Anda di halaman 1dari 53

KUMPULAN 6

SEJARAH KESENIAN ISLAM


(PPPJ 3633)

SENI KESUSASTERAAN ISLAM

AZIMA BT MAT ZIN @ ISMAIL (A106102)


SUZANA BT MOHD FAUZI (A106334)
NIK KHADIJAH BT NIK LAM
(A106053)
PENGENALAN
Semenjak zaman purba masyarakat Nusantara
telah bersastera dengan menghasilkan pelbagai
bentuk puisi seperti nyanyian rakyat, seloka,
pantun, bidalan, gurindam dan jampi mentera.

Sebelum Islam, sastera mereka dipenuhi unsur-


unsur animisme dan Hindu-Buddha
terutamanya dalam puisi mistik.
 Beberapa pembaruan dapat dilihat selepas
kedatangan Islam.

 Unsur-unsur Islam beransur-ansur


menggantikan unsur-unsur sebelumnya.
Bentuk-bentuk puisi Timur Tengah seperti
syair, masnawi, rubai, kit’ah, ghazal dan
nazam juga di samping bentuk-bentuk prosa
seperti kisah, hikayat, riwayat, dan sejarah
diperkenalkan pada zaman ini.
 Pada kurun ke-2 dan ke-3H perkataan al-Adab
digunakan untuk mengenali syair-syair dan
cerita-cerita bangsa arab.
 Beberapa kitab telah dikarang untuk tujuan ini
dan ia dinamakan ‘kitab adab’
 Perkataan adab juga digunakan untuk
menunjukkan tentang penghuraian seni yang
indah sama ada ia terdiri dari syair/ prosa yang
meliputi pelbagai seni misalnya khutbah,
perumpamaan, cerita-cerita, teater dan pidato
(maqamat).
KESUSASTERAAN DI ZAMAN
PERMULAAN ISLAM
 Para penyair mula terpengaruh dengan al-
Quran dan al-Hadis.
 Menjadikannya sebagai sumber ilham untuk
mencipta semangat,bahasa dan laras yang
sesuai dengan ajaran Islam.
 Mereke menukar tema-tema syair yang
terpesong drp dasar-dasar pengajaran Islam
kepada tema yang mempertahankan Islam
 Mengungkapkan syair dalam bentuk yang
mudah dan ringkas dengan mengambil lafaz,
gaya bahasa dan makna drp al-Quran.
 Antara penyair yang masyhur pada zaman ini,
Hassan bin Thabit yang meninggal dunia pada
tahun 54H (674M),Kaab bin Zuhair
26H(645M), Abdullah Rawahah 8H(629M)
dan ramai lagi.
 Dengan terhasilnya pelbagai bentuk prosa
maka berkembang pula pidato dan cabang-
cabangnya.
 Ia berkisar tentang pengertian Islam, galakan
berjihad, kemenangan agama Islam yang
diungkapkan dengan pelbagai ungkapan
dengan mengambil panduan drp al-Quran dan
lain-lain lagi.
 Mereka juga mengambil kira idea-idea dan
topik perbincangan di bawah satu tajuk yang
mempunyai kaitan.
 Surat-surat dan buku-buku semakin bertambah
bagi memenuhi kehendak kerajaan.
 Sebagai contohnya, Rasulullah SAW pernah
menulis surat kepada raja-raja dan para
pemerintah untuk menyeru mereka kepada
agama Islam serta membuat perjanjian damai
dengan orang bukan Islam seperti Perjanjian
Hudaibiyyah dan perjanjian dengan penduduk
Najran.
 Khulafa’ al-Rashidin juga telah menulis buku-
buku untuk penduduk di negara yang baru
dibuka serta kepada ketua angkatan perang
Islam.
 Buku-buku tersebut menyentuh tentang
peperangan dan strategi ketenteraan serta
interaksi penduduk negeri tersebut .
 Mereka juga telah memeteraikan perjanjian dan
persetiaan seperti perjanjian yang telah
dimeterai oleh Khalifah Umar bin al-Khattab
r.a dengan penduduk Baitulmaqdis 23H
(644M).
KESUSASTERAAN ZAMAN
UMAWIYYAH
 Pada zaman ini muncul beberapa faktor seperti
politik, kebudayaan dan sosial.
 Faktor tersebut amat mempengaruhi halatuju dan
kepelbagaian matlamat syair.
 Lahirnya syair-syair yang bertemakan politik yang
sama-sama memainkan peranan dalam membantu
parti-parti politik pada masa itu yang terdiri drp gol.
Umawiyyah, Zubayyriyah, Khawarij dan puak-puak
Imamiyyah.
 Di antara penyair yang terkenal dengan peranan ini
ialah Abdullah bin al-Zubair 73H (692M) dan Ibnu
Qais al-Ruqiyyat 85H (704M).
 Di antara penyair yang terkenal dengan
peranan ini ialah Abdullah bin al-Zubair 73H
(692M) dan Ibnu Qais al-Ruqiyyat 85H
(704M).
 Penyair yang menyokong gol.Khawarij
pula ialah Imran bin Hattan 84H (703M),
al-Tarammah 125H (743M) dan Qatri
bin Fuja’ah 78H (697M).
 Manakala penyair terkenal bagi ahli al-
Bait ialah al-Kumait bin Zaid 121H
(744M).
 Bagi gol.Umawiyyah pula penyair terkenal mereka
ialah al-Akhtal al-Taghallubi 90H (708M),Nusaib
bin Rabah 108H (726M), ‘Adi bin al-Raqa’ 95H
(714M).
 Pada zaman ini juga telah muncul kembali syair-
syair yang bertemakan permusuhan apabila setiap
kabilah memuji kabilah masing-masing dengan
memuji keturunan dan kedudukan mereka serta
merendahkan yang lain. Ini hampir sama apa yang
berlaku pada zaman Jahiliah.
 Permusuhan ini menyebabkan lahirnya pertandingan
secara individu di antara penyair-penyair yang
dikenali dengan nama “Naqha’id” (perdebatan).
 Dalam pertandingan ini setiap penyair cuba
memperlihatkan kehebatan mereka bersyair dengan
tujuan untuk mendapatkan kemenangan iaitu dengan
cara mengeji dan meneyebut kelemahan penyair lain
di samping berbangga dengan diri dan kabilahnya.
 Di antara perdebatan kesusasteraan yang termasyhur
pada masa ini ialah di antara Jarir dengan
Farazdaq,kedua-duanya meninggal dunia pada 115H
(728M) dan perdebatan di antara jarir dengan al-
Akhtal.
 Dengan tersebarnya syair-syair bertemakan pujian,
ejekan dan kemegahan lahir pula kumpulan penyair
yang hanya menguasai satu tema sahaja seperti tema
kasih sayang yang mendayu-dayu seperti Qais bin
Zarih 68H (688M) dan Jamil Bathinah 82H (701M).
 Manakala penyair yang terkenal dengan
tema yang berbentuk hiburan dan
keseronokan pula ialah seperti al-Walid
bin Yazid 126H (744M) dan Abu al-
Hindi.

 Penyair yang terkenal dengan alam


semula jadi pula seperti Zi al-Rummah
117H (735M).

 Penyair yang menggunakan perkataan


lucah pula ialah Abu al-Najm al-‘Ujli
130H (747M) dan ramai lagi.

 Penyair yang menggunakan tema


zuhud pula seperti Urwah bin Uzainah
 Kebanyakan syair pada zaman ini tidak
berbeza dengan syair-syair pada zaman
Jahiliah dan di awal kemunculan Islam dari
aspek metodologi lafaz dan iramanya
(prosidi).
 Majoriti para penyair pada masa itu terikat
dengan sistem qasidah yang diwarisi.
 Mereka menggunakan gambaran untuk
menyampaikan makna syair , manakal
khayalan mereka pula dipengruhi oleh
imaginasi persekitaran.

 Namun kadangkala terdapat juga


sesetengah penyair yang menggunakan
 Manakala prosa pada zaman ini pula
mencapai perkembangan yang lebih pesat
daripada zaman sebelumnya.
 Pidato menjadi semakin bermutu dan
meningkat selepas bertambahnya faktor
pendorong hasil daripada dakyah-dakyah
politik daripada pelbagai puak.
 Ekoran daripada itu, utusan berduyun-
duyun menuju ke istana, mereka
memperdengarkan pidato-pidato sesama
mereka.
 Pada hari-hari perayaan pula khalifah, para
gabenor dan ilmuan akan mengadakan
majlis berpidato.
 Pidato pada zaman ini terkenal dengan
kemantapan gaya bahasa, mengambil
ilham dari al-Quran yang dimulai
dengan pujian kepada Allah dan diakhiri
dengan meminta keampunan kepada-
Nya(Istighfar).
 Di antara barisan pemidato yang
terkenal pada zaman Bani Umawiyyah
ialah Muawiyyah bin Abu Sufyan 60H
(680M), Abdullah bin al-Zubayr 73H
(692M),al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi
95H (714M) dan ramai lagi.
 Pada zaman ini juga muncul
perdebatan di antara puak-puak dan
mazhab fiqh.
 Masing-masing cuba membidas
hujah lawan mereka dengan
mengemukakan idea dan hujah
berdasarkan bukti yang kukuh.
 Perdebatan yang terkenal antara
Qatadah 118H(736M) dengan Zuhri
124H(742M) dan lain-lain lagi.
 Manakala bidang penulisan
bertambah meningkat lantaran
meluasnya urusan pentadbiran
negara.
 Buku-buku sastera makin bertambah
 Keperluan khalifah kepada penulis-
penulis yang berpengalaman yang
mementingkan kerapian dalam
memilih lafaz-lafaz dsb.
 Antara penulis terkenal ialah Salim
Maula Hisham dan Abdul Hamid al-
KESUSASTERAAN DI ZAMAN
‘ABBASIYYAH
 Perkembangan sastera Arab pada masa ini
berlangsung sejak 132H/750M sehingga
656H/1258M.
 Pengkaji kesusasteraan telah membahagikan
zaman ‘Abasiyyah kepada tiga bahagian iaitu :
Zaman ‘Abasiyyah I ( 132H/750M – 232H/846M)
iaitu setelah bermulanya kejatuhan Kerajaan
‘Umawiyyah.
Zaman ‘Abasiyyah II, bermula pada 232H/846M
sehinggalah penguasaan Bani Buwaih ke atas
Baghdad pada tahun 334H/945M
Zaman ‘Abasiyyah III, bermula dari penguasaan
Bani Buwaih ke atas Baghdad dari kejatuhannya
di tangan Monggolia pada tahun ‘656H/1258M.
ZAMAN ‘ABBASIYYAH I
 Memperlihatkan kemajuan pesat dalam
kehidupan bangsa Arab iaitu dengan
jalinan perhubungan antara kebudayaan
Arab dengan kebudayaan lain seperti
India, Farsi dan Yunani ( Greek ).
 Wujudnya percampuran antara pakar
kebudayaan tersebut dengan bangsa Arab
dan penguasaan mereka dalam bahasa
Arab .
 Keadaan ini memberi kesan samada ke
atas kepada syair mahupun prosa.
 Syair yang dicipta oleh para penyair
mempunyai tema-tema lama, antaranya
pujian, sindiran atau celaan, gurauan,
ratapan dan fantasi.
 Kadang-kadang mereka mempelbagaikan
tema-tema dengan menggunakan makna-
makna yang baru, gambaran-gambaran
yang menarik hati serta diilhamkan dari
kehidupaan yang moden.
 Mereka menggunakan uslub atau laras
bahasa yang dikenali sebagai Uslub al-
Muwallidin iaitu uslub atau susunan ayat
yang menghimpunkan antara uslub yang
 Syair yang berbentuk pujian ini berkembang
dengan memasukkan gambaran-gambaran
tentang contoh tauladan, sifat keberanian
orang Arab dan peristiwa-peristiwa yang
besar.
 Juga menggambarkan tentang kesan-kesan
runtuhan bangunan ( kediaman, kampung )
al-itlah, gambaran-gambaran tentang
istana, taman, pemandangan semula jadi
dan majlis minum ( parti ).
 Antara penyair bertemakan pujian yang
paling masyhur ialah Bashar bin Bard yang
meninggal dunia pada tahun 167H/784M,
Abu Nuwas, meninggal dunia pada tahun
198H/814M dan Abu Tamam meninggal
SYAIR ABU NUWAS
Ya Tuhanku, walau bagaimana besar dan
banyaknya dosaku,
Aku mahu pengampunan-Mu jauh lebih besar
daripada dosaku,
Kalau yang mengharapkan kurnia-Mu itu orang
baik-baik saja,
Kepada siapakah lagi aku bernaung dan
berlindung, orang berdosa?
Aku mohon kepadaMu ya Tuhan, sebagai yang
Engkau perintahkan,
dengan kerendahan hati,
kelau Engkau tolakkan tanganku, kepada
siapakah lagi yang mohon
di kasihani?
Tidak ada perantaraku kepada Engkau, hanya
harapan dan
SAJAK MEMOHON TAUBAT,
ABU NUWAS
Tuhan, walau dosaku besar sekali
Aku tahu Kau Maha Pengampun
Kalau yang mengharap kepada-Mu
Hanya orang-orang yang saleh
Kepada siapakah pendosa ini berlindung?

Kalau tanganku kau tolak


Siapa lagi akan mengampuni daku?
Hanya kepadaMu aku berharap dan memohon
Sebab kau Maha
Indah dan Maha
Pengampun
Selain itu aku ini
Selain muslim
Syair Celaan
 Dipenuhi unsur penghinaan yang
hebat.
 Antaranya : menghina khalifah @

menteri yang menyeleweng


 Di antara penyair yang masyhur :

Da’bal al-Khuza’I, Ahmad ‘Ajrad


Syair Rintihan
 Merintih terhadap pemerintah,

tentang kampung halaman, haiwan


dan alam semulajadi
 Tema-tema baru dipelopori di zaman
ini ialah syair berbentuk ilmiah yang
menitikberatkan pembukuan ilmu ke
dalam bentuk buku syair.
 Juga, syair yang membicarakan nilai-
nilai & kemuliaan, alam semulajadi,
pengembaraan, cerita jenaka dan
ganjil.
 PROSA
 Kepelbagaian prosa, pengaruh dari
kebudayaan Yunani, Farsi & India.
 Pengaruh pemerintahan Farsi seperti
surat-surat rasmi, wasiat, surat
perjanjian dengan menggunakan
perkataan yang lebih menarik.
 Perdebatan berunsur ilmiah
berkaitan fiqh, tauhid dll berikutan
perdebatan antara mazhab
 Penulisan buku dalam kategori
bahasa, sastera, hadith, fiqh, tafsir,
sejarah dll.
 Antaranya : al-Muwatta’ karangan
Imam Malik, al-Umm karangan
Imam Shafii.
 Bidang pidato : pidato berunsur
politik semakin berkurangan
manakala pidato berunsur
keagamaan semakin berkembang.
 Sahl b. Harun, ‘Amru b. Mus’adah
KESUSASTERAAN DI ZAMAN
ABBASIYAH II
• Syair pada masa ini masih
berkembang maju sebagaimana pada
zaman Abasiyyah I,
• memperbanyakkan penggunaan ‘illah
(sebab-sebab), qias, kata-kata yang
menakutkan dan berlebih-lebihan.
• Mereka banyak menggunakan syair-
syair berbentuk puji-pujian (ucapan
tahniah), surat-menyurat, gambaran
alam semula jadi dan kemajuan
 Sesetengah daripada mereka
terpengaruh dengan aliran tasawuf
yang tersebar luas ketika itu, lalu
mereka membicarakan tentang
kecintaan kepada Ilahi dan darjat-
darjatNya, tentang pemikiran fana
dalam Zat Allah, mujahadah diri dan
lain-lain lagi tentang hakikat
pengajaran tasawuf
 Dalam masa yang sama syair-syair
berbentuk pendidikan mula
berkembang dan para penyair
menyusunnya dalam bentuk al-arajiz
dalam pelbagai bidang, seperti dalam
 Di antara penyair-penyair yang
terkemuka pada masa ini ialah Ibnu
al-Rumi, meninggal dunia pada tahun
283H/896M, al-Bahturi, meninggal
dunia pada tahun 284H/897M, Ibnu
al-Mu’taz yang meninggal dunia pada
tahun 296H/909M, Ibnu Bassam,
meninggal dunia pada tahun
302H/914M, al-Hajjaj, meninggal
dunia pada tahun 309H/922M, al-
Shibli, meninggal dunia pada tahun
334H/946M.
 prosa berkembang aktif dalam
berbagai bidang seiring dengan
bertambahnya surat-surat rasmi
dan tidak rasmi. Demikian juga
dengan lahirnya penulis-penulis
yang sangat teliti dalam memilih
ungkapan yang indah,
menggunakan corak syair-syair
yang menarik, mengimbangi
bentuk ungkapan mengikut irama
vokal dan rima yang lebih sesuai.
 Setelah itu, wujud surat-surat
berunsur kesusasteraan yang
 Sebagaimana bidang-bidang lain, bidang
penterjemahan juga mementingkan kepada
maksud tanpa terikat kepada teks (bahasa sumber),
dan penterjemah memberikan contoh kepada
maksud perkataan yang diterjemahkannya (bahasa
sasaran), kemudian menjelaskan maksud itu dalam
bentuk sastera.
 Perdebatan juga banyak berlaku di kalangan
ulama’ tauhid, ahli fiqh dan ahli bahasa.
 Pidato semakin lemah di zaman kerajaan ini, tetapi
kata-kata nasihat yang berpandukan hikayat dan
kisah yang mengajak manusia supaya zuhud di
dunia dan mengekang kehendak hawa nafsu
 Gerakan ilmiah semakin berkembang pada
zaman ini kerana didorong oleh faktor
pembangunan. Oleh itu, berkembanglah
ilmu syar’iyyah, bahasa dan nahu.
Seterusnya berlaku banyak pembukuan
dan gerakan penulisan sejarah dari
pelbagai jenis, di samping berkembangnya
ilmu sains hayat dan perubatan.
KESUSASTERAAN PADA
ZAMAN ABBASIYAH III
 Perkembangan zaman ini bermula dari
tahun 334H/946M sehinggalah kejatuhan
kerajaan Baghdad pada tahun
656H/1258M.
 Kerajaan ini dibahagikan kepada beberapa
wilayah dengan nama-nama tertentu di
bawah pentadbiran masing-masing. Setiap
wilayah bebas menjalankan urusan dalam
wilayah masing-masing (kuasa autonomi)
seperti kerajaan Buwaih, kerajaan al-
Samaniyyah dan kerajaan al-
 Walaupun terdapat kelemahan dalam
sistem politik, namun ini tidak memberi
apa-apa kesan kepada gerakan ilmu
daripada terus berkembang pesat
sehingga terebar ke Iraq, Farsi, Khurasan,
Mesir, Syam dengan sebab sikap
keprihatinan dari pemimpin ‘Abbasiyyah.
 Para pemerintah kerajaan ini memberi
penghormatan terhadap sasterawan dan
penyair, oleh itu, mereka diberi ganjaran
dan pengurnian yang banyak. Mereka
diraikan di majlis-majlis ilmu dan sastera.
 Perubahan suasana politik serta
perkembangan mazhab-mazhab falsafah
dan ahli tasawuf telah membawa kepada
perkembangan tema terhadap syair-syair
klasik.
 Kemudian muncul pula tema-tema yang
baru dalam syair seperti syair falsafah, sufi
dan sindiran-sindiran jenaka yang lahir di
Baghdad.
 Terdapat di kalangan penyair Mesir yang
menghasilkan syair-syair berbentuk puji-
pujian dengan menaikkan semangat
patriotik yang tidak diketahui sebelum ini.
 Ahli-ahli sufi pula mengutarakan syair
mereka dengan berbagai-bagai jenis
kinayah (kiasan) dan lambang yang
tersirat dari syair gurauan dengan gaya
yang mengasyikkan. Kiasan juga terdapat
di dalam syair mereka yang menyifatkan
tentang sesuatu perjalanan dan
pengembaraan malam, sepertimana ia
menjelaskan hakikat-hakikat (konsep
tasawuf), pembahagian cerita-cerita dan
keadaan sekelilingnya.
 Terdapat sesetengah penyair yang
menyelitkan syair-syair mereka dengan al-
hikmah (kata-kata hikmah),
perumpamaan, penerangan mengenai
hakikat-hakikat falsafah dan kritikan
 Sementara itu,prosa telah berkembang di
zaman ini dengan ketara sekali. Oleh itu,
banyaklah terdapat surat-surat rasmi dan
tidak rasmi pelbagai jenis seperti surat-
surat penghargaan, pujian, tohmahan,
celaan dan simpati.
 Kebanyakan surat-surat itu dikumpulkan di
dalam bentuk sajak-sajak pendek,
kemudian dinukilkan dengan gambaran-
gambaran yang jelas, bahasa-bahasa yang
indah sehingga menjuruskan kepada satu
kesimpulan yang mengandungi bait-bait
syair yang memberi makna yang indah. Al-
Quran, hadith dan perumpamaan dijadikan
SASTERA DI ANDALUS
 Syair begitu popular di sini sejak kurun ke-
3H, disebabkan khalifah Kerajaan al-
Umaiyyah mengambil berat tentangnya.
Antara mereka ialah ‘Abdul Rahman al-
Awsat yang meninggal dunia pada tahun
238H/852M.
 zaman Emiret al-Tawaif, khalifah-khalifah
pada ketika itu mengadakan majlis-majlis
ilmu, sastera dan pembacaan syair seperti
yang berlaku pada zaman al-Mu’tadid
al-‘Ubbadi
 Syair-syair mereka yang paling menarik
ialah yang bertemakan keadaan alam
semula jadi negara, seperti
menggambarkan keindahan alam semula
jadi yang mengandungi taman-taman
yang indah, rintihan kerajaan-kerajaan
Islam yang telah jatuh ke tangan Kristian
dan memohon pertolongan raja-raja Islam
untuk menentang orang Nasrani.
 Para penyair mencipta qasidah (syair)
yang panjang menerangkan tentang ilmu
pengetahuan dan kesenian seperti Urjuzah
oleh Ahmad bin ‘Abdu Rabbih yang
menulis berkaitan dengan sejarah, Alfiyah
Ibnu Malik, berkaitan dengan nahu dan
 Mereka menitik beratkan konsep
merealisasikan khayalan-khayalan dan
konsep personafikasi.
 Mereka juga mencipta sejenis syair yang
berlainan daripada syair-syair masyriq dari
segi wazan dan qafiah, yang dinamakan
muwashahat dan sebuah muwashah
dalam bahasa pasar telah dicipta dan ia
dinamakan al-zajal.
 Antara penyair-penyair Andalus yang
masyhur ialah Ibnu Darraj al-Qastali yang
meninggal dunia pada tahun 421H/1030M,
Ibnu ‘Ammar yang meninggal dunia pada
tahun 477H/1084M, Ibnu Shahid yang
meninggal dunia pada tahun 427H/1035M,
Ibnu Zaidun, meninggal dunia pada tahun
 Selain syair, prosa juga popular di Andalus
seperti pidato, surat-surat rasmi kerajaan
ataupun persendirian, penulisan tentang
politik, kesusasteraan, maqamat dan
pengembaraan.
 Di antara sasterawan-sasterawan Andalus
yang masyhur ialah Ibnu ‘Abdu Rabbih
yang meninggal dunia pada tahun
328H/939M, Ibnu Shahid yang meninggal
dunia pada tahun 427H/1035M, Ibnu
Bassam yang meninggal dunia pada tahun
542H/1147M, Ibnu Tufail, yang meninggal
dunia pada tahun 506H/1112M
KESUSASTERAAN
ISLAM DI ALAM MELAYU
ATAU NUSANTARA SENI
SENI KESUSASTERAAN ISLAM DI
NUSANTARA
 Seni kesusasteraan Islam dikatakan
berkembang ke alam Melayu pada abad
ke-14 atau
 Hal ini, sejajar dengan perkembangan
agama Islam itu sendiri yang semakin
diiktiraf sebagai agama universal.
 kegiatan menulis pada masa ini adalah
berbentuk bersahaja dan ia bermula di
Samudera Pasai, Melaka, dan beberapa
pesisir Sumatera seperti Barus dan Perlak.
Sambungan…

 Samudera Pasai dan melaka


merupakan sebuah pusat
perkembangan bahasa dan
kebudayaan Melayu Islam yang
penting.
 Melalui kota-kota pelabuhan
tersebut, Islam tersebar luas ke
seluruh Nusantara.
 Salah satu daripada kaedah
perkembangan Islam di alam Melayu
Sambungan…

 Tradisi pengembangan Islam melalui


media cerita telah dipilih kerana Islam
dikembangkan secara aman.
 Hasil daripada dorongan untuk berdakwah
melalui cerita kepada orang Melayu maka,
lahirlah cerita jenis sastera Islam yang
bercorak hikayat.
 Amalan ini seterusnya diamalkan oleh
masyarakat Melayu sehingga kini.
 Pembacaan hikayat pahlawan ini
bertujuan untuk menaikkan semangat
mereka bagi melancarkan peperangan
Islam menentang penjajahan British di
tanah Melayu pada tahun 1511.
Sambungan…
 karya sastera yang bercorak puisi juga
turut tersebar dalam masyarakat Melayu
contohnya Qasidah, berzanji, atau puisi
untuk memuji Nabi dan berdakwah.
 Antara puisi Melayu ialah al-Burdah, karya
Muhammad al-Busiri dan Akidah al-
Awwam karya Ahmad al-Marzuki.
 Antara tokoh sufi yang menulis karya
sebegini adalah Rabiah al-Adawiyyah, Duh
al-Nun al-Misri, Ibnu Arabi, Umar Ibnu
Farid, Abdul Qadir al-Jilani dan ramai lagi.
Sambungan…

 Syed Syeikh al-Hadi sebagai seorang


sasterawan Melayu juga,
 Beliau menghasilkan sebuah novel Melayu
yang berjudul Faridah Hanum.
 Novel ini mempersoalkan tentang
imansipasi wanita selaras dengan tuntutan
Islam yang membawa hak tertentu kepada
wanita.
 Walaupun sasterawan Melayu pada tahun
50-an dan 60-an tidak lagi mencari ilham
penulisan daripada sumber budaya Melayu
yang berteraskan Islam, namun nilai-nilai
keislaman tetap wujud.
Sambungan…

 Pada tahun 70-an, arus kebangkitan Islam mulai


menjalar di Malaysia.
 Sejajar dengan itu wujud sebuah persatuan
penulis Islam bernama Gabungan Penulis Islam
Malaysia (GAPIM).
 Ia bertujuan untuk menarik minat penulis-penulis
di Malaysia supaya menghasilkan karya-karya
yang berunsurkan Islam.
 Pada dekad 80-an, penulisan dalam bidang
kesusasteraan Islam mulai berkembang dalam
kesusasteraan Melayu moden.
 Beberapa karya yang berkonsepkan Islam
dihasilkan seperti Dia oleh Muhammad Labib,
Meniti Cahaya oleh Ghazali M.A, Ronjang oleh
Mana Sikana dan Mohd Akhir oleh Anas K. Hadi
Maja.
Sambungan…

 Terdapat banyak karya sastera islam


yang dihasilkan oleh para sarjana
Melayu.
 Antaranya, ialah Hikayat Nur
Muhammad oleh Hamzah Fansuri,
Bustan as-Salatin karangan Nuruddin
ar-Raniri, Hikayat-hikayat pahlawan
Islam dan lain-lain lagi.
 Dengan ini, dapatlah dikatakan
bahawa seni kesusasteraan Islam
merupakan salah satu seni yang
wujud di alam melayu sejak dari dulu
CONTOH PANTUN HAMZAH AL-
FANSURI

Kunjung-kunjung di bukit tinggi.


Kolam sebuah di bawahnya.
Wajib insan mengenal diri.
Sifat Allah pada tubuhnya.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, setelah dilihat
dan diteliti, seni kesusasteraan Islam telah
berkembang sejak dahulu lagi. Seperti
kebiasaannya, setiap sesuatu itu ada
pasang-surutnya begitu juga dengan
perkembangan seni kesusasteraan Islam
ini. Kita juga dapati bahawa
perkembangannya juga ada kaitan dengan
pemerintahan sesebuah dinasti/kerajaan.
Ia semakin memberangsangkan jika
pemerintah memberi sedikit ruang dan
sokongan terhadap perkembangan seni
sastera ini. Begitu juga dengan