Anda di halaman 1dari 15

Novel Tirani

Beb Sabariah
Disediakan oleh:
Muhammad Azmeer Ridzwan
Muhammad Ikhwan Hakimi
Muhammad Faris Redza
Hazeeq Azfar

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga
suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas
pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya
digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula
wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan
cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam
bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya
dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser.
Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan
tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda
terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan
oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.
Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan
dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang
diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di
sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan
seseorang hanyalah satu TIRANI.

SINOPSIS

LATAR TEMPAT

Rumah Fadhil. Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi


dan Waheeda Nurlyana serta cucunya, Izzati tinggal.
Rumah Bazilah, di Yishun Street. Tempat Waheeda
menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan
pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.
Rumah Haji Abdul Aziz Imran, Damansara Heights. Tempat
pertemuan dan perbincangan antara Haji Abdul Aziz dengan
Waheeda dan Ghazi berkaitan dengan penjualan Chalet IwanaIwani di Cameron Highlands.
Hospital Kuching. Tempat Waheeda menerima rawatan akibat
kecederaan pada muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar
oleh monyet Belanda.
Silicon Medical Centre (SMC) di Singapura. Tempat Waheeda
menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dujalankan
oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

LATAR MASA

Waktu awal pagi. Contohnya, peristiwa Waheeda yang baru sedarkan diri
setelah ditidurkan dengan ubat bius yang disuntik ke dalam tubuhnya berlaku
pada waktu awal pagi. Ketika itu, Waheeda telah meminta air minuman
kerana dia berasa sangat haus.
Waktu pagi. Contohnya, peristiwa Fatimah yang mengeja sambal
membetulkan sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan coconut dengan
dipanggilnya konat-konat berlaku pada waktu pagi.
Waktu tengah hari. Contohnya, peristiwa Fatimah dan ahli rombongan
MATTA dari Kuala Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut periuk kera
oleh masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.
Waktu petang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang duduk sambil
menikmati minum petang di Restoran Genki Sushi yang terletak di Aras 4,
Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.
Waktu malam. Contohnya, peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya
menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan
kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik
tidur anaknya.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.


Contohnya, Raidah amat sayang akan suami dan anak-anaknya. Rainah
berusaha dan sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersamasama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga.
Contohnya, sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang
mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk Angkara diserang
monyet Belanda ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan.
Masyarakat yang menceburi kegiatan ekonomi berasaskan
pelancongan negara. Contohnya, Fadhil, Rainah, Datuk Yasser Arief,
Waheeda dan Fatimah mengusahakan chalet untuk penginapan pasa
pelancong sebagai sumber pendapatan mereka.
Masyarakat yang tabah menghadapi keruntuhan rumah tangga.
Contohnya, sebagai ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan
anak perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh suaminya, Zahid.

BINAAN PLOT

Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.


Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan
watak Waheeda yang sedang melayari laman sesawang berkaitan perihal
kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah. Waheeda mempunyai
keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya
yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.
Cerita mula mencapai tahap perkembangan apabila Waheeda telah
dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga
menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambal ditemani
ibunya, Raidah. Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk bertemu
dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Centre (SMC)
yang akan mengurus proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda
menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang yang
dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh menekala pembedahan hidungnya
dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi. Selain itu, Waheeda mendapat
tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam.
Waheeda berkenalan buat pertama kali dengan Zahid di Flamingo.

TEKNIK PLOT

Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti


dialog, monolog, monolog dalaman, imbas kembali, imbas
muka, kejutan, saspens, dan konflik untuk menjadikan novel
lebih menarik.

Antara teknik plot atau teknik penceritaan yang terdapat


dalam novel ini termasuklah teknik-teknik yang berikut.

1. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa

TEKNIK PEMERIAN

atau keterangan tentang sesuatu watak secara langsung


oleh pengarang.
2. Antara contoh penggunaan teknik ini termasuklah:
. Pengarang memerihalkan upacara menyarung cincin
perkahwinan
pengantin lelaki. Contohnya:
Waheeda tersenyum mengalu-ngalukan Mak Cik Hazimah,
ibu saudara
Zahid, lalu menghulurkan tangan kanannya. Hazimah
menyarungkan
cincin pemberian Zahid di jari manis bagi memantapkan
ikatan
perkahwinan mereka. Waheeda berengsot dan mencium
tangan
suaminya. Zahid merapatkan wajahnya ke hadapan lalu
mencium dahi
isterinya. Mesra dan kejap. (hlm. 206)

TEKNIK DIALOG
1. Dialog ialah pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita.
2. Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik.
3. Antara contoh dialog yang terkandung dalama novel ini termasuklah:
. Dialog Raidah dengan anak saudaranya, Kamri ketika Raidah memintanya
membelikan daun nipah muda untuk membuat kelongsong ketupat lepas.
Contohnya:

Kamri, tolong belikan cik daun nipah muda. Cukup rasanya untuk 21 biji, selebihnya
untuk
makan, benaknya merancang seraya menyerahkan sekeping wang kertas dua ringgit
semasa
berada di dapur rumahnya.
Nak buat apa? tanya Kamri terpinga-pinga.
Cik nak buat ketupat palas, Raidah menjawab dengan ringkas.
Buat apa? Pertanyaan berpantul balik.
Ee banyaknya tanya. Nak buat ketupat lepas untuk buat sedekah. Bulat mata
Raidah
mencengkam wajah Kamri (hlm. 67)

TEKNIK IMBAS KEMBALI


1. Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau

kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya.


2. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan kejadian peristiwa yang
telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak.
3. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini
termasuklah:
Sambil tersenyum kambing, Waheeda teringat kembali akan kain sarung
birunya terbelah sehingga ke peha seperti busana ceongsam kerana sering
mengejar rakan-rakan persekolahannya yang selalu menyakatnya kerana
berhidung peset. Contohnya:
Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung birunya terbelah
sehingga ke peha macam ceongsam kerana sering mengejar hantu
hantu yang menyakatnya. (hlm. 3)

TEKNIK IMBAS MUKA

1. Imbas muka merupakan teknik atau cara pengarang

memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu


peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak
dalam cerita berkenaan.
2. Teknik ini mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan
pembaca terhadap sesuatu yang akan terhasil.
3. Antara contoh teknik imbas muka termasuklah:
Ketika menantikan kedatangan doctor yang akan menjalankan
pembedahan ke atas dirinya, Waheeda membayangkan
keadaan dirinya yang seumpama disembelih hidup-hidup
semasa proses pembedahan itu nanti. Contohnya:
Terbayang-baying pula keadaan dia disembelih hiduphidup. Kecut hatinya memikirkan betapa sakitnya waktu itu.
(hlm. 86)

Teknik Saspens
1) Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa
dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin
tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
2) Antara contoh saspens dalam novel ini termasuklah:
a) Peristiwa Waheeda yang berani menyahut cabaran dengan membuat
pinjaman dari tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan melalui
Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak untuk mengembangkan perniagaan
kemudahan penginapan Chalet Tajau Emanya itu. Pembaca tertanya-tanya
akan kemampuan sebenar Waheeda dan pembaca ingin tahu sama ada
perniagaan chaletnya yang baru beroperasi itu mampu bersaing dengan
pengusaha yang lain atau menemukan kegagalan.
b) Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang
Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila
penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri
daripada digigit monye itu. Kesan daripada peristiwa ini, pembaca tertanyatanya tahap keselamatan sebenar dan kesan pengoperasian chalet itu dari
aspek tempahan daripada pengunjung yang akan menginap di chalet itu pada
masa akan datang.

Teknik Kejutan
1) Perubahan dalam urutan yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca ,
inilah kejutan.
2) Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan kejutan yang diduga
oleh pembaca.
3) Kejutan merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik.
4) Antara contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah ketika
peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak
menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup
mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.
5) Seterusnya, peristiwa Zahid yang bertemu dengan Waheeda buat pertama kali di
Hotel Flamingo de La Rossa, Singapura. Pembaca tidak menyangka dalam
pertemuan singkat itu, Waheeda boleh terpaut hati lantas bersetuju untuk menerima
Zahid sebagai suaminya walaupun dia tidak betul-betul menyelami hati budi dan
tingkah laku sebenar pemuda itu.

Teknik Monolog / Monolog


Dalaman
1)Monolog

dalaman bermaksud kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak,


sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.

2)Antara contoh monolog dalam novel ini termasuklah:


a) Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok

untuk

melakukan

pembedahan plastik pada wajahnya. Contohnya:

Pembedahan plastik, hmm. perkataan magis, jika boleh rasa nak buat
sekarang juga,bisik hati berbaur dengan keseronokan yang semakin sukar
dibendung. (hlmn. 1)

b)Waheeda

bermonolog untukmemujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke


Singapura adalah untu melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya
untuk membeli-belah. Contohnya:
Bukan nak shopping,detik hatinya untuk memujuk nafsu. (hlm. 48)

c) Waheeda

bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya


amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Contohnya:
Semalam macam robot, sekarang bukan main ligat macam gasing
pula,detak Waheeda lalu menyorot wajah Halloway. (hlm. 137-138)

Teknik Konflik

1) Konflik merupakan tentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu
urutan plot.
2) Konflik luaran merujuk kepada konflik antara watak dengan watak lain ataupun
antara watak dengan alam sekitar.
3) Konflik ini tidak semestinya melibatkan perlawanan fizikal tetapi
digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran.

boleh

4) Contoh konflik luaran ialah konfllik antara watak Waheeda dengan bapanya,
Fadhil. Konflik ini tercetus apabila bapanya berkeras dan secara tegas tidak
mengizinkan anaknya, Waheeda menjalankan pembedahan kosmetik kerana
bertentangan dengan ajaran agama Islam.
5) Konflik luaran kedua ialah konflik anatara Waheeda dengan Zahid. Konflik ini
berlaku apabila Zahid mula meragui kesetiaan Waheeda sebagai isteri yang setia
dengan menuduh Waheeda berlaku curang dan bermain kayu tiga dengan lelaki
lain sehingga menganggap bahawa zuriat yang dikandung oleh Waheeda itu
bukanlah anaknya yang sah.
6) Contok konflik dalaman ialah watak Waheeda yang mengalami perasaan sedih
dan kecewa kerana menerima ejekan daripada rakan-rakan sekolahnya berkaitan
ciri fizikalnya yang berhidung pesek hingga menyebabkan dia menyimpan impian
untuk membaiki sedikit kecacatan yang berlaku pada hidungnya .
7) Konflik dalaman kedua ialah konflik dalaman Zahid yang mengalami kekesalan
dan dihimpit perasaan bersalah kerana hampir 20 tahun akibat sikap cemburu
buta yang keterlaluan sehingga dia sanggup menceraikan isterinya, Waheeda dan
mengabaikan anak kandungnya, Izzati.