Anda di halaman 1dari 13

Cara Pengurusan Masa

1.Susun Tugas Mengikut


Keutamaan
Menyusun tugas mengikut keutamaan menjadikan
diri kita lebih fokus disamping dapat menjimatkan
masa. Elakkan dari mencampur-adukkan tugasan
utama dan tugasan sampingan.

Melalui perancangan, pelajar dapat


mengimbangan pengagihan masa belajar
mengikut jumlah masa yang ada. Pelajar tidak
sepatutnya memberi tumpuan yang berat kepada
kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti
kokurikulum yang lain.

2.Disiplin masa
Proses pembelajaran memerlukan
disiplin kerja dan pengurusan masa
dengan baik dan teratur. Seseorang
itu tidak mungkin lulus dengan
cemerlang tanpa sesuatu
perancangan masa yang baik.

3.Tetap dengan objektif anda


(istiqomah)
Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang
yang lebih menghargai masa bukanlah satu
perkara yang mudah untuk dicapai.
Berkemungkinan sebulan anda mampu untuk
sampai kerja awal, tetapi selepas itu ia akan
kembali seperti sedia kala. Anda perlu tetap
dengan objektif kehidupan. Pastikan anda
selalu mengingati tujuan hidup dan sentiasa
berusaha untuk mencapainya. Lama
kelamaan ia akan sebati dengan cara hidup
anda.

4.Peningkatan Diri Secara


Berterusan
Luangkan masa konsisten untuk
mempelajari perkara baru, atau
sekurang-kurangnya dengan
membaca. Membaca dapat
meningkatkan pengetahuan dan
keupayaan diri. Kedua-duanya dapat
membantu membina keyakinan diri
terutama dalam menjalankan
tugasan seharian.

5.Buat senarai tugas harian


Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri
sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan
masa dengan lebih baik. Catitkan apa yang harus anda
lakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang
anda lakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu
perkara itu. Apa yang telah dirancang pada hari ini
tidak harus ditangguhkan ke hari esok tanpa sebab
yang munasabah . Sebagai contoh, pada zaman yang
serba canggih ini, pasti setiap orang mempunyai
telefon bimbit sendiri. Catatkan nota yang perlu anda
lakukan atau gunakan sistem amaran peringatan
(reminder) untuk mengingatkan anda melakukan
sesuatu tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.

6.Jadualkan Tugasan Harian


Anda
Terdapat tugasan atau perkara-perkara
yang dibuat secara rutin setiap hari.
Agihkan waktu yang bersesuaian untuk
memastikan tugasan tersebut berjalan
lancar.
Perancangan jadual waktu adalah
penting dalam kehidupan. Tujuan
perancangan jadual waktu dibuat agar
hidup kita lebih tersusun dan bermakna.

7.Jangan menangguhkan
kerja
Penangguhan kerja pada umumnya merupakan
kebasaan yang sudah berakar umbi. Sungguhpun
begitu, kita mampu mengubah kebiasaan ini
asalkan kita menggunakan sistem yang tepat
seperti putuskan untuk berubah segera setelah
anda selesai membaca artikel ini, sementara hati
anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil
langkah pertama dengan segera adalah amat
penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu
banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa
yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan
pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga

8.Hapuskan Tabiat Membazir Masa


Setiap orang mempunyai kelemahan
tersendiri, apatah lagi dalam
pengurusan masa. Cuba kenalpasti
dan hapuskan tabiat buruk
berkenaan. Aktiviti seperti berbual
kosong, menonton tv secara
keterlaluan, melayari internet tanpa
tujuan, chatting dsb haruslah
dihapuskan dari kamus hidup anda.

9.Berfikir Sebelum Bertindak &


Belajarlah Berkata Tidak
Amalkan berfikir sebelum bertindak
dan memberikan sebarang
persetujuan. Manusia dipegang pada
janji dan kerana mudah menerima
dan berjanji, maka ramai dalam
kalangan kita yang merasa terbeban
untuk memenuhinya. Belajarlah
untuk berkata tidak kepada perkaraperkara yang dirasakan tidak perlu
dan membazirkan masa.

10.Bijak untuk menerima atau


menolak suatu pelawaan
Sudah pasti anda pernah mengalami situasi di mana
anda sedang cuba menyiapkan kerja dan dalam masa
sama rakan-rakan anda mengajak untuk keluar
minum, beriadah, mendengar taklimat perniagaan
atau sebagainya. Anda seharusnya lebih bijak untuk
menangani situasi ini. Anda perlu tahu kesan
sekiranya anda menerima atau menolak pelawaan
tersebut. Sekiranya anda menerima pelawaan
tersebut tetapi ia akan menyebabkan anda terlewat
untuk menyiapkan tugasan pada tarikh yang telah
ditetapkan, anda dinasihatkan untuk menolaknya
dengan sopan. Urus masa anda dengan lebih bijak.

11.Rehat
Manusia perlulah berehat dalam
setiap perkara. Rehat adalah factor
penting dan sering dikaitkan dengan
tidur. Contohnya kita perlu berehat
selama 15 minit pada waktu
tengahari untuk mengembalikan
kecergasan. Justeru itu pengurusan
waktu rehat dengan tidur adalah
penting untuk pembelajaran yang
berkesan.

KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA


1.Masa membaca buku atau
mengulangkaji
2.Waktu bermain atau beribadah
3.Waktu menonton televisyen
4.Waktu menyelesaikan kerja
sekolah
5.Waktu membantu ibu dan ayah
6.Waktu menziarahi rumah
kawan

Anda mungkin juga menyukai