Anda di halaman 1dari 13

CERPEN : HARGA SEBUAH

LUKISAN
(BAHARUDIN A. MANAN)

Sinopsis
Kamal Hijaz merupakan murid Tingkatan Dua Sekolah Menengah Sirusa.Dia
berbakat besar dalam bidang seni lukis.Kira-kira dua minggu lagi dia akan
mengikut bapanya berpindah ke Terengganu.Sementara itu, suatu
pertandingan lukisan peringkat daerah akan diadakan di sekolahnya. Kamal
Hijaz tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan tersebut
sebelum berpindah ke sekolah baru.
Pada hari pertandingan melukis, dua orang rakan sekelas Kamal Hijaz, iaitu
Maryati dan Norlela datang berbual-bual dengannya sambil menjamah
sarapan bersama-sama.Ketika pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz
resah gelisah kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar untuk
diwarnakan.Kamal Hijaz kesuntukan masa dan terpaksa menukar tajuk
lukisannya, iaitu pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.Kamal
Hijaz akhirnya memenangi pertandingan tersebut.
Ucapan Kamal Hijaz pada hari akhirnya menyentuh perasaan
Maryati.Maryati memohon maaf dan mengaku telah mengkhianati Kamal
Hijaz.Semasa Kamal mencuci bekas makanan, Maryati telah mengkhianati
Kamal Hijaz dengan cara menukar kertas lukisan Kamal Hijaz.Kamal Hijaz
memaafkan Maryati dan seterusnya menghadiahkan Maryati sebuah lukisan.

Tema
Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz
terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati
yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati
telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin
untuk membersihkan bekas makanan.

Persoalan
Kesungguhan untuk mengasah bakat.Contohnya,tujuan Kamal Hijaz menyertai
pertandingan melukis peringkat daerah bukanlah untuk memenangi pertandingan
itu semata-mata tetapi untuk mengasah bakat melukis yang dimilikinya.
Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Contohnya Kamal Hijaz
membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan
model dalam pertandingan melukis.
Sifat terpuji dalam kalangan murid sekolah.Contohnya,Kamal Hijaz berharap agar
murid di sekolahnya yang akan memenangi pertandingan melukis itu.Siapakah
pemenang tidak menjadi persoalan,dis berbangga kerana kemenangan itu dapat
mengharumkan nama sekolah.

Keharmonian dalam kehidupan bersahabat. Contohnya Kamal Hijaz duduk


bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh
Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.
Baik hati dalam kalangan murid sekolah. Contohnya Maryati mengeluarkan
bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.
Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.Contohnya,Kamal Hijaz
tidak berputus asa walaupun dia kesuntukan masa ketika pertandingan
melukis berlangsung.Dia tetap cuba menghasilkan lukisan yang menarik dan
akhirnya memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Keinsafan atas kesalahan yang dilakukan.Contohnya,Maryati insaf akan
perbuatan khianatnya terhadap Kamal Hijaz dan meminta maaf atas
kesalahan yang dilakukan terhadap sahabatnya itu.
Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.Contohnya, Kamal Hijaz sedia
memaafkan Maryati dan mereka bersetuju untuk terus menjalin
persahabatan serta bertukar-tukar kertas peperiksaan sekolah masingmasing kelak.

Watak dan Perwatakan


Kamal Hijaz (watak utama)
Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
Berbakat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran
Lukisan.
Gigih berusaha.Contohnya,Kamal Hijaz gigih berlatih melukis menjelang
pertandingan melukis peringkat daerah..
Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi
membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
Pandai menjaga hati kawan.Contohnya,Kamal Hijaz menerima pelawaan Maryati
untuk makan sate bersama-sama walaupun dia sudah kenyang.
Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan
meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.
Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah
mengkhianatinya.

Maryati
Rakan kepada Kamal Hijaz.
Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan
Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.
Licik.Contohnya,Maryati menukarkan kertas lukisan Kamal Hijaz ketika rakannya
itu mencuci pinggan dan gelas di kantin sekolah.
Insaf dan menyesali perbuatannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf
kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Norlela
Rakan kepada Kamal Hijaz.
Berkawan rapat dengan Maryati.
Peramah dan ceria.

Teknik Plot

Teknik pemerian.Contohnya, Tetapi, bakat seni itulah yang dicemburui oleh rakanrakan sekelasnya.Setiap kali dalam ujian melukis, pastilah Kamal Hijaz akan mendapat
markah yang paling tinggi.Setiap kali peperiksaan, dia mesti mendapat A.
(hal.80)
Teknik dialog.Contohnya:
Kalau begitu, ada peluanglah kami berdua menang! Maryati berseloroh dan
bersahaja.
Insya-Allah.Kalau ada rezeki kamu.Tidak kiralah sesiapa yang memenangi
pertandingan ini, asalkan murid sekolah kita.Kita sama-sama menyumbangkan
kemenangan kepada sekolah kita. Kita boleh sama-sama berbangga.Kamal Hijaz seolaholah memberikan perangsang kepada kedua-dua orang rakannya. (hal.81)
Teknik monolog dalaman.Contohnya:
Ah, barangkali Bahayah sudah bercerita kepada mereka! Tebak hati Kamal Hijaz.
(hal.82)
Teknik kejutan.Contohnya:
Pembaca tidak menyangka Maryati yang telah menukarkan kertas lukisan Kamal Hijaz
ketika pertandingan melukis tempoh hari.Perbuatan Maryati itu adalah helah supaya
Kamal Hijaz gagal memenangi pertandingan tersebut.
(hal.89)

Gaya Bahasa
o Diksi
Penggunaan bahasa Inggeris.Contohnya: water colour, poster colour (hal.80)
Penggunaan bahasa Arab.Contohnya: Insya-allah (ms.81)
o Simile
Contohnya:
Macam belangkas (hal.80)
Macam nenek kebayan (hal.81)
Kampung itu bagaikan tempat tumpah darahnya (hal 82)
o Peribahasa
Contohnya:
Membulatkan hatinya (hal.79)
Mengasah bakat (hal. 81)
Lurus bendul (hal.89)
Membuta tuli (hal.89)
o Personifikasi
Contohnya:
kekecewaan menghambat perasaannya (hal.84)
o Hiperbola
Contohnya:
Menusuk rongga hidung (hal.81)

Latar
Latar Masa
Tiga hari.Contohnya, Kamal Hijaz berlatih melukis gambar
pemandangan di sawah padi dan juga gambar Hang Tuah dan Hang
Jebat sedang bertikam.
Hari Sabtu.Contohnya, pertandingan melukis peringkat daerah
dijalankan.
Dua jam.Contohnya, tempoh masa yang diberikan kepada para peserta
untuk menyiapkan lukisan masing-masing dalam pertandingan melukis
peringkat daerah.
Hari Isnin,iaitu hari perhimpunan sekolah.Contohnya, Pengetua
sekolah Kamal Hijaz mengumumkan nama-nama pemenang
pertandingan melukis peringkat daerah.

Latar Tempat
Di taman mini sekolah-Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen
terazo yang terletak berhampiran taman mini sekolah.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa-lokasi pertandingan melukis
peringkat daerah dilangsungkan.
Di kantin sekolah-tempat Kaml Hijaz dan Norlela mencuci pinggan dan
gelas mereka selepas makan.

Latar Masyarakat
Masyarakat yang dikurniakan bakat dalam bidang seni
lukis.Contohnya, Kamal Hijaz mewarisi bakat melukis yang dimiliki
oleh ayahnya .
Masyarakat pelajar.Contohnya, Kamal Hijaz dan Maryati terdiri
daripada murid Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan
Sirusa.
Masyarakat pendidik yang bertanggungjawab.Contohnya,Cikgu Salina
mengingatkan murid-murid yang menyertai pertandingan melukis itu
supaya berlatih melukis di rumah.
Masyarakat yang gigih berusaha.Contohnya, Kamal Hijaz gigih
berlatih melukis hasil karyanya agar nampak cantik dan menarik.

Masyarakat yang iri hati sehingga sanggup mengkhianati orang


lain.Contohnya,Maryati berasa iri hati dengan kelebihan serta bakat yang
dimiliki oleh Kamal Hijaz sehingga dia sanggup mengkhianati rakannya itu
agar tidak memenangi pertandingan melukis.
Masyarakat yang berhati mulia .Contohnya, Kamal Hijaz telah memaafkan
kesalahan Maryati dan bersedia melupakan perkara yang telah berlaku
dengan hati yang terbuka.

NILAI
Kegigihan.Contohnya,Kamal Hijaz gigih berusaha
menyiapkan lukisannya sewaktu pertandingan
melukis berlangsung meskipun dia telah kerugian
masa lebih setengah jam.
Ketabahan.Contohnya, Kamal Hijaz tabah
mengharungi dugaan apabila kertas lukisannya
didapati terdapat kesan lilin dan warna cat tidak
dapat meratai semua permukaan kertas lukisan
tersebut.
Kebijaksanaan.Contohnya, Kamal Hijaz bertindak
cepat dan bijak dengan segera menukar kertas
lukisan yang rosak dengan kertas lukisan yang
lain.
Menghargai persahabatan.Contohnya,Kamal Hijaz
memaafkan dan melupakan kesalahan Maryati.

PENGAJARAN
Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu
yang terbaik.Contohnya,Kamal Hijaz tekun menghasilkan sebuah
lukisan yang menarik.
Kita perlu menjaga tali persahabatan.Contohnya,Kamal Hijaz
amat baik terhadap rakan-rakannya termasuklah Maryati dan
Norlela.
Kita hendaklah bersemangat tinggi. Contohnya, Meskipun
menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya
yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan
meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.
Kita hendaklah cepat berfikir dan bertindak bagi mengatasi
sesuatu masalah yang dihadapi.Contohnya, Kamal Hijaz segera
menukarkan lukisannya yang telah rosak dengan lukisan yang lain.
Kita mestilah menyedari dan mengakui kesilapan yang telah kita
lakukan.Contohnya,Maryati mengaku dan meminta maaf atas
kesalahan yang dilakukannya terhadap Kamal Hijaz.
Kita hendaklah berhati mulia.Contohnya,Kamal Hijaz memaafkan
perbuatan khianat yang telah dilakukan oleh Maryati.