Anda di halaman 1dari 12

PUISI MODEN

Kudup Perang (Tuah Sujana)


Maksud
Rangkap 1: Penulis berkata bahawa pemimpin perang yang sedang
berkuasa pada masa ini terus membuat kezaliman dan dendamnya terhadap
manusia semakin bernanah. Walau bagaimanapun, penulis menasihati kita
agar bersyukur kerana dapat melalui kehidupan yang bebas merdeka hasil
daripada usaha pemimpin terdahulu. Kita juga mempunyai kebebasan
bersuara dan kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang
sebenarnya.

Rangkap 2: Oleh sebab sejarah kepahlawanan Tuah dan Jebat sudah lama
berlaku, kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang untuk menjadi saksi
pertelingkahan antara mereka. Pelbagai rahsia yang disembunyikan daripada
umum tentang kepahlawanan yang sebenar menyebabkan manusia tertanyatanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta
sejarah. Walau bagaimanapun, pada zaman ini, manusia masih lagi
mengungkit pertanyaan tersebut kerana mereka belum mengetahui perkara
yang sebenar.

Rangkap 3: Hang Tuah tidak dilabelkan sebagai pemimpin


yang tersohor pada ketika itu kerana kesetiaannya terhadap
sultan masih diragukan. Selain itu, banyak pembohongan
yang berlaku pada waktu itu menyebabkan masyarakat tidak
pasti sama ada Hang Tuah benar-benar memiliki ciri-ciri
kepahlawanan. Akhirnya, Hang Tuah tidak disanjung tinggi
oleh masyarakat dan maruahnya sengsara kerana
perbuatannya yang tidak betul.

Rangkap 4: Hang Jebat tidak digelar sebagai pengkhianat


kerana dia mencurahkan kesetiaannya kepada sultan pada
waktu itu. Kesetiaan yang ada pada Hang Jebat menyebabkan
dia membunuh kawan baiknya, Hang Tuah. Walau
bagaimanapun, dia tidak digelar pengkhianat walaupun
masyarakat bersedih atas kematian Hang Tuah. Selepas
kematian Hang Tuah, Hang Jebat dinobatkan sebagai
pemimpin yang sebenar sehingga membelakangkan keadilan.

Rangkap 5: Peperangan yang berlaku antara pemimpin dengan


pemimpin yang dikuasai penipuan. Kebenaran pada waktu itu
tidak mempunyai nilai lagi kerana masyarakat lebih percaya
dan yakin akan kewibawaan pemimpin daripada menilai
kejahatan yang pernah dilakukannya. Pada masa yang sama,
masyarakat akan berusaha untuk membangunkan negara dan
menyejahterakan rakyat sehingga terlupa bahawa mereka
belum mendapat seorang pemimpin yang benar-benar
berkewibawaan dan berketerampilan.

Rangkap 6: Walaupun sejarah sudah berlalu dengan waktunya,


penulis sedar bahawa manusia pada zaman moden ini masih
lagi mengungkit dan bertegang leher untuk memimpin negara
dan menguasai pupuk kepemimpinan. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka belum dapat mencari seorang
pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk
menerajui sesebuah organisasi.

Tema
Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan
ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah
organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin
pada masa ini semakin berani memutar-belitkan keadaan
yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab
itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman
moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang
paling berwibawa dan berketerampilan.

Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin.
(b) Ketokohan pejuang bangsa.
(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan.
(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin.
(e) Masalah peperangan yang masih berlaku.
(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin.

Gaya Bahasa
(a) Personifikasi
Buktinya, membajakan kezaliman sering
mengudupkan putik dendam
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
dan darah yang tiba-tiba membuak
bertiup dan memindahkan kebenaran pada
tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula.

(b) Metafora
Buktinya, mengudupkan putik dendam
kepada jari-jemari takdir
menumbuhkan kelopak rahsia
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
perca-perca bahagia seperti perawan

(c) Anafora
Buktinya,
untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:

(d) Responsi
Buktinya,
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya

(e) Sinkope
Buktinya,
Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak

(f) Imejan atau imej alam


Buktinya,
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
Sehingga senja tiba,

(g) Simile
Buktinya,
perca-perca bahagia seperti perawan

(h) Perlambangan
Buktinya,
Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu
zaman
sudah tua.

Nilai Murni
(a) Keberanian
(b) Kebijaksanaan
(c) Hemah tinggi
(d) Bertanggungjawab
(e) Amanah
(f) Keadilan

Pengajaran
(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah
tentang sesuatu perkara yang benar.
(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar
berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk menerajui
sesebuah organisasi waima negara.
(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang
berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan keluarga.
(d) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala
tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang
pemimpin.
(e) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu
organisasi.
(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan
demi memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang
kita pimpin.

TERIMA
KASIH