Anda di halaman 1dari 56

Hubungan Etnik

TEORI HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA BERDASARKAN
MODEL KONTAK

TEORI HUBUNGAN ETNIK


TERBAHAGI KEPADA TIGA DARJAH
DARJAH KEDEKATAN
INTERGRASI
RENDAH

INTEGRASI
SEDERHANA

INTERGRASI
TINGGI

TEORI HUBUNGAN ETNIK


SEGREGASI
1

AKOMODASI

Integrasi Rendah-SEGREGASI
ETNIK-ETNIK SESEBUAH NEGARA
MEMPUNYAI HUBUNGAN TERPISAH
Contoh: sekolah

tempat tinggal
pengangkutan
kemudahan awam

Terpisah
Antara
Satu
Sama
lain

SEGRASI WUJUD
DALAM 2 KEADAAN

DI DASARI
UNDANGUNDANG @
DE JURE :
seperti dasar
Apartheid

TIDAK DI
DASARI
UNDANGUNDANG @ DE
FACTO

Intergrasi rendah- AKOMODASI


ETNIK-etnik menyedari norma dan nilai mereka
antara satu sama lain-namun masih
mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Mereka mampu hidup secara harmoni dan saling
menghormati
Dalam pemerintahan pusat- setiap etnik
menghantar wakil masing-masing
Namun-mereka saling bergantungan dalam aspek
pendidikan dan ekonomiCONTOH:_NEGARA
SWITZERLAND

2. INTEGRASI SEDERHANA

AKULTURASI
-di kenali juga sebagai proses asimilasi
budaya- terjadi apabila golongan minoriti
menerima-norma dan nilai tingkah laku
golongan majoriti.
Golongan minoriti meminjam dan
menerima budaya golongan majoriti tanpa
mengubah unsur budaya asal mereka.

3. Darjah kedekatan: INTEGRASI


TINGGI

2 TAHAP

ASIMILASI
DARJAH ASIMILASI kelompok minoriti
adalah berbeza-beza berdasarkan fizikal
(warna kulit) dan ciri-ciri budaya mereka
Kelompok minoriti memasuki kelompok
masyarakat dominan melalui
persahabatan dan perkaitan rapat

AMALGAMASI
PROSES INI BERLAKU apabila
sesuatu BUDAYA atau RAS bercampur
untuk membentuk jenis-jenis budaya dan
ras yang barubiasanya terjadi melalui
perkahwinan campur antara etnik yang
berbeza.

Ke lima-lima proses diatas iaitu

SEGRASI

AKOMODASI

AKULTURASI

ASIMILASI

AMALGAMASI

-MENGGAMBARKAN-cara bagaimana kumpulan


minoriti menjadi sebahagian arus utama
masyarakat dan menunjukkan tahap-tahap
perpaduan berasaskan bentuk hubungan antara

TAHAP-TAHAP HUBUNGAN
ETNIK
SEBELUM SESEBUAH MASYARAKAT
MENCAPAI TAHAP INTEGRASI- ia
biasanya melalui 5 tahap perubahan iaitu
1. hidup secara co-existence
2. kekerapan kontak luaran
3. kompromi
4. perpaduan
5. integrasi

Tahap 1- HIDUP SECARA COEXISTENCE


Pada tahap ini- kumpulan etnik berlainan
mempunyai hubungan yang minimun @ kontak
sosial yang amat rendah.
Walaupun tinggal dalam kawasan sama,
namun jarang berhubung.
Kontak antara mereka terbatas pada perkara
penting sahaja.
Contoh-masyarakat TM semasa penjajahan

Tahap 2- Kekerapan Kontak


Luaran
Daripada tahap hidup secara coexistence, lama kelamaan berlaku kontak
sosial- telah mewujudkan persefahaman
yang lebih baik- iaitu: kebergantungan
etnik berbeza demi kepentingan hidupCONTOH: Zaman menjelang
kemerdekaan.

Tahap 3- KOMPROMI
Sesetengah Etnik mulai sedar
kepentingan hidup bersama-jadi perlu
bertolak ansur demi kepentingan
bersama.
Kompromi berlaku dalam ekonomi dan
politik- menunjukkan masyarakat sedang
mengalami proses akomodasi.
Contoh: zaman awal kemerdekaan.

Tahap 4- PERPADUAN
KOMPROMI- telah menghasilkan
masyarakat yang lebih berkerjasama
dalam banyak perkara seperti:

-sosial

-ekonomi

-politik -budaya

Namun, kerjasama pada peringkat ini


masih di tahap luaran dan memerlukan
pemahaman mendalam untuk mencapai
tahap yang lebih tinggi.

Tahap 5- INTEGRASI
Kerjasama antara etnik telah melahirkan
perasaan sepunya atau kekitaan.
Hubungan pada tahap ini bukan lagi atas
kepentingan masing-masing tetapi wujud
perasaan tanggungjawab dan berkongsi
nilai yang sama.

IMPAK KE ATAS HUBUNGAN


ETNIK
Penjajahan Inggeris telah meninggalkan
salah satu impak yang besar iaituhubungan etnik yang longgar- melalui
dasar pecah dan perintah menyebabkan
etnik dibezakan melalui sistem ekonomi,
sosial dan politik.
Keadaan ini telah menyebabkan
berlakunya peristiwa 13 mei 1969 yang
amat memeritkan semua kaum.

Impak dasar Pecah dan Perintah


Inggeris
1. Pemisahan Tempat Tinggal
Melayu-di
kampung
Sabah dan Sarawak-Iban
di rumah panjangKadazan di kampung

Cina - di
Bandar

India-di ladangladang

2. kesan pecah dan perintah-menyebabkan


perbezaan tumpuan ekonomi iaitu:
Melayunelayan dan
petani sara diri
Cinaperdagangan dan
perlombongan

India- buruh
estet

Ekonomi yang
berbeza
menyebabkan tidak
wujud persefahaman
kaum

3. Pengasingan Sistem
pendidikan
Sistem pendidikan yang ditinggalkan
Inggeris telah menimbulkan masalah
perpaduan kaum.
Wujud sekolah yang berbeza mengikut
kaum, tempat tinggal dan sukatan
sendiri.

MELAYU-hanya dua sekolah iaitu1. golongan bangsawan-sekolah vernakular


Melayu atau beraliran Inggeris
2. golongan biasa hanya mendapat
pendidikan asas kerana mereka tidak
dibenarkan menjadi terlampau pandai
India- sekolah Tamil dibuka diestet, guru
dibawa dari India, namun mutu pelajaran
sangat rendah.-tidak ada peringkat sekolah
menengah menyebabkan tidak mampu
mengubah kehidupan-kekal di estet sahaja

-ORANG CHINA- memang terkenal dengan


tradisi mementingkan pendidikan anak-anak
mereka-buku-buku dan guru-guru dibawa
dari China. Ini menyebabkan pelajar-pelajar
lebih mementingkan pergolakan politik,
ekonomi dan sosial yang berlaku dinegara
China dari Tanah Melayu.
Sistem pendidikan zaman Inggeris
berasingan dan memisahkan pandangan
antara kaum-ini penting bagi Inggeris untuk
mengelak perkembangan semangat
nasionalisme diantara 3 kaum tersebut.

4. Fahaman dan Pengaruh Politik yang Berbeza


Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku
dinegara asal adalah lebih penting daripada halhal politik di Tanah Melayu.
Bagi orang Melayu, mereka sentiasa
memastikan hak dan kepentingan mereka di
tanah air sendiri terpelihara.
Kurang penyatuan menyebabkan perjuangan
orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum
mereka sendiri dan tidak mengambil kira
keadaan kaum-kaum lain.

dasar pecah dan perintah ini telah


menyebabkan hubungan antara kaum tidak
mencapai tahap persefahaman yang baik
kerana orang Melayu yang agak mundur
dari sudut ekonomi merasa tidak puas hati
kepada pendatang-pendatang yang
menguasai ekonomi.
Manakala orang-orang India dan Cina
masing-masing mencemburui keistimewaan
orang-orang Melayu yang mendapat
pelbagai keistimewaan khususnya dalam
mengisi jawatan dalam sektor pentadbiran.

Konsep-konsep Asas Hubungan


Etnik
1. RAS
2. ETNIK
3. BANGSA
4. NORMA SOSIAL DAN SISTEM NILAI
5. STEREOTAIP
6. ETNOSENTRISME

1. RAS
Merujuk kepada kelompok manusia yang
mempunyai persamaan fizikal sepertiwarna kulit dan bentuk tubuh badan-yang
diturunkan melalui baka atau keturunan
yang berlaku turun temurun.
Bermaksud-mengenali sesuatu bangsa
hanya dengan melihat bentuk fizikal dan
warna kulit mereka-Melayu-kulit sawo
matang,India-gelap sedikit cina-kulit
putih.

2. ETNIK
Merujuk kepada ciri-ciri kebudayaan
seperti:-bahasa
-negara asal

-agama

-makanan kebiasaan

-asal usul sejarah yang sama


-kebudayaan lain- tetapi tidak dapat
dibezakan berdasarkan ciri-ciri fizikal.

Ciri-ciri etnik tidak diwarisi turun


temurun berdasarkan baka, tetapi
diperolehi hasil perhubungan dengan
orang-orang di persekitaran.
Contohnya: orang-orang Cina yang
tinggal di Malaysia dan Australia
walaupun dari ras yang sama tapi
mereka berpegang kepada norma dan
nilai yang berbeza.

3. BANGSA
Biasanya disamakan dengan ras. Kerana
setiap ras-Cina, Melayu dan India akan
disebutkan sebagai bangsa Cina, bangsa
Melayu dan bangsa India.
Namun, berbeza di Malaysia kerana satu
bangsa Malaysia terdiri di dalamnya etnik
Cina, etnik Melayu dan etnik India.

4. NORMA SOSIAL DAN SISTEM


NILAI
Ialah peraturan atau panduan yang dikongsi
bersama yang menentukan tingkah laku yang
sesuai di dalam situasi tertentu.
Norma menentukan tingkah laku manusia dalam
sesebuah masyarakat.
Norma sesuatu masyarakat itu biasanya adalah
nilai-nilai masyarakat tersebut iaitu idea-idea yang
dikongsi oleh masyarakat tentang apa yang baik
dan betul serta dituntut.

Perbezaan antara nilai dan norma ialahNilai bersifat abstrak, konsep-konsep am.
Norma pula ialah- peraturan dan panduan
tingkah laku bagi manusia di dalam situasi
tertentu.
Sistem nilai bagi komuniti etnik Melayu
adalah berbeza dengan sistem nilai bagi
komuniti etnik masyarakat Cina dan sama
juga keadaannya dengan komuniti
masyarakat India.

Sistem Nilai
Sistem nilai seseorang membantu individu
membezakan apa yang dianggap penting dan
apa yang kurang penting.
Melalui sistem nilai yang tertanam, manusia
akan melakukan pelbagai tindakan- dimana ia
akan mempengaruhi keperibadian seseorang.
Contoh-jika nilai memerlukan seorang anak
menghormati orang tua, maka norma akan
menentukan nilai itu tidak di engkar oleh
golongan muda.

5. STEREOTAIP
Pertembungan dua atau lebih etnik akan
menghasilkan stereotaip.
Ia juga terbentuk hasil sikap prejudis
terhadap etnik yang lain. Contoh:
walau kesalahan dilakukan oleh
sekumpulan kecil etnik, namun
kesalahan diletakkan keatas semua
komuniti etnik tersebut.

StereotaipAdalah gambaran berlebihan tentang


sesuatu perlakuan baik atau buruk yang
disasarkan kepada sesuatu komuniti etnik
oleh kumpulan etnik yang lain.
Contoh: orang yang berkulit hitam
dianggap sebagai ganas dan agresif, kuat
serta tahan lasak dan kasar.
Orang yang berpakaian kemas dianggap
sebagai orang kaya dan bermoral.

6. Etnosentrisme
Membawa maksud sikap dan kepercayaan
sesebuah etnik tentang kehebatan cara hidup
dan budaya warisan berbanding dengan
kekurangan yang terdapat pada cara hidup
dan budaya etnik-etnik yang lain.
Melibatkan perihal menilai kebudayaan etnik
lain dengan menggunakan ukuran atau
standard kebudayaan sendiri.

-sebuah komuniti etnik akan menganggap


bahawa cara hidup dan budaya yang mereka
warisi adalh yang terhebat, unggul, bernilai
tinggi, mempunyai daya saing dan mencapai
satu tahap tamadun yang tertinggi berbanding
budaya yang lain.
--ini mendatangkan kesan buruk terhadap
perhubungan etnik kerana:
1. satu etnik akan memandang hina etnik lain
2. menyebabkan persengketaan
3. tidak ada persefahaman antara etnik

4. menjadikan cara hidup dan budaya sendiri


sebagai piawai untuk mengukur cara hidup
dan budaya milik etnik-etnik yang lain.
5. kumpulan etnik tadi akan merasa enggan
untuk mengambil tahu tentang etnik yang lainmenyebabkan tidak wujud kerjasama etnik dan
mereka semua saling hidup berasingan
membawa haluan masing-masing.

Islam dan Perlembagaan


Perlembagaan Islam didasari oleh empat
sumber rujukan utama iaitu
Al-quran
Sunnah
Amalan Khulafah al-Rashidin
Pendapat Mujtahid

2. Hubungan Etnik dalam


Perlembagaan Malaysia
Terkandung dalam perkara 8
perlembagaan Persekutuan iaitu
persamaan dan hak sama rata serta
pengecualian peruntukan ini dalam soal
agama, kedudukan istimewa orang
Melayu dan lain-lain.

Perkara 10 (4) batasan dan hak kebebasan


bersuara daripada menyentuh kedudukan rajaraja, Islam, Orang Melayu, Kewarganegaraan
dan seumpamanya.
Perkara 38 berkaitan kuasa Majlis raja-raja
menghalang Parlimen membuat undangundang yang menyentuh kedudukan raja-raja
Melayu, orang Melayu dan Islam.
Perkara 150(6a) berkait rapat dengan
kedudukam agama Islam, adat istiadat Melayu
dan bumiputera sabah dan Sarawak,
kewarganegaraan walaupun dalam keadaan
darurat.

Perkara 152-berkait rapat dengan kedudukan


bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
tanpa menafikan hak-hak bangsa lain
menggunakan bahasa mereka.
Bahasa Melayu digunakan untuk maksudmaksud rasmi kerana telah menjadi bahasa
linguafranca di Nusantara berabad lamanya.
Namun bahasa lain tidak dilarang digunakan
dan dipelajari.

Perkara 153- berkait dengan kedudukan


istimewa orang Melayu tanpa menafikan
kedudukan sah kaum lain.
Berdasarkan kontrak sosial , semua kaum
menghormati dan menerima hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera sabah dan
sarawak- bagi menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara.

Pembangunan ekonomi dalam


konteks hubungan etnik
Perkembangan kegiatan ekonomi
sebelum meredeka adalah lebih tertumpu
kepada keperluan Inggeris.
Penanaman getah dan kelapa sawit
sesuai dengan revolusi perindustrian di
eropah, begitu juga dengan
perkembangan bijih timah.

Pembahgian tenaga buruh mengikut kelompok


etnik.
Terdapat pelbagai rancangan telah dibuat oleh
kerajaan untuk pembangunan ekonomi seperti:
rancangan Malaysia pertama hingga lapan.
DEB dibentuk untuk menyelesaikan masalah
perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum
yang mempunyai 2 sasaran iaitu-membasmi
kemiskinan dan agihan kekayaan mengikut
etnik.
-ini penting untuk mengelak konflik sosial seperti
peristiwa 13 mei.

Kerjasama Politik dan Hubungan


Etnik
Pengalaman pendudukan Jepun mengajar
penduduk Tanah Melayu betapa pentingnya
kerjasama politik antara etnik.
Contoh kerjasama antara-AMCJA-PUTERA,
UMNO-MCA, UMNO-MCA-MIC mencapai
kejayaan dalam pilihan raya Persekutuan
1955 dengan memenangi 51 kerusi dari 52
kerusi Majlis Perundangan Persekutuan.
Membuktikan wujud kerjasama erat antara
etnik bagi mencapai kemerdekaan.

Hubungan Etnik selepas


penubuhan Malaysia
Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai
dasar dalam proses mewujudkan perpaduan
antara kaum.
Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh
kerajaan memberikan peluang dan
pertemuan kepada semua etnik agar berada
dalam satu ruang yang sama, samada
bidang ekonomi, pendidikan atau
perkhidmatan awam.

ISLAM HADARI DAN


HUBUNGAN ETNIK
Untuk mengekalkan hubungan dan
perpaduan antara kaum, kerajaan telah
menubuhkan RUKUN NEGARA, DEB,
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL,
DASAR PENDIDIKAN NEGARA, DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DLL

Konsep Islam Hadari dalam


perpaduan bangsa
Islam Hadari bukannya satu agama, ajaran
atau mazhab baru tetapi merupakan satu
langkah dan pendekatan bagi menjelaskan
kepada masyarakat tentang kesempurnaan
ajaran Islam.
Ia mementingkan pembangunan
spritual,intelektual, emosional dan material
yang perlu difahami semua lapisan
masyarakat tanpa mengira agama, bangsa,
etnik dan budaya.

Asas-asas Hubungan Sosial Islam


1. Saling berkenal-kenalan-mengetahui
kedudukan latar belakang kehidupan, keluarga,
keturunan, pendidikan, hobi, budaya bangsa dll
2. saling faham-memahami
3. saling berkerjasama
4. ukhuwah-perasaan persaudaraan antara kaum
5. kasih sayang dan saling menjamin atau
bertanggungjawab

ASAS PERPADUAN KAUM DI


MALAYSIA
1. Perkongsian kuasa politik
2. kerajaan demokrasi
3. pertumbuhan ekonomi yang baik
4. tolak ansur budaya