Anda di halaman 1dari 7

ISNIN

27 JULAI 2015

SIMPULAN BAHASA

JULING AIR
Ertinya
: Mata yang juling
sedikit
Contoh ayat: Kassim seorang budak
yang mempunyai juling air sejak
lahir lagi.

KERA SUMBANG
Ertinya

: Orang yang suka


bersendirian.
Contoh ayat : Orang tua itu tinggal di
dalam hutan yang sangat jauh kerana dia
seperti kera sumbang.

KETAM BATU
Ertinya

: kedekut
Contoh ayat: Pak cik Ahmad di kampung itu
terkenal dengan sifatnya yang ketam batu.

JATUH HATI
Ertinya

: Perasaan
Contoh ayat: Jejaka kacak itu jatuh hati
dengan wanita yang berkerja di kedai
bunga itu.

JEJAK LANGKAH
Ertinya

: Perbuatan orang yang

terdahulu
Contoh ayat: Pengkaji sejarah di Mesir telah
mengkaji jejak langkah penghuni yang
tinggal di dalam gua itu.

LATIHAN
Bina ayat dari simpulan bahasa di bawah

ini tidak kurang dari 8 patah perkataan.


1. Ketam Batu
2. Juling Air
3. Kera Sumbang
4. Jejak Langkah
5. Jatuh Hati