Anda di halaman 1dari 6

Bunga Raya

Ini bunga raya.


Bunga raya cantik.
Bunga raya berwarna merah.
Bunga raya cantik dan berwarna merah.
Ibu suka menanam pokok bunga raya.

Burung Helang
Burung helang garang.
Kukunya sangat tajam.
Burung helang lapar.
Burung helang menyambar ayam.
Burung helang menyambar ayam kerana lapar.

Sayur-sayuran
Ini sayur sawi.
Itu buah tomato.
Bapa Ravi beli sayur sawi dan buah tomato.
Ibu Ravi masak sayur sawi dan buah tomato.
Ravi suka makan sawi atau tomato?
Ravi suka makan tomato.

Kasut Sukan
Ini kasut sukan.
Ini kasut sukan Ayu.
Ayu sayang kasut sukan itu.
Kasut sukan Ayu baharu.
Kasut sukan Ayu berwarna biru.
Kasut sukan Ayu baharu dan berwarna biru.

bunga rayaburung helang

buah tomatokasut sukan