Anda di halaman 1dari 94

SEJARAH

KESENIAN ISLAM

Tajuk :
Seni Khat Islam

Pensyarah :
Dr. Samsu Adabi Mamat
AHLI KUMPULAN

ZULKIFLEY MOHAMED ZIN A 109399


SHARIMI MOHD BADRI A 106321
HANIF MD LATEH A 103983
MOHD MAZRAN MOHD FAUZI A 106305
• Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasa
Yunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atau
tulisan ).
• Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat ( tulisan
atau garisan ), yang ditujukan pada tulisan yang indah ( al-
kitabah al-jamilah atau al-khat al-jamil ).
• Syeikh Syamsudin al-Akfani - Ialah ilmu yang
memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penempatannya dan cara merangkaikannya menjadi
tulisan; ataupun apa yang ditulis dalam baris-baris,
bagaimana cara menulisnya, dan menentukan mana yang
tidak perlu ditulis; mengubah ejaan yang perlu digubah
dan bagaiman mengubahnya
• Yaqut al-Musta’simi - kaligrafi adalah sesuatu yang lahir
dari dalaman diri seseorang dan dipersembahkan menjadi
sesuatu yang dapat dilihat.
• Ada beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul
khat. Antaranya ialah:

- khat adalah anugerah daripada Allah kepada manusia.


Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada
Adam dan diwarisi turun-temurun hingga kini.
- Ibnu Khaldun - tulisan jenis masnad berasal daripada
Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-
Munzir di Herat
- Ada juga yang mengatakan khat berasal dari Herat
dan akhirnya ke Hijaz.
- Ada yang mengatakan khat berasal daripada Finiqi
yang diambil daripada huruf Mesir purba.
- Ada pula yang mengatakan berasal daripada tulisan
Nabat (Aramai).
• Kebanyakan ahli sejarah bersetuju
dengan pendapat terakhir, iaitu khat
berasal dari Nabat. Ia sampai ke Hijaz
melalui dua jalan:

- Jalan dekat dari Nabat ke Batra ke Ula, ke


Madinah dan Mekah.

- Jalan jauh, iaitu melalui Harran ke lembah


Furat ke Daumatul Jandal, ke Madinah,
Mekah dan Taif.
Khat Islam
Zaman Rasulullah
• Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang
betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin
bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang
penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan
dengan kedatangan Islam.
• Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah
menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung
yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad
sebelum itu.
• Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w
yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra’ ( bacalah ),
maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci
yang sehingga kini masih kukuh terpelihara
• Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering
mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan
memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan
mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam
sebagai salah satu keperluan asas
• Nabi memerintahkan para sahabat merakam
maklumat-maklumat dengan tulisan dan
mewasiatkan mereka memelihara tulisan
tersebut.
• Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-
anak mereka membaca dan menulis.
• Mengarah tawanan Perang Badar supaya
mengajar anak-anak Ansar membaca dan
menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka.
• Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab
latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk
ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat
yang telah mahir dalam kemahiran menulis.
• Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir
dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang
mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah
semasa di Madinah
• Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada
Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa
tersebut.
• Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis
dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu
seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang
diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi.
• Terdapat juga dikalangan para sahabat yang
mengetahui bahasa Hebrew dan Suryani dan pakar
dalam tulisan-tulisannya
• Selain itu, Baginda juga menekankan tentang
soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-
bagai itu.
• Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf
ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk
huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang
dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera
mengilhamkan para penulis khat berusaha
melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf
dalam bahasa arab.
• Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis
khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin
Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq,
Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`,
Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian,
Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Ka`ab
dan ramai lagi.
• Ubai Bin Ka`ab adalah antara penulis awal
semasa zaman nabi SAW di Madinah, sebagai
penulis surat-surat Rasulullah, manakala Zaid
Bin Tsabit sebagai pengganti ketika ketiadaan
beliau. Mereka berdua juga turut menulis wahyu
Allah SWT.
• Abdullah bin arqam juga dikatakan sebagai
penulis surat kepada Baginda SAW, manakala
Ali pula dikatakan penulis perjanjian yang
berlaku antara mana-mana pihak dengan
Rasulullah SAW.
• Muawiyah pula menjadi penulis selepas
pembukaan Mekah, termasuk juga menulis
wahyu atas arahan Rasulullah SAW
Zaman
Khulafa’ al-Rasyid
• Kepentingan tulisan semasa pemerintahan Khulafa’ al-
Rasyidin semakin bertambah dengan meluasnya
penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama,
pentadbiran dan muamalat harian.
• Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,
al-Quran ditulis di atas berbagai-bagai bahan seperti
halnya semasa zaman Rasulullah s.a.w. bahan-bahan
ini dikumpul oleh Zaid bin Thabit dan kemudian ditulis
di atas lembaran-lembaran yang sejenis.
• Apabila para penghafiz al-Quran semakin
berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan
dan timbulnya kelainan bacaan al-Quran di pelbagai
tempat, maka Khalifah Uthman bin Affan mengambil
lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit
yang diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar
r.a
• Kemudian, beliau menitahkan Zaid bin Thabit, Abdul
Rahman bin Amru al-As, Abdullah bin al-Zubair, Ibn al-
Abbas dan Abdul Rahman bin al-harith bin Hisham
supaya menyalin semula naskhah itu untuk dihantar ke
segenap pelosok negara.
• Apabila siap disalin, Uthman r.a sendiri mengambil satu
naskhah untuk simpanannya.
• Dalam sesetengah riwayat menyebutkan yang beliau
juga turut mengutuskan naskhah-naskhah itu ke
Makkah, Yaman dan Bahrain.
• Beliau juga turut mengutuskan bersama-sama naskhah
itu seorang qari sebagai guru.
• Kesemua naskhah ini disalin di atas lembaran kulit
dengan dakwat hitam. Naskhah-naskhah itu tidak
mempunyai titik, baris dan hiasan bungaan. Ia juga tidak
mempunyai nama-nama surah dan tanda-tanda yang
membezakan di antara ayat-ayat dalam setiap juzuk dan
sebagainya
• Pada masa kekuasaan Khalifah Uthman bin Affan,
penulisan mushaf masih kaku kerana tidak mempunyai
tanda baca.
• Untuk menghindarkan dari salah dalam membaca, ahli
bahasa iaitu Abu al-Aswad bin Sufyan ad-Duali ( w.
69H/688M ) memasukkan tanda baca dan juga titik
diatas perintah khalifah Ali bin Abi Talib
• Tugas yang dilakukan oleh Abu Aswad tadi juga
merupakan permulaan kepada asas ilmu nahu Arab
apabila kesilapan bahasa dalam pertuturan semakin
bertambah dan lari dari bahasa yang betul ditambah
pula dengan kesilapan dalam pembacaan al-Quran al-
Karim
• Usaha yang dilakukan oleh Abu al-Aswad amat penting.
Beliau membariskan dengan teliti kalimah-kalimah al-
Quran dari awal hingga akhir dengan menggunakan
kaedah yang diasaskannya sendiri
• Kaedahnya ialah dengan meletakkan titik di atas
huruf untuk menunjukkan baris atas, titik di
bawah sebagai menunjukkan baris bawah, titik
di depan huruf sebagai baris hadapan dan dua
titik untuk menunjukkan baris dua.
• Ini merupakan suatu peristiwa penting dalam
sejarah al-Quran, tatabahasa dan penulisan
Arab.
• Titik ( dengan erti baris ) bertujuan untuk
menghilangkan kesamaran dalam tulisan
merupakan satu inisiatif untuk memelihara agar
tidak terpesong ketika membaca ayat-ayat al-
Quran
• Titik yang diletakkan oleh Abu al-Aswad bagi
menunjukkan baris adalah berbentuk bulat.
• Oleh kerana ia sebagai tambahan ke atas matan
yang tertulis dengan dakwat hitam, maka titik-
titik itu ditulis dengan dakwat merah untuk
membezakannya darpada matan-matan.
• Disebabkan bimbang jika simbol-simbol yang
diletakkan menyebabkan percampuran, maka
simbol-simbol ini diletakkan dalam bentuk
garisan-garisan nipis yang condong dari kanan
ke kiri atau dalam baris yang sama, yang lebih
luas penggunaannya.
• Kemudian ia ditulis dengan dakwat hitam kerana
ia dianggap sebagai binaan asal bagi huruf.
• Pada zaman Umawi, pelbagai jenis penulisan Khat
telah muncul, antara yang muncul adalah Khat Shami,
muncul dari Bandar Syam, dan juga Damsyik yang
menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umawi.
• Selain daripada yang telah diwarisi dari zaman
sebelumnya seperti Kufi, Madani dan
sebagainya.dikatakan pada zaman Umawi, seorang
individu yang jarang disebut namanya merupakan
pelopor kepada khat Arab iaitu Qutbah.
• Beliau adalah penghubung kepada penulis khat
selepas daripadanya. Qutbah dikatakan menggunakan
4 kaedah penulisan iaitu Jalil, Thumar, Sulul, dan Nisf.
Akan tetapi, kaedah penulisan oleh Qutbah tidak
sampai ke hari ini, yang ada hanyalah penulisan
Thumar yang digunakan pemerintah, seperti yang
digunakan oleh Muawiyah.
• Selain daripada Qutbah, penulis selepas beliau
antara lainnya adalah Malik Bin Dinar yang
meninggal pada 130 H menggunakan batu bata
sebagai pena untuk menulis Mashaf.
• Antara lainnya, Khalid Bin Abi Haiyaj menulis
ayat Quran, Syair dan lain-lain menggunakan
warna emas. Pada zaman ini, perkembangan
penulisan khat berlaku ke serata tempat.
• Ketika zaman kekhalifahan Bani Umayyah (661-
750) mulai timbul ketidakpuasan hati terhadap
khat kufi yang dianggap terlalu kaku dan sulit.
Daripada ini banyak perubahan yang dilakukan
terhadap penulisan khat dengan gayanya yang
tersendiri. Antaranya yang popular ialah, Tumar,
Jali, Nisf, Sulus, dan Sulusan.
• Pada zaman ini, penulisan diatas Ar-Rukkun dan juga
kulit diteruskan, kemajuan dan perkembangan semasa
telah menambahkan lagi bahan-bahan untuk menjadi
tempat tulisan. Pada zaman ini, antara
penambahannya adalah ;
- Penulisan dilakukan di atas kertas, disebut Qaratis
dalam Bahasa Arab. Bahan kertas ini diperbuat dari
Bardi iaitu sejenis tumbuhan yang terdapat di Mesir.
Perkembangannya sehinggalah ke Rum, Baghdad dan
Mesir.
- Selain itu, pada era Umawi penggunaan Qimash Al-
Harir telah mula digunakan juga, iaitu Kain Sutera turut
menjadi bahan untuk menulis. Antaranya adalah Umar
bin Abi Rabia`h pernah menggunakannya untuk
menulis surat.
• Pada masa ini juga dikembangkan lagi gaya-
gaya baru dan pengubahsuaian bentuk-bentuk
lama yang menghasilkan khat-khat Khafif Sulus,
Khafif Sulusain, Riyasi dan al-Aqlam as-Sittah
( Sulus, Nasakh, Muhaqqaq, Raihani, Riqah dan
Tauqi’ ).
• Tokoh terkemuka pada zaman ini ialah al-Ahwal,
Ibnu Muqlah, Ibnu Bawwab dan Yaqut al-
Musta’simi.
• Melalui penciptaan Ibnu Muqlah, khat-khat
direka dengan bentuk yang geometris.
• Ciptaan Ibnu Muqlah ini dinamakan al-Khat al-
Mansub yang diukur mengikut nipis tebal,
panjang pendek serta lengkung goresan secara
pasti sehingga menghasilkan bentuk anatomi
yang seimbang
• Khat al-Mansub dicipta dengan ukuran dan sudutnya
yang tepat serta kaedah untuk meletakkan titik dan
juga barisnya.
• Kaedah tersebut dibuat sehingga memberikan khat
satu corak keindahan yang tersusun yang bergantung
pada jalinan titik, bentuk bulat dan penulisan
• Dia menjadikan huruf alif yang dahulunya ukuran
panjangnya ditetapkan melalui bilangan beberapa titik
untuk satu bulatan dan semua huruf diukur mengikut
titik-titik tersebut
• Kemudian, ia dikembangkan lagi oleh Ibn Bawwab
menjadikannya lebih eksklusif dan menarik.
Seterusnya, Yaqut al-Musta’simi mengemaskinikan
lagi khat Ibnu Muqlah dan Ibnu Bawwah dengan
bentuk tersendiri.
• Yaqut mendapati bahawa kaedah penulisan khat al-
Mansub yang dibuat oleh kedua-duanya mempunyai
kekukuhan serta kesinambungan antara ukuran, sudut
dan keindahan bentuk
• Tetapi ia memerlukan cara yang lebih unik dalam
membuatnya, iaitu dengan menambah keindahan
bentuknya, huruf dan kesinambungan pada semua
unsurnya.
• Dia telah menumpukan sepenuh usahanya dalam aliran
ini dan berjaya mencipta pen yang belum pernah dibuat
sebelum itu. Dia telah menjadikan mata pennya lebih
nipis dan menambahkan kecondongannya yang
membentuk satu keindahan yang tinggi dalam
mengemaskinikan enam bentuk pen khat al-Mansub.
• Penciptaaan ini telah membuahkan hasil dengan cepat
dan ia tersebar ke pelbagai pusat kebudayaan yang
sering bersaing di Baghdad.
Antara ahli khat zaman Abbasi ialah ;

- Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis


al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth.
- Yusuf al-Syujairi menghasilkan khat al-Riyasi.
- Al-Hasan al-Naqulah mahir dalam khat nasakh
- Muhammad bin Muqalan mahir dalam khat al-Duri
- Muhammad al-Samsari & Muhammad bin Asad
telah memperbaiki khat nasakh dan Tauqia’ah.
- Abu Hasan Ali bin Hilal ( Ibnu Bawwab )
memperlengkapkan lagi kaedah penulisan khat.
- Syeikh Jamaluddin Yaqut al-Mustakami, ahli khat
yang handal di Baghdad
• Perkembangan khat al-nasakh di Syam
serta perkembangan khat thuluth dan khat
thuluthain di Mesir telah membentuk satu
contoh yang dijadikan panduan oleh
penulis khat Turki.
• Jemputan sultan Uthmaniyyah terhadap
beberapa orang penulis khat dari Iraq,
Syam dan Mesir bersama-sama para
seniman dan pereka ke Istanbul telah
memberi peranan yang besar dalam
mengembangkan khat dalam kerajaan
Uthmaniyyah.
• Orang Turki menggunakan khat al-ta’liq al-farisi
ketika menulis bahasa mereka yang boleh
berubah ke huruf Arab. Di samping itu, mereka
juga menggunakan khat al-mansub yang
digunakan dalam pelbagai bentuk penggunaan.
• Satu lagi jenis tulisan yang berpengaruh di dunia
Islam ialah jenis Diwani yang dikembangkan
oleh penulis-penulis kesultanan Uthmaniyyah
pada akhir abad ke-15.
• Jenis khat Diwani digunakan
terutama untuk dokumen rasmi,
pengisytiharan dan cop mohor
rasmi yang dicipta untuk setiap
sultan Uthmaniyyah.
• Jenis khatDiwani tidak pernah
terkenal sebagai tulisan al-Quran
atau ukiran.
Tokoh terkenal Seni Khat Zaman
Uthmaniyyah

• Abdullah al-Sirafi al-Baghdadi.


Muncul pada abad ke-9.
• Syeikh Hamdullah al-Amasi.
• Ahmad al-Qurrah Husari
• al-Hafiz Uthman ibn Ali muncul pada
akhir abad ke-11 H.
• Datang daripada pengaruh seni khat dari
Parsi.
• Galakan daripada pemerintah Mughal
pada ketika, maka melahirkan ramai tokoh
seni khat yang masyhur.
• Maharaja Akhbar;- terdapat ramai ahli
khat yang tersohor. Antaranya ialah
Muhammad Husain Kashmiri yang juga
dikenali dengan Zarin Qalam ( Golden
Pen ). Beliau menyalin semula khat-khat
Parsi dan mengemaskinikannya kembali
dalam bentuk yang baru.
• Maharaja Akhbar;- Menjalankan projek mega
dalam pemerintahannya iaitu khususnya dalam
bidang kaligrafi Islam. Dalam projek mega
tersebut, baginda memperkenalkan projek
Hamzane iaitu salah satu projek yang
mengaplikasikan ilustrasi-ilustrasi Mughal
dengan kaligrafi-kaligrafi Islam.
• Maharaja Jahangir;- baginda memperkenalkan
satu folio yang mana di dalamnya terkumpul
kaligrafi-kaligrafi Islam dalam pelbagai bentuk
dan jenis. Baginda amat menitikberatkan
bentuk-bentuk khat nasta’liq dan folio-folio
tersebut disediakan oleh pakar-pakar kaligrafi
Islam.
Tokoh Tersohor
Zaman Mughal
• Muhammad Husain Kashmiri
• Mir Dauri Katib
• Abd al-Haqq Shirazi (Pereka Khat
pada makam Maharaja Akhbar & Taj
Mahal.
KERAJAAN FATIMIYYAH
• Persekitaran semasa dan tradisi silam telah
mempengaruhi kesenian khat di Mesir.
• Al-Qalaqshandi terkenal sebagai orang yang
banyak memberikan sumbangan khat di Mesir.
Beliau sentiasa berpegang kepada tradisi silam
yang terpelihara dalam Diwan Insha’.
• Khat yang paling lama muncul di Mesir ialah
khat tawqi dan raqa’ah.
• Antara tokoh seni khat zaman Fatimiyyah yang
terkenal ialah Al-Qalaqshandi dan al-Athari.
Jenis-Jenis Khat Zaman Fatimiyyah

• Tumar
• Mukhtasar tumar,
• Thuluth
• Khafi al-thuluth,
• Tawqi
• Raqa’ah
• Muhaqqaq
• Raihan
• Ghubar
• Manthur
• Hawashi
• Di Sepanyol terikat dengan kaedah yang digunakan di
Madinah. Untuk baris hamzah wasal yang datang di
awal perkataan, titik hijau atau lazaward digunakan
• Antara uslub yang paling ketara kelainannya ialah
penggunaan khat Maghribi yang tersebar di Afrika Utara,
Tengah, Barat dan juga di Sepanyol.
• Khat ini mengandungi peringatan tentang tahun-tahun
awal pembukaan Islam dan seterusnya peringatan hari
pertama penukilan di dalam penulisan Arab dalam
beberapa masalah seperti turutan huruf-huruf abjadiah
dan titik-titik di atas sesetengah huruf serta barisnya
sekali
• Apa yang jelasnya uslub ini muncul buat pertama kalinya
di Bandar Qairawan yang diasaskan pada tahun 50H
dan dalam jarak masa yang singkat ia bertukar menjadi
pusat ilmu, pemikiran dan kesenian.
• Selain mempunyai corak baru yang dikenali
sebagai khat Qairawan nisbah kepada tempat
mula berkembangnya khat ini, banyak uslub-
uslub lain yang turut muncul seperti khat
Mahdiyah dan khat Andalus atau Cordova
• Khat Sepanyol telah berjaya mengambil alih
tempat khat Qairawan dan Mahdiyah di Utara
Afrika sehinggalah penghujung zaman
pemerintahan golongan Muwahhidun
• Setelah itu muncul khat Farsi dan diiikuti khat
Sudani bermula dari abad ke-7 Hijrah. Pada hari
ini di Afrika terdapat berbagai-bagai bentuk
uslub yang berlainan iaitu bentuk khat Tunisia,
Algeria ( al-Jazair ), Maghribi dan Sudan
• Seni khat telah sampai ke Alam melayu
serentak dengan kedatangan Islam di
rantau ini.
• Sumbangan yang besar kepada Alam
Melayu kerana sebelum ini mereka bukan
sahaja buta huruf tetapi juga tidak
mempunyai tulisan.
• Tulisan yang diperkenalkan oleh Islam di
rantau ini dikenali sebagai tulisan jawi.
• Pada zaman keagongan kerajaan Melayu
Islam di seluruh Alam Melayu, seni khat
diabadikan di atas duit syiling.
• Selain itu cokmar, cop mohor, pingat dan
bintang kebesaran kerajaan negeri di
Malaysia juga diukir dengan ayat al-
Quran.Juga diabadikan di atas temuan
songket untuk memperolehi perlindungan
daripada Allah. .
• Pameran seni khat diadakan di Pusat
Islam, jabatan Perdana Menteri dan lain-
lain. Ini adalah tanda kebangkitan kembali
penghayatan dan penghargaan terhadap
seni khat dan ukiran Islam.
Tokoh-Tokoh Seni Khat Di
Nusantara
• Tokoh Khat Malaysia yang terkenal ialah,
Syed Abdul Rahman al-Attas
• Wan Ahmad bin Muhammad Zain (1856 -
1908) atau lebih dikenali sebagai Syeikh
Wan Ahmad Patani .
• Khat yang tertua sampai ke Malaysia ialah Batu
Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303
Masihi.
• di seluruh Alam Melayu dan Samudra, Pasai,
Aceh, Jawa, Perlis, Kedah, Perak, Johor dan
lain-lain banyak terdapat batu-batu nesan yang
mengandungi khat yang diukir dengan ayat al-
quran terutama makam sultan dan mubaligh
Islam.
• Di Malaysia seni khat dimajukan daam pelbagai
bidang, misalnya diukir di atas kayu keras
Zaman
Awal Islam
Zaman
Awal Islam
SEKIAN
TERIMA KASIH