Anda di halaman 1dari 8

Gaya Penulisan Sejarah

naratif,
deskriptif,
ekposisi,
analisa
kritikan.
1

Gaya penulisan Naratif terbahagi kepada dua bahagian


yang utama.

1.Naratif kronologikal
Jenis ini bertujuan untuk menceritakan semula mengikut
aturan peristiwa yang telah berlaku secara kronologis.

2.Naratif imaginatif
Jenis ini bergantung kepada kebolehan penulis mengingati
kejadian-kejadian dan menceritakan semula secara logik.
Thucydides, sejarawan dari Athen menulis karyaSejarah
Perang Peloponesiamenggunakan gaya naratif dan
menggambarkan peristiwa-peristiwayang
berkaitandengan peperangan dan dialog-dialog tokohtokoh penting mengenai sejarah persengketaan antara
Athens dan Sparta.
2

Karya-karya sejarah tempatan yang ditulis dengan gaya naratif


sepertiSejarah Melayu,HikayatHangTuah,Hikayat Johordan
banyak lagi. Wajar jika semuanya dianggap karya sejarah yang
berunsur kesusasteraan.

Sejarah Melayu, tulisan Tun Seri Lanang yang bergaya naratif


persembahannya memuatkanunsur-unsur imaginatif dongengan
dan metos. Misalnya, penamaan Samudera(tempat) yang ditulis;

...maka dilihatnya seekor semut besarnyaseperti kucing...maka


tanah itu diperbuatnya akan tempatnya, maka dinamainya
Semudra, ertinya semut besar.

Petikan ini menggambarkan penggunaan gaya naratif imaginatif


dalam penulisan sejarah.

Gaya penulisan deskriptif

Gaya penulisan yang cuba menggambarkan peristiwa secara terperinci.


Ia sesuai bagimenggambarkansuasana tempat, orang atauperistiwa.
Peneranganpenulisharus memberi gambaran yang jelas dalam minda
pembaca.

Misalnya, Khoo Kay Kim (1977) dalam karyanyaThe Western Malay


States, 1850-1873menulis secara deskriptif tentang kewujudan
kerajaan-kerajaan negeri Melayu di Tanah Melayu;

Pada amnya, negeri Melayu tradisional merupakan satu kelompok


petempatan yang terdapat di tebing-tebing sungai. Tiap-tiap negeri di
Semenanjung kecuali Negeri Sembilan, mendapat namanya daripada
sungai tempat bermulanya kerajaan itu didirikan.
Penulisan deskriptif juga mengutamakan aturansumber yang diperoleh
secara topikal yang merujuk kepada suatu jangka masa yang
tetap.Contohnya, Hasil karya Nabir Abdullah,MaahadIl Ihya Assyariff
Gunung Semanggol, 1934-1959
4

Gaya Penulisan Ekposisi atau pendedahan


bermaksud buka,hurai, singkap, papar atau tunjuk.
Tujuannyaadalah untuk memindahkan idea
(memberitahu- menyatakan) tentang sesuatu peristiwa
secara jelas dari fikiran penulis kepada fikiran pembaca.
Gaya ini membongkarkan rahsia tentang mengapa,
bagaimana dan akibat berlakunya sesuatu peristiwa.
Gaya ekposisi lebih sesuai daripada gaya naratif dan
deskriptif kerana melibatkan perkara-perkara yang abstrak
dan memerlukan kemahiran kognitif atau kebolehan
intelek penulisnya. Contohnya, Khoo Kay Kim dalam
bukunyaThe Western Malay States 18501873mendedahkan tentang penemuan bijih timah di Larut
olehLong Jaafar bukanlah pada tahun 1848 sepertiyang
lazim diketahui.

Gaya Penulisan Analisis

Memberi gambaran peristiwa secara kritis dan detail.


-satu kajian yang holistik mengenai peristiwa.
-mengambil suatu masalah yang kompleks untuk diselidiki secara
terperinci setiap komponen dan perkaitan antara semua komponen
tersebut.

Penganalisaan dilakukan untuk memaparkan maklumat jurai


keturunan dan statistik data-data yang diperolehi.
Gaya ini biasa digunakan untuk penulisan sejarahekonomi, iaitu
menekankan penggunaan data-data. Misalnya, bukuThe Western
Malay Statesoleh Khoo Kay Kim menganalisa perkembangan
perlombongan di Larut;
With the development of mining in Larut the trade between
Penang and Perak reach...In 1861-1862...$291, 989...from.

Dengan suatu analisa yang jitu akan dapat memberia real


exposition and explanation of the phenomenon studied.

JANUARI 2014

Gaya Penulisan Kritikan

Sebenarnya menjadi sub-set bagi gaya analisis.


Menurut G.J.Garraghan (1946) bahawa,
bahawa sesuatu kritikan itu harus bersandarkan kepada
prosescomparison(perbandingan)
Kritikan bermakna mencari kesilapan pendapat yang lama dan baru
diajukan dalam penulisan sejarah.Harus dilihat secara menyeluruh
apabila hendak mengkritik.
Gaya kritikan berguna untuk menjelaskan atau membetulkan faktafakta sejarah yang bias atau menyeleweng persepsi pembaca. Alasanalasan yang diajukan dalam penulisan gaya kritikan, harus disokong
dengan petikan-petikan (quatation) daripada sumber rujukan.
Hakikatnya, terpulang kepada penulis untuk memilih gaya yang
tersendiri, mungkin padaholistiknya seseorang memilih
kerangkabesarnya gaya penganalisaan tetapi di dalamnya boleh
menggunakan gaya lain yang sesuai untuk perbincangannya.
Bagi penulisan sejarah kini, gaya penganalisaan dianggap suatu
penulisan yang mantap dalam menghasilkan karya sejarah yang
bermutu.

JANUARI 2014

Sekian,

terima kasih

JANUARI 2014