Anda di halaman 1dari 18

PENYALAHGUNAAN

PENYALAHGUNAAN DADAH
DADAH
PENDAHULUAN

Dewasa ini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat


di negara kita amat membimbangkan dan menjadi semakin rumit untuk
ditangani.Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah
penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat khususnya para remaja
yang bakal mentadbir tampuk pemerintahan negara. Penyalahgunaan dadah
yang berleluasa ini telah mendatangkan satu masalah besar kepada negara.
Oleh itu, dadah dapat didefinasikan sebagai apa-apa juga bahan kimia,
samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara
disuntik, dihidu, dihisap, atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan
seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Di samping itu,terdapat
pelbagai faktor penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat pada hari
ini.
Contoh Pelbagai Jenis Dadah
PIL ECSTACY
SYABU
PIL KUDA
FAKTOR-FAKTOR
FAKTOR-FAKTOR
PENYALAHGUNAAN
DADAH
DADAH
1) Terpengaruh dengan rakan sebaya.
- Anak-anak berkawan dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya seperti
merokok, ponteng sekolah, membuli, dan sebagainya.
- Gejala pengambilan dadah selalunya bermula daripada amalan merokok.
- Diri selalu dipengaruhi oleh rakan-rakan yang lain kerana hendak menyesuaikan
dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.

2) Tidak menggunakan masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.


- Masa terbuang begitu sahaja dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah
seperti melepak di pusat-pusat membeli-belah.
- Kesannya, diri akan terdedah dengan rasa ingin tahu tentang dadah dan seterusnya
ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
- Tambahan lagi, diri sendiri tidak mengetahui dengan sebenar-benarnya bahaya
penggunaan dadah.
3) Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan masalah kehidupan.
- Menganggap dadah dapat menghilangkan kerungsingan dan kesusahan
yang dideritainya.
- Selain itu, dadah dapat menghilngkan kerungsingan oleh desakan ibu bapa.
- Fikiran sentiasa tidak tenteram kerana tidak dapat mencari jalan penyelesaian
untuk sesuatu masalah yang timbul.
- Pengambilan dadah akan mendatangkan kesan negatif untuk menghilangkan
kerungsingan seperti rasa khayal dan seronok, hilang kawalan diri, dan pemikiran
yang bercelaru.

4) Kurangnya didikan agama.


-Anak-anak kurang didikan agama daripada ibu bapa.
-Ibu bapa tidak menitikberatkan didikan agama sejak kecil.
-Ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah agama menyebabkan mereka
terjebak dengan dadah.
KESAN-KESAN
KESAN-KESAN
PENYALAHGUNAAN
PENYALAHGUNAAN
DADAH
DADAH
Kesan dadah kepada fizikal:
-Dadah mempengaruhi sistem penting pada tubuh badan manusia seperti
sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot.
-Keadaan diri seseorang penagih dadah adalah tidak terurus.
-Proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal.
-Kadar pernafasan akan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan
jantung akan berkurangan, dan tubuh akan menggigil akibat penurunan kadar
metabolisme badan.
-Terdedah kepada penyakit AIDS, Hepatatis B dan C, dan kerosakan paru-paru
dan hati.

Kesan dadah kepada mental:


-Dadah akan mendatangkan rasa seronok, khayal, hilang kawalan diri, dan
mendatangkan fikiran yang tidak waras.
-Penagih akan tidak segan silu melakukan perkara yang memalukan seperti
merompak, mencuri, dan membunuh serta tidak mempunyai rasa tanggungjawab.
-Sekiranya bekalan dadah tidak dapat diperoleh, mereka akan berasa keluh-kesah
dan gian.
-Penagih dadah akan cenderung untuk membunuh diri sendiri kerana emosi yang
tidak stabil.
Kesan dadah kepada sosial:

-Penagih dadah akan hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab


terhadap pekerjaan, keluarga, serta masyarakat sekeliling.
-Prestasi dan disiplin kerja akan merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada
apa yang dilakukan sebelum ini.
-Penagih dadah akan tersisih daripada masyarakat, perpecahan dalam kalangan
keluarga, dan sebagainya.
-Kadar jenayah akan meningkat kerana penagih dadah cenderung untuk melakukan
apa sahaja untuk mendapatkan bekalan dadah.
LANGKAH-
LANGKAH-
LANGKAH
LANGKAH
MEMERANGI
MEMERANGI
PENYALAHGUNAAN
PENYALAHGUNAAN
DADAH
DADAH
Peranan Ibu Bapa

-Mendidik anak-anak supaya membenci dadah.


-Menerangkan kepada anak-anak bahawa penggunaaan dadah adalah berbahaya
dan melanggar undang-undang.
-Sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak – memberikan galakan supaya
anak-anak melakukan perkara berfaedah,membina keyakinan diri anak-anak, dan
memberi didikan agama serta moral.
-Sentiasa mengambil tahu dan mengawasi aktiviti anak-anak.
-Menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Peranan Guru
-Menjalankan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah yang meliputi segala
aktiviti yang bertujuan untuk memperkembangkan intelek, emosi, rohani, dan
jasmani para pelajar.
-Guru-guru perlu memberi tumpuan kepada usaha-usaha menyedarkan pelajar-
pelajar tentang masalah penggunaan dadah.
-Melibatkan para pelajar dalam segala aktiviti bagi mencegah penggunaan dadah.
-Guru harus sedia dalam memberi maklumat yang berfaedah kepada pelajar iaitu:
* Gemar berbincang dan berkongsi pendapat perihal dadah.
-Memberi nasihat atau kaunseling.
* Memberikan jalan penyelesaian agar dapat mengurangkan masalah yang tidak
dapat diatasi.
-Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan masalah atau
tekanan hidup.
Peranan Diri Sendiri

-Mematuhi dan mengetahui akibat penyalahgunaan dadah.


-Menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti menyertai
aktiviti kokurikulum dan memperkembangkan minat dan hobi.
-Mewujudkan hubungan yang sihat antara ahli keluarga.
-Berhati-hati dalam pergaulan – elak bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.
-Mendapatkan nasihat dan kaunseling untuk menyelesaikan masalah.
PENUTUP
Intihannya, penyalahgunaan dadah perlu ditangani dari semasa ke
semasa kerana dadah mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada fizikal,
mental, mahupun kehidupan sosial masyarakat sekeliling.Para remaja khasnya
perlu membina jati diri kerana merupakan “pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara”.Sesungguhnya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing
dan berganding bahu secara efektif dan kolektif untuk mengatasi masalah
Penyalahgunaan dadah agar dapat melahirkan warganegara Malaysia yang bebas
dadah pada tahun 2015 kelak.
TERIMA KASIH…