Anda di halaman 1dari 25

KESANTUNAN

VERBAL DAN
NONVERBAL

Kesantunan Berbahasa:
Menurut Amat Juhari Moain (1992),
kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika
berkomunikasi sama ada melalui lisan atau
tulisan.
Terdiri daripada kesantunan verbal dan
Kesantunan Berbahasa
nonverbal.

Verbal

Nonverbal

KESANTUNAN
VERBAL

Ciri-ciri Kesantunan verbal:


aktivitas berbahasa yang di dalamnya
tercermin nilai- nilai kesopanan/
kesantunan berdasarkan nilai sosial dan
budaya penutur.
kesantunan yang diperlihatkan secara
lisan atau bukan bertulis
banyak digunakan dalam perhubungan
antara individu yang berlaku setiap hari
bertujuan untuk melahirkan pendapat
atau perasaan
diamalkan supaya komunikasi akan
menjadi lebih menarik dan berkesan

Amalan Kesantunan Bahasa:


Mengandungi bahasa halus
Terima kasih, selamat datang, sila masuk,
jemput duduk, tolong hulurkan bantuan,
minta kerjasama
Intonasi yang sesuai
ditandai nada pengucapan yang rendah
,lembut, dan sesuai,walaupun sewaktu
menyindir,tidak akan menyinggung
perasaan orang lain
Penggunaan kata panggilan atau rujukan
kehormat yang betul dan sesuai
penggunaan kata ganti nama diri orang
berkait rapat dengan bentuk sapaan yang
mengambil alih kata ganti nama untuk
memberikan penghormatan atau kemuliaan

AMALAN
KESANTUNAN VERBAL

Semasa Menjawab Telefon


Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan
selamat diikuti oleh nama organisasi, nama
pejabat atau nama sendiri dengan nada suara
yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat
ganggang telefon.Contohnya:
(a) Hello ... Selamat pagi, Unit Stor Pejabat
Agama Kuala Kangsar,.Puan Aida bercakap.
Boleh saya bantu?
(b) Hello ... Selamat tengahari, Pusat Pemulihan
Akhlak,Kuala Kangsar. Puan Latifah bercakap.
Boleh saya bantu?

Kesantunan verbal Di Pintu Masuk


Imej sesebuah organisasi bermula dari pintu
masuk. Walaupun petugas di pondok pengawal
dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah
mereka untuk bertutur dengan penuh
kesantunan. Contoh:
(a) Selamat pagi encik, boleh saya bantu?
(b) Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini.
Terima kasih.
(c) Maaf encik, hanya kenderaan yang
mempunyai pelekat rasmi sahaja dibenarkan
masuk.
(d) Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?
Terima kasih encik/puan.Selamat jalan..

Kesantunan verbal Di Tempat Letak


Kereta
(a) Maaf Encik/Puan, di sini tidak
dibenarkan meletakkan kenderaan.
(b) Mohon alihkan kenderaan ke tempat
meletak kereta di sana.
(c) Maaf Encik/Puan, hanya kereta
berpelekat sahaja dibenarkan masuk.

Kesantunanverbal Di
Kaunter
Bahagian di hadapan
kaunter adalah tempat di
mana orang ramai
berkumpul untuk
mendapatkan makluman
dan perkhidmatan. Justeru
petugas perlu senyum dan
bertanyalah dengan
bahasa yang bersantun.
Contoh:
Selamat pagi encik/puan,
boleh saya bantu?
Terima kasih, jumpa lagi.

KESANTUNAN
NONVERBAL

Ciri-ciri kesantunan nonverbal:


Menurut Givens dalam the nonverbal
dictionary of gestures, signs & body
language cues (Givens,2002:33),
Komunikasi nonverbal merupakan
proses pengiriman dan penerimaan
pesan melalui:
ekspresi wajah
gaze, gesture
postur
nada suara

Kesantunan nonverbal menjadi:


Kinesics (gesture/gerakan tubuh)
Proxemics (terkait dengan pengaturan
ruang/territorial)
Haptics (sentuhan)
Oculesics (gerakan mata)
Offactics (aroma)
Vocalic (suara)
Physical characteristics (ciri-ciri fisik)
Paralanguage (manpulasi vocal)
Chronemics (manipulasi waktu)

Bahasa komunikasi
bukan lisan yang
melibatkan isyarat
tangan, air muka dan
gerakan badan.
ditafsirkan berupa
ekspresi wajah dan
gesture (gerakan tubuh,
tangan dan kaki).
menggambarkan
personaliti, tujuan dan
status sosial seseorang
individu.

AMALAN
KESANTUNAN
NONVERBAL

Amalan kesantunan nonverbal:


disepadukan dengan bahasa tubuh akan
lebih berkesan dan maksud yang
disampaikan lebih jelas.
Gerakan anggota badan kita mampu
menyampaikan mesej yang akan difahami
oleh orang lain

mementingkan ekspresi wajah, gaze,


gesture, postur, dan nada suara,
termasuk pengaturan posisi badan,
ruang.

Mengandungi unsur-unsur paralinguistik,


kinetik, dan proksemika.
Paralinguistik: ciri-ciri bunyi seperti suara
berbisik, suara meninggi, suara rendah, suara
sedang, suara keras, atau pengubahan intonasi
yang menyertai unsur verbal dalam berbahasa
Kinetik: Gerak tangan, anggukan kepala,
gelengan kepala, kedipan mata, dan ekspresi
wajah seperti murung dan senyum
Proksemika: sikap penjagaan jarak antara
penutur dan penerima tutur (atau antara
komunikator dan komunikan) sebelum atau
ketika berkomunikasi berlangsung

Ekspresi Muka
Ekspresi muka dapat menjadi sumber
informasi yang menggambarkan keadaan
emosi seseorang, seperti perasaan takut,
marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan
minat.
Orang lain dapat mengetahui perasaan kita
dengan melihat ekspresi muka kita.
Dalam sesetengah budaya, muka yang
masam ketika berjumpa dengan orang lain
merupakan ekspresi yang tidak sopan.
Suka atau tidak suka, lebih baik kita selalu
senyum dan ramah ketika berjumpa dengan
orang lain.

Mata
Daripada pandangan mata, kita dapat tahu
tentang sikap seseorang, topik yang dia mahu
bincang, benda yang diminatinya, perkara
yang diperhatikannya dan sebagainya.
Tatapan mata juga menunjukkan
ketertarikan, tetapi ini mungkin berbeza
antara budaya dan suku bangsa.
Bagi sesetengah bangsa, berbicara dengan
memandang langsung dianggap tidak sopan
jika dilakukan kepada orang yang lebih tua
atau kedudukan sosialnya lebih tinggi.

Jika melihat dengan 60% menatap langsung itu


bermaksud seseorang itu tertarik. Ketertarikan
adalah satu penghormatan terhadap lawan bicara.
Tatapan 80% itu biasa ditafsirkan ketertertarikan
secara seksual. Pada situasi tertentu, tatapan ini
ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak sopan.
Tatapan 100%, iaitu melihat terus menerus tanpa
berkedip, ialah tatapan yang bererti perlawanan.
Orang berkelahi yang biasanya melakukan
tatapan sebegini. Dalam kebanyakan situasi,
tatapan sebegini dianggap sangat tidak sopan.

Gerakan isyarat (gesture)


Gerakan isyarat ialah gerakan badan, kepala, tangan,

dan kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan


pesanan tertentu.
Misalnya, apabila seseorang bertanya, jawapannya
dapat ditunjukkan dengan menggunakan gelengan
sebagai pengganti kata tidak.

Begitu juga kita dapat menggunakan gerakan bahu


apabila kita mahu menjawab sesuatu yang masih
meragukan atau tidak tahu,

Membuat ibu jari dan telunjuk berupa lingkaran untuk


menyatakan OK, dan sebagainya.

Mengangkat ibu jari yang mengarah ke atas


menunjukkan pujian, manakala ibu jari yang mengarah
ke bawah membawa maksud yang tidak baik.

Sentuhan
Sentuhan banyak digunakan untuk memberikan
dorongan, pernyataan kehalusan budi dan sokongan
emosional.

Sentuhan lebih berkuasa dan berkesan daripada katakata.

Misalnya, apabila seorang teman baru saja menerima


berita buruk, suatu tepukan di bahu teman tersebut
dapat menyenangkan hatinya dengan lebih berkesan
berbanding dengan kata-kata yang diucapkan sebagai
tanda memahami keadaannya.

Sentuhan yang dianggap tidak bersopan bergantung


pada bahagian tubuh yang menyentuh dan disentuh,
interaktif dan cara sentuhan dilakukan.

Ketika bertemu dengan orang lain, umumnya


kita berjabat tangan sebagai tanda
bersalaman.
Jika kita bertemu dengan orang yang dinilai
tinggi darjatnya seperti ulama, guru dan orang
tua, mencium tangan, atau menyentuhkan pipi
pada tangan boleh dilakukan sebagai satu tanda
kesopanan dan penghormatan.
Berjabatan tangan yang disertai penyentuhan
pipi dilakukan untuk menunjukkan hubungan
yang akrab dan mesra, biasanya dilakukan
dalam kalangan kaum perempuan sahaja atau
kaum lelaki sahaja.

Sikap tubuh
Secara umumnya, orang yang mempunyai status yang
lebih rendah, lebih kaku dan kelihatan tegang.
Manakala orang yang berstatus lebih tinggi, biasanya
kelihatannya lebih relaks.
Berdiri kaku, agak menunduk, tangan disilang mengarah
ke bawah ialah gestur paling umum bagi orang bawahan.
Ketika dihidangkan makanan, kita dianggap tidak
bersopan jika kita menolak hidangan tersebut atau
mengkritik bahawa makanan tersebut tidak disukai atau
tidak sedap dimakan. Sebaliknya, kita haruslah
mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang
menghidangkan makanan tanpa memberi komen negatif
terhadap makanan tersebut agar tidak menyakiti hati tuan
rumah.

TAMAT,
SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai