Anda di halaman 1dari 18

Di zaman teknologi informasi

dan komunikasi (ICT) yang serba


canggih, remaja mudah
mengakses atau terdedah
dengan maklumat-maklumat
atau perkara-perkara negatif.
Terdapat beberapa contoh
seperti Facebook,Twitter dan
lain-lain lagi.

Institusi Keluarga
Keluarga merupakan institusi yang paling
asas dalam membentuk keperibadian
anak-anak. Ibu bapa perlu menjadi role
model sekaligus sebagai perangsang dan
sebagai pendorong kepada kewujudan
suasana harmonis.Ada tak ibu bapa kini
bersedemikian?
Namun berapa ramaikah di antara kita
yang mempunyai kemahiran keibubapaan
ini?
Adakah kita mempraktikkan gaya
keibubapaan ini kepada anak-anak?

Perkara beginilah yang sering dilihat sebagai


penyumbang kepada masalah sosial seperti
penyalah gunaan internet di kalangan remaja
masa kini.

Ibu bapa terlalu mengejar wang sehingga


mengabaikan tanggungjawab terhadap anakanak. Anak-anak terasa diabaikan oleh sikap
ibu bapa mereka yang sering pulang lewat dan
tidak memberikan perhatian kepada mereka.

Salah satu aspek yang kurang diberikan


perhatian oleh ibu bapa adalah meluangkan
masa bersama keluarga. Remaja terpaksa
mencari jalan sendiri dalam menghadapi
perkembangan remaja tanpa bimbingan yang
sepatutnya oleh kerana kesibukan ibu bapa
mengejar harta duniawi.

Pihak Sekolah

Disamping mengajar, guru juga adalah role


model yang utama kepada pelajar-pelajar.
Konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa
tidak puas hati pelajar terhadap undangundang dan dasar pendidikan menyebabkan
mereka melakukan perkara-perkara diluar
dugaan dan jangkaan.
Sesetengah guru bersikap tidak adil kepada
pelajar-pelajar, memilih kasih dan
sebagainya menyebabkan pelajar-pelajar
rasa disisih dan merendah diri.

Rakan sebaya
Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada
terjadinya gejala sosial.
Pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan
yang mengalami masalah keluarga mudah terikut
dengan rakan-rakan.
Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan
mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan
mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan
oleh rakan-rakan.
Mereka lupa bahawa, kawan juga kadangkala boleh
makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para
remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
lebih berminat untuk mencuba atau mahu
menunjuk-nunjuk apabila berada bersama-sama
dengan kawan-kawan.

Perasaan Ingin Tahu Dan Ingin


Mencuba
Pada peringkat usia ini, remaja
mempunyai perasaan ingin tahu dan
ingin mencuba yang tinggi.
Apa-apa yang terjadi di sekeliling
mereka akan mengundangkan perasaan
ingin tahu dan ingin mencuba di
kalangan remaja. Ini boleh mendorong
mereka mencuba dan melakukan
perkara-perkara negatif tersebut.

Pendekatan Akademik
Ini boleh dilakukan dengan
menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa
akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah.
Begitu juga dengan perubahanperubahan teknik-teknik pengajaran
untuk menambah atau menarik minat
pelajar untuk mempelajarinya seperti
penggunaan komputer, video, bantuan
alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas.

Mewujudkan Sistem Perundangan


Mewujudkan sistem perundangan di
sekolah. Peruntukan undangundang di peringkat sekolah boleh
menimbulkan rasa takut di kalangan
pelajar-pelajar sekolah. Di samping
dapat mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan
pihak ibu bapa dalam pengawasan
disiplin pelajar-pelajar

Penguatkuasaan
Undangundang
Penguatkuasaan undang-undang oleh
pihak berkuasa seperti polis. Bidang
kuasa polis sedia ada perlu digunakan
oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar.
Pihak pentadbir sekolah hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Peranan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru


(PIBG)
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
perlulah memainkan peranan yang
penting dalam mengatasi masalah
gejala sosial di kalangan remaja-remaja.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu
bapa, penjaga dan guru perlu diadakan
khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru
dengan sikap terbuka dan positif.

Remaja menjadi liar kerana kurang atau tidak


mendapat belaian ibu bapa dan tidak mempedulikan
perkembangan anak-anak remaja mereka.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan,
tetapi apa yang lebih penting adalah ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab
dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di
kalangan remaja.
Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil
oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu
bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Bak kata
pepatah melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Rohana binti Embong & Sulaiman Zakaria


(2009), Menangani Gejala Sosial (1-3). Kuala
Lumpur: Cahaya Kesturi (M) Sdn Bhd.
Rohana binti Embong (2008), Gejala Sosial
Buku 1 4. Kuala Lumpur: Cahaya Kesturi (M)
Sdn Bhd.
Hasnah Hussiin (2010), Remaja Islam Dalam
Sebuah Negara Merdeka.