Anda di halaman 1dari 32

TEKNIK MAIN PERANAN

Pendahuluan

• Merupakan satu cara untuk mendapatkan


penglibatan aktif daripada pelajar dalam P&P
melalui aktiviti yang dimasukkan unsur main
peranan.

• Murid-murid yang mengambil bahagian hendaklah


membayangkan diri mereka berada dalam situasi
tertentu yang telah ditetapkan untuk sesuatu
aktiviti main peranan.
• Beri peluang kepada murid untuk memainkan
peranan sebagai anggota masyarakat bagi
menguji tingkah laku atau belajar cara
berinteraksi dalam kumpulan.

• Dapat membantu murid menguasai kemahiran


berbahasa, mengalami sendiri sesuatu situasi
serta memahami situasi tersebut.
Pengenalan

• Satu aktiviti dalam pengajaran yang dapat beri


peluang kepada murid dalam membayangkan dirinya
sendiri atau orang lain untuk berada dalam pelbagai
situasi tertentu.

• Dalam satu-satu aktiviti main peranan, setiap murid


yang berlakon berpeluang menguji tingkah laku atau
belajar berinteraksi dalam kumpulan.
• Pada akhir aktiviti main peranan, pemain dan
pemerhati akan berpeluang memahami sesuatu
perkara tentang watak atau situasi yang
dimainkan dengan lebih mendalam.

• Hal ini dapat membantu murid supaya lebih


memahami perasaan dan tingkah laku yang
terdapat pada diri sendiri atau orang lain.
Matlamat

• Memberi peluang kepada murid bagi melahirkan


pelbagai peranan dengan bebas mengikut situasi
watak yang dimainkan.

• Murid berasa prihatin dan memahami masalah


yang dihadapi oleh orang lain dalam sesuatu
situasi.
• Murid berpeluang membincangkan dan
memikirkan masalah diri sendiri.

• Memberi latihan kepada murid bagi melakonkan


pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami
sendiri sesuatu situasi.
• Membolehkan murid memperoleh kemahiran dan
mengalami pelbagai bentuk maslah sosial.

• Menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa


Melayu atau mata pelajaran lain dapat
disampaikan dalam bentuk yang lebih menarik
dan berkesan.
• Membantu murid yang bersifat pendiam supaya
mengambil bahagian dalam aktiviti, di samping
membina keyakinan diri mereka berlakon dan
bercakap di hadapan kelas.

• Melatih murid supaya dapat mengawal perasaan


serta emosi mereka dalam pelbagai situasi yang
dihadapi mereka.
• Menggalakkan murid supaya menggunakan laras
bahasa yang betul dan bernas.

• Membantu murid supaya berkomunikasi secara


berkesan sesuai dengan pelbagai watak yang
dimainkan mereka.

• Membina sikap yang positif dalam diri setiap


murid yang terlibat.
Jenis main peranan

Memperihal

• Main peranan jenis ini digunakan sebagai satu cara


berkomunikasi untuk memperihal sesuatu situasi,
masalah atau proses.

• Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah


lakonan seorang anak meminta kebenaran ibu atau
bapa untuk berkelah.
• Pelaksanaan yang dapat dilakukan ialah guru
meminta beberapa murid memainkan peranan
anak, ibu atau bapa. Plot dan dialog disediakan oleh
guru sebelum bermulanya sesi lakonan.

• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah tidak


ada penglibatan emosi dalam kalangan peserta
main peranan serta murid dapat memahami
dengan baik sesuatu situasi yang ingin
diketengahkan oleh guru.
Demonstrasi
• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi
mendemonstrasikan sesuatu situasi atau
peristiwa supaya ia dapat dicontohi atau diambil
iktibar oleh murid (role model).

• Sebagai contoh, dapat diadakan satu demonstrasi


bagaimana cara dan perlakuan seseorang budak
memberi salam kepada orang yang lebih tua.
• Pelaksanaan main peranan ini ialah demonstrasi
dijalankan oleh guru, murid atau orang luar
mengenai sesuatu situasi.

• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah


penglibatan emosi dalam kalangan murid ialah
minimum serta tumpuan murid adalah kepada
teknik yang ditunjukkan.
• Semasa tindakan susulan, guru perlulah
memastikan murid dapat mengesan tingkah laku
yang diingini dan yang tidak diingini dalam satu-
satu situasi.
Latihan
• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi melatih
murid tentang kemahiran-kemahiran tertentu.

• Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah


lakonan latihan kemahiran berkomunikasi antara
murid dengan guru, jurujual dan guru besar.
• Cara pelaksanaan main peranan ini ialah perlu dilakukan
persediaan awal terlebih dahulu untuk memulakan main
peranan jenis ini.

• Murid perlu memahami tentang perancangan yang telah dibuat


serta peranan yang akan dimainkan oleh mereka nanti.

• Murid akan diberi panduan tentang perkara yang perlu dan tidak
perlu dilakukan oleh guru semasa aktiviti memain peranan.
• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah
murid yang memain peranan mungkin
beremosional, oleh itu guru perlu segera
mengawal keadaan jika berlaku sesuatu yang
situasi terlampau.

• Selain itu, main peranan jenis ini mungkin


dijalankan berulang kali untuk membiasakan
murid dengan sesuatu situasi tersebut.
• Semasa tindakan susulan, guru perlu melihat
sama ada murid telah memperoleh atau tidak
kemahiran-kemahiran yang dikehendaki.

• Sekiranya kemahiran tidak diperoleh, main


peranan ini diulangi beberapa kali sehingga
murid benar-benar memperoleh kemahiran-
kemahiran yang dikehendaki.
Cerminan

• Tujuan main peranan jenis ini ialah untuk


menunjukkan kepada murid bagaimana tingkah laku
mereka dilihat oleh orang lain disekeliling mereka.

• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main


peranan jenis ini ialah lakonan seorang murid
memujuk emaknya membuat sesuatu perkara yang
diminta untuknya.
• Impikasi daripada main peranan jenis ini ialah murid dapat
memahami tingkahlaku yang sesuai untuk satu-satu situasi.

• Selain itu, murid akan diberitahu objektif main peranan tersebut


tetapi tidak diberi arahan bagaimana mengatasi situasi. Oleh itu,
murid akan belajar sendiri bagaimana hendak menghadapi satu-
satu situasi.

• Hasilnya ialah tingkah laku sebenar mereka akan dilihat.


Kepekaan

• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi


menyedarkan murid tentang perasaan mereka
terhadap sesuatu situasi yang berlaku atau
rangsangan daripada orang lain.

• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan bagi main


peranan jenis ini ialah lakonan seorang murid
dipanggil oleh guru besar kerana melakukan
kesalahan di sekolah.
• Implikasi daripada aktiviti ini ialah murid dapat
memahami perasaan mereka apabila mereka berada
dalam sesuatu situasi yang baru bagi mereka serta
sedar tentang perasaan diri dan orang lain dalam
berbagai-bagai situasi.

• Semasa tindakan susulan, guru bolehlah mencungkil


reaksi dan perasan murid serta memberitahu murid
sama ada sesuatu perasaan itu wajar atau tidak bagi
situasi yang mereka hadapi.
Mencipta / menyata
• Tujuan main peranan jenis ini adalah untuk
menggalakkan murid supaya mengembangkan
pernyataan diri yang kreatif.

• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main


peranan jenis ini ialah lakonan berbagai-bagai
situasi dalam bentuk drama kreatif.
• Implikasi daripada aktiviti main peranan jenis ini ialah murid
berpeluang meluahkan perasaan mereka secara kreatif. Murid
juga dapat menggunakan imaginasi mereka dalam proses
mencipta dan menyatakan sesuatu.

• Semasa tindakan susulan, guru perlu membincangkan


tingkah laku yang tidak baik jika ada. Guru juga perlu
memberi pujian kepada daya kreatif yang ditunjukkan oleh
murid.
Perancangan aktiviti main peranan

• Guru perlu mengawasi keadaan bising dan kelam-kabut .

• Aktiviti main peranan secara berpasangan juga boleh


dijalankan.

• Laksanakan aktiviti-aktiviti yang pendek terlebih dahulu


sehingga murid dapat membiasakan diri dengan aktiviti
tersebut.
• Rancangkan aktiviti yang tidak menghadkan bilangan
murid, kerana jika ada murid yang sakit atau tidak hadir,
perubahan boleh dilakukan.

• Pastikan murid memahami situasi, peranan dan apa yang


tertulis pada kad arahan (jika kad arahan digunakan)
sebelum memulakan aktiviti.

• Sebelum menjalankan aktiviti main peranan, murid perlu


diberi motivasi.
• Jangan gunakan aktiviti yang terlalu sukar atau terlalu
beremosi.

• Guru perlu menekankan penggunaan laras bahasa yang


betul.

• Sediakan aktiviti susulan untuk murid yang lebih awal


menyelesaikan aktiviti daripada rakan-rakan yang lain.
• Hadkan penggunaan masa dan tegas serta
menepati dalam penggunaanya
Pengendalian P&P teknik main peranan

Sebelum
• Menentukan tajuk.

• Menyediakan kelas / kumpulan.

• Memilih peserta.

• Menyediakan pemerhati.
Semasa
• Perbincangan tentang lakonan.

• Lakon semula.
Selepas
• Rumusan dan perbincangan.

• Memberi taklimat semula.