Anda di halaman 1dari 20

INTERAKSI

ANTARA
TAMADUN

(INTERAKSI POSITIF DAN NEGATIF)

MAKSUD INTERAKSI

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga,


interaksi bermaksud tindakan atau
perhubungan aktif antara satu sama
lain.
Interaksi juga bermaksud tindak
balas antara dua atau beberapa
pihak.

Konsep Interaksi

Tamadun sesebuah masyarakat mestilah bersifat


terbuka.
menghasilkan dua kesan penting:
Positif
Negatif
Ciri-ciri dan elemen tamadun luar yang diterima
akan mengalami proses asimilasi dan
penyesuaian
Kesan negatif interaksi akan mewujudkan konflik
antara masyarakat yang memiliki tamadun
berbeza.

KESAN INTERAKSI
ANTARA TAMADUN

Positif

Negatif

FAKTOR MEMUDAHKAN
INTERAKSI

GEOGRAFI

Kedudukan negara yang strategik


Pemerintah yang adil, bijaksana dan dikasihi rakyat
jelata
Senang dihubungi
Kawasan laluan para pedagang

KESTABILAN POLITIK

Sistem pemerintahan yang teguh


Pemerintah yang adil, bijaksana dan dikasihi rakyat
jelata
Suasana negara yang aman

FAKTOR MEMUDAHKAN
INTERAKSI
contd.

KEKUATAN EKONOMI

Hasil bumi cukup


Perdagangan lancar
Pertanian yang produktif

FAKTOR MENYULITKAN
INTERAKSI

PEPERANGAN

Berlakunya kekacauan
Proses interaksi terhalang
Tiada kunjungan dari luar
Aktiviti hubungan sosial terganggu.

BENCANA ALAM

Kemarau, banjir, gempa bumi dll.


Bentuk muka bumi yang tidak subur

FAKTOR MENYULITKAN
INTERAKSI
contd.

KETIDAKSTABILAN POLITIK &


EKONOMI

Negara tidak aman


Pemerintahan yang tidak teguh
Aktiviti perdagangan dan pertanian tidak
berjalan dengan lancar.

Kesan Positif :
(Tamadun Islam,Yahudi,Kristian)

Dalam Perlembagaan Madinah


(Sahifah Madinah) yang digubal oleh
Nabi Muhammad saw,di Madinah hakhak orang Kristian dan Yahudi serta
penganut-penganut agama lain telah
diberi perlindungan.
Di Andalusia (Sepanyol), muncul
ramai penulis dan ahli intelektual
daripada kalangan individu-individu
Yahudi dan Kristian.

Kesan Positif : (India, Cina)

Agama Buddha disebarkan ke Negara


China.
Astronomi India turut diperkembangkan di
Negara China oleh ahli-ahli astronomi India
Terdapat kemahiran teknologi membuat
gula daripada tebu dari India telah
diperkembangkan kepada orang-orang
China.
Antaranya ialah teknologi pembuatan
kertas, bahan letupan, percetakan,
penggunaan kompas dan lain-lain.
usaha-usaha penterjemahan buku-buku
koleksi astronomi India telah
diterjemahkan ke dalam bahasa China.

Kesan Positif : (Islam, China)

Interaksi ini menyebabkan perkahwinan


campur antara pedagang-pedagang Arab
dan Parsi dengan wanita-wanita tempatan.
Hasilnya wujud penyebaran agama Islam di
negara China yang akhirnya mewujudkan
komuniti Islam tempatan Cina
Mempelajari mengenai kompas,teknologi
percetakan, teknologi bahan letupan dan
pembuatan kertas.
Turut berlaku dalam teknologi logam dan
pembuatan tembikar
Tamadun China pula mendapat pelbagai ilmu
pengetahuan baru seperti perubatan,
astronomi dan farmasi

Kesan Positif : (Islam, Melayu)

meninggalkan kesan yang amat ketara melalui


perdagangan.
tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu
serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam
tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, dll.
Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang
berperanan penting dalam perkembangan
ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.
Pengaruhnya dari segi perundangan,
kesusasteraan, kesenian,material seperti
pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang
digunakan dalam bahasa Melayu.

Kesan Positif : (China, Melayu)

Melahirkan kesan positif dalam kemahiran


dan teknologi serta kebendaan.
Tamadun China membawa teknologi
membuat gula daripada tebu ke
Kepulauan Melayu, perusahaan sutera,
pembuatan tembikar serta pertukangan
logam.
Interaksi melalui dua cara:

secara konflik peperangan.


secara aman : melalui aktiviti perdagangan,
imigrasi dan hubungan diplomatik
(kemuncak hubungan diplomatik Negara
China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman
Kesultanan Melaka)

Kesan Positif : (China, Jepun)

Sumbangan dari segi agama dan


tulisan.
Agama Buddha dari Negara China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun.
Ajaran-ajaran Buddha ini telah
diasimilasikan dengan agama asal
orang Jepun, iaitu agama Shinto
Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun.
Agama Buddha telah mencapai zaman
kemuncak semasa zaman Nara dan
Heian.

Kesan Positif : (China, Jepun)


contd

Tulisan Cina telah menjadi asas


kepada pembentukan tulisan Jepun
Ajaran falsafah Konfusianisme dari
China yang memberi penekanan
kepada institusi keluarga telah
memantapkan lagi institusi
kekeluargaan Jepun.
Interaksi telah berlaku secara aman
dan penerapan tamadun China
dalam Tamadun Jepun telah
memperkukuhkan identiti Tamadun
Jepun.

Kesan Negatif :
(Yahudi, Kristian, Islam)

berlakunya pembunuhan orang Yahudi


secara beramai-ramai pada abad ke-9
dan ke-18 Masihi.
akibat daripada faktor-faktor perbezaan
agama, ketidakseimbangan ekonomi
dan sosial.
Peperangan antara pemerintah Kristian
di Eropah dengan orang Islam
(peperangan Perang Salib ) telah
mengorbankan ramai penganut Islam
dan Yahudi.

Kesan Negatif : (India, Islam)

Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana


orang-orang Islam dibunuh dan masjidmasjid dimusnahkan oleh raja-raja India
yang beragama Hindu
Keadaan yang sama juga berlaku
kepada penganut-penganut agama
Hindu dan kuil Hindu yang dimusnahkan
oleh pemerintah-pemerintah Islam
Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi
telah mengharamkan pembinaan kuilkuil dan mengharamkan beberapa
upacara keagamaan Hindu.

Kesan Negatif :
(India, China)

berlaku konflik terutama semasa


agama Buddha mula diperkenalkan ke
dalam masyarakat Cina pada zaman
pemerintahan Dinasti Han Timur
Kemasukan agama tersebut telah
mendapat tentangan cendekiawan
Konfusianisme yang amat
berpengaruh dalam pentadbiran
Dinasti Han.
Sami-sami Buddha telah dikurung dan
kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk
menghalang perkembangan agama
tersebut

Kesan Negatif :
(Islam, China)

Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad


bin Salih telah mengalahkan angkatan
perang China yang dipimpin oleh Kao
Hsien-chih
Permusuhan dicetuskan oleh rasa tidak
puas hati terhadap pencapaian ekonomi
pihak yang bertentangan.
Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di
tenggara negara China telah bermusuh
dengan orang Islam kerana iri hati
dengan kemewahan yang dinikmati
oleh orang Islam dalam aktiviti
perdagangan.

Terima Kasih!

Anda mungkin juga menyukai