Anda di halaman 1dari 7

KAEDAH

PENGAJARAN
DEMONSTRASI

Faysley Joca Joldin

Apa DEMONSTRASI?
suatu jenis teknik pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan
kemahiran guru menunjuk cara
atau langkah melakukan sesuatu
aktiviti dihadapan murid.

PRINSIP DEMONSTRASI

Sebelu
m

Semas
a

Selepa
s

SEBELUM DEMONSTRASI
Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk
cara terlebih dahulu.
Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah
demonstrasi yang ditentukan.
Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua
murid dapat menyaksikan dengan jelas.
Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan
yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.
Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan
demonstrasi dan aktivitiny asupaya mereka dapat mencontohinya
tanpa melakukan kesilapan.

SEMASA DEMONSTRASI
Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan
tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.
Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah
menerangkan langkah itu sekali lagi.
Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian
murid.
Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta
mendengar penerangan guru dengan jelas.
Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat
demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang
cara-cara melaksanakannya.

SELEPAS DEMONSTRASI
Bincangkan dengan murid tentang bahagian
demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa
murid-murid telah memerhatikan lanhkah-langkah yang
telah ditunjukkan dengan betul.
Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya
mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.
Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas
demonstrasi. Ia boleh dilakukan melalui aktiviti
demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau
mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku
nota.

Jenis2
demonstrasi
Model
Hidup

Model
Simbolik

Model
Persepsi

Merujuk kepada
model yang sebenar
yang digunakan
untuk melaksanakan
demonstrasi.

Merujuk kepada
tunjuk cara yang
dilakukan
berdasarkan
langkah-langkah
secara bertulis,
bergambar atau
arahan guru.

Merujuk kepada
penggunaan video
yang menayangkan
sesuatu
demonstrasi.

Anda mungkin juga menyukai