Anda di halaman 1dari 7

Bagaimana Menghentikan

Pendarahan
Pendarahan atau hemoraj ialah
darah yang
mengalir daripada pembuluhnya.
Terdapat beberapa tahap
keseriusannya.
Cara utama untuk menghentikan
pengaliran
darah ialah dengan mengenakan
tekanan
langsung.

Gunakan Tekanan
Langsung
Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk
menghentikan
pendarahan yang mengalir deras di hampir setiap bahagian
tubuh.
Letakkan telapak tangan atau jari jemari di bahagian yang luka
dan berdarah dan tekan langsung.
Pendarahan biasanya akan berhenti seketika kemudian.
Jangan gunakan cara ini jika terdapat benda asing dalam luka
atau
jika tulang disyaki patah.
Terdapat risiko kecil apabila menggunakan cara ini kerana
kuman mungkin dapat memasuki luka tersebut. Untuk
mencegahnya, letakkan kain bersih seperti kain kasa di atas luka
tersebut sebelum mengenakan tekanan.

Merawat Luka Kebakaran dan


Kelecuran
kepanasan api, bahan-bahan kimia atau pancaran radiasi.
Kurangkan rasa kepanasan, kesakitan dan bengkak-bengkak dengan
meletakkan
bahagian yang terbakar di bawah aliran air sejuk atau celupkan ke
dalam air sejuk
sekurang-kurangnya selama 10 minit.
Dengan berhati-hati, tanggalkan cincin, jam tangan, tali pinggang
atau pakaian
yang mencerut dari bahagian yang cedera sebelum ia membengkak.
Tutup bahagian yang cedera dengan kain yang bersih, jika boleh
kain yang bebas
dari kuman dan tidak berbulu.
Muka yang luka terbakar boleh ditutup dengan kain kasa yang
dilubangkan untuk
membolehkan pesakit bernafas.

Usah pecahkan bahagian kulit yang


melecur atau tanggalkan
bendabenda
yang melekat pada bahagian
yang luka.
Usah gunakan losyen, minyak urut
atau sebagainya pada bahagian yang
luka.

Merawat Kepatahan
Tulang
Apakah itu Kepatahan/Keretakan Tulang?
Kepatahan tulang melibatkan tulang yang retak atau patah.
Terdapat beberapa
petanda yang menunjukkan bahawa seseorang itu
mengalami kepatahan tulang.
Rasa sakit
Bahagian yang cedera tidak boleh digerakkan seperti
biasa.
Bahagian yang cedera mempunyai bentuk atau kedudukan
yang luar biasa.
Terdapat bengkak dan adakalanya lebam.
Kehilangan daya tenaga.
Kelihatan luarbiasa atau kependekan pada ukuran anggota.

Bantuan Kecemasan bagi


Kepatahan
1. Berikan rawatan kepada
pendarahan dan kesesakan
pernafasan terlebih dahulu.
2. Berikan rawatan di tempat
kejadian. Elakkan pergerakan
yang tidak perlu.
3. Usah gerakkan bahagian yang
cedera; balut bahagian sendi
di atas dan di bawah bahagian
yang cedera.

Anda mungkin juga menyukai