video agar
pemasaan tepat pada setiap imbasan pada pita.
Gelombang Pada Keluaran
Penjana Denyut
Denyut keluaran
dari PG

 Output PG ialah denyut + & -- .


Denyut positif untuk gelung
fasa. Denyut + & -- untuk
pensuisan kepala video A & B
semasa mainbalik.
Denyut keluaran dari PG
• Semasa mainbalik isyarat dari kepala A &
kepala B diasingkan secara elektrik melalui pra
penguat. Tujuannya untuk mengurangkan
kesan gambar dari rakaman yang dibuat
bertindih.
• kaedah pensuisan iaitu memilih hanya kepala
yang sedang digunakan sahaja dibenarkan
beroperasi. Bekalan kuasa ke pra- penguat
dikawal pada 25 Hz dari penjana isyarat
berselang seli.
• Pemasaan pensuisan dibuat supaya isyarat
bersambung tanpa celahan atau gangguan.
Sistem Servo Kapstan
• Rujukan masa digunakan bagi
menentukan trek yang telah dirakam
berada tepat pada kepala video di
mana isyarat segerak pugak telah
dirakam.
• Penjejakan memastikan pita bergerak
pada kelajuan yang sama dengan
semasa rakaman. Denyut penjejakan
diletakkan sebelum tiang kapstan /
pinch roller.

Anda mungkin juga menyukai