Anda di halaman 1dari 11

Bahasa Malaysia

Tatabahasa

Ayat Aktif dan Ayat Pasif


1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas
perhimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.
Jawapan:
Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin
selepas perhimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni
kepada anak sejak kecil lagi.
Jawapan:
Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu
bapa kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu


sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
dalam peperiksaan percubaan SPM.
Jawapan:
Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa
Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan
SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak
itu pada pagi tadi.
Jawapan:
Penculik kanak-kanak itu telah ditangkap
oleh polis pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undangundang


negara agar hidup kita
aman.
Jawapan:
Undang-undang negara mestilah
kamu patuhi
agar hidup kita aman.

Cakap Ajuk dan Cakap


Pindah
1. Dunia pada hari ini semakin panas kerana
berlaku penipisan ozon, kata guru itu.
Jawapan:
Guru itu menerangkan bahawa dunia pada
hari ini semakin panas kerana berlakunya
penipisan ozon.
2. Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik
Azman, kata Encik Lim.
Jawapan:
Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke
rumahnya pada malam nanti.

3. Saya amat meminati penyanyi Siti


Nurhaliza, kata Mahyun.
Jawapan:
Mahyun berkata bahawa dia amat
meminati penyanyi Siti Nurhaliza.
4. Mengapakah dahi kamu benjol,
tanya Ramlan kepada adiknya.
Jawapan:
Ramlan bertanya kepada adiknya
sebab dahinya benjol.

5. Tidak, saya tidak pernah terlibat


dalam kes kecurian. Semua ini fitnah
orang lain yang cemburu saya, kata
pemuda itu kepada seorang pegawai
polis.
Jawapan:
Pemuda itu menafikan dakwaan
seorang pegawai polis lalu
mengatakan bahawa dia tidak pernah
terlibat dalam kes kecurian dan semua
hal itu fitnah orang lain yang
mencemburuinya.

Cerakin Ayat
1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak
perjalanan dan menjimatkan masa.
Jawapan:
Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak
perjalanan.
Pembinaan lebuh raya menjimatkan masa.

2. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu,


malah dapat bersaing dengan barang luar negara.
Jawapan:
Barangan buatan Malaysia bermutu.
Barangan buatan Malaysia dapat bersaing
dengan barang luar negara.

3. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara


dan banyak harta benda akan musnah.
Jawapan:
Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara.
Peperangan menyebabkan banyak harta benda
akan musnah.

4. Membaca buku dapat menambahkan ilmu


pengetahuan dan memudahkan seseorang
menyelesaikan masalah.
Jawapan:
Membaca buku dapat menambahkan ilmu
pengetahuan.
Membaca buku dapat memudahkan seseorang
menyelesaikan masalah.

5. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah


berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini.
Jawapan:
Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya
upaya untuk memajukan lagi negara ini.
Golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya
untuk memajukan lagi negara ini.
6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan
kebaikan dan keburukan.
Jawapan:
Pendatang asing di negara ini banyak memberikan
kebaikan.
Pendatang asing di negara ini banyak memberikan
keburukan.

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai