Anda di halaman 1dari 26

~ASSALAMUALAIKUM~

^_^
^_^

PEMBENTANGAN TENTANG
PERNIAGAAN KOPERASI

oleh : -Aniq Aiman B. Imran


-Siti Nur Izzaty Bt Jozaiddi
-Syafika Bt Haja Mohideen

KOPERASI
DEFINISI KOPERASI :
Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan
individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
Koperasi atau co-operative adalah terjemahan langsung
daripada co-operative yang berasal daripada perkataan Latin
co-operari. Co- bersama ; operari bekerja
BI co-operative ( bekerjasama, tolong-menolong & bantumembantu )
Koperasi = sebuah persatuan manusia
Ditubuhkan secara sukarela yang dimiliki,dikuasai dan
dilanggani oleh anggota ditadbir secara demokrasi untuk
membuat keperluan sosio-ekonomi dan cita-cita bersama.

SAMBUNGAN DEFINISI

PROF. DIRAJA UNGKU AZIZ (YANG DIPERTUA ANGKATAN KOPERASI


KEBANGSAAN MALAYSIA; ANGKASA)
Koperasi sebagai satu kaedah menguruskan kegiatan ekonomi dengan cara
tolong-menolong, bergotong-royong atau bekerja bersama-sama.
C.R FAY
Koperasi adalah sebuah badan perniagaan yang dipunyai oleh orang-orang
yang menggunakan perkhidmatannya dan diuruskan secara bersama olehnya.
AKTA KOPERASII 1993, SEKSYEN 4(1)
Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu dan koperasi
berdaftar yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan sosioekonomi anggota mengikut prinsip-prinsip koperasi .
IKATAN KOPERASI ANTARABANGSA (ICA)
Sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela
untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi,
social dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal
secara demokratik.

CIRI-CIRI KOPERASI

Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.


Terdapat 2 jenis koperasi ;

koperasi keahlian terhad, seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung


Malaysia.

Koperasi ahli yang bebas, seperti koperasi perumahan dan koperasi


pengguna.

Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai


prinsip-prinsip seperti keanggotaan sukarela dan
terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi,
bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian
untung secara saksama, menggalakkan pendidikan
koperasi dan bekerjasama secara aktif di semua
peringkat koperasi.

CIRI-CIRI KOPERASI

Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia.


Liabiliti terhad.
Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan,
tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli.
Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.
Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan
pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.
Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh
ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.
Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada
satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen
atau bonus atau kedua-duanya.

SEJARAH AWAL KOPERASI

Gerakan koperasi mula mengambil tempat di pertengahan abad ke-18


apabila tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.
Timbul hasil dari kesan langsung kepada pembanjiran pekerja di sektor
perkilangan yang telah dieksploitasi pihak pengilang.
Tenaga buruh ini telah ditindas dengan bayaran upah yang rendah, masa
kerja yang panjang dan keadaan bekerja yang amat membebankan.
Ini memberikan kesedaran kepada 28 orang penenun untuk menyumbang
modal sebanyak 1 pound seorang dengan menubuhkan sebuah kedai runcit
yang menjual barangan kegunaan asas. Peristiwa ini berlaku dalam tahun
1844 dan merupakan titik permulaan kepada sejarah gerakan koperasi.
Mereka dikenali sebagai Pelopor Rochdale telah muncul sebagai kedai
koperasi pengguna yang terawal di dunia, seterusnya berjaya menubuhkan
koperasi kilang tepung dan kilang kain.
Konsep yang mereka gunakan adalah faedah tetap atas modal dengan
agihan keuntungan berasaskan langganan kepada pembelian di koperasi.
Aktiviti koperasi yang bermula dengan aktiviti pengguna di kawasan
bandar akhirnya tersebar sehingga ke kawasan luar bandar di kalangan
petani-petani.

~KELEBIHAN
KOPERASI~

KELEBIHAN KOPERASI
Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari
keuntungan.
Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahliahli dalam menyelesaikan masalah mereka.
Cukai yang dikenakan keatas keuntungan lebih rendah
jika dibandingkan dengan cukai kepada syarikat berhad.
Ditadbir secara demokrasi melalui pengundian.
Liabiliti terhad.
Wujud secara berterusan iaitu entiti berasingan.
Kelebihan koperasi juga terbahagi kepada 3 iaitu dari
segi peraturan, keanggotaan & sukarela dan autonomi &
kebebasan.

KELEBIHAN KOPERASI

PERATURAN
Layanan yang sama rata antara anggota tanpa mengira
pangkat dan darjat.
Menggalakkan atau meningkatkan tahap penglibatan
anggota untuk bekerja bersama-sama dalam setiap
aktiviti demi menyelesaikan masalah bersama.
Menyediakan produk dan perkhidmatan untuk mencapai
keperluan anggota bukan tujuan mendapat keuntungan
semata-mata

KELEBIHAN KOPERASI

KEANGGOTAAN & SUKARELA


Keanggotaan sukarela dan terbuka tanpa ada sebarang sekatan dari
segi taraf sosioekonomi, agama mahupun pegangan politik.
Keanggotaan adalah kepada sesiapa yang boleh mendapat manfaat
daripada kegiatan koperasi dan bersedia menerima segala
tanggungjawab sebagai anggota.
Bebas untuk menarik diri.
Kawalan demokratik anggota.
Kuasa muktamad terletak pada anggota kerana kuasa tertinggi di
dalam struktur organisasi koperasi adalah berada ditangan anggota
dalam mesyuarat agung.
Prinsip pengundian adalah satu anggota satu undi tanpa mengira
jumlah saham yang dimiliki anggota.

KELEBIHAN KOPERASI

AUTONOMI & KEBEBASAN


Koperasi bersifat autonomi dan mempunyai hak untuk menjalankan
aktiviti mengikut kesesuaian.
Koperasi juga berhak menentukan faedah yang boleh diperoleh dan juga
bagaimana koperasi digerakkan berlandaskan prinsip-prinsip dan
undang-undang koperasi yang sedia ada.
Memberi kebebasan kepada koperasi menentukan hala tuju dan
matlamat koperasi, kebebasan untuk menggaris, menambah dan
membatalkan Undang-Undang Kecil (UUK), memilih anggota Lembaga
Koperasi (ALK) untuk mentadbir koperasi, bebas untuk bergabung
dengan mana-mana koperasi yang difikirkan sesuai dan memberi manfaat
kepada anggota-anggota koperasi.
Prihatin terhadap ekonomi, menitik beratkan tanggungjawab sosial pihak
koperasi dan anggota-anggotanya terhadap komuniti di kawasan operasi.

PERBANDINGAN

CIRI-CIRI

KOPERASI

SYARIKAT SWASTA

TUJUAN

Membaiki taraf hidup


dengan mengutamakan
kebajikan ahli.

Mengutamakan
keuntungan kepada
pelabur dan
pemegang saham.

ANGGOTA

Terbuka dan milik


saham seseorang ahli
dihadkan.

Ahli yang
menyumbangkan
modal.

PEMBAHAGIAN
KEUNTUNGAN

Keuntungan, kerugian
dan tanggungjawab
dibahagi sama rata.

Keuntungan,
kerugian dan
tanggungjawab
dihagi mengikut
jumlah saham ahli.

KEPENTINGAN

Ahli dan pelanggan.

Pemegang saham.

KELEMAHAN KOPERASI

~KELEMAHAN
KOPERASI~

Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana


ahli-ahli koperasi kurang aktif.

Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh


mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.

Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing


setara syarikat.

Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.

Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang


bertauliah.

Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh


menggugat sistem pengurusan koperasi.

Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak di senaraikan oleh Bursa
Saham Malaysia.

PERNIAGAAN KOPERASI
YANG DIPILIH

ANGKATAN KOPERASI
KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD

ANGKASA

SEJARAH & OBJEKTIF


PENUBUHAN

Sejarah Penubuhan ANGKASA


Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA :
Koperasi apex yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan
atasan di seluruh negara.
Diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi
Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Diasaskan oleh Gerakan Koperasi di negara ini menerusi Kongres Koperasi
Pertama pada tahun 1966 dan Kongres Koperasi Kedua pada tahun 1971.
Ditubuh dan didaftarkan dengan rasminya pada 12 Mei 1971.
Ditadbir mengikut cara koperasi tetapi tidak bergiat dalam kegiatan
perniagaan seperti koperasi-koperasi lain.
Sebagai koperasi apex ianya memperjuangkan cita-cita serta hak
kepentingan Gerakan Koperasi di negara ini.

SEJARAH & OBJEKTIF


PENUBUHAN

Objektif Penubuhan ANGKASA


Menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia supaya dapat
menjaga dan memperjuangkan hak dan kepentingan
pergerakan koperasi.
Mewakili pergerakan koperasi pada peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
Melaksanakan program pendidikan koperasi dan
mengembangkan konsep dan prinsip-prinsip koperasi di
kalangan rakyat Malaysia.
Mengadakan pelbagai kemudahan perkhidmatan yang
termampu oleh ANGKASA bagi membantu perjalanan dan
pentadbiran koperasi-koperasi ahli.

KEAHLIAN ANGKASA

KEAHLIAN ANGKASA
Keahlian ANGKASA adalah secara sukarela dan terbuka
kepada semua koperasi di Malaysia yang berdaftar di
bawah Akta Koperasi 1993.
Tiap-tiap koperasi yang memohon untuk menjadi ahli
ANGKASA hendaklah membayar yuran masuk sebanyak:
RM 30.00 bagi koperasi sekolah
RM 100.00 bagi koperasi asas

RM 200.00 bagi koperasi menengah


RM 300.00 bagi koperasi atasan

ANGKASA

Carta jumlah ahli sah ANGKASA

ANGKASA

Organisasi ANGKASA
ANGKASA mengadakan Persidangan Kebangsaannya
ataupun Mesyuarat Agung tahunan setahun sekali.
Amalan demokrasi dalam menentukan kepimpinan
diamalkan di ANGKASA.
Pemilihan jawatan tertinggi seperti jawatan Presiden,
Timbalan Presiden dan tiga jawatan Naib Presiden
dijalankan secara membuang undi.
Selain pemilihan, persidangan akan membentangkan
semua laporan am dan laporan kewangan ANGKASA
disamping membincangkan isu-isu berbangkit secara
rasmi

ANGKASA

STRUKTUR ORGANISASI ANGKASA

STRUKTUR BAHAGIAN
PENTADBIRAN

STRUKTUR BAHAGIAN
PENGURUSAN

SEKIAN

ADA SEBARANG
PERTANYAAN ?