Anda di halaman 1dari 10

Golongan Kata: Kata Tugas

KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata yang menghubungkan ayat melalui proses


penyambungan atau penerusan. Dua binaan ayat atau
lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat
majmuk.

Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit


tatabahasa.

Tiga jenis kata hubung, iaitu:


* kata hubung gabungan
* kata hubung pancangan
* kata hubung berpasangan
2

KATA HUBUNG GABUNGAN

Kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa


dengan frasa, atau ayat dengan ayat yang sama
sifatnya, dan memiliki status yang sama.

Contoh perkataan: dan, tetapi, kecuali, atau, malahan,


melainkan, lalu, sambil, maka, kemudian, serta,
padahal

Contoh:
HANI: Bukan semua perkara boleh diselesaikan
dengan tangisan dan semangat, bang. Tenaga,
usaha, dan daya usaha utama mestilah ada.
MARIAH: Itulah aku katakan. Kita mesti belajar
berniaga kecil-kecilan dulu, seperti menjual aiskrim,
membeli pisang, dan berniaga barang-barang runcit.
Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang banyak.
YAHYA: Engkau tahu? Kita mundur dalam lapangan
pelajaran dan ekonomi.
4

KATA HUBUNG PANCANGAN

Kata yang digunakan untuk memancangkan


(menempatkan) klausa tak setara atau klausa
pancangan pada klausa utama atau klausa induk untuk
membentuk ayat pancangan.

Kata hubung pancangan dapat dibahagikan kepada tiga


jenis, iaitu:
* kata hubung pancangan relatif
* kata hubung pancangan komplemen
* kata hubung pancangan keterangan

KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF

Kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan


klausa yang kecil. Kata hubung jenis ini hanyalah yang.

Contoh:

HANI: .. Walhal kalau dikumpulkan pemuda-pemuda yang


menganggur di kampung kita ini ah, banyaknya! Hairan pun
ada. Sedih pun ada dibuatnya.
FIRDAUS: . Inilah yang kita mahukan kepada pemuda-pemuda itu
nanti, bahawa kehidupan ialah apa-apa yang kita buat. Inilah
yang mesti kita fahami.
HANI: .. Satu daripadanya ialah orang-orang kita tidak
mempunyai sikap yang serius.
6

KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN

Kata yang bertugas menghubungkan klausa komplemen atau


pelengkap pada klausa utama. Kata hubung jenis ini ialah
bahawa dan untuk.
Contoh:
YAHYA: Inilah masa untuk dia menunaikan semua yang
disyaratkan dulu.
FIRDAUS: Inilah yang kita mahukan kepada pemuda-pemuda itu
nanti, bahawa kehidupan ialah apa-apa yang kita buat .
YAHYA: . Kesanggupan diri sendiri bermakna kesanggupan
untuk mencari kemajuan.

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN

Kata yang bertugas menghubungkan klausa


keterangan dengan klausa utama.

Contoh perkataan: kerana, meskipun, sedangkan,


agar, sebelum, sungguhpun, apabila, sejak,
walau bagaimanapun, hingga, sekiranya,
sekalipun, jika, selama, sehingga, jikalau,
walaupun, oleh sebab, tatkala, demi, semenjak,
seandainya, semasa, semoga, supaya, andai
kata

Contoh:
YAHYA: Anggota Parlimen itu mengatakan
bahawa nasib kaum bumiputera tidak akan
terjamin sekiranya mereka tidak digalakkan
supaya mengambil peranan penting dalam
lapangan perusahaan di negara ini.
ENCIK OSMAN: Kerana itu saya memohon
tuan-tuan dan puan-puan untuk supaya
mengundi saya.
MARIAH: .. Abang mahu supaya semua orang
kampung sedar, supaya orang-orang kampung
bersatu?
9

KATA HUBUNG BERPASANGAN

Kata hubung yang hadir secara berpasangan dalam


menghubungkan dua klausa.

Contoh: baik ataupun, baik baik, baik mahupun,


bukan saja bahkan juga, bukan saja tetapi juga,
entah entah, jangankan pun, kian kian, makin
makin, sedangkan apatah lagi, sedangkan
tambahan pula, sungguhpun namun.

Contoh ayat:
YAHYA: .. Boleh membantu anak-anak kita belajar hingga ke
universiti, baik di dalam mahupun di luar negeri.

10

Anda mungkin juga menyukai