Anda di halaman 1dari 93

4.

Falsafah Pendidikan di Malaysia


Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK)
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
- Model Konseptual Pendidikan Guru
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

NGUI GEOK KIM


JABATAN ILMU PENDIDIKAN
EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
SEM 2 Amb Jun 2015
KULIAH 7

FPK
2

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)
usaha berterusan ke
arah
memperkembangkan
potensi individu
secara menyeluruh &
bersepadu

Pendidikan
di Malaysia

mewujudkan
insan yang
seimbang dan
harmonis
berdasarkan
kepercayaan dan
kepatuhan kepada
Tuhan.

melahirkan rakyat yang berilmu


pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara. 3

FPK

Falsafah Pendidikan Negara (1988)


ditukarkan kepada
FPK (1996)

Menggariskan istilah, pemikiran &


prinsip berkaitan dengan bidang
pendidikan.

Berlandaskan ideologi kebangsaan yang


menerapkan Rukunegara, Dasar
Ekonomi Baru & Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
4

Rukunegara

DEB

Dasar Pendidikan
Kebangsaan

De facto
Malaysian
pledge of
allegiance

Mewujudkan
perpaduan negara
dgn mengurangkan
perbezaan dlm bdg
ekonomi, sosial,
kebudayaan,
penempatan dsb.

31 Ogos 1970
Memupuk
perpaduan
rakyat

Strategi serampang
dua mata:
i. Mengurang &
membasmi
kemiskinan
ii. Menyusun semula
masyarakat

Satu
dokumen yg
mengandungi
pernyataan
dasar &
strategi untuk
mencapai
matlamat
pendidikan
kebangsaan

5 prinsip

Cabang Falsafah
CABANG
FALSAFAH

Metafizik

CIRI-CIRI
FPK

IMPLIKASI

Menyeluruh Potensi individu


&
perlu
bersepadu dikembangkan.

Epistemologi Usaha yang Pembelajaran


berterusan sepanjang
hayat (mengikut
perkembangan
semasa)
6

Cabang Falsafah
CABANG
FALSAFAH

Aksiologi

CIRI-CIRI FPK

Kepercayaan &
kepatuhan kpd
Tuhan.

IMPLIKASI

Hubungan vertikal
(individu vs Tuhan)
& mendatar
(individu vs individu
lain)

Berakhlak mulia & Pengajaran moral &


bertanggungjawab agama.
Logik

Berketerampilan

Prosedur kerja yg
sistematik & betul
Pemupukan
kompetensi diri
7

Bakat akan
terjelma melalui
interaksi sosial.

Dapat membantu
individu
menyesuaikan
diri dalam
pelbagai
perubahan.

Perkembangan
potensi
individu

Insan yang
seimbang
& harmonis

Individu
sedemikian
sanggup
berhadapan dgn
apa juga
masalah.

Pendidikan
suatu usaha
berterusan

Elem
en
FPK

Merangkumi
intelek, rohani,
jasmani,
emosi.
Perkembangan
individu
secara
menyeluruh &
bersepadu

Unsur intelek
Berkemahiran 3M
(membaca,
menulis,
mengira) , kreatif
& reflektif.
8

Matang,
mempunyai
kasih sayang,
bersifat
kekitaan.

Percaya &
bersyukur
kpd Tuhan.

Unsur
rohani

Unsur
emosi

Elemen
FPK
Unsur
jasmani
Sedar akan
kepentingan
kesihatan
fizikal.

Cekap,
berpandangan
jauh,
berkompetens
i diri.
Rakyat Msia
yang
berketrampila
n

Rakyat
Msia yg
berilmu
pengetahua
n

Kepercayaan
dan
kepatuhan
kepada
Tuhan.
Amalkan
segala ajaran
agama yg
dianuti.

Berfikiran luas
& terbuka.

Pegang kpd nilainilai murni

Amanah, bersih,
cekap, patuhi
peraturan

Rakyat Msia
yg berakhlak
mulia

Rakyat Msia yg
bertanggungjawab

Rakyat Msia yg
berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri
Berfikiran waras,
berjiwa tenang.

Elemen
FPK

Rakyat Msia yg
dapat memberi
sumbangan
terhadap
keharmonian &
kemakmuran
mayakt & ngr.

Rukunegara
amalan
hidup
Sumbangan
terhadap
keharmonian &
kemakmuran
keluarga, msyrkt,
ngr.

.
Berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan
diri
Berdaya tahan
tinggi

Pertahankan
maruah diri,
agama, bangsa &
ngr.
10

Permainan!!!
(Dalam kumpulan 3
orang, senaraikan
sebanyak mungkin
elemen dalam FPK yang
anda boleh dalam masa 5
minit!)
11

Falsafah Pendidikan Guru


(FPG)
Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan
progresif
dan
saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi
negara
serta
menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu,
demokratik,
progresif
dan
berdisiplin.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)


Tujuan: jadi panduan kpd guru utk
merealisasikan FPK

Matlamat:
1. Mewujudkan guru yg mempunyai akauntabiliti
yg tinggi untuk memastikan penyampaian
ilmu, kemahiran & nilai yg berkesan.
2. Guru jadi teladan (bersahsiah baik) &
mempengaruhi tingkah laku murid.

Elemen-elemen
FPG
Berpekerti mulia
Berpandangan
saintifik & progresif

Analisis
Sahsiah guru yg baik
Berkembang ikut
peredaran zaman
(sains & teknologi),
tidak ketinggalan dr
segi profesional

Bersedia menjunjung Berusaha


aspirasi ngr
menyumbang ke
arah pencapaian
aspirasi ngr.

Apakah aspirasi negara kita?


menjadikan Malaysia sebuah negara
maju (Wawasan 2020)
Bagaimana?
-melahirkan modal insan yang memiliki
minda kelas pertama untuk menghadapi
cabaran pembangunan ekonomi yang
berlandaskan ilmu pengetahuan dan
inovasi. Modal insan yang dibangunkan
perlu mempunyai keupayaan pengetahuan,
kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul.

Elemen-elemen
FPG
Serta menyanjung
warisan kebudayaan
negara.

Menjamin
perkembangan
individu
Memelihara msyrkt
yg bersatu padu,
demokratik, progresif
& berdisiplin.

Analisis
Menyemai sifat
patriotisme,
Memupuk sifat
bangga terhdp
kepelbagaian budaya.
Peranan untuk
perkembangan diri &
murid (JERI).
Berusaha agar msyrkt
memenuhi hasrat ngr.

Pendidikan Guru
Ketuhanan--peningkatan ilmu &
amalan berteraskan kepercayaan &
kepatuhan kepada ajaran agama.
Kemasyarakatanpenekanan peranan
guru sebagai pendidik, pemimpin dan
agen perubahan.

Kendiri--pembinaan daya kefahaman


& patriotisme, pemupukan budaya
ilmu serta pembentukan sahsiah
murni & berpekerti mulia.

RRRR
RRa
r

Rajah 1: Model Konseptual Pendidikan

Rajah 2:
Nilai-nilai
yang perlu
ada pada
seorang
guru

Dedik
asi

Teg
Mud as
ah
lent
ur

Tolera
nsi
Berpan
dangan luas

Ram
ah

Adil

Dina
mik

Nilai
Guru

Krea
tif
Sab
ar

Komite
d

Berke
yakinan
tinggi

Berkepimp
inan

Peranan Guru dalam


merealisasikan FPK

1.Guru melengkapkan
diri dgn pengetahuan
am & kandungan mata
pelajaran.

2. Mengamalkan P&P yg dpt


mengembangkan potensi
individu secara menyeluruh.
(selitkan unsur-unsur
jasmani, emosi, rohani &
sosial)

3. Mempelbagaikan
strategi, kaedah &
teknik P&P (supaya
pelajar berfikir secara
kritis & kreatif).

4. Menyemai minat
membaca di kalangan
pelajar (beri sokongan,
peluang & galakan).

5. Memberi tugasan /
peluang kpd pelajar utk
memupuk sifat
bertanggungjawab.

Peranan Guru dalam


merealisasikan FPG
1.Guru yang baik mestilah
mempunyai minat yang mendalam,
sentiasa bersedia, suka
berjenaka, adil, mampu melayan
murid secara individu dan
memeriksa kerja murid tanpa
bertangguh.

2. Guru perlu bangga


dengan profesion
tersebut serta menyakini
kebolehan diri untuk
memikul amanah
mendidik generasi muda.

3. Guru juga perlu


mempunyai penglibatan
dalam aktiviti kokurikulum
sesuai dengan penekanan
negara terhadap
pendidikan yang holistik.

4. Memiliki sifat tekun


dan sederhana,
sikap baik hati dan
tidak berat sebelah.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

29

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


3.0 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kanak-kanak hari ini adalah bakal pemimpin dan juga ahli masyarakat pada
masa hadapan. Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana ia
memainkan peranan utama dalam usaha memperkembangkan lagi potensi
kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
bermatlamatkan menuju sebuah negara yang seimbang dan harmoni.

Menurut Jean-Jacques Rosseau, pendidikan ialah suatu proses yang


berterusan dan bermula sejak seseorang individu itu masih kecil. Selain itu,
pendidikan juga merupakan suatu hak asasi yang perlu diperolehi bagi
setiap manusia. Pendidikan di Malaysia, berdasarkan kepada Falsafah
Pendidikan Negara, memberikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan seperti ini iaitu
yang bersepadu, menurut Muhammad Qutb pula akan cenderung
mewujudkan keseimbangan dan keharmonian di dalam diri setiap manusia.

30

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


3.0 Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Oleh yang demikian, pelbagai program telah diwujudkan hasil kepekaan
negara serta masyarakat terhadap keperluan pendidikan yang perlu
diberikan kepada kanak-kanak sejak usia awal lagi. Program ini dirancang
dan dilaksanakan agar membolehkan kanak-kanak mendapat pendidikan
asas yang sesuai untuk pembentukan peribadi dan perwatakan yang
sempurna supaya di usia dewasa kelak dapat menjadi warganegara
Malaysia yang baik.

Antara ciri-ciri yang ingin dicapai hasil daripada program pendidikan awal
kanak-kanak ini adalah seperti menghasilkan kanak-kanak yang cerdik dan
pandai, yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi dan baik, dan
juga kanak-kanak yang sihat dan cergas baik dari segi jasmani mahupun
rohani. Ciri-ciri ini yang sudah diterapkan di Malaysia hasil daripada
penggubalan sistem yang akhirnya diharapkan dapat menghasilkan
masyarakat yang seimbang dan harmoni bagi menjamin ketenteraman
negara.

31

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.0 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa


Kritik Keatasnya.

Mengikut sejarah, pendidikan prasekolah secara berinstitusi bermula di


Malaysia pada tahun 1950an. Sebelum itu, permintaan bagi mewujudkan
institusi pendidikan prasekolah diwujudkan bersamaan dengan pembukaan
ladang-ladang getah dan kawasan perlombongan semasa pemerintahan
kolonial British. Sesetengah pendapat telah mengatakan bahawa
pembukaan institusi pendidikan awal kanak-kanak pada waktu itu adalah
untuk menyediakan kanak-kanak itu dengan pengetahuan asas seperti
membaca, mengira, dan menulis supaya dapat bekerja dikawasan ladang
dan perlombongan dibawah pemerintahan British. (Wan Mohd Nor Wan
Daud, 1997).

32

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.0 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa


Kritik Keatasnya.

Satu perubahan berlaku pada tahun 1969 apabila Yayasan Asia telah
menyumbangkan peruntukan kewangan kepada pertubuhan pekerja
Malaysia bagi membiayai penubuhan model institusi prasekolah yang mirip
kepada projek "Headstart" di Amerika. Kampung Muniandy, Kampung
Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor dipilih dan sasarannya pada
kanak-kanak dari golongan yang kurang berada daripada keturunan
Melayu, Cina dan India. Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan
bahawa kanak-kanak yang menghadiri projek Headstart telah mencapai
tahap pelajaran dan sikap yang lebih baik untuk jangka masa yang panjang
dibandingkan dengan pelajar yang tidak menghadirinya. Hasil daripada
kajian dilaporkan terdapat korelasi positif diantara kehadiran di tadika
dengan pencapaian prestasi kanak-kanak apabila masuk ke tahap sekolah
rendah.

33

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.0 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa


Kritik Keatasnya.

Melalui Akta Pendidikan 1996, program pendidikan prasekolah telah


dimartabatkan sebagai satu Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dengan
pemartabatan ini juga ia menunjukkan bahawa program pendidikan
prasekolah merupakan satu usaha nasional yang perlu difikirkan oleh
semua pihak secara bersama. Biarpun kepentingan terhadap pendidikan
prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak telah diketahui penting
secara umumnya. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi halangan yang
harus ditempuhi untuk menuju ke tahap kesempurnaannya. Masih wujud
lagi segelintir ibubapa, guru, mahupun agensi kerajaan yang belum mampu
untuk memahami secara tuntas kepentingan pendidikan awal kanak-kanak
yang berkualiti harus diberikan kepada mereka. Contoh yang terdekat
adalah permasalahan yang timbul akibat kurangnya persefahaman antara
guru di sekolah elementari dan guru di prasekolah.

34

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.0 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa


Kritik Keatasnya.

Memang tidak dinafikan bahawa guru besar dan penolong kanan tidaklah
diharapkan untuk memberi perhatian atau sokongan yang lebih kepada
kelas-kelas prasekolah berbanding kelas di gred yang lain. Namun apa
yang diperlukan dan diharapkan kepada guru besar dan juga penolong
kanan di sekolah sepatutnya mereka harus mempunyai pengetahuan yang
mendalam mengenai program prasekolah sama seperti pengetahuan yang
mereka ada tentang kelas elementari.

Akibat kurangnya pengetahuan dan juga perhatian yang diberikan,


pendidikan yang diberikan di prasekolah amat jarang mendapat
kesinambungan yang memberangsangkan apabila kanak-kanak memasuki
ke persekolahan di tahun satu. Hal ini ternyata merupakan satu kerugian
besar buat pendidikan di negara kita.

35

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.0 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa


Kritik Keatasnya.
Apabila di alam persekolahan telah timbulnya tidak kesefahaman antara
para guru elementari dan juga prasekolah, efeknya nya juga turut dirasa
oleh para ibubapa. Telah terdapat ibubapa di negara kita yang berpendapat
bahawa pendidikan awal kanak-kanak yang diberikan melalui institusi
seperti tadika adalah membazir semata-mata. Pendapat ibubapa seperti ini
bukanlah salah dan juga bukanlah benar kesemuanya. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa adalah suatu fakta dapat ditunjukkan biarpun terdapat
ibubapa tidak menghantar anak-anak ke sekolah tadika namun ia tidak
merencatkan perkembangan anak-anak mereka ke tahap yang baik
sebanding dengan para ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah
tadika.
Namun begitu, kita juga tak dapat menafikan bahawa dengan menghantar
anak-anak ke tadika, perkembangan kanak-kanak dapat dilakukan dengan
sistematik berlandaskan sistem pendidikan yang teratur yang digunakan
didalam silibus pendidikan di sekolah. Hal ini hakikatnya bergantung kepada
kualiti pendidikan yang diberikan oleh guru mahupun ibubapa yang memilih
samaada untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah ataupun dengan
36
memilih pendekatan homeschooling iaitu di rumah.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.0 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa


Kritik Keatasnya.

Begitu juga terhadap sesetengah agensi kerajaan yang lebih memikirkan


untuk memberikan pendidikan demi melegitimasikan lagi idealogi negara
berbanding untuk menyerapkan kanak-kanak dengan pengetahuan murni
supaya dapat menjadi manusia yang bermandiri di dewasa kelak.
Pendidikan yang sepatutnya diberikan untuk memproduksikan struktur
sosial yang baru telah dinafikan sebaliknya hanya difokuskan untuk mereproduksikan struktur sosial yang ada. Menurut Ivan Illich didalam karyanya
yang terkenal iaitu Deschooling Society menyatakan bahawa Anak yang
bersekolah tidak semestinya anak yang berpendidikan. Sekolah pada hari
ini hanyalah perpanjangan daripada sistem negara atau idealogi negara
yang dipaksakan. (Shaharom TM Sulaiman, 2004).

37

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.0 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia Dan Beberapa


Kritik Keatasnya.

Anak-anak diajar atau dididik demi memenuhi acuan idealogi yang


ditetapkan. Untuk anak-anak yang berjaya akan ditempatkan di sektor
pekerjaan yang mendapat ganjaran yang sedikit menguntungkan, manakala
buat anak-anak yang gagal, akan menerima nasib yang buruk iaitu
dilahirkan untuk bekerja keras mengikut sistem yang diterima secara umum
oleh masyarakat. Kedua-duanya pada hakikatnya adalah sama iaitu
dilahirkan sebagai buruh demi menguntungkan perut kaum kapitalis iaitu
kaum elit di atas. Perkara ini bertentangan dengan pendapat bahawa
pendidikan adalah dilakukan seumur hidup yang disarankan oleh Jean
Jacques Rosseau.
Namun begitu, Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau prasekolah tentu saja
memberikan peranan yang besar dalam menentukan segala pencapaian
dan kemajuan yang dikecapi oleh negara pada zaman kini. Pendidikan
masih lagi dipercayai sebagai agen pengubah taraf sosial yang paling
berkesan dan telah dibuktikan berjaya hampir di seluruh dunia. Telah
terdapat pelbagai model pendekatan pendidikan awal kanak-kanak
diwujudkan diatas kepercayaan itu antaranya seperti Head Start, Bank
38
Street dan juga Reggio Emilia.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


4.1 Program Head Start

Program model pembelajaran Head Start mula diperkenalkan pada tahun


1964 dibawah Head Start Bureau dan disokong oleh Admin for Children and
families. Program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang terdiri
daripada golongan kurang bernasib baik seperti golongan miskin dan yang
berpendapatan rendah. Dengan bermatlamatkan demi membantu
membasmi kemiskinan melalui memberi pendidikan, program Head Start
memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat bayi dan pra-sekolah
di antara umur 4-5 tahun.

Di dalam program Head Start, teori pembelajaran yang digunakan adalah


teori perkembangan atau juga dikenali sebagai teori behaviouris. Ini dapat
dibuktikan apabila kanak-kanak yang mengikuti program ini telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang didalam akademik apabila telah
melangkah ke dalam alam persekolahan darjah satu. Antara komponen
penting di dalam program Head Start adalah pendidikan, kesihatan,
penglibatan ibubapa, dan perkhidmatan sosial.
39

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.2 Program Bank Street


Program Bank Street diperkembangkan oleh Sprague Mitchell, Carroline
Pratt dan Harrier Johnson. Ketiga tokoh atau pendiri program ini telah
mewujudkan Play School sebagai sekolah pengasuhan pertama di Amerika
Syarikat. Dengan menjadikan kanak-kanak sebagai pembelajar, pencuba,
dan penjelajah yang aktif dalam model pendekatannya, kanak-kanak
didalam program Bank Street ini akan memperolehi lebih banyak pelajaran
melalui interaksi kanak-kanak itu sendiri bersama lingkungannya. Menurut
program Bank Street, perkembangan kanak-kanak tidak terjadi secara
terpisah tetapi adalah saling berhubungan.

Didalam program Bank Street, seluruh aspek perkembangan kanak-kanak


akan difokuskan secara bersepadu. Antaranya selain pendidikan yang
diberikan didalam ruang bilik darjah, program Bank Street juga akan
melibatkan kanak-kanak secara terus dengan masyarakat sekeliling.
Pendidikan seperti ini secara tidak langsung akan melatih sikap empati
kanak-kanak tersebut terhadap masyarakat sekelilingnya berbanding
pendidikan gaya lama yang hanya memfokuskan kepada hal akademik
sahaja.
40

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Selain itu juga, kurikulum didalam Bank Street telah direka melalui idea
bahawa kanak-kanak akan dapat belajar tentang alam sekitar dan dunia
melalui apa yang mereka temui akan memperkembangkan lagi daya
kreativiti kanak-kanak. Oleh yang demikian, matapelajaran seperti
antropologi, sejarah, ilmu politik, ekonomi dan ilmu bumi akan cuba
diintegrasikan didalam aktiviti kelas dan diharapkan bakal membuatkan
kanak-kanak menjadi lebih kritis dalam menemukan makna akan dunia
disekelilingnya. Didalam program Bank Street, peranan guru adalah penting
supaya dapat menciptakan lingkungan pembelajaran yang aktif seperti itu.
Guru memainkan peranan yang penting untuk membangunkan suasana
saling mempercayai antara guru dan murid, dan juga memupuk sikap saling
berkasih sayang sesama murid.

Program Bank Street adalah amat sesuai dijadikan model pembelajaran


bagi perkembangan awal kanak-kanak. Ini kerana dengan penekanan
pembelajaran melalui permainan yang penuh bermakna, konsep model
Bank Street ini juga berperanan aktif dalam memberikan kanak-kanak
membina pemahaman yang positif tentang dunia melalui interaksi secara
terus dengan alam dan objek disekelilingnya.
41

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

4.3 Program Reggio Emilia

Dengan berslogankan Niente Senza Gioia yang bererti Tiada hari tanpa
kegembiraan, pendekatan model Reggio Emilia menawarkan kegembiraan
kepada kanak-kanak dalam setiap proses pembelajarannya. Sejarah dan
pendekatan program Reggio Emilia adalah unik. Dicipta oleh Loris
Malaguzzi dan beberapa rakannya di daerah sekitar Reggio Emilia di
bahagian utara Itali. Mereka berfikir bahawa pada awal tahun
perkembangan kanak-kanaklah sepatutnya diusahakan satu pendekatan
untuk membentuk diri kanak-kanak sebagai seorang individu.

Berangkat daripada sini lalu diciptakan sebuah program yang berprinsip


rasa hormat, tanggungjawab dan kebersamaan diantara kanak-kanak dan
orang dewasa yang sentiasa suportif dalam usaha memperkayakan lagi
minat kanak-kanak terhadap penemuan dirinya agar mampu menjadi insan
yang berguna. Oleh kerana itu, boleh dirumuskan di dalam pendekatan
Reggio Emilia bahawa kanak-kanak akan menjadi lebih aktif serta lebih
bijak sekiranya dapat belajar bersama dengan orang dewasa dalam
membangun pemahaman yang lebih luas tentang dunia.
42

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tidak seperti disekolah lain yang banyak menghabiskan waktu didalam bilik
darjah sambil menyelesaikan tugas akademik, pendekatan Reggio Emilia
pula banyak menghabiskan waktu diluar seperti mengunjungi taman bunga
sehinggalah ke tempat-tempat yang menarik agar kanak-kanak dapat
mengetahui banyak perkara yang menarik di alam sekelilingnya. Oleh
kerana itulah, boleh dikatakan kurikulum di Reggio Emilia adalah tidak
tersusun sebaliknya minat kanak-kanak secara tiba-tiba juga boleh dijadikan
sebagai kurikulum di Reggio Emilia.

Sebagai contoh, apabila kelas mengusulkan untuk melawat ke taman


bunga. Maka guru akan mebawa kanak-kanak ini melawat ke taman bunga
dan membiarkan kanak-kanak ini bermain sepuas-puasnya bersama
penjaga masing-masing. Di situ para guru akan memainkan peranan
penting dengan mulakan perancangan untuk berfikir serta mereka aktiviti
pembelajaran seperti menyarankan kanak-kanak melakukan mural atau
sebagainya setelah pulang daripada lawatan di taman bunga kelak.

43

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Di Reggio Emilia, proses adalah sama pentingnya dengan hasil. Malah


boleh dikatakan bahawa pendekatan Reggio Emilia ini lebih menekankan
proses terlebih dahulu sebelum mendapatkan hasilnya. Proses yang
dilakukan pula lebih kepada aktiviti yang menyeronokkan. Kanak-kanak
melalui model ini akan diajar menjadi seniman, saintis, ahli sejarah dan lainlain demi mencungkil bakat serta kebijaksanaan mereka. Mereka percaya
bahawa ilmu pengetahuan boleh diajarkan tetapi apa yang lebih penting
adalah kebijaksanaan, dan kebijaksanaan tidak dapat datang melalui
pengajaran sebaliknya melalui pengalaman. Maka, peranan guru di Reggio
Emilia adalah sangat penting yang berperanan untuk mendengarkan,
mengamati, dan juga memahami strategi yang digunakan oleh kanak-kanak
dalam pembelajaran.
Guru di program Reggio Emilia ini juga perlu menjadi seseorang yang bijak
mengajukan persoalan dan sekaligus mampu merefleksikan respon untuk
mengetahui bahan dan idea yang digunakan untuk mengembangkan
pemahaman kanak-kanak. Selain daripada itu, guru di Reggio Emilia juga
secara rutin harus membuat catatan serta merakam segala aktiviti kanakkanak dan seterusnya akan dibincangkan sesama pihak guru, ibubapa dan
para pemikir untuk ditemukan lagi pelbagai pendekatan baru bagi
memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak.
44

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

5.0 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak


Didalam Akta Kanak-Kanak 2001, secara umumnya kanak-kanak dapat
didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Di dalam
akta tersebut kanak-kanak turut diiktiraf tarafnya sama seperti orang
dewasa agar dapat memperolehi hak serta status sebagai manusia di atas
muka bumi ini. Oleh kerana keadaan mereka yang masih belum matang
dan sukar untuk membuat keputusan dengan sendiri, maka Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak telah diwujudkan atas dasar supaya orang
dewasa dapat melindungi kanak-kanak daripada anasir jahat serta perkara
yang tidak baik terhadap golongan kecil ini.
Konvensyen Mengenai Kanak-Kana mula diterima pakai pada Perhimpunan
Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 telah menuntut
agar masyarakat terutama golongan dewasa menjadi peka terhadap
keperluan kanak-kanak dengan mewujudkan persekitaran yang harmoni
dan penyayang. Selain itu, konvensyen ini juga telah menggariskan
beberapa hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama,
bangsa dan kefahaman serta perbezaan diantara mereka. Antara hak yang
terkandung didalam konvensyen ini adalah seperti hak untuk kanak-kanak
memiliki kehidupan yang harmoni, hak untuk memperolehi perkembangan,
hak untuk perlindungan dan juga hak untuk mendapatkan penyertaan
45
didalam masyarakat.

TOKOH

Friedrich Froebel

Maria Montessori

Tokoh
Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2

FRIEDRICH FROEBEL
(1782 1852)

Latar Belakang Tokoh


Anak bongsu dari 5 beradik
Ibunya meninggal sewaktu dia berumur 9 bulan
Beliau tidak gembira semasa zaman kanakkanaknya.
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman.
Beliau digelar sebagai father of kindergarten.

Latar Belakang Tokoh (sambungan)


Beliau telah memulakan sekolah untuk
kanak-kanak di Blakenburg, Jerman pada
tahun 1837
Beliau berpendapat bahawa semua
yang terdapat di alam ini berfungsi
kerana Tuhan dan setiap orang
mempunyai tujuan tertentu untuk
dipenuhi dalam kehidupan ini.

Latar Belakang Tokoh (sambungan)


Menurut beliau " kanak-kanak
umpama biji benih, ibu bapa dan
pendidik umpama tukang kebun,
kindergarten pula ialah taman untuk
kanak-kanak.
Oleh itu kanak-kanak perlu belajar
dalam persekitaran yang terancang dan
kanak-kanak berkembang melalui
bermain

Idea-idea Froebel
Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi
dengan keindahan untuk menarik
perhatian kanak-kanak. Sekurangkurangnya ia dicat dengan warna yang
terang, mempunyai bilik yang senang
dimasuki cahaya, dipenuhi dengan tamantaman, binatang dan gambargambar.Dilengkapi dengan kerusi meja
yang sesuai untuk kanak-kanak.

Idea-idea Froebel
Suasana di taman kanak-kanak
hendaklah dapat mengawal kanak-kanak
daripada pengaruh jahat yang terdapat
dalam masyarakat dan bahaya alam
semulajadi.
Di taman kanak-kanak perlu dipupuk
dengan perkembangan mental, fizikal dan
sosial kanak-kanak.

Idea-idea Froebel
Taman kanak-kanak merupakan satu
pendekatan terhadap latihan kanakkanak.Pendidikan adalah pembinaan
watak atau peribadi kanak-kanak. Ia
hendaklah berdasarkan kepada keperluan
dan keupayaan kanak-kanak.

Idea-idea Froebel
kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui
perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.
menekankan kaedah bermain kepada
kanak-kanak dan belajar melalui membuat.
mencadangkan dalam mendidik kanakkanak perlu menggunakan objek supaya
menimbulkan minat dalam pembelajarannya

Foto Galeri

Anak
Tugutempat
muda
Peringatan
bermain
didilahirkan
Froebel
dirumah
Rumah
Rumah
beliau
Froebel
Friedrich
Froebel
Permainan
Kindergarden
FroebelFroebel

Tokoh
Pendidikan Awal Kanak-Kanak 1

Maria Montessori
(1870 1952)

Latar Belakang Tokoh


Lahir : 31 Ogos, 1870(1870-08-31)
Chiaravalle (Ancona), Itali
Meninggal Dunia : Mei 6, 1952 (81 tahun)
Noordwijk, Netherlands
Tempat tinggal: Noordwijk, Netherlands Nationality
Italian
Pendidikan: University of Rome La Sapienza Medical
School
Pekerjaan : Pakar perubatan & Pendidik
Dikenali sebagai pengasas : Kaedah Montessori dalam
pendidikan
Agama : Katolik
Anak : Mario Montessori Sr.

Latar Belakang Tokoh (sambungan)


Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama di
Italy dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang
berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal.
Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanakkanak cacat di Rome.
Montessori menyokong Froebel dalam pendapat
membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.
Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan,
pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi
membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan
latihan menggunakan deria dengan cekap.

Pendapat Maria Montessori Dalam


Pendidikan Awal Kanak-Kanak
mestilah menghormati kanak-kanak dan
haknya
prinsip penting - persekitaran yang terancang,
kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan
pendidikan adalah untuk menolong kanakkanak membentuk serta membantu
perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan
rohani

Konsep Asas
dalam Pembentukan Kurikulum

Didikan
diri
Persekitaran
yang
tersedia
Minda yang
mudah
menyerap

Bahan
pembelajara
n

Tempohsensi
tif

Konsep Asas
dalam Pembentukan Kurikulum
a. Minda yang mudah menyerap
. melalui deria, sebelum mereka bersedia untuk
diajarkan konsep
. mula menyerap kejadian yang berlaku di
sekelilingnya
. menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran
lagi
b. Persekitaran yang tersedia
persekitaran yang lengkap dengan
pelbagai bahan akan menyokong
pembentukan konsep dan pengetahuan

c. Didikan diri
pembelajaran berbentuk 'betul diri'meniru dan mengulang
d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul
bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas
kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya
secara bebas dan sukarela.

e.Tempohsensitif
Sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran.
Dikesan - menunjukkan kesediaan dan minat
bagi mempelajari sesuatu kemahiran

Prinsip dalam Kaedah


Montessori
1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
2. Konsep kebebasan
3. Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
4. Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
6. Pentingnya disiplin diri.
7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.
8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.
9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.
10.Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang
disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri

Kesimpulan
1. Ibu bapa diberi latihan dalam membimbing anak mereka.
2. Tempoh sensitif berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanakkanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum
daripada orang dewasa.
4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua
jenis pembelajaran.
5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanakkanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui
pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan betul diri.
6. Pengetahuan guru bertambah melalui pengalaman bersama kanak-kanak.
7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang
tersusun dan bersaiz kanak-kanak.
8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanakkanak belajar secara bebas.
9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun
menentu arah pembelajaran mereka.

Bibliografi
http://
praskptm.blogspot.com/2010/02/ingat-tokoh-pend
idikan-awal-kanak-kanak.html
http://
ctfazira.blogspot.com/2009/09/tokoh-pengasaspendidikan-awal-kanak.html?zx=96f7a8a7651ba9c
d
http://en.wikipedia.org/wiki/Maria_Montessori
http://www.dailymontessori.com/montessori-theory
/

Foto Galeri

Maria Montessori

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak- Kanak


2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak
3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak
4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak
5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989.
6.0 Akta 308 dan Akta 550
7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu

67

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanakkanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National
Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan
Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanakkanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan,
asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan
tahun:
Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di luar negara

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di


Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti
Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.
Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman
pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud
Garden of Children.Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom
ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama
The Infant School.
68

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh


Carl Schruz. Seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka
tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat
tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala
kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.

Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu


kanak- kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin.
Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

69

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Ciri-ciri Program Headstart

a) Penglibatan Ibu bapa

Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan


program dan pengurusan prasekolah.
b) Kesihatan
Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan,
pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak
prasekolah.
c) Pemakanan
Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk
menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan
cara menjaga gigi sendiri.
d) Pendidikan
Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk
memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.70

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


e) Perkhidmatan Sosial
Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk
meningkatkan kualiti kehidupan.
f) Ketidakupayaan
Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah
kanak- kanak kurang upaya atau keperluan khas.
g) Kesihatan Mental
Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah
dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.
Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia
Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina,
Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan
prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

71

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua


peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama
ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang
bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanakkanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim
untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal
kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika
secara ringkas.

Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan


pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah
formal.

72

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?


Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanakkanak
Konsep Pertumbuhan:
Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara
kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain
(Atan Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang
melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat
badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat
badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi
12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).
Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku
dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton)
bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi
pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang
lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang
menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali,
2002).
73

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Konsep Perkembangan
Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini
tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat
yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut
manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada
peringkat akhir dewas
Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan the concept of
development, the orderly, durable change in a learner resulting from a
combination of learning, experience, and maturation. Jelas, Paul Eggan
dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang
berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan,
pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).
Aktiviti 2. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami
dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal
kanak- kanak ? 7 Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah
berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan
membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah
melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah
Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a
74
lifetime. (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan


secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi,
social dan moral seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada
berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula
jadi dan sifat-sifat yang sejagat

Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan


1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.
2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.
4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada
setiap individu.
5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan
hingga akhir hayat.
6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang
sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat
tertentu.
8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.
(Mok Soon Sang, 2001)
75

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia
Zaman Sebelum Merdeka Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh
missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan
mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja
belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas
guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di
prasekolah.

76

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Zaman Selepas Merdeka


Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada
Pertubuhan Pekerja- Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang
mirip kepada projek Head Start di Amerika Sharikat. Tadika ini telah
ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan
Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang
beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.
Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di
kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang
miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA,
Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun
1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan
Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan
di seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah
melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru
KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.
KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah
selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini
memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir
bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
77

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di


Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat
daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah
bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di
Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah.
Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah
menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan
Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6
Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan
prasekolah.

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun,


bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun.

78

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Status Masa kini


Program pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah diusahakan oleh
pelbagai badan agensi sama ada kerajaan, swasta, persendirian dan
sukarela. Setiap agensi memainkan peranan penting untuk memenuhi
keperluan pembelajaran kanak-kanak dan dapat menjamin perlindungan
kanak-kanak

Agensi Kerajaan
Agensi kerajaan telah memainkan peranan penting dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Jabatan
Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

79

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Status Masa kini
Kementerian Pelajaran
Kepentingan pendidikan prasekolah mula diambil perhatian yang serius oleh pihak
Kementerian Pendidikan bertujuan untuk menyeragamkan kurikulum dengan
menyediakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah.
Langkah seterunya Kementerian Pendidikan menjalankan satu percubaan di
beberapa buah sekolah rendah yang dipilih untuk tujuan melakasanakan program
prasekolah yang berkesan
Program rintis itu dikenali sebagai Prasekolah Annex.
Program Sekolah Annex ini melibatkan sebanyak 1105 kelas di sekolah rendah dan
26 buah kelas di Maktab Perguruan Malaysia Guru besar sekolah rendah
merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pentabiran sekolah dan
prasekolah.
Guru prasekolah dibantu oleh pembantu guru untuk mengendalikan kelas
prasekolah
Selepas penggubalan Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran meneruskan
dan membuat pengunjuran supaya semua sekolah rendah bantuan kerajaan
mengadakan kelas prasekolah.
Memandangkan tidak semua kanak-kanak menghadiri kelas tadika, pihak Pusat
80 kanak-kanak yang
Perkembangan Kurikulum Menyediakan program transisi bagi
memasuki darjah satu yang dimulakan pada tahun 2000.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Pada tahun 2002 perluasan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran
sebanyak 100 buah kelas.
Perluasan pada tahun 2003 meningkat sebanyak 1500 buah kelas
prasekolah Kementerian Pelajaran.
Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diwajibkan kepada
semua tadika sama kerajaan mahupun bukan kerajaan.
Pada tahun 2004 perluasan sebanyak 400 buah kelas prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2005 perluasan sebanyak 700 buah prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Pada tahun 2006 perluasan sebanyak 493 buah prasekolah Kementerian
Pelajaran 18 Malaysia.
Jumlah keseluruhan prasekolah sehingga Januari 2006 iaitu 4424 buah
prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Mengikut prancangan Kementerian Pelajaran pada akhir Rancangan
Malaysia ke 9 (2010) semua sekolah rendah bantuan kerajaan mempunyai
kelas prasekolah.
Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah menawarkan mata
pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak mulai tahun
81
1987 di sekolah menengah vokasional dan tahun 2004 di sekolah
menengah akademik untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak


Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989
Hak Asasi Kanak-Kanak
Konvensyen ini telah diterima pada tahun 1989, menandakan kemuncak
kerja advokasi selama lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu
dan konsensus kerajaan-kerajaan dunia. Konvensyen ini adalah dokumen
paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika dan normanorma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak
adalah lahir dengan hak asasi semua manusia

82

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550

Akta 308

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) merupakan satu Akta untuk
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan
Taman-taman Asuhan Kanak- kanak dan bagi maksud-maksud yang
berkaitan dengannya. Akta Taman Asuhan kanak-kanak adalah termaktub di
dalam undang-undang Malaysia
Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada untuk
pendaftaran, pengawalan dan pemantauan.
Semua taman asuhan kanak-kanak sama ada di tempat kerja,
persendirian, institusi adalah tertakluk kepada akta
Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanakkanak.
Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan boleh
akan didawka di mahkamah.

83

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Akta 550
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi
mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi
penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia? 45
Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang
berumur dari empat hingga enam tahun. Suatu Akta untuk mengadakan
peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya.
Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan
penyelamat bangsa.
Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan
masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global,
kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Dan
Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan
wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari
segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan
etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik,
liberal dan dinamik. Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk
menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
84
mencapai aspirasi negara Malaysia.

Guru
Orang dewasa yang membimbing dan mendidik kanak-kanak di tadika
dipanggil guru.
Guru tadika membimbing kanak-kanak sekurang-kurangnya 3 jam sahaja
dalam satu hari. Kanak- kanak taska telah banyak mendapat pengalaman dan
pembelajaran ketika berada di taska.
Oleh itu, bagi meneruskan pembelajaran yang bermakna berlaku, guru tadika
perlu memberi perhatian kepada perkara berikut:
(a) Mengetahui program dan kaedah pengajaran yang dijalankan di taska.
(b) Mendapat beberapa maklumat dari ibu dan bapa seperti:
(i) Status pencapaian dan perkembangan yang terkini. (
(ii) Latarbelakang keluarga.
(iii) Potensi dan minat anak.
(iv) Agama dan budaya keluarga.
(c) Mendapatkan maklumat kanak-kanak dari pengasuh di taska:
(i) Tingkah laku dan peribadi.
(ii) Pergaulan dengan rakan.
(iii) Rekod kemajuan dan tindakan susulan.
(iv) Laporan perkembangan fizikal dan kesihatan.
(d) Mengamalkan:
(i) Sifat mesra dan profesional.
(ii) Kesopanan dan berbudi bahasa.
85
(iii) Nilai murni.

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Institusi
Perkhidmatan yang disediakan oleh institusi tadika adalah untuk kanakkanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun.
Istilah murid digunakan untuk kanak-kanak yang menghadiri tadika. Institusi
tadika ini dikendalikan oleh berbagai pihak agensi seperti agensi kerajaan,
swasta dan persendirian.
Pentadbiran tadika perlu beri perhatian pada pengalaman kanak-kanak
yang telah menghadiri taska.
Berikut adalah beberapa perkara yang wajar dipertimbangkan untuk
mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak:
Menyediakan persekitaran yang mempunyai persamaan seperti di taska.
Mempelbagaikan alat permainan yang lebih mencabar dan sesuai dengan
peringkat umur.
Meneruskan konsep mesra kanak-kanak.
Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak.
Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa.

86

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Ibu Bapa
Kesungguhan dan kesediaan anak yang telah mencecah umur 4 tahun
mahukan pengalaman baru ke tadika.

Oleh itu ibu bapa perlu memberi perhatian aspek seperti berikut:
Melawat ke tadika baru
Berkenalan dengan guru tadika.
Memahami kehendak dan keperluan anak mengikut umur.
Memaklumkan perkembangan dan kemajuan anak kepada guru.
Bersedia memberi bimbingan pembelajaran kepada anak.

87

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


DARI TASKA KE TADIKA
Setelah kanak-kanak menyambut hari jadi yang ke empat, ibu bapa
hendaklah menghantar mereka ke institusi tadika pula. Kanak-kanak ini
sudah bersedia diberikan unsur pendidikan dalam pembelajaran mereka.
Terdapat sedikit perbezaan pengalaman dan rutin harian di taska dengan
tadika.
Di antaranya ialah; Keadaan di taska:

Berada di taska selama ibu dan bapa bekerja iaitu dari pagi hingga petang.
Menikmati hidangan tengah hari dan minum petang bersama rakan-rakan.
Tidur selepas makan tengah hari.
Mandi dan menukar pakaian. Keadaan di tadika:
Aktiviti yang dijalankan mengguna Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Tempoh pengajian ialah sekurangnya 3 jam sehari.
Menggunakan jadual persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menggunakan gelaran guru bagi orang dewasa yang mendidik di tadika.
Terdapat pembantu guru yang membantu guru.
88

Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak


TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH
Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu
keadaan kepada satu keadaan yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanakkanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang
tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah.
Tujuan program Transisi:
Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan
kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan
jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke
prasekolah tanpa banyak masalah
89

Kesimpulan
Guru memainkan peranan yg sangat
penting dalam merealisasikan FPK &
FPG.
Jika guru tidak menghayati elemenelemen FPK & FPG dan sebaliknya
mengajar murid-murid dgn sambil lewa
sahaja, apakah yg akan terjadi pd
mereka pada masa depan?
Fikirkanlah

Tutorial 7
Dalam kumpulan, pelajar dikehendaki
membentangkan falsafah pendidikan di
Malaysia berkenaan :
FPK,
FPG
- Model Konseptual Pendidikan Guru
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
dengan menggunakan peta pemikiran
i-Think.
91

ISL 7

Mencari bahan melalui internet dan


perpustakaan mengenai:
4. Falsafah Pendidikan di Malaysia
Peranan Guru dalam merealisasikan
FPK dan FPG.
Implikasi FPK dan FPG terhadap sistem
pendidikan di Malaysia dengan menggunakan
peta pemikiran i-Think. Pelajar dikehendaki
membuat nota mengenainya.
Pelajar memuat turun klip video Teacher make
a difference daripada internet menunjukkan ciriciri keguruan yang boleh dicontohi. 92

Sekian,
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai