Anda di halaman 1dari 18

KAUNSELING

KELOMPOK

LANGKAH 1 : MEMILIH AHLI UNTUK


BERKELOMPOK
Proses pemilihan perlu dijalankan dengan baik.
Pemilihan ahli yang rela dan sesuai dengan

matlamat kelompok amat penting.


contoh :
Seorang guru kaunseling di sekolah ingin
mengadakan aktiviti kelompok pencegahan dan
pemulihan perlu memberitahu semua warga sekolah
agar mereka jelas.

LANGKAH 2 : MENENTUKAN SAIZ


KELOMPOK
Jumlah saiz sesuatu kelompok adalah
berbeza.
Ohlsen (1977) memberi pendapat 4-8 ahli
adalah satu jumlah yang unggul.
Hansen (1976) pula mengutarakan
bilangan yang hampir serupa 7-8 orang

Bagi hansen (1976) ahli yang terlalu


kecil (kurang dari lima), ia kurang
berfungsi sebagai satu kelompok
Bagi ahli terlalu ramai,usaha untuk
mewujudkan hubungan yang bermakna
serta kesan di antara ahli akan menjadi
lemah dan berkurangan.

LANGKAH 3 : KEKERAPAN PERTEMUAN


KELOMPOK
Kekerapan pertemuan itu seharusnya dinyatakan
kepada ahli oleh ketua atau kaunselor kelompok
kerana adalah menjadi tanggungjawab ketua
untuk memberi senario ringkas mengenai
kekerapan perjumpaan kelompok yang mereka
anggotai.
Jumlah atau bilangan perjumpaan dalam
kelompok sering dikaitkan dengan isu dan
matlamat yang ingin dicapai.

Bagi kelompok yang hanya ditubuhkan bagi


menyelesaikan
sesuatu
tugasan
atau
perbincangkan isu yang mudah dan jelas maka
jumlah pertemuan mungkin tidak banyak
berbanding
dengan
kelompok
yang
membincangkan isu yang lebih serius dan berat.
Kekerapan pertemuan juga dipergaruhi oleh jenis
dan bilangan ahli.
bagi kelompok ahli yang jelas matlamat seperti
kelompok homogenuous dan bilangan ahli yang
sedikit,kemungkinan mereka jarang berjumpa .

LANGKAH 4 : JANGKAMASA
BERKELOMPOK

Bergantung kepada keadaan ,ada sesi


kelompok yang dijalankan secara
berterusan selama 10 hingga 20 jam,dan
ada yang menjalankan selama 20 ke
30minit.
Jangkamasa sesi juga dipergaruhi oleh
beberapa faktor seperti jenis ahli,bilangan
ahli,orentasi atau pendekatan kelompok

Kelompok yang dianggotai jenis ahli yang cepat


bosan dan agak lembab,jangka masa yang
dicadangkan adalah lebih pendek berbanding
dengan kelompok yang dianggotai oleh ahli yang
mampu untuk berbincang dengan lebih lama.
Jangkamasa yang pendek (30-40minit) juga
dicadangkan kepada kelompok kanak-kanak dan
remaja yang sememangnya agak kurang
berupaya untuk membincangkan perkara yang
berat.

Bilangan ahli yang ramai didalam kelompok juga akan


mengheret kelompok untuk bersidang dengan lebih lama
berbanding kelompok yang ahlinya sedikit.

Kelompok yang mempunyai ramai ahli,

Masa yang dicadangkan 69-90minit.

Kelompok yang memerlukan beberapa pendekatan atau


orentasi akan mengambil masa yang panjang.

Masa yang dicadangkan 90-120minit dimana kaunseling yang


dijalankan amat serius yang memerlukan mereka berinteraksi.

Corak kepimpinan ketua juga memainkan


peranan menentukan sesi kaunseling berlangsung.
Pemimpin yang berstruktur dan direktif
kemungkinan jangkamasa yang diambil adalah
pendek.
Jangkamasa sesi juga bergantung kepada struktur
organisasi atau setting tertentu.

LANGKAH 5 : TEMPAT PERTEMUAN


KELOMPOK
Tidak semua tempat sesuai untuk proses kaunseling
mahupun kelompok.
Tempat yang sebaiknya menepati ciri utama seperti
privacy agar ahli berinteraksi dalam kelompok yang
tertutup.
Ahli mesti diyakinkan bahawa tiada sesiapa diluar
kelompok yang mendengar segala perbualan.
Jika ketua tidak mengambil berat hal ini kemungkinan
terbantut atau perkembangan positif terhalang.

Penglibatan ahli tanpa penglibatan yang ikhlas dan


serius menghadiri emosi,mental dan rohanikelompok
tidak akan bergerak lebih jauh @ maju,kerana tempat
begitu memainkan peranan yang penting agar memberi
keselesaan kepada semua ahli.
Dalam suasana yang selesa,ahli akan mudah memberi
kerjasama dan penglibatan yang sepenuhnya.
Susunan dalam bulatan yang besar juga memberi
peluang untuk sama-sama kongsi nisbah ruang.Ruang
yang besar juga membolehkan ahli bergerak bebas
sekiranya pendekatan berasaskan aktiviti.

Bilik yang jauh daripada bising seperti


berhampiran jalan raya @ laluan utama akan
mengganggu proses kaunseling.
Proses kelompok juga akan terhalang oleh baubauan yang tidak menyenangkan seperti
kedudukan tempat kelompok di tepi tandas
sekolah,serta tempat kelompok yang terdedah
kepada panas terik serta sebagainya

LANGKAH 6 :MEMULAKAN PERTEMUAN


KELOMPOK
Kemahiran,pengetahuan
dan
pengalaman
dalam
kaunseling yang tidak memadai jika seseorang itu ingin
melaksanakan proses menolongkan individu.
Maka pengalaman dalam kelompok juga amat penting
untuk pastikan kejayaan dalam kelompok.
Pada peringkat pertemuan awal,ketua sebaiknya
mengelakkan diri daripada menganggap bahawa semua
telah dirancang.

Kemungkinan terdapat beberapa perkara yang tidak


dipersetujui oleh ahli.
Di sini ketua perlu bersikap terbuka dan peka kepada
keperluan dan cadangan ahli.
Pada peringkat ini apa yang perlu dilakukan oleh ketua
ialah lebih banyak mendengar dan cuba menyesuaikan
segala keperluan dan kehendak ahli dengan matlamat
yang ingin dicapai.

JENIS-JENIS KELOMPOK
KAUNSELING
KELOMPOK KAUNSELING
Tertumpu kepada individu-individu
Menumpukan kepada perkembangan diri, individu,
memperbaiki tingkah laku serta membina kemahiran
berkomunikasi
Saiz kelompok berbeza daripada 5-10 orang ahli
Masalah-masalah peribadi biasanya dikongsi dan cadangan
menyelesaikannya dikemukakan.

KELOMPOK TERAPI
Seorang pakar ilmu jiwa akan membantu individu
mengatasi masalah-masalah psikologi yang telah
menjejaskan kehidupan biasa mereka.

KELOMPOK T
Menekankan kemahiran-kemahiran hubungan manusia
yang diperlukan dalam sebuah organisasi perniagaan .
Tumpuan kelompok T adalah pada proses kelompok dan
bukannya pada perkembangan individu.

Proses kelompok merujuk kepada peringkat-peringkat


perkembangan sesuatu kelompok dan interaksi yang
terdapat dalam setiap peringkat.

Anda mungkin juga menyukai