Anda di halaman 1dari 17

Tutorial Minggu 1

Soalan : Pilih satu permainan


tradisional demonstrasi cara
permainan dan bincangkan
kepentingannya kepada perkembangan
intelek, sosioemosi dan fizikal kanakkanak

PERMAINAN

TENG TENG

PENGENALAN
Teng Teng juga dikenali
sebagai ketinting.
Ia sejenis permainan
laman dan dimain oleh
kanak-kanak perempuan.
Pemain harus mengimbang badan.
Gelanggangnya adalah permukaan yang rata.

Di kampung, gelanggang dibuat


dengan mengoreskan garisan di
atas tanah sahaja, tetapi
gelanggang tersebut juga wujud di
kawasan taman perumahan atau di
kawasan pekan.
Ada yang juga
menggunakan kapur tulis
tepung lukis di atas jalan
bertar.

Tidak ada peraturan tetap dengan jumlah


pemain bagi setiap gelanggang, tetapi
biasanya bilangan pemain ialah 2 hingga
4 orang.
Melebihi 4 pemain dalam gelanggang,
akan membawa kesukaran kepada pemain
untuk berteng-teng.

PeraturanPeraturan TengSetiap pasukan mempunyai 3 orang


Teng
pemain.
Setiap permainan akan dimainkan oleh
2 orang pemain sahaja.
Pemain pertama setiap pasukan akan
bertarung dahulu, diikuti pemain
kedua dan ketiga kemudian.

Gelanggang teng teng akan dilukiskan.


Terdapat sembilan petak-petak
kosong bagi satu gelanggang.
Gundu(tanda bagi para pemain untuk
mengerakkan kedudukan mereka di
petak-petak gelanggang) juga akan
disediakan.

Contoh teng teng

CARA BERMAIN
Sebelum permainan dimulakan, pemain
menggunakanlai lai li tam plong.
Permainan dimulakan, pemain pertama harus
mencampakkan gundu ke dalam petak
pertama.
Jika gandu tidak masuk ke petak yang

ditentukan atau terkeluar, dianggap mati.

Pemain yang seterusnya mengambil giliran


mula.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam
petak-petak dengan menggunakan satu
kaki sahaja.
Pemain dikehendaki melompat di petak
sembilan dengan kedua belah kaki.

Untuk menghabiskan giliran


mereka, pemain harus melompat
balik ke petak pertama dan terus
ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak
petak dimana gundu berada di dalamnya,
sama ada kepunyaan sendiri atau pihak
lawan, jika ini berlaku dia dikira mati,
giliran pemain seterusnya mengambil alih
permainan.

Membina Rumah
Untuk mendapatkan rumah, pemain
dengan berdiri membelakangkan
semua petak di garisan permulaan
dan mencampakkan ke dalam manamana petak gelanggang dan di
situlah kedudukan rumahnya.
Sekiranya gundu jatuh terkena
garisan atau terkeluar maka dia
dikira mati.

Setiap pemain hendaklah memijak


dengan kedua belah kaki di petak rumah
dan pemain lain tidak dibenarkan
berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau
tuan rumah lupa memijak dengan kedua
belah kakinya dia dikira mati.

KEPENTINGAN KEPADA
PERKEMBANGAN FIZIKAL
1. Kanak dapat menyihatkan badan.
2. Dapat meningkatkan kemahiran
fizikal.
3. Dapat meningkatkan kemahiran
mengimbang.
4. Dapat menguji ketepatan mata dan tangan.
5. Dapat melatih bahagian anggota badan
dengan aktif dan berasa seronok semasa
bermain.

KEPENTINGAN KEPADA
PERKEMBANGAN INTELEK

1. Dapat merangsang minda untuk merancang


strategi pertandingan.
2. Meningkatkan keupayaan berfikir.
3. Memupuk sikap bekerjasama.
4. Menjadikan minda cergas dan cerdas.
5. Dapat menambah pengalaman dan ilmu
pengetahuan.

KEPENTINGAN KEPADA
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

1. Merapatkan hubungan antara kawan.


2. Dapat menyesuaikan diri dalam pebagai
keadaan.
3. Mengenali ramai kawan.
4. Membina kemahiran sosial.

5. Membina kemahiran kendiri yang positif.


6. Bersikap terbuka dan membentuk nilai
murni dalam diri.
7. Dapat berinteraksi dengan positif.
8. Dapat belajar mematuhi peraturan.

Anda mungkin juga menyukai