Anda di halaman 1dari 17

Idea dan institusi

politik pada zaman


eropah
Surendiran A/L Vijayan
Sejarah M5
En.Shanmugavelu

Kebebasan
Persamaan
dan
Persaudaraa

Idea Politik :
O Montesqiueu melalui karya The Spirit of the

Laws mengemukakan idea kerajaan yang


berbeza-beza mengikut iklim dan doktrin
pembahagian dan imbangan kuasa.
O Menegaskan perlu ada pemisahan antara
pembentuk undang-undang (eksekutif),
pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat
(kabinet) dan kehakiman (judiciary).
O Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan
tugas secara berasingan, maka rakyat akan
memiliki kebebasan.

O Idea

Montesquieu menamatkan pemerintahan


mutlak di Perancis apabila berlaku Revolusi
Perancis pada 1789.

O Revolusi ini menamatkan pemerintahan feudal

dan digantikan pemerintahan yang mendokong


kedaulatan rakyat ( prinsip rakyat harus
memerintah sendiri ), kebebasan ( kebebasan
daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan
dan pemenjaran yang tidak adil) dan persamaan
O ( hak yang sama kepada setiap individu dalam
segala aspek kehidupan ).

Sambungan
O Raja-raja Eropah lain seperti

Frederick the Great dari Prussia,


Joseph II dari Austria, Peter the Great
dan Catherine the Great dari Rusia
juga mula mengamalkan
pemerintahan yang adil dan
saksama.
O Kuasa politik kini digunakan untuk
membaiki taraf hidup rakyat.

Sambungan..
O Frederick the Great mengamalkan

toleransi agama, memajukan


pendidikan awam dan mengadakan
perkhidmatan awam yang efisyen.
O Joseph II membebaskan serf yang
terikat di bawah sistem feudal.
O Pada era inipentadbir
kerajaandilantik berasakan merit
dan bukan keturunan.

Sambungan.
O Raja-raja era ini menghapuskan

imuniti yang dinikmati oleh golongan


bangsawan, gereja dan elit di
bandar.
O Raja mengasaskan jentera

pentadbiran sebuah negara moden


tanpa campurtangan raja.

Idea Ekonomi:
O Pemikir utama dalam bidang ekonomi

ialahAdam Smithmelalui karyaThe


Wealth of the Nations.
O Memajukan idea kebebasan perdagangan
berasaskan kritikan terhadap sistem
Merkantilisme yang mengongkong ekonomi
negara-negara Eropah.
O Menurutnya kerajaan tidak harus
campurtangan dalam urusan ekonomi dan
membiarkannya berfungsi seperti biasa
mengikut hukum permintaan dan penawaran.

Kesan Kepada Perubahan


Lanskap Ekonomi Eropah:
O Kesan perjuangan Adam Smith membawa

kepada pemansuhan monopoli


perdagangan Syarikat Hindia Timur
Inggens di India dan China. Monopoli
dengan India dimansuhkan pada 1813
dandengan China pada 1833.
O Pemansuhan monopoli ini membuka
peluang perdagangan yang sama kepada
pedagang persendirian dan pedagang lain
di kedua buah negara ini.

Sambungan
O Kemuncak perjuangan ialah pemansuhan

Syarikat Hindia Timur Inggeris pada 1858.


O England juga menjalankan dasar
perdaganan yang lebih liberal, dengan
mengurangkan senarai barangan yang
dikenakan duti import dan eksport;
meminda Akta Perkapalan pada 1825 dan
menggalakkan dasar perdagangan bebas
dan penubuhan pelabunan-pelabuhan
bebas di tanah jajahan.

Sambungan.
O Sebagai contoh pengsiytiharan

Singapura sebagai pelabuhan bebas


pada 1819 dan Negeri-Negeri Selat
pada 1826.
O Perjanjian-perjaniian perdagangan
yangliberaljuga mula dimeteri
dengan negara-negara tanah
jajahan. Sebagai contoh Perjanjian
Bowring di Thailand pada 1855.

Idea Sosial:
O Pemikir utama ialahJeremy Benthamyang

mengemukakan idea utilitarianisme.


Pengikutnya dikenali sebagai utilitarian.
O Bentham percaya adalah
menjadikewajipankerajaan untuk
menjamin kebahagiaan yang maksima
kepada penduduk negara
O Oleh itu dasar kerajaan harus
membahagiakan penduduk yang paling
ramai dan bukan satu kumpulan yang
kecil/minoriti.

Sambungan
O Utilitarian juga berusaha untuk membebaskan

individu daripada kongkongan adat dan


penindasan golongan bangsawan dan paderi.
O Seorang lagi pemikir yang telah
mengemukakan idea yang mendahului zaman
dalam bidang sosial ialah Rousseau.
O Melalui novel Emile beliau mengemukakan
pendidikan baru. Menurutnya kanak-kanak
harus dibiarkan mengikut kecenderungan
masing-masing dan tidak dipaksa mengikuti
pelajaran yang mereka tidak gemari.

Kesan Kepada Perubahan


Lanskap Sosial Eropah :
O Idea Bentham telah mempengaruhi kerajaan

England abad ke-19 dalam aneka bidang.


O Antara bidang yang menerima reformasi
Bentham ialah penjara ( hak asasi banduan
harus dijaga dan mereka dilayan secara
kemanusiaan); pengesahan kesatuan
sekerja, undi sulit, reformasi kerajaan
tempatan, hak mengundi untuk wanita,
rancangan perancang keluarga, kebebasan
berucap, kebebasan akhbar dan kenaikan
pangkat berasaskan merit atau pencapaian.

Sambungan,,.
O Idea Rousseau pula

meninggalkan kesan dalam sistem


pendidikan England, Perancis dan
Jerman. Tujuan pendidikan kini lebih
bersifat praktikal dan holistik.
Terdapat usaha untuk menjadikan
pembelajaran lebih menyenangkan
dan lebih banyak kebebasan untuk
pelajar.

Sambungan
O Kini telah wujud pengkhususan pelajaran

dan perinqkat persekolahan untuk kanakkanak dan orang dewasa. Pendidikan


dibahagikankepada tiga tahap; tahap
pertama secara tidak rasmi untuk kanak
kanak antara umur 2-12 tahun; tahap
kedua berasaskan pemerhatian dan
pengalaman untuk mereka yang berumur
antara 13-15 tahun dan tahap akhir secara
rasmi untuk mereka yang melebihi usia 15
tahun sehingga mendirikan rumahtangga.

Kesimpulan
:
O Dapatlah disimpulkan pemikir yang lahir pada
zaman Pencerahan telah mengemukakan banyak
idea baru yang telah membantu dalam perubahan
lanskap politik, ekonomi dan sosial negara-negara
Eropah Barat abad ke-19 dan 20 Masihi.
O Kesan dari segi politik ialah kerajaan yang
memberi keutamaan kepada reformasi politik dan
pentadbiran; ekonomi, amalan dasar perdagangan
bebas dan sosial, negara yang mengutamakan hak
asasi dan kebajikan masyarakat.