Anda di halaman 1dari 43

M ATEM ATIK

K EW A N G A N

Matematik Kewangan
Objektif :
Pada akhir topik ini , anda akan

Menyatakan maksud Nilai Masa Wang dan konsep-konsep


yang berkaitan seperti Nilai Masa Depan (FV) dan Nilai
Masa Kini (PV);

Menjelaskan maksud Aliran Tunai Anuiti dan konsep-konsep


yang berkaitan seperti Nilai Masa Depan Anuiti (FVA) dan
Nilai Masa Kini Anuiti (PVA);

Menerangkan Nilai Kini Bagi Perpetuiti dan Aliran Tunai


Tidak Sama;

Mengetahui proses Pelunasan Pinjaman;

Pengenalan Nilai Masa Wang


(Time Value of Money)

Salah satu konsep paling asas (dan penting)


dalam analisis pelaburan ialah nilai masa wang.

Ia membentuk asas celik kewangan dan menjadi


asas untuk memahami penilaian dan pelaburan
dari segi pulangan, keberuntungan dll

Faktor-faktor Menentukan
Nilai Masa Wang (NMW)

Para pengurus organisasi perniagaan akan mengambilkira NMW


dalam keputusan membuat sesuatu pelaburan.

Faktor-faktor yang diberi perhatian dalam menentukan


NMW adalah:
Kadar bunga atau kadar faedah
Merujuk kepada kos pelaburan/pulangan dari pelaburan

Tempoh masa pelaburan


Merujuk kepada jangkamasa pelaburan (3thn, 5thn dll)

Bilangan digandakan dalam setahun


Merujuk kepada penggandaan/peningkatan dalam pulangan pelaburan

Jumlah pelaburan
Merujuk kepada amaun asal pelaburan

Kaedah Faedah & Dividen


Kadar Faedah (Interest
Rates)
Pulangan / Pendapatan

Kos / Belanja

Individu atau Firma yang membuat


simpanan atau pelaburan akan
menerima pulangan dalam bentuk
Faedah

Firma atau Individu yang pinjaman


dari institusi kewangan akan
dikenakan kaedah faedah sepanjang
tempoh pinjaman berkenaan

Cth : Akaun-akaun simpanan di bank


perdagangan seperti:
Ak. Simpanan Biasa dibayar 2%
kadar faedah
Ak. Simpanan Tetap dibayar 4-5%
kadar faedah untuk sesuatu tempoh
masa

Cth : Pinjaman peribadi, pinjaman


kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman
perniagaan dikenakan kadar faedah yang
berbeza.

Kaedah Faedah & Dividen


Dividen (Dividends)

Pulangan / Pendapatan
Individu atau Firma yang membuat
pelaburan dengan melanggan
sejumlah syer akan menerima
dividen sebagai pulangan atas
pelaburan mereka
Cth :
Ali telah melanggan sejumah 1000 unit Syer
Biasa @ RM2 dari Syarikat Berkat.
Pada akhir tahun kewangan, Syarikat Berkat
mengisytiharkan dividen sebanyak 8%
sesyer
Maka, Ali akan memperolehi sebanyak
RM160 sebagai dividen

Kos / Belanja
Firma atau syarikat yang menerbitkan
syer biasa atau syer keutamaan akan
mengisytiharkan dividen kepada
pemegang-pemegang syer berkenaan
Cth :
Kadar dividen untuk syer biasa bergantung
keberuntungan syarikat. Jika syarikat mendapat
keuntungan, maka dividen akan diisythiharkan dan
jika syarkat mencatat kerugian, maka tiada dividen
Berbeza dengan syer keutamaan, dividen telah
ditetapkan pada masa terbitan dan tetap akan
dibayar sama ada syarikat mendapat untung atau
rugi.

Konsep Nilai Masa Depan


(Future Value)

Merujuk kepada proses mencari amaun pada satu


masa depan dengan mengkompaunkan
sejumlah pelaburan/ simpanan pada masa
kini.
P
V
Masa Kini
Depan
RM1000
?

FV
?
1 Tahun

?
2 Tahun

Masa

Contoh Nilai Masa Depan (FV)

PROSES PENGKOMPAUNAN TAHUNAN


Faedah dibayar pada akhir sesuatu tempoh masa (seperti setahun) dan
Faedah dikekalkan/ dikompaunkan pada pelaburan atau simpanan asal.
Contoh :
Anwar membuat Simpanan Tetap sebanyak RM10 000 pada Jan 2013 di Bank Berguna untuk tempoh masa 2
tahun. Bank membayar kadar faedah 8% setahun dan faedah dibayar pada akhir setiap tahun sahaja.
Kirakan berapakah amaun yang akan diperolehi oleh Anwar pada akhir tahun 2015?
PV
RM10 000
2013

FV
?
2014

2015

Kiraan biasa

= RM10 000 + (8%x10 000)


= RM10 800

= RM10 800 + (8%x10 800)


= RM11 664

FV =PV (1+i)n

PV (1+i)n = 10 000 (1+0.08)1


= RM10 800

PV (1+i)n = 10 000 (1+0.08)2


= RM11 664

= 10 000 (FVIF 8%,1)


= 10 000 (1.0800)

= 10 000 (FVIF 8%,2)


= 10 000 (1.1664)

= RM 10 800

= RM 11 664

FV =PV (FVIF i,n)

i = 8%
n = 2 thn

Contoh Nilai Masa Depan (FV)

PROSES PENGKOMPAUNAN BUKAN TAHUNAN


Faedah dibayar lebih dari sekali dalam sesuatu tempoh masa (seperti 6 bulan) dan
Faedah dikekalkan/ dikompaunkan pada pelaburan atau simpanan asal.
Contoh :
Anwar membuat Simpanan Tetap sebanyak RM10 000 pada Jan 2013 di Bank Berguna untuk tempoh masa 2
tahun. Bank membayar kadar faedah 8% setahun dan faedah dibayar pada setiap 6 bulan sekali.
Kirakan berapakah amaun yang akan diperolehi oleh Anwar pada akhir tahun 2015?
PV
RM10 000
2013
FV =PV (1 + i
m

)nm

FV =PV (FVIF i )
m

FV
?
2014

i = 8% (kadar faedah)
n = 2 thn (tempoh)
m = kekerapan i = 2

2015
= 10 000 (1+0.08)2x2
2
= RM11 699
= 10 000 (FVIF 4%,4)
= 10 000 (1.1699)
= RM 11 699

CONTOH-CONTOH SOALAN:
SOALAN 1:
Pada 1.1.2013 Salmah menyimpan wang sebanyak RM300 di dalam sebuah
bank yang membayar kadar keuntungan sebanyak 8% setahun.
Berapakah jumlah wang yang terkumpul di dalam akaunnya pada
31.12.2017?
Jawapan: RM440.80

PV
RM300
2013
FV =PV (FVIF i,n)

FV
?
2017
= 300 (FVIF 8%,5)
= 300 (1.4693)
= RM 440.80

i = 8%
n = 5 thn

SOALAN 2:
Pada 1.2.2002 Busu menyimpan wang sebanyak RM300 di dalam sebuah bank yang membayar
kadar keuntungan sebanyak 4% setahun. Pada 1.2.2005 Busu menyimpan lagi sebanyak RM500.
Berapakah jumlah wang yang dipunyai Busu pada 31.1.2008?
1.2.02

1.2.03

1.2.04

1.2.05

1.2.06

1.2.07

1.2.08

4%
300

500
562.45
379.59

FV 6 ( PV 0( FVIFi , n ) PV 3( FVIFi , n ))

FV 6 (300( FVIF 4%,6 , ) 500( FVIF 4%,3))


FV 6 (300(1.2653) 500(1.1249))
FV 6 (379.59 562.45)

FV 6 RM 942.04

942.04

SOALAN 3:
Pada awal tahun ini Busu menyimpan wang sebanyak RM300 di dalam sebuah bank yang membayar kadar
keuntungan sebanyak 6% setahun. Bermula pada awal tahun ke 5 pihak bank akan menaikkan kadar
keuntungan kepada 8% setahun. Berapakah jumlah wang yang dipunyai Busu pada akhir tahun ke 8?

6%

300

8%

FV 4 378.75
515.29

FV 4 PV ( FVIF 6%,4)
FV 4 300(1.2625)
FV 4 RM 378.75
FV 8 PV ( FVIF 8%,4)
FV 8 378.75(1.3605)
FV 8 RM 515.29

Rumusan Konsep Nilai Masa


Depan
PENGKOMPAUN
AN

Thn 0
Masa Kini
(PV)

Thn 1

Thn 2

NILAI
MASA
DEPAN
(FV)

Thn 3

Thn 4
Masa Depan
(FV)

Pengkompaunan Tahunan : FV =PV (FVIF i,n)


Pengkompaunan Bukan Tahunan: FV =PV (FVIF

i , nm)
m

Konsep Nilai Masa Kini


(Present Value)

Merujuk kepada proses mencari amaun pelaburan masa


kini untuk pulangan yang telah ditetapkan pada masa
depan.

Pulangan masa depan didiskaunkan untuk


memperolehi nilai masa kini.
P
V
Masa Kini
Depan
?
RM10 000

FV
?

?
1 Tahun

?
2 Tahun

Masa

Contoh Nilai Masa Kini(PV)

PROSES PENGKOMPAUNAN TAHUNAN


Faedah dibayar pada akhir sesuatu tempoh masa (seperti setahun) dan
Faedah dikekalkan/ dikompaunkan pada pelaburan atau simpanan asal.
Contoh :
Chong dipelawa untuk melabur dalam satu skim pelaburan yang menawarkan faedah 10% setahun untuk
tempoh 2 tahun. Jika Chong inginkan pembayaran tunai sebanyak RM20 000 pada penghujung tahun ke 2,
berapakah pelaburan yang patut dibuat oleh Chong pada masa kini?
PV
?
2013
FV =PV (1+i)n
PV = FV
(1+i)n

= 20 000
(1+0.10)2
= RM16 529

PV =FV (PVIF i,n)

= 20 000 (PVIF10%,2)
= 20 000 (0.8265)
= RM 16 530

FV
RM20 000
2014

2015

i = 10%
n = 2 thn

Danial memerlukan RM5000 6 tahun lagi bagi membolehkannya melancong ke


Jepun. Jika dia ingin menyimpan sekarang di dalam sebuah bank yang memberikan
kadar keuntungan 6% setahun, berapakah yang perlu disimpan bagi membolehkan
Danial melancong pada ketika tersebut?

6%

6
5000

PV=?
PV FV ( PVIFi ,n )
PV 5000( PVIF 6%,6)

PV 5000(0.7050)
PV RM 3,525

Siti membuat perancangan untuk membeli perabot 4 bulan lagi dengan harga RM1000 dan
membeli televisyen berharga RM2500 tujuh bulan lagi. Siti ingin menabung di dalam bank yang
memberikan kadar keuntungan sebanyak 2% sebulan sekarang bagi membolehkannya membeli
mengikut perancangan tersebut. Kira berapakah yang patut beliau simpan sekarang.

2%

4
1000

923.80
2167.50
PV0 FV4 ( PVIF2%,4 ) FV7 ( PVIF2%,7 )
PV0 1000(0.9238) 2500(0.8706)
PV0 923.80 2,167.50
PV0 RM 3,100.30

7
2500

Siti Delima telah menyimpan RM250 di dalam sebuah bank yang


memberikan kadar keuntungan 7% setahun. Lima tahun kemudian
dia telah menambah RM350 lagi ke dalam akaun tersebut. Hitung
jumlah wang di dalam akaunnya pada tahun ke lapan.
0

1
7%

250

350

FV8 PV0 ( FVIF7%,8 ) PV5 ( FVIF7%,3 )


FV8 250(1.7182) 350(1.2250)
FV8 RM 429.55 RM 428.75
FV8 RM 858.30

Contoh Nilai Masa Kini (PV)

PROSES PENGKOMPAUNAN BUKAN TAHUNAN


Faedah dibayar lebih dari sekali dalam sesuatu tempoh masa (seperti 6 bulan) dan
Faedah dikekalkan/ dikompaunkan pada pelaburan atau simpanan asal.
Contoh :
Mulan Sdn Bhd bercadang untuk membeli sekuriti kerajaan yang menjanjikan pulangan wang terkumpul
sebanyak RM108 000 dalam masa 7 tahun akan datang dengan pelaburan pada masa kini sebanyak RM70 000.
Kadar faedah tahunan bagi sekuriti ini ialah 8% dan dibayar 4 kali setahun. Tentukan sama ada pelaburan ini
menguntungkan atau tidak?
PV
?

FV
RM108 000

2013
PV =FV (PVIF I , nm)
m

= 108 000 (PVIF 2%,28)


= 10 000 (0.5744)
= RM 62 035
Memandangkan nilai kini pelaburan adalah lebih rendah dari
RM70 000, maka tidaklah wajar untuk dilabur

i = 8% (kadar faedah)
n = 7 thn (tempoh)
m = kekerapan faedah
2020

Rumusan Konsep Nilai Masa


Depan
NILAI
MASA
DEPAN
(FV)

PENDISKAUN
AN

Thn 0
Masa Kini
(PV)

Thn 1

Thn 2

Thn 3

NILAI
MASA
KINI
(PV)

Pengkompaunan Tahunan : PV =FV (PVIF i,n)


Pengkompaunan Bukan Tahunan: PV =FV (PVIF

i , nm)
m

Thn 4
Masa Depan
(FV)

Perbezaan di antara pengkompaunan


dan pendiskaunan

PENGKOMPAUNAN

PENDISKAUNAN

1.

Proses menukar nilai kini


kepada nilai hadapan

Proses menukarkan nilai


hadapan kepada nilai kini

2.

Menyebabkan nilai hadapan


bertambah dengan kadar yang
semakin tinggi

Menyebabkan nilai kini


berkurang dengan kadar yang
semakin kurang

Kepekaan nilai depan

Perubahan kadar faedah dan bilangan tempoh pengkompaunan


Nilai depan
Bagi RM1
5.00
i=15%
4.00
i=10%
3.00
i=5%

2.00

i=0%

1.00

10

masa

Kepekaan nilai

Perubahan kadar faedah dan bilangan tempoh pendiskaunan


Nilai kini
Bagi RM1
i=0%

1.00

i=5%

0.75

i=10%

0.50
i=15%

0.25

10

masa

KESIMPULAN KONSEP KOMPAUN DAN DISKAUN

PENGKOMPAUNAN

MASA

AMAUN

10%

RM10

NILAI
KINI (PV)

NILAI
DEPAN (FV)

RM11

RM12.10

PENDISKAUNAN

RM13.31

Aliran Tunai Anuiti (ATA)

ANUITI
Merujuk kepada suatu siri
pembayaran/penerimaan tunai secara berkala
dalam jumlah dan jeda masa yang sama.
Cth:
Bayaran sewa bulanan bagi premises untuk 1
tempoh yang dipersetujui
Terimaan pulangan bulanan untuk sesuatu pelaburan
untuk satu tempoh masa yang ditetapkan

Jenis-jenis Anuiti
ANUIT
I
ANUITI BIASA

ANUITI MATANG

Anuiti yang berlaku


dipenghujung setiap tahun

Anuiti yang berlaku awal


sesuatu tempoh

Bayaran/terimaan tunai
berlaku pada setiap AKHIR
tempoh

Bayaran/terimaan tunai
berlaku pada AWAL
tempoh

Cth : Menabung pada


akhir/penghujung setiap bulan

Cth : Bayaran sewa Premises


dipunggut/dikutip pada awal
bulan (sebelum penyewa
berhak menduduki Premises)

ANUITI BIASA
Anuiti yang berlaku AKHIR setiap tahun/tempoh masa

1
RM100

RM100

RM100

RM100

RM100

ANUITI MATANG
Anuiti yang berlaku AWAL sesuatu tahun /tempoh masa

RM100

RM100

RM100

RM100

RM100

Contoh : Nilai Masa Depan Anuiti Biasa


Pada 1 Januari 2013, Samad bercadang untuk melabur sebanyak
RM300 pada akhir setiap tahun selama 5 tahun bermula setahun dari
sekarang. Kadar pulangan adalah 8% setahun. Berapakah jumlah
yang terkumpul pada akhir tahun ke lima nanti?

1.1.13

1.1.14

1.1.15

1.1.16

1.1.17

1.1.18

8%
RM300

RM300

RM300

RM300

RM300
FVA=?

Di mana : PMT=300, i=8%, n=5


FVA = PMT (FVIFA i, n)
= 300 (FVIFA 8%, 5)
= 300 (5.8666)
FVA = RM 1 759.98

Salman menabung setiap hujung tahun sebanyak RM150 selama 6 tahun


di dalam Bank A dengan kadar 7% setahun. Berapakah jumlah wang
Salman jika beliau ingin mengeluarkannya pada akhir tahun ke 6?

7%

1
150

2
150

150

150

150

150
FVA=?

FVA6 PMT ( FVIFA7%,6 )


FVA6 150(7.1533)
FVA6 RM 1,073

Salman menabung setiap hujung tahun sebanyak RM150 selama 6 tahun di dalam Bank A
dengan kadar 7% setahun. Berapakah jumlah wang Salman jika beliau ingin mengeluarkannya
pada akhir tahun ke 9?
0

7%

1
150

2
150

150

150

150

150

FVA=1,073
FV=1314.43

FVA6 PMT ( FVIFA7%,6 )

FVA6 150(7.1533)
FVA6 RM 1,073

FV9 PV ( FVIF7%,3 )

FV9 1,073( FVIF7%,3 )

FV9 1,073(1.2250)
FV9 RM 1,314.43

Ros melabur sebanyak RM100 pada akhir tahun 1 hingga tahun 3 dengan kadar kompaun 4%
setahun. Bermula dari tahun ke 4, pihak bank menaikkan kadar keuntungan kepada 6%
setahun.Pada dari akhir tahun ke 4 hingga tahun ke 6 beliau menambah pelaburan setiap akhir
tahun kepada RM150. Berapakah jumlah yang terkumpul pada akhir tahun ke 6?
0

4%

1
100

2
100

6%

100

150

150

150
FVA=477.54

FVA=312.16?

FV=371.78

FV6 PMT ( FVIFA4%,3 )( FVIF6%,3 ) PMT ( FVIFA6%,3 )


FV6 100(3.1216)(1.1910) 150(3.1836)
FV6 312.16(1.1910) 477.54

FV6 RM 849.32

Contoh : Nilai Masa Depan Anuiti Matang


Katakan Puan Aminah melabur sebanyak RM600 pada setiap awal tahun selama 7 tahun.
Jika pihak bank membayar kadar keuntungan sebanyak 6% setahun berapakah yang
terkumpul pada akhir tahun ke 7?
1

600

600

600

600

6%
600

600 600

FVAAD=?
Di mana : PMT=600, i=6%, n=7
FVA = PMT (FVIFA i, n) (1 + i )
FVA = 600 (FVIFA 6%, 7) (1 + 0.06)
FVA = 600 (8.3938) (1.06)

FVA = RM 5 338.46

Salmah melabur sebanyak RM400 pada setiap awal tahun bermula awal tahun ini hingga
awal tahun 5 dengan kadar kompaun 4% setahun. Berapakah jumlah wang yang
terkumpul pada akhir tahun ke 8 nanti?
0
400

4%

1
400

2
400

400

400

FVA=2253.18
FV=2534.60

FVAAD5 PMT ( FVIFA4%,5 )(1 0.04)


FVAAD5 400(5.4163)(1 0.04)

FVAAD5 RM 2,253.18

FV8 PV ( FVIF4%,3 )
FV8 2253.18(1.1249)
FV8 RM 2,534.60

CONTOH : NILAI KINI ANUITI MATANG


Pada 1 Januari, Kamal bercadang untuk menabung hari ini dan mengeluarkan jumlah
yang sama dari tabungannya pada awal setiap tahun selama 3 tahun bermula tahun ini
bagi tujuan membayar yuran pengajiannya di universiti.
Yuran yang perlu dikeluarkan pada awal setiap tahun tersebut adalah sebanyak RM3000
dan tabungan tersebut memberi keuntungan pada kadar 15% setahun.
Berapakah Kamal perlu menabung hari ini bagi tujuan tersebut.
0

3000

3000

3000

PVAAD=?
15%
Di mana:
PVA AD =
PVA AD =
PVA AD =
PVA AD =

PMT=RM3000, i=15%, n=3,


PMT (PVIFA i, n) (1 + i)
3000 (PVIFA 15%, 3) (1 + 0.15)
3000 (2.2832) (1.15)
RM7 877.04

Berapakah yang perlu dilabur oleh Tong Seng hari ini di dalam satu akaun
pelaburan yang memberikan kadar keuntungan 5% setahun supaya beliau dapat
mengeluarkan sebanyak RM400 setiap awal tahun selama 4 tahun bermula awal
tahun ini?
0
400

5%

400

400

400

PVAAD PMT ( PVIFA i , n)(1 i )


PVAAD 400( PVIFA5%,4)(1 0.05)

PVAAD RM 1,489.32

Berapakah yang perlu dilabur oleh Tong Seng hari ini di dalam satu akaun pelaburan
yang memberikan kadar keuntungan 5% setahun supaya beliau dapat mengeluarkan
sebanyak RM400 setiap awal tahun selama 4 tahun bermula awal tahun ini dan
RM500 setiap awal tahun bermula awal tahun 5 hingga tahun 7?
0
400

5%

400

400

400

500

500

500

1489.32
1429.68
1176.20

PVAAD PMT ( PVIFA5%,4 )(1 0.05) PMT ( PVIFA5%,3 )(1 0.05)( PVIF5%,4 )

PVAAD 400(3.5460)(1 0.05) 500(2.7232)(1 0.05)(0.8227)


PVAAD 1,489.32 1,429.68(0.8227)

PVAAD 1,489.32 1,176.20


PVAAD RM 2,665.52

PERPETUITI

PERPETUITI satu siri aliran tunai seragam yang berlaku pada selang masa
yang sama (anuiti) yang berterusan selama-lamanya (infiniti).

Merupakan siri aliran tunai berbentuk anuiti yang berterusan sehingga pada
masa depan yang tiada penghujungnya.

Perpetuiti dirujuk apabila mencari nilai kini bagi satu siri aliran tunai berbentu
anuiti yang tiada tempoh akhir dengan cara mendiskaunkan semua siri aliran
Tunai tersebut.

PERPETUITI
Rumus nilai kini
perpetuiti

PMT
PV perpetuiti
i

Contoh: Encik Malim ingin bersara setahun dari sekarang dan bercadang untuk
Menyimpan ke dalam satu akaun Perpetuiti sekarang yang menjanjikan kadar faedah
sebanyak 9 % setahun di mana beliau boleh mengeluarkan sebanyak RM12,000
pada setiap tahun bermula hujung tahun ini sehingga beliau meninggal dunia.
Berapakah amaun yang beliau terpaksa simpan sekarang?

PV perpetuiti

12,000
0.09

= RM133,333

Berapakah amaun yang perlu dilaburkan oleh Puan Orkid hari ini daripada wang
pencennya supaya beliau dapat mengeluarkan sebanyak RM15000 setiap tahun
sehingga akhir hayatnya. Andaikan pelaburan tersebut memberikan kadar
keuntungan sebanyak 15% setahun?

PMT
PV perpetuiti
i
15000
PV perpetuiti
15%

PV perpetuiti RM 100,000

APLIKASI NILAI MASA WANG PELUNASAN PINJAMAN


Rosli membeli kereta berharga RM25,000 daripada syarikat kereta terpakai dan
membayar secara tunai sebanyak RM15,000. Selebihnya akan dibayar secara
ansuran tahunan selama 5 tahun.
Bayaran pertama akan dibuat pada akhir tahun ini. Kadar faedah atas pinjaman
tersebut adalah sebanyak 7% setahun. Sediakan Jadual pelunasan pinjaman.
Langkah 1 : Mengira Bayaran Ansuran
Di mana PVA = RM10,000 , i = 7% , n = 5 , PMT = ?

PVA PMT ( PVIFAi ,n )

10,000 PMT ( PVIFA7%,5 )


10,000 PMT (4.1002)
PMT RM 2,438.91

APLIKASI NILAI MASA WANG Pelunasan pinjaman


Langkah 2 : Menyediakan Jadual Pelunasan Pinjaman

TAHU
N

BAKI
AWAL

ANSURA
N (PMT)

FAEDAH PRINSIPAL

BAKI
AKHIR
10,000

10,000

2,438.91

700

1,738.91

8,261.09

8,261.09

2,438.91

578.28

1,860.63

6,400.46

6,400.46

2,438.91

1,990.88

4409.58

4,409.58

2,438.91

448.03
308.67

2,130.24

2,279.34

2,279.34

2,438.91

159.55

2,279.36

Daripada jadual di atas cuba perhatikan corak bayaran faedah dan prinsipal
yang dibayar bagi setiap tahun. Apakah yang boleh simpulkan ?

Tawaran hebat!!
M E S I N
B A S U H
JENAMA
: SHRAP
HARGA
: RM480
BAYARAN : BULANAN (SELAMA 3 BULAN)
KADAR FAEDAH : 5% SEBULAN

Hitung bayaran yang perlu dibayar setiap bulan dan sediakan


jadual pelunasan pinjaman

PVA PMT ( PVIFA5%,3 )

480 PMT (2.7232)

PMT RM 176.26

JADUAL PELUNASAN PINJAMAN


BULA
N

BAKI
AWAL

ANSURA
N (PMT)

FAEDAH PRINSIPAL

BAKI
AKHIR
480

480

176.26

24.00

152.26

327.74

327.74

176.26

16.39

159.87

167.87

167.87

176.26

8.39

167.87

Anda mungkin juga menyukai