Anda di halaman 1dari 32

ISU-ISU MORAL TEMPATAN

PENDAHULUAN
Setiap hari kita berhadapan dengan isu moral
rakyat Malaysia yang pelbagai, sama ada
melibatkan golongan dewasa atau remaja, kolar
putih atau biru, lelaki atau wanita, Melayu, Cina
atau India, yang kaya atau miskin, orang
berkedudukan atau orang awam dan
sebagainya.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas membaca dan menaakul tajuk ini pelajar diharap dapat :
Menghurai isu masalah moral tempatan.
Membanding beza kes moral tempatan dahulu dan sekarang
serta puncanya.
Membincangkan cadangan-cadangan untuk mengatasi atau
memperbaiki
permasalahan isu moral tempatan.

ROGOL
Definisi Kamus Dewan rogol ialah perbuatan
memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan.
Mengikut Seksyen 375 kk, rogol didefinisikan sebagai
persetubuhan yang bertentangan iaitu tanpa kerelaan
perempuan atau dengan kerelaan perempuan tetapi
atas ketakutan mati atau cedera atau salah tanggapan
fakta seperti bomoh mengatakan dengan persetubuhan
boleh menyembuhkan penyakit atau dengan kerelaan
tetapi perempuan itu tidak memahami jenis dan akibat
kerelaan yang diberikan seperti bodoh, hilang akal,
pengsan atau gila.

"Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual


dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang
belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".
Kes rogol ini selalu disembunyikan kerana mangsa
berasa malu, lebih-lebih lagi jika pelaku dikenali mangsa.
Selain itu ugutan juga menjadikan mangsa tidak berani
membuat laporan polis.
Jika pelaku didakwa dan diputuskan bersalah oleh
mahkamah maka hukumannya boleh dikenakan di bawah
seksyen 376 kk. Hukuman pada seksyen tersebut adalah
penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak
melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

JENIS PEROGOL
Perogol terbahagi kepada dua jenis iaitu merogol secara
spontan dan perogol yang
merancang tindakan mereka.
Perogol yang bertindak secara spontan akan menyerang
sesiapa sahaja di hadapannya jika berpeluang berbuat
demikian.
Perogol yang merancang tindakan mereka akan
menyusun strategi dan menjadi pemerhati kepada
mangsa dengan meneliti jadual pergerakan mangsa
sebelum mengambil tindakan.

Perogol tidak tertumpu kepada mana-mana


kumpulan etnik dan sebarang lelaki boleh
menjadi perogol.
Umur perogol juga tidak khusus kepada
peringkat tertentu dan kebanyakan mereka tidak
menginsafi apa yang mereka lakukan.

LANGKAH MENGATASI
i.

Didikan awal di rumah dapat membentuk jiwa kanak-kanak dan ahli keluarga supaya
menghormati wanita.

ii.

Membetulkan cara didikan kanak-kanak -Masyarakat diajak untuk memberi ruang kepada
mangsa dan keluarga bagi melupakan tragedi hitam dengan cara memberi sokongan fizikal
dan emosi.

iii.

Pertubuhan bukan kerajaan diberi akses yang lebih luas kepada penubuhan pusat
perlindungan seperti bantuan geran, khidmat kaunselor dan kursus peningkatan
pengurusan tempat perlindungan supaya mangsa rogol berasa yakin dan dapat menerima
kehidupan baru.

iv.

Mempercepatkan pendakwaan kepada pesalah rogol.

v.

Tapisan keselamatan ke atas semua pekerja yang akan diambil bertugas tanpa mengira
sektor.

vi.

Mewujudkan Majlis Perundingan Keluarga Negara (MPKN) supaya program dan aktiviti
pembangunan keluarga dapat disusun dari peringkat kampung, taman perumahan, daerah

v.

Kempen memperhebatkan talian hotline Polis Diraja Malaysia iaitu 0326226555 bagi orang ramai mudah membuat aduan.

vi.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mengambil tanggungjawab


memastikan persekitaran awasan perumahan khususnya jalan atau
lorong gelap. Kawasan seperti ini sangat berpotensi simenjadi tempat
penjenayah rogol mencari mangsa mereka.

vii.

Menggerakkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan


Kampung (JKKK) dan persatuan penduduk melalui aktiviti pemantauan
dan pencegahan secara berterusan.

SUMBANG MAHRAM
Mengikut pengertian Kamus Dewan perkataan sumbang
membawa erti tidak mematuhi adat (kebiasaan,
kesopanan dan lain-lain), melanggar adat, tidak sopan.
Perkataan mahram pula membawa erti laki-laki dan
perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama
Islam.
Dalam pada itu, dari perkataan sumbang juga terdapat
beberapa frasa iaitu sumbang balai melintang yang
bermaksud berzina dengan orang yang tidak boleh
dikahwini (pada agama dan adat).

Mengikut Undang-Undang Sivil Malaysia, sumbang mahram


didefinisikan sebagai apabila seorang lelaki atau
perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di
mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak
dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat
atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan
tersebut, untuk berkahwin dengan orang itu.
Di Mahkamah Syariah pula, Seksyen 2 Akta/Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (1997),
Selangor (1995), Pulau Pinang (1996), Johor (1997) dan
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 pula
telah mentakrifkan sumbang mahram sebagai perbuatan
atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan
hukum syarak di antara seorang lelaki dan seorang
perempuan yang ditegah berkahwin.

Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (1992) untuk Negeri


Sembilan, Perak dan Sarawak pula telah memberikan
takrifan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri
perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di
antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang
diharamkan berkahwin sama ada di kalangan muabbad
(haram nikah buat selama-lamanya) atau ghairu muabbad
(haram nikah buat sementara).
Statistik menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja
lelaki sering dicabuli di luar kawasan rumah sementara
gadis dan kanak-kanak perempuan seringkali dicabuli dalam
atau sekitar kawasan rumah.

KEGANASAN RUMAH TANGGA


Keganasan rumah tangga bermaksud perlakuan keganasan
terhadap pasangan pasangan (suami atau isteri) atau
terhadap mangsa yang ada hubungan kekeluargaan yang
rapat (seperti ayah ibu anak) .
Keganasan boleh berlaku secara fizikal dan ganguan
seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian),
ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan.
Keganasan rumahtangga, kebiasaannya berulang dan
menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun
selepas penceraian.

Ini adalah disebabkan pendera ingin terus


berkuasa dan mahu mengawal mangsa.
Kebanyakkan pendera adalah golongan
lelaki dan mangsa adalah wanita atau
kanak-kanak.
Antara keganasan yang sering berlaku
ialah dengan menyebabkan kecederaan
fizikal kepada mangsa, secara sengaja
atau sedar meletak atau cuba meletakkan
mangsa dalam keadaan ketakutan .

PUNCA KEGANASAN RUMAH TANGGA


Tekanan hidup
Bebanan hutang yang banyak turut mengakibatkan tekanan
mental yang serius
Masalah seperti dibebani dengan tugas yang banyak di tempat
kerja turut menyebabkan seseorang individu merasakan isteri
dan anak-anak boleh dijadikan kuda tunggangan.
Masalah perkelahian dan perselisihan pandangan dengan
individu-individu tertentu.
Kegagalan mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

RAGUT
Masalah ragut semakin berleluasa di dalam
masyarakat masa kini.
Berpunca daripada masalah kesempitan wang serta
kesempatan yang diambil daripada kelalaian orang
lain.
Peragut pada masa kini sudah berani untuk
melakukanya di khalayak ramai malah turut
mencederakan mangsa tersebut.
Mangsa ragut akan kerugian malah turut mengalami
kecederaan dan trauma yang teruk.

PUNCA RAGUT
Sikap segelintir masyarakat yang tidak prihatin dan leka akan tahap
keselamatan mereka.
Faktor ekonomi sekarang yang tidak begitu menentu menyebabkan
berlakunya masalah penganguran yang meningkat.
Kurangnya kesedaran sivik dan didikan agama terhadap diri
seseorang.
Kurang didikan agama daripada ibu bapa juga mendorong lepada
masalah ini.
Pengaruh rakan sebaya .
Pengaruh media massa seperti internet, dan tv.
Tiada hukuman yang berat akan dijatuhkan juga membuatkan
kejadian ragut ini semakin berleluasa .

LANGKAH MENGATASI
Sentiasa mengunci kenderaan apabila ingin memulakan
perjalanan selain dari tidak meletakkan beg tangan di
bahagian yang tidak boleh dilihat peragut.
Elakkan daripada meletakkan beg atau dompet di bahagian
raga motor.
Elakkan daripada memakai banyak barangan kemas dan
menonjolkan ia .
Elakkan daripada melalui lorong-lorong gelap dan digalakkan
untuk menggunakan jalan yang mempunyai ramai orang .
ibu bapa perlu sentiasa memerhati anak-anak daripada
melakukan ia selain daripada didikan agama dan nilai-nilai
murni yang diterapkan.

PENDERAAN KANAK-KANAK
Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
menunjukkan kes penderaan kanak-kanak di negara kita
semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah
pertambahan 700 kes seperti yang dilaporkan antara 2006
hingga 2009.
Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes
penderaan kanak-kanak di seluruh Negara.
Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak
perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak
lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan
pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak
dengan 91 kes, dan wilayah perseketuaun kuala lumpur.

LANGKAH MENGATASI
Semua pihak perlu berganding bahu
menyelamatkan institusi kekeluargaan di negara
kita.
Pihak kerajaan, jabatan agama mahupun badan
bukan kerajaan (NGO) dapat memainkan
peranan yang lebih agresif dalam mendidik
kembali masyarakat kita mengenai nilai
kekeluargaan sejati.

REMPIT/PERLUMBAAN HARAM
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal
yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan
menggunakan moto kapcai atau skuter.
Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak
memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak.
Terdapat juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah,
tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi.
Kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang
cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya.
Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di
tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

PUNCA REMPIT

Perasaan ingin mencuba


Tiada kawalan atau perhatian daripada ibu bapa
Pengaruh kawan-kawan
Mengisi masa lapang kerana rasa boring
Perasaan ingin menunjuk-nunjuk kehebatan diri demi rasa
kepuasan diri
Mendapat habuan dan ganjaran hasil perlumbaan
Gaya hidup serta tarap pendidikan yang rendah
Pengaruh filem dan drama
Menunjukkan tanda protes kepada sesuatu yang tidak puas hati.

PEMBUANGAN BAYI
Berlaku akibat kehamilan yang tidak diingini.
Sering dilakukan oleh remaja yang mengandung di
luar nikah.
Mengundang kesan negatif kepada individu yang
terlibat, keluarga, masyarakat dan juga Negara.
Mencerminkan kerapuhan pegangan agama dan
ketandusan nilai kemanusiaan segelintir anggota
masyarakat sehingga keliru antara amalan yang
mulia dan yang berdosa.

LANGKAH MENGATASI
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang
sewajarnya terhadap anak-anak dari sudut
pergaulan sesama rakan agar tidak melampaui
batas.
Ibubapa juga seharusnya menerapkan nilai
murni dan kemanusiaan serta pegangan agama
yang kukuh dalam jiwa anak-anak sejak mereka
kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

KESAN PEMBUANGAN BAYI


Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan
penjagaan perubatan yang tidak sempurna, Kesihatan
ibu yang terjejas akibat Kehilangan darah, jangkitan
kuman, kecederaan sewaktu bersalin.
Murung, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah
atau gelisah, masalah emosi dan hubungan
interpersonal,
Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

PENGABAIAN WARGA TUA


Menjaga warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia
bukan masalah individu sahaja bahkan ia melibatkan semua
pihak terutamanya institusi keluarga, masyarakat dan
kerajaan.
Namun, hari ini ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa
mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan sahaja mereka
sendirian.
Hal ini demikian kerana disebabkan oleh banyak faktor yang
mempengaruhinya, justeru itu juga masalah ini harus
dibendung supaya tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan
datang.

FAKTOR PENGABAIAN WARGA TUA


Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini,
mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah
membebankan.
Masyarakat memandang serong terhadap warga emas yang
kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan mereka.
Anak-anak menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna
dan berjasa lagi.
Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman
anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa
kecil kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka
mendera.

LANGKAH MENGATASI
Manusia perlu mengikis sifat memandang remeh kepada
orang tua yang kurang bernasib baik dan juga anak-anak
perlu membuang sifat memandang hina kepada ibu bapa.
Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan mengamalkan
sistem keluarga luasan untuk memupuk rasa tanggungjawab,
perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan
yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua.
Anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan
dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa.
Mengadakan kempen kesedaran tentang masalah yang
berkaitkan warga tua seperti mengadakan hari ibu dan hari
bapa.

PORNOGRAFI
Pornografi didefinasikan sebagai bahan bertulis
atau visual yang boleh merangsang keinginan
seksual, dan bertujuan untuk memberahikan
pemerhati atau pembaca.
Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata'
dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah
dapat dipuaskan.
Menjadi medan promosi terhadap praktik seksual
yang menyimpang.

KESAN PORNOGRAFI
Membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan
wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau
wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa
nafsunya.
Merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya,
dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.
Membuat seseorang kehilangan daya kerjanya.
Membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang
serius.
Membawa nafsu jahat yang akan mengawal dan
mendominasi penontonnya.

JENAYAH SIBER
Jenayah siber merujuk kepada satu ancaman atau jenayah
yang mana kesan sebenarnya banyak bergantung pada nilai
maklumat atau prasarana maklumat yang dijadikan sasaran
dan member kesan kepada mereka yang terlibat.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Empat),
jenayah membawa maksud perbuatan atau kejahatan (seperti
mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain) yang salah di
sisi undang-undang atau perbuatan salah (di sisi undangundang) atau perbuatan kriminil.
Siber pula adalah segalanya yang berkaitan dengan internet.
Sebagai contoh internet ibarat pasar raksasa yang
menemukan pembeli dan penjual dalam ruang siber.

KESAN JENAYAH SIBER


Mendatangkan kerugian kepada mangsa.
Penyebaran virus oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.
Akibat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang
menggodam sistem kerajaan sesebuah negara
menyebabkan kebocoran maklumat kerajaan yang sulit.
Jenayah siber yang berlaku akibat penyebaran fitnah
boleh menjatuhkan maruah orang lain.
Peningkatan terhadap jenayah sosial.

Anda mungkin juga menyukai