Anda di halaman 1dari 43

Anxiety

Kebimbangan
Oleh: Nor Anisa bt. Musa
Definisi Kebimbangan
 Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik
dan komplek yang wujud dalam pelbagai jenis
kecelaruan mental dan saraf. Drever (1952)
 Tindak balas keseluruhan pada bahaya yang
subjektif. Jersild (1960)
 Perasaan yang dirasai seseorang semasa
ketiadaan sebarang bahaya luaran yang
dikenalpasti dan ia hanya sebagai tindak balas
terhadap bahaya dalaman yang tidak realistik.
Altrocchi (1980)
CIRI-CIRI KEBIMBANGAN
 Ketegangan motor seperti tidak dapat bertenang
dan menggigil.
 Hiperaktiviti autonomik seperti pening, degupan
jantung yang kencang dan berpeluh.
 Sentiasa berasa cemas, gelisah, memperlihatkan
dan memikirkan perkara yang menyebabkan
ketegangan.
 Terlalu memberi perhatian yang terperinci dengan
mengawasi segala gerak laku disekelilingnya
Jenis-jenis kebimbangan
 Agorafobia
 Kecelaruan panik tanpa agorafobia
 Kecelaruan panik dengan agorafobia
 Kecelaruan kebimbangan am
 Fobia khusus
 Fobia sosial
 Kecelaruan obsesif-kompulsif
 Kecelaruan tekanan post-trauma
 Kecelaruan tekanan akut
Agorafobia
 Maksud asal ialah ‘takut pada kawasan
pasar’. Iaitu ketakutan berada ditempat
terbuka ataupun di kawasan yang sibuk.
 Takut beli-belah di kawasan pasar yang
sibuk, berjalan menerusi orang ramai, lintas
jambatan dan makan di restoran.
 Mereka takutkan terjadinya serangan panik
dan malu untuk mendapatkan pertolongan.
Panik
 Seseorang yang diserang kecelaruan ini
selalunya percaya dia mendapat serangan
jantung walaupun sebenarnya tiada apa
yang salah dengan jantungnya.
 Simptom panik melibatkan jantung
berdebar-debar, pernafasan cepat dan
sukar bernafas, tubuh badan lemah atau
pening, fikiran hilang kawalan atau berasa
akan mati.
Teori Panik (Hiperventilasi)
 Simptom gangguan dikenali juga sebagai DSM-III-R
(menifestasi penyerapan gangguan)
 Teori ini mendedahkan-rasa panik adalah berikutan rasa
sensasi yang tidak diduga dan disangka. Ini mengakibatkan
kematian atau kegilaan kerana peningkatan hiperventilasi.
 Penghidap hiperventilasi yang kronik akibat kegagalan
sistem pernafasan akan bernafas menggunakan mulut dan
berlaku kecacatan fizikal serta mempunyai tekanan yang
kronik. Namun situasi yang kronik ini tidak bermaksud
bahawa mereka sentiasa panik tetapi mereka sentiasa
terdedah dengan keadaan yang menyebabkan panik.
Kebimbangan umum
 Dikaitkan dengan suasana kehidupan kewangan,
anak-anak dan hubungan sosial.
 Contohnya kanak-kanak bimbang akan prestasi
akademik, sukan dan aspek sosial persekolahan.
 Simptom yang dialami mudah letih, sukar
menumpukan perhatian, fikiran buntu, otot tegang
dan mengalami gangguan tidur.
 Perasaan mereka resah, bimbang dan mengalami
gangguan fizikal dan emosi seperti ketagangan.
Fobia khusus
 Merupakan ketakutan yang melampau pada
suasana atau objek yang khusus seperti
ketinggian (acrophobia), takut pada ruang yang
tertutup (claustrophobia), atau takut pada
binatang yang kecil seperti tikus, ular atau
binatang merayap yang lain.
 Ketakutan menyebabkan tindakbalas yang kuat
berlaku untuk melepaskan diri daripada suasana
yang mengerikan itu.
5 kumpulan fobia khusus
 Jenis fobia binatang- takut binatang atau
serangga
 Jenis fobia persekitaran yang tabii- ketinggian,
kilat, laut
 Jenis fobia darah- suntikan, lihat darah, cedera
 Jenis fobia suasana- memandu, lalu terowong,
jambatan, naik kapal terbang.
 Jenis ketakutan lain- tercekik, bising
Fobia Sosial
 Mereka mengalami ketakutan pada
suasana sosial yang menyebabkan mereka
menjauhi orang ramai.ataupun bersama
dengan mereka dalam keadaan tertekan.
 Mereka punyai perasaan melampau
bahawa orang ramai akan menilainya
secara negatif
Kecelaruan obsesif-kompulsif
 Obsesif- Perasaan takut yang berkait rapat
dengan kepercayaan, bayangan dan fikiran yang
tidak logik dan rasional
 Obsesif boleh menyebabkan gangguan hidup
dalam bentuk keraguan dan imej mental yang
kurang menyenangkan.
 Kompulsif (tingkah laku berulang-ulang) ada dua
kategori iaitu ritual memeriksa dan ritual
membersih.
Kecelaruan tekanan akut dan post-
trauma
 Akut- Perasaan takut yang tinggi selepas
mengalami suasana ataupun peristiwa yang
mengejutkan dan menakutkan bagi satu jangka
masa yang pendek.
 Post-trauma- jangka masa yang panjang
 Penghidap seolah-olah tidak berada di alam yang
nyata dan terawang-awangan.
 Boleh menyebabkan kematian, kecederaan fizikal
yang serius.
Kecelaruan tekanan akut dan post-
trauma
 Berlaku kerana pertempuran senjata,
bencana alam atau penggunaan teknologi.
 Akan mengalami gangguan ingatan, mimpi
yang mengerikan dan kerap berasa seolah-
olah sedang berada dalam suasana yang
menyebabkan trauma itu.
 Penghidap menunjukkan rasa kurang
bertanggungjawab pada dunia luar.
Lain-lain kebimbangan
(Perasaan CEMAS)
 Merupakan penilaian yang subjektif
 Dikategorikan kepada 3 faktor:
1- faktor biologi atau fisiologi- ancaman
kekurangan makanan, minuman, perlindungan
dan keamanan.
2- faktor psikososial- ancaman pada konsep
kendiri, kehilangan orang, perubahan status atau
ekonomi.
3- faktor perkembangan- ancaman perkembangan
masa bayi dan remaja
Peringkat rasa cemas
 Rasa cemas ringan- permasalahan sehari-hari,
mengakibatkan orang akan berhati-hati, mendorong belajar
dan lebih kreatif.
 Rasa cemas sederhana- fokus pada hal yang penting pada
saat tertentu sahaja dan mengabaikan hal lain.
 Rasa cemas berat- memikirkan hal yang kecil dan
mengabaikan hal lain, tidak mampu berfikir lagi dan perlu
diberi pertolongan.
 Panik- individu tidak dapat mengendalikan diri lagi, gagal
mengawal fikiran dan derianya tidak berfungsi kerana sedang
mengalami panik.
Cara menghindar cemas
 Sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang mungkin wujud rasa cemas.
 Tarik nafas dalam-dalam
 Hindari kafein, alkohol dan rokok
 Ketawa dan bersukan
 Tidur yang cukup- jika rasa letih dan cemas, cuba tidur seketika
 Usir kebimbangan yang berlebih-buat aktiviti yang mengembalikan
ketenangan
 Luahkan pada kertas
 Jangan abaikan peluang berehat
 Mendengar muzik
 Sabar menyihatkan badan- apabila marah tubuh akan menghasilkan enzim
cathecolamines- menyebabkan pembuluh darah tegang, jantung berdenyut
cepat dan tekanan darah meningkat.
Faktor yang menimbulkan kecelaruan
 Faktor tingkah laku
 Faktor persekitaran sosial
 Faktor biologi
 Faktor kognitif dan emosi
 Faktor biologikal
Faktor tingkah laku
 Pengalaman awal yang dipelajari adalah
pengalaman yang tidak disukai terhadap
objek yang mendatangkan ketakutan dan ia
mengakibatkan ransangan.
 Kurangnya peluang untuk menghilangkan
ketakutan menyebabkan kebimbangan
berkekalan
Faktor persekitaran dan sosial
 Peristiwa traumatik
 Pemerhatian pada perasaan takut orang lain
 Tuntutan baru yang mencabar dalam suasana
yang baru
 Kekurangan sokongan sosial
 Faktor budaya yang mendorong kepada
sosialisasi pasif atau peranan terlalu
bergantung pada orang lain.
Faktor biologi
 Disebabkan faktor genetik –contohnya
seperti fobia sosial, fobia khusus dan
kecelaruan obsesif kompulsif cenderung
berlaku dalam keluarga yang sama.
 Gangguan pada sistem saraf semenjak
lahir atau kemalangan. Ia membabitkan
kegagalan otak berfungsi kerana terdapat
kandungan karbon dioksida dalam darah.
Faktor kognitif dan emosi
 Disebabkan konflik psikologi yang tidak
terlerai. Kecelaruan kebimbangan ini dilihat
sebagai neurosis.
 Neurosis –membayangkan satu perasaan
yang tidak dapat diterima oleh minda sedar
serta perasaan takut pada apa yang terjadi.
Faktor kognitif dan emosi
 Sensitiviti ketakutan yang tinggi pada isyarat
yang mengancam diri pesakit
 Efikasi kendiri yang rendah.
 Pemikiran yang tidak rasional
 Membuat jangkaan yang melampau pada
ketakutan –membayangkan pengalaman
yang sangat menakutkan, tetapi ia tidaklah
seteruk mana
Faktor-faktor biologikal
 Disebabkan oleh kebimbangan neurobiologi –
penemuan kebimbangan ini memberi cahaya
kepada mereka yang mengalami kerosakan otak.
 Kerosakan otak disebabkan kesukaran bersalin,
enchepalitis dan trauma otak.
 Benzodiazepin –menunjukkan kesan anziolitik
(mengurangkan tekanan), sedatif (mencetus tidur)
dan antikonvulsan.
 Struktur di otak yang diketahui berperanan dalam
emosi.
Faktor-faktor biologikal
 Lain-lain neurotransmiter – didapati juga memainkan
peranan penting dalam mewujudkan kebimbangan
khususnya noradrenaline dan serotonin.
 Hormon ini akan akan menukar gaya tingkah laku manusia
seperti berjaga-jaga dalam keadaan tegang dan tertekan.
 Bahan kimia ini akan bertambah apabila seseorang itu dalam
keadaan tertekan khususnya apabila dalam cemas dan
panik.
 Penghasilan hormon akan kerap berlaku apabila berhadapan
bahaya atau ancaman pada diri.
Faktor-faktor biologikal
 Genetik- mewarisi sifat sistem saraf secara
automatik.
Keadaan persekitaran + mewarisi sistem saraf = KEBIMBANGAN
(tekanan) (mudah bimbang)
 Kesediaan- kita bersedia dengan sesetengah
ransangan. Contohnya kita mudah pelajari
untuk takut dengan ular daripada takut dengan
bunga
Faktor biologikal
 Fisiologi- contohnya panik yang disebabkan agorafobik
(tempat sesak), kemudian terjadinya injap prolaps mitral yang
gagal menutup sepenuhnya dan mengganggu keupayaan
jantung mengecut iaitu serangan jantung.
 Pengalihan udara yang keterlaluan- terlalu banyak
kehilangan karbon dioksida akan menyebabkan kekurangan
oksigen.
 Tekanan Karbon dioksida perlu mencukupi untuk arteri
supaya pengaliran darah tidak terhalang keseluruh badan
 Apabila panik degupan jantung akan meningkat dan
kesukaran bernafas akan berlaku
Kes 1
 Saya ada masalah fobia dengan tikus. Saya tak boleh tengok tikus sama ada tikus
hidup, mati, plastik, gambar dan sebagainya .Gambar tikus di dalam buku sekalipun
akan buat saya terkejut dan berpeluh-peluh.Apa saja yang berkaitan dengan tikus
akan buat saya ketakutan teramat sangat.
Tak boleh nak digambarkan betapa takutnya saya dengan tikus. Selain takut, saya
rasa jijik yang teramat.Kalau boleh, saya tak nak lihat tikus seumur hidup saya.
Pagi tadi, saya keluar mencari kotak sebab dah janji dengan kawan ,dia nak pindah
rumah. Jadi, sampai kat pasaraya, saya minta kebenaran mengambil kotak yang
ada di bahagian belakang. Tak semena-mena saya ternampak beberapa ekor tikus
yang terkena jerat . Pekedai memasang gam di atak kotak, maka tikus-tikus
bergelimpangan di atas kotak tersebut. masih hidup. ...eeee...saya terkejut dan rasa
geli sgt. Terus saya masuk kereta dan pergi dengan cepat dari situ. Tapi, perasaan
saya terngiang-ngiang teringat kejadian tadi.
Disebabkan kucing ada berkaitan dengan tikus, saya juga jadi takut bersentuhan
dengan kucing malah saya juga tak boleh memegang kucing kerana rasa geli .
Kes menghadapi
Saya 2 masalah was-was yang saya kira serius. Masalah ini saya
alami sejak kecil lagi dan semakin serius. Walaupun saya mengetahui apa yang
saya lakukan tidak masuk akal dan tidak berlandaskan Sunnah Nabi dan Al-
Quran, tetapi saya selalu gagal mengawal fikiran saya. Saya telah bertemu pakar
sakit jiwa dan dia telah mengklasifikasikan penyakit saya ini sebagai OCD
(Obsessive-Compulsive Disorder) tetapi dia juga tidak mampu merawat saya.
Selain angkara syaitan ia juga mungkin disebabkan kerana saya kerap jatuh di
bahagian kepala semasa kecil (menurut pakar tersebut). Masalah saya :
1) Amat susah sekali untuk berniat untuk sebarang ibadah termasuk sembahyang,
wudhuk walaupun saya sedar yang perbuatan saya itu tidak masuk akal. Saya
sedar ini semua perbuatan syaitan tetapi saya gagal mengawal fikiran saya.
2) Berulang-ulang kali mencuci ketika mandi junub atau mengambil wudhuk
walaupun saya tahu bahawa sunnah Nabi tidak sedemikian iaitu cukup dengan 3
kali basuhan. Tetapi masalahnya ialah saya tidak dapat mengawal fikiran saya.
3) Mengulang bacaan atau ayat dalam sembahyang dan ibadah yang lain.
4) Selalu bersamak kerana was-was yang bukan-bukan.
Kes 2
Jawapan :
 Rasulullah SAW setiap kali mengambil wudhuk sentiasa menggunakan air yang
sedikit supaya tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang membazir.
 Syaitan yang bernama "WALHAN" sentiasa mengganggu seorang yang mengambil
wudhuk supaya hati mereka sentiasa merasa was-was. Oleh itu, perlu saudara
mengawasi semasa mengambil wudhuk atau mandi junub dengan membaca doa
yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud :
 "Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung
daripada engkau Ya Tuhanku daripada kedatangan syaitan itu kepadaku"
 Syaitan yang bernama "KHINZIB" yang sentiasa ganggu ketika sembahyang
menjadikan hati tidak tenteram kerana khusyuk telah hilang. Oleh itu, untuk
mendatangkan khusyuk hendaklah :
 i) Memahami apa yang dibaca dalam sembahyang
 ii) Ketika bertakbir jangan di mulut sahaja tetapi hendaklah sampai ke hati.
 iii) Membaca Al-Fatihah dengan tertib dan fahaminya dengan baik. Dan hendaklah
difahami dengan bacaan Fatihah itu adalah dialog antara hamba dengan Allah SWT
sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
 "Telah berfirman Allah bahawa Aku bahagikan solat (maksudnya Fatihah) antara aku
dna hambaKu menjadi dua bahagian (separuh untukKu dan separuh lagi untuk
hambaKu) dan bagi hambaKu apa yang mereka minta"
Merawat kecelaruan kebimbangan
 Pendekatan biologi-
menekankan penggunaan
ubat-ubatan seperti
benzodiazepine valium,
tranxene, librium, xanax
 Tetapi ubat-ubatan ini
terbukti tidak berkesan
kerana simptom akan
muncul jika berhenti
mengambilnya.
Merawat kecelaruan kebimbangan
 Pendekatan pembelajaran- menggunakan
pelbagai teknik seperti bersemuka pada objek
atau situasi kebimbangan.
 Teknik desensitization secara sistematik-
beransur-ansur berhadapan apa yang ditakuti. 10
hingga 20 kali ransangan diberikan kemudian
rehat dan tenang.
 Keberkesanannya terbukti dan menjadi teknik
utama bagi merawat fobia khusus.
Merawat kecelaruan kebimbangan
 Teknik EMDR- eye movement desensitization
and reprocessing (untuk pesakit pasca-traumatik).
 Merupakan teknik membayangkan keadaan
trauma sementara ahli terapi akan menggerakkan
jari ke belakang dan hadapan mata pesakit
dengan pantas dalam masa 15 hingga 20 saat.
Semasa pesakit membayangkan imej trauma itu,
pesakit diminta menggerakkan matanya mengikut
pergerakan jari ahli terapi.
Merawat kecelaruan kebimbangan
 Perspektif humanistik-existential- berpunca
dari tekanan sosial diri sendiri. Kebimbangan
berlaku apabila ketidakselarian antara dalam
seseorang dengan keadaan sosial di luar.
 Oleh itu ahli terapi ini akan membantu pesakit
meluahkan perasaan dan bakatnya yang sebenar
dan bebas meneroka serta yakin diri apabila
bereaksi dengan kebimbangan yang dihadapi.
Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI
(1) mengikut jenis
100 94.8
90
80
70 66.2
61.1
60 51.8
48.2 Ya
50
38.9 Tidak
40 32.8
30
20
10 5.2
0
agorafobia panik umum acrofobia
Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI
(1) mengikut jenis
100 93.5
90
80
70 61.1
59.7
60 55.8
Ya
50 44.2
40.3 38.9 Tidak
40
30
20
10 6.5

0
claustrofobia binatang darah tercekik
Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI
(1) mengikut jenis
80 75.3
70.1
70 64.9 62.3
60 57.1

50 42.9
37.7 Ya
40 35.1
29.9 Tidak
30 24.7
20

10

0
sosial obsesif kompulsif tekanan akut post-trauma
Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI
(1) mengikut jantina
100 95.8
89.7
90
80
70 62.5
60 58.3
55.2
50 44.8 Lelaki
39.6
40 34.5 Perempuan
30
20
10
0
agorafobia panik umum acrofobia
Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI
(1) mengikut jantina
89.7
90 85.4
80
70
60
50
41.7 39.6 41.7 Lelaki
40 34.5
31.03 Perempuan
30 27.6

20
10
0
claustofobia binatang darah tercekik
Peratusan fobia murid tahun 6 SKTMI
(1) mengikut jantina
80 75.9
70.8
70
60 55.2 56.3
52.1
50 48.3

40 39.6 Lelaki
Perempuan
30
24.1
20.7
20 16.7
10
0
sosial obsesif kompulasif tekanan akut post-trauma
Kesimpulan
 Kebimbangan tidak datang dengan tiba-tiba dan
ada faktor yang dikaitkan dengan kewujudannya.
 Takut berguna untuk motivasi, lebih berhati-hati
dan jadi lebih kreatif.
 Walau bagaimanapun, jika berlebihan individu
boleh dianggap tidak normal. Oleh itu pesakit
perlu mendapatkan rawatan dari pihak yang
berkelayakan.